Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 5 Mei 2011

S. Azli selesa di rumah



Pelakon berusia 63 tahun yang boleh meniru suara bintang legenda seperti Allahyarham Ibrahim Pendek, Aziz Jaafar, Mahmud Jun, Nordin Ahmad, Ahmad Nesfu, Udo Omar (Haji Bakhil), Sharif Medan (Pak Malau), Ed Osmera, Sharif Dol dan Tan Sri Jins Shamsuddin, dia lebih senang menggunakan waktu terluang mencipta lagu.

Berasal dari Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang, S. Azli memberitahu, dia mula mencipta lagu sejak tahun 1990-an.

"Cipta lagu ini tidak kira masa, kadang-kadang sedang bersembang dengan orang rumah (isteri) pun idea boleh datang.

"Saya mencipta lagu menggunakan pita rakaman. Nak tulis note lagu, memang saya tidak pandai kerana saya belajar menerusi gerak hati.

"Setakat ini saya tulis lirik dan melodinya pula, saya rakam di sini. Saya rakam lagu dalam pelbagai rentak seperti rap, rock n'roll atau zapin," ceritanya.

Sembilan daripada lagu-lagu ciptaannya, Tak Ada Identiti, Gerbang Perkahwinan, Insaflah, Dendangan Ayah dan Pesona telah dirakam dalam albumnya yang berjudul Imbasan.

Katanya, Sulaiman Yassin (Mat Over) pernah merakam lagu ciptaannya, Kuala Lumpur dan jika ada yang berminat dengan karyanya, beliau sedia bekerjasama.

Menurut suami kepada Ambiah Ayob, 59, selain mencipta lagu, beliau gemar membaca majalah, novel atau apa sahaja bahan bacaan berbentuk sejarah atau epik sambil menonton televisyen.

"Saya tidak berapa suka nak keluar rumah, sebab waktu kerja sudah banyak keluar. Inilah masa nak bersama isteri atau merehatkan badan.

"Kalau keluar pun saya suka merayap ke Chow Kit atau ke kedai-kedai lama atau pasar malam. Bukan apa, di situ saya akan mencari pemetik api. Saya mula mengumpul pemetik api pelbagai bentuk sejak tahun 1990-an," katanya.

Jelas S.Azli, beliau gemar mengumpul pemetik api kerana sukakan bentuknya yang pelbagai gaya seperti pistol, but, gincu, bekas air dan pemetik api paling mahal yang pernah dibelinya berharga RM15.

Selain itu, aktiviti pemegang watak Haji Shuib dalam drama Ustaz Cokelat ketika berada di rumah adalah membantu isteri kesayangan di ceruk dapur.

"Nak tolong lebih-lebih tidaklah, tapi sekadar memotong sayur atau bawang adalah. Nanti kalau lebih-lebih kata saya ganggu pula," katanya yang mengamalkan dasar saling mempercayai dalam hubungan suami isteri.

Bapa kepada Mohd. Azri, 34, Mohd. Asmadi, 33, dan Mohd. Hanip, 26, berkata, selain berlakon beliau juga menjual produk Bio Asli Minyak Kelapa Dara.

"Lagu untuk iklan minyak kelapa dara itu, suara saya. Saya saja suka-suka men jual minyak kelapa dara itu. Jual pun pada jiran-jiran sekitar taman ini," ceritanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Duda Dudi.

iDAN: S. Azli adalah rakan baik aku ketika bergiat dalam teater tahun 80an. Mungkin dia telah pun melupakan aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan