Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 16 April 2008

Adat mencandat Sotong ooo Sotong : Dihambat Todak 2 (Singgahsana)



Episod 2

Barangan Pancing Makin Mahal

"Batu Ladung tak cukup, jom! kita pergi beli kat kedai Aboi" Ocean Sea Seri Kembangan tak jauh dari ofisku. Hari ini Khamis cadangnya nak berpuasa sunat lantaran tak bersahur tak laratlah pula nak puasa. Makan-makan di Gerai Roti Canai Ali.

"Mana pergi batu lama, kan dulu abg iDAN dah banyak beli"

"Biasalah di rumah tu ada komplot kemas mengemas, punggah memunggah & sorok; Bila ada komplot sorok macam mana nak jumpa lagi" Aku memang dah penat nak benteras komplot sorok di rumah sendiri memang gagal. Bukan takad batu ladung, spek hitam kesayangan pun entah berapa banyak yang hilang.

"Batu ladung, mata kail, jangan lupa ingatkan beli yang ikat kat pingggang tu.."

"Fighting Bell.."

"Cakap Melayunya apa iyer?"

"Tali pinggang lawanlah. kot!!"

"Tali Pinggang Lawan?!! Kelakar pulak bunyinya." Payah pula nak terjemahkan ke Bahasa Melayu

"Apa lagi iyer, tanduk, bagus yang besi ke yang rotan?..."

"Rotan lagi bagus"

"Rotan lagi mahal kan.."

Sekarang sudah ada tanduk yang diperbuat dari plastik, cantik, murah & kemas buatannya. Di kedai Aboi tak jumpa.

Banyak juga barangan yang kena aku beli, dari batu ladung, tali pinggang lawan, tanduk, mata kail, pin, candat sotong dua jenis yang tiruan & mata berumpan, apollo seeloknya jangan ada manik, perambut yang cap ayam saja. Perambut untuk ikan tenggiri saiz 30lb. Benang besi saiz 25lb. Mata saiz 2/0.

Jejak pertama Fareez di bot Pak Senon

Terkejut juga bila tenguk harga Batu Ladung, saiz 8 sampaikan RM2.50. Dah naik harga barangan di kedai Aboi ini atau memang begitu hakikatnya. Apollo pula semuanya sekitar RM2.50. Candat sotong rona merah putih sepeket lima mata RM8.00, yang besi RM4.50.

Bila aku mendapat bil hampir seratus ringgit jumlahnya. Barangannya tak seberapa; Itu pun aku terlupa beli Tali Pinggang Lawan.

Ramai yang kata di Bangi Lama barangan pancing lagi murah, Apollo baru sekitar RM1.00, beli sepuluh percuma satu lagi. Cumanya tidaklah secantik Kedai Aboi jenama & buatnya. Nak ke Bangi Lama agak jauh dari ofisku.

"Abg iDAN sediakanlah kotak, lain kali kalau nak ke laut taklah banyak sangat barangan kena beli" Fairuz memberikan cadangan.

"Mancing pun kot setahun sekali dua, manalah barangan tersorok entah ke mana kalau jumpa mungkin banyak dah berkarat"

"Tak payah beli barangan banyak-banyak pun tak apa abg iDAN adik saya dah beli banyak..."

"Tak seronoklah guna barang pancing orang, tak dekor!... lebih suka guna barangan pancing sendiri." Aku terbayang wajah Fareez, seorang jejaka pendiam tapi ibarat, Diam Diam Ubi; berisi. Aku sering membayangkan Fareez punyai satu wajah dua anggota.

Dulunya Fareez memang montel tetapi bila dia berdiet nak kawin, kembali segak bukan main. Memang semasa Fareez montel aku sekadar menatap gambarnya di kamar Fairuz, tak pernah jumpa dia. Bila pertama kali jumpa dia memang tak cam langsung. Pasti bagus kalau dapat mencuri petua bagaimana mahu berdiet dengan Faireez. Paling akhir aku memancing dengan Fareez pada Julai 2006. Masa dapat habuan besar di Penyabong. Mungkin yang telah baca kisah Pari Jelmaan mengakui kepakaran sifu@otainya si Fareez ini.

Sesungguhnya aku tidak sabar mahu menimba ilmu dari sifu Fareez ini.

"Cuaca dah okey ke di Kuala Terengganu itu Fairuz?"

"Dalam MFN kata kat sana dah okey, memang ramai nelayan dah mula mencandat sotong"

"Syukria kata sekarang masih kurang sotong, masih awal.." Aku sekadar menduga Fairuz & terbayang wajah sotong Davy Jones dalam Filem PIRATES OF THE CARIBBEAN.

"Jika ada rezeki, banyaklah kita dapat abg iDAN." Fairuz mengalah.

Aku sering terfikir kenapa dalam kalendar cina tidak termasuk sotong antara binatang penting bagi mereka. Sedangkan habitat sotong ini sungguh amat misteri. Bayangkan jika ia ingin menyelamatkan diri siap dia pancutkan dakwatnya. Tenguk saja kaki tangannya memang amat unit. Sungguh sotong ini kehidupan yang amat menarik untuk dikaji. Apatah lagi aku ini dikategorikan dalam kumpulan yang malas nak disebut. Tak manis. Apakah jadahnya manusia dikategorikan dalam kumpulan binatang tu!. Jika ada kumpulan sotong dalam kalendar cina memang tak kesah jika aku dalam kelompoknya.

"Esok jangan lupa tolong abg kau ini ikatkan mata kail!, paling tidak untuk mata candat tiga set, Apollo mata dua mata sepuluh, mata kail untuk tenggiri 5 set." Aku berpesan dengan Fairuz sebaik sahaja balik dari kedai Aboi.

Bersambung...

Episod 3 Adat Mencandat Sotong ooo Sotong DHT (Singgahsana)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan