Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 10 April 2012

Bekas rakan kongsi setuju bayar RM133,000 pada DJ Dave


Bekas rakan perniagaan kepada penyanyi Datuk DJ Dave Selasa bersetuju membayar sejumlah RM133 ribu kepada penyanyi itu dalam kes saman berhubung penjualan sebuah rumah banglo dua tingkat.

Ini berikutan persetujuan penghakiman yang dicapai oleh kedua-dua plaintif dan defendan iaitu DJ Dave dan Thomas Varkki.

Peguam A S Dhaliwal yang mewakili penyanyi itu memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur Azian Othman merekodkan persetujuan penghakiman itu dalam kamarnya.

DJ Dave, atau nama Islamnya Irwan Shah Abdullah, memfailkan saman itu pada 2009 atas dakwaan defendan telah memungkiri terma perjanjian penyelesaian dalam penjualan banglo, di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pernyataan tuntutannya, penyanyi itu mendakwa beliau dan Varkki adalah pengarah bersama bagi syarikat Mukim Angkasa Sdn Bhd yang memiliki banglo itu dan atas permintaan defendan untuk menjual banglo itu suatu perjanjian penyelesaian dibuat pada 24 Ogos 2005, di mana plaintif (DJ Dave) akan dibayar sejumlah RM745,000 bagi jualan itu.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan