Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 22 Mei 2011

Lemas

Pelajar kolej hanyut
Posted on the March 6th, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat

DI SITU… Muhd Nur menunjukkan tempat Abdul Aziz mandi dan dihanyutkan oleh arus deras.
KEMAMAN: Kegembiraan lima rakan sekolej berkelah dan mandi-manda di sebuah kawasan perkelahan di Jeram Tanduk, dekat Kampung Air Putih, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai dihanyutkan arus deras dan lemas di jeram berkenaan.

Salam terakhir

Posted on the February 26th, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat
GOMBAK: Anak saya sempat bersalam dan mencium tangan saya sebaik diberi wang belanja sebelum ke sekolah. Tindakan itu agak pelik kerana sebelum ini anak saya jarang berbuat demikian, kata bapa mangsa lemas yang hanya mahu dikenali sebagai Jamaluddin, 57.
Anaknya, Noor Heiman Jamaluddin, 12, lemas ketika bermain air bersama rakannya di Tasik Taman Seri Gombak, di sini, petang kelmarin.
Jamaluddin yang bekerja sendiri berkata, sebelum pergi ke sekolah, anaknya itu masuk ke dalam bilik meminta wang belanja dan terus keluar namun berpatah balik dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Wanita warga China lemas

Posted on the February 13th, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat
BESUT: Percutian pasangan suami isteri dari China di Pulau Perhentian, dekat sini, berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui mati akibat lemas ketika mandi di pantai pulau itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam ketika pasangan itu dikatakan berenang berhampiran hotel mereka menginap di Pulau Perhentian Besar, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikatakan ditinggalkan sementara oleh suaminya yang balik ke hotel untuk beberapa minit.

Mayat suami terdampar

Posted on the February 8th, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat
LANGKAWI: Baru-baru ini saya menegur arwah mengenai sikapnya yang kerap keluar rumah, tetapi dia marah-marah sambil menyebut akan pergi jauh dan tidak akan pulang semula, kata Kamaliah Abdullah, 53, ibu mangsa bot karam, Zairy Zainol, 30, yang mayatnya ditemui terdampar di Pulau Pasir kira-kira 0.3 batu nautika dari Pulau Tuba, di sini, pagi semalam.
Kamaliah berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap Zairy daripada seorang periang kepada pendiam sejak seminggu lalu memberi petanda dia akan pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa Zairy ialah pada minggu lalu selepas arwah membeli sate dan makan bersama isterinya, Julia Jaafar, 30, dan dua anaknya Norhaifa, 8, dan Muhammad Aidil Afifi, 2, di Kampung Abi Tok Hashim, Kangar, Perlis.

Dijemput ajal pada hari jadi

Posted on the February 8th, 2011 under Berita, Pengajaran, Tempatan by johnjimat
LEDANG: Sepatutnya semalam (kelmarin) kami menyambut ulang tahun kelahirannya yang genap setahun, namun Tuhan lebih menyayanginya dan dia pergi dulu meninggalkan kami buat selama-lamanya, kata Kamaronzaman Samah, 41, bapa kepada Mohamad Azry Shah, yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tong berisi air di rumah mereka di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir di sini, semalam.

Mangsa meninggal

Posted on the February 7th, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat
SEGAMAT: Saya tidak sangka mimpi arwah dihanyutkan dalam sebuah kereta menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya, demikian keluhan Aminah Sayuti, 56, nenek kepada Siti Aishah Shahrir, 12, yang disahkan meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa di Hospital Segamat, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, Siti Aishah lemas ketika menyertai keluarganya mandi dan mencuci pakaian di parit berdekatan rumah neneknya di Felda Redong, di sini.
Biarpun reda dengan ketentuan Ilahi, Aminah tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan berikutan kejadian berlaku di depan matanya.

Anak lemas di lagun ketika cari kepah

Posted on the February 5th, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat
PASIR PUTEH: Memang sebelum bercuti lagi, saya berjanji membawanya berkelah sambil mencari kepah di sini dan arwah beria-ia datang ke sini, namun tidak sangka kegembiraan kami berakhir dengan tragedi, kata Razni Tahir, 39, bapa kepada Rabiatul Adawiyah, 8, yang lemas ketika berkelah bersama keluarga di Lagun Kuala Semerak kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang, Selangor itu berkunjung ke kawasan terbabit selepas dia sekeluarga pulang ke kampung di Kampung Laklok, Machang sempena cuti Tahun Baru Cina sejak kelmarin. Razni bekerja di syarikat telekomunikasi di Kajang berkata, dia bersama anak serta dua adik iparnya bertolak sebelum jam 8 pagi ke lagun berkenaan, manakala isterinya, Wan Rohani Hashim, 31, tidak menyertai mereka dan berada di rumah.
Katanya, ia hari kedua mereka berkunjung ke situ kerana tidak puas mencari kepah dibawa pulang bagi dinikmati bersama keluarga.

Detik hati ibu

Posted on the February 1st, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat
JASIN: Kebimbangan seorang ibu berikutan anak lelakinya tidak pulang seperti kebiasaannya selepas tamat waktu bekerja membawa penemuan mayat mangsa ditemui lemas berhampiran kawasan Loji Air Chinchin, pagi semalam.
Difahamkan, mayat Yusri Mohd Yusof, 41 yang juga pengawal keselamatan di loji berkenaan ditemui kakitangan syarikat keselamatan tempat dia bekerja yang datang mencarinya selepas dihubungi ahli keluarganya.
Mangsa beralamat di 50 Jalan Loji Air Kampung Chincin dipercayai lemas ketika meredah banjir untuk pulang ke rumah sebelum ditemui kira-kira dua kilometer dari jalan utama. Pengurus Operasi Rakeba Security Sdn Bhd, Zulkifli Hamid, 52, berkata, dia bersama rakannya, Tajudin Rahmat, 40, pergi ke loji berkenaan kira-kira jam 9 pagi untuk meninjau dan mengesan mangsa tidak pulang ke rumah.

Tiada lagi suara emak

Posted on the February 1st, 2011 under Berita, Tempatan by johnjimat

SUKAR…anggota bomba cuba menarik kenderaan mangsa yang dihanyutkan arus banjir, malam kelmarin.
KULAIJAYA: Dalam perbualan itu, Aw menyatakan kenderaan dipandunya terhumban ke dalam sungai dan dia gagal keluar dari kenderaan itu.

‘Tidur’ dalam kolam

Posted on the January 30th, 2011 under
ALOR SETAR: Saya terkejut apabila seorang kanak-kanak lelaki memberitahu ada orang tidur dalam kolam, kata pengawal penyelamat kolam renang, Mohd Rosidi Mohd Ali, 37, mengenai kejadian seorang pengunjung lemas di kolam renang di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, mayat Tan Kaw Liang, 36, ditemui terbaring di dasar kolam renang sedalam kira-kira 1.3 meter itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan