Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 7 Mei 2011

Satu dalam Seribu


Mimi

Birthday celebration boleh kata sambut tiap tahun, tapi kali ini terasa sangat bermakna. Berjumpa semula dengan kawan-kawan yang pernah memberi kesan dalam hidup..berbual dgn santai, di rumah sendiri. Alhamdulillah, benar-benar rasa melalui FB.. silaturrahim dapat di eratkan. Thanks hubby kerana membantu merealitikan pertemuan hari ini.

56 minit yang lalu ·
Idan Radzi Tetamu paling akhir datang & paling lewat pulang... juadahnya semua sedap... abg suka amat laksa johor yg disajikan... rumah Oja amat santai... rasa tinggal di dunia khayalan tenguk neon indah ketika malam... mmg tak pernah jejak kondo agam setinggi 25 tingkat di tengah kota begitu... Terima Kasih Oja & Epoi...12 minit yang lalu ·


Sukar ditemui bekas pelajar yang pernah bersama kita ketika bertugas... ingat akan kita, sudi datang majlis kenduri anak kita, sudi SMS kita. Pun sudi jemput ke rumah mereka, mengimbau kenangan lalu. Terkenang kisah 10 tahun lalu.

Oja & Epoi antara bekas pelajar yang rapat denganku ketika 28 tahun aku berkhidmat dengan UPM. Bagaikan mimpi di tengah kota sana ada seseorang yang ingatkan kita.

1 ulasan:

  1. Selain Epoi & Oja yang sudi tanya khabar atau SMS, Raihan, Azri, Kak Nona, Rani siapa lagi iyer...

    Yang pernah lama rapat tapi telah sepi, Fizan Samad, Man Beso, Arif adalah beberapa org lagi... bayangkan dari beribu pelajar!

    Sebenarnya nak menyapa atau tanya khabar tak susah sekarang ni. Paling senang nak kontak adalah melalui FB.

    BalasPadam