Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 29 April 2008

Eco Resort Melaka 4 Berkayak (Singgahsana)

Mila & anak-anak tengah berkayak aku dah mula demam ketika ini


Isnin, 28 April 2008

Eco Resort Melaka 3 Tasik Memancing (Singgahsana)


Lekalah amat memancing di sini

Ahad, 27 April 2008

Eco Resort Melaka. 2 Dari Jendela (Singgahsana)


Permandangan dari jendela... ini rupa pokok Melaka. Tak tahulah pulak pokok Melaka daun seakan daun pokok Asam jawa.



Aku berharap akan ke sini lagi.

Yang pergi ke Eco Resort Sime Darby :

Aku, Mila, Aziq, Anif, Azim (Tiada Afiz) Mak Ngah, Nyaie, Mak Alang & Pak Alang. Sewa Resortnya RM100, RM80 dua buah & RM60 tanpa TV & sofa.

Sabtu, 26 April 2008

Eco Resort Melaka (Singgahsana )


Sepanjang hari ini aku bersama keluarga di Eco Resort Melaka. Kepunyaan Sime Darby. Asyik memancing di kolam purba. Memang aku mula terasa tidak sedap badan sejak petangnya. Pasti lantaran cuaca. Apatah lagi banyak amat pokok ara pun pokok pulai di tengah hutan pokok kelapa sawit ini. Faham-faham sajalah jika pokok sebegitu dalam hutan belantara!!!.


Besar tak ikan yang dapat kami jinakkan dengan umpan dedak & tepung. Kata Fairuz ini namanya ikan Leekoh.

Bila waktu magrib telah terasa amat seramnya terpaksa lalu di bawah pohon ara yang rendang & gelap amat.

"Azim baca apa saja yang Azim tahu, seram pula ayah rasa..!"

Azim pun bacalah apa saja ayat sambil kami membawa pulang banyak ekor ikan talapia. Ikan Leekoh yang agak besar kami telah simpan dalam peti ais. Aku terlepas Leekoh yang dua kali ganda besarnya dari yang kami naikkan. Tak bawa sauh macam mana mahu naikkan ikan yang besar. Dua hari dua malam aku terkenang-kenang akan Leekoh yang memang besar ini.

Ingat jika Afiz cuti nanti teringin mahu pergi lagi. Terkenang-kenang Afiz tak turut serta lantaran dia sibuk dengan latihan kawat & kelas dia di Politeknik Shah Alam. Bab demam itu masalah ke dua yang penting dapat layan memancing di kolam yang memang ada ikan besar-besar. Tak puas memancing, jika ada teman yang dapat memancing sampai ke larut malam memang lebih seronok.

Menginap di hutan

Rabu, 16 April 2008

Adat mencandat Sotong ooo Sotong : Dihambat Todak 2 (Singgahsana)



Episod 2

Barangan Pancing Makin Mahal

"Batu Ladung tak cukup, jom! kita pergi beli kat kedai Aboi" Ocean Sea Seri Kembangan tak jauh dari ofisku. Hari ini Khamis cadangnya nak berpuasa sunat lantaran tak bersahur tak laratlah pula nak puasa. Makan-makan di Gerai Roti Canai Ali.

"Mana pergi batu lama, kan dulu abg iDAN dah banyak beli"

"Biasalah di rumah tu ada komplot kemas mengemas, punggah memunggah & sorok; Bila ada komplot sorok macam mana nak jumpa lagi" Aku memang dah penat nak benteras komplot sorok di rumah sendiri memang gagal. Bukan takad batu ladung, spek hitam kesayangan pun entah berapa banyak yang hilang.

"Batu ladung, mata kail, jangan lupa ingatkan beli yang ikat kat pingggang tu.."

"Fighting Bell.."

"Cakap Melayunya apa iyer?"

"Tali pinggang lawanlah. kot!!"

"Tali Pinggang Lawan?!! Kelakar pulak bunyinya." Payah pula nak terjemahkan ke Bahasa Melayu

"Apa lagi iyer, tanduk, bagus yang besi ke yang rotan?..."

"Rotan lagi bagus"

"Rotan lagi mahal kan.."

Sekarang sudah ada tanduk yang diperbuat dari plastik, cantik, murah & kemas buatannya. Di kedai Aboi tak jumpa.

Banyak juga barangan yang kena aku beli, dari batu ladung, tali pinggang lawan, tanduk, mata kail, pin, candat sotong dua jenis yang tiruan & mata berumpan, apollo seeloknya jangan ada manik, perambut yang cap ayam saja. Perambut untuk ikan tenggiri saiz 30lb. Benang besi saiz 25lb. Mata saiz 2/0.

Jejak pertama Fareez di bot Pak Senon

Terkejut juga bila tenguk harga Batu Ladung, saiz 8 sampaikan RM2.50. Dah naik harga barangan di kedai Aboi ini atau memang begitu hakikatnya. Apollo pula semuanya sekitar RM2.50. Candat sotong rona merah putih sepeket lima mata RM8.00, yang besi RM4.50.

Bila aku mendapat bil hampir seratus ringgit jumlahnya. Barangannya tak seberapa; Itu pun aku terlupa beli Tali Pinggang Lawan.

Ramai yang kata di Bangi Lama barangan pancing lagi murah, Apollo baru sekitar RM1.00, beli sepuluh percuma satu lagi. Cumanya tidaklah secantik Kedai Aboi jenama & buatnya. Nak ke Bangi Lama agak jauh dari ofisku.

"Abg iDAN sediakanlah kotak, lain kali kalau nak ke laut taklah banyak sangat barangan kena beli" Fairuz memberikan cadangan.

"Mancing pun kot setahun sekali dua, manalah barangan tersorok entah ke mana kalau jumpa mungkin banyak dah berkarat"

"Tak payah beli barangan banyak-banyak pun tak apa abg iDAN adik saya dah beli banyak..."

"Tak seronoklah guna barang pancing orang, tak dekor!... lebih suka guna barangan pancing sendiri." Aku terbayang wajah Fareez, seorang jejaka pendiam tapi ibarat, Diam Diam Ubi; berisi. Aku sering membayangkan Fareez punyai satu wajah dua anggota.

Dulunya Fareez memang montel tetapi bila dia berdiet nak kawin, kembali segak bukan main. Memang semasa Fareez montel aku sekadar menatap gambarnya di kamar Fairuz, tak pernah jumpa dia. Bila pertama kali jumpa dia memang tak cam langsung. Pasti bagus kalau dapat mencuri petua bagaimana mahu berdiet dengan Faireez. Paling akhir aku memancing dengan Fareez pada Julai 2006. Masa dapat habuan besar di Penyabong. Mungkin yang telah baca kisah Pari Jelmaan mengakui kepakaran sifu@otainya si Fareez ini.

Sesungguhnya aku tidak sabar mahu menimba ilmu dari sifu Fareez ini.

"Cuaca dah okey ke di Kuala Terengganu itu Fairuz?"

"Dalam MFN kata kat sana dah okey, memang ramai nelayan dah mula mencandat sotong"

"Syukria kata sekarang masih kurang sotong, masih awal.." Aku sekadar menduga Fairuz & terbayang wajah sotong Davy Jones dalam Filem PIRATES OF THE CARIBBEAN.

"Jika ada rezeki, banyaklah kita dapat abg iDAN." Fairuz mengalah.

Aku sering terfikir kenapa dalam kalendar cina tidak termasuk sotong antara binatang penting bagi mereka. Sedangkan habitat sotong ini sungguh amat misteri. Bayangkan jika ia ingin menyelamatkan diri siap dia pancutkan dakwatnya. Tenguk saja kaki tangannya memang amat unit. Sungguh sotong ini kehidupan yang amat menarik untuk dikaji. Apatah lagi aku ini dikategorikan dalam kumpulan yang malas nak disebut. Tak manis. Apakah jadahnya manusia dikategorikan dalam kumpulan binatang tu!. Jika ada kumpulan sotong dalam kalendar cina memang tak kesah jika aku dalam kelompoknya.

"Esok jangan lupa tolong abg kau ini ikatkan mata kail!, paling tidak untuk mata candat tiga set, Apollo mata dua mata sepuluh, mata kail untuk tenggiri 5 set." Aku berpesan dengan Fairuz sebaik sahaja balik dari kedai Aboi.

Bersambung...

Episod 3 Adat Mencandat Sotong ooo Sotong DHT (Singgahsana)

Selasa, 15 April 2008

Episod 1 Adat mencandat Sotong ooo Sotong : Dihambat Todak.(Singgahsana)

Perjalanan Tidak Dirancang

hahaha meh laa pergi candat muroh je nii.. kalau nak gi bagi nama!
Itu antara ayat pertama yang rakan baik Fareez; Ayoh_Der di MFN mempelawa pemancing yang berminat untuk mencandat sotong di Perairan Terengganu. Aku memang tak kenal siapa Ayoh_Der ini.

Seminggu dua lalu memang aku mendengar Fairuz, Fareez & kekawan Fareez di UKM merancang untuk mencandat sotong di Terengganu. Aku tak galak sangat membuka MFN, sementelah aku memang jarang turun ke laut. Kot-kot setahun sekali dua. Aku lebih banyak memancing ikan air tawar seperti di paya terbiar, tapak lombong terkadang kalau gian sangat tak memancing di perairan yang luas, aku pergi ke Empangan Semenyih. Dapat anak-anak ikan sahaja, jadi aku rasa tiada pengalaman menarik untuk dikongsikan. Memang aku bukan Pemancing Tegar.

Melihat ahli MFN yang dapat ikan besar-besar tentunya aku makin terasa kecil untuk giat berforum di MFN. Aku lebih banyak menumpukan penulisan di Jurnal@Blog peribadiku sendiri.

Wajah si garang sotong & musuhnya, sotong ini memang besar! antara yang dapat kami candat di perairan Kuala Terengganu.

"Abang iDAN nak ikut tak kami candat sotong?" Tetiba Fairuz muncul di muka pintu makmalku.

"Kenapa?, ada kawan yang menarik diri ke..?" Aku dapat firasat dari cara Fairuz bertanya... nampak ghairah sangat; pun soalan yang tak pernah aku jangkakan tetiba keluar dari mulutnya.

"Haa ahh! ada seorang kawan Fareez tak jadi pergi pada saat akhir; Ada orang taja abg iDAN jangan risau, abg iDAN hanya perlu bayar sekadar duit tambahan untuk tol sahaja..." Fairuz menyebut bayaran yang memang tak munasabah untuk menyertai trip mereka. Aku diam sahaja sebab aku sedang asyik menulis artikel.

Sejak kebelakang ini aku tetiba begitu rajin mahu menjadi Penganalisa Politik, berangan mahu setara dengan mana-mana penulis mampan di negara Malaysia ini. Menjadi-jadi pula artikel aku, tiap kali hantar cepat amat ditapis & disiarkan oleh Editor Blog yang aku hantar. Bayangkan dalam sejam dua aku lihat tak kurang 4,000 pelayar membacanya. Memang Blog Politik ini mendapat perhatian ramai.

"Puas saya dail telefon bimbit abg iDAN, saya makan nasi Kak Midah pun tak habis tadi, Fareez nak tahu jawapan abg iDAN segera!" Rasa bersalah pula aku macam endah tak endah saja Fairuz bersungguh-sungguh mahu aku pergi. Perhatianku lebih ke artikel yang kutulis.

"Okey! kalau abg iDAN tak mahu bayar, saya taja abg iDAN.... janji abg iDAN pergi!" Bab taja menaja ini aku memang bagaikan jadi tertampar. Duit bagiku bukanlah isu utama. Bagiku jika mahu turun mengail ke laut dalam sekadar RM100 ke RM300 memang teramat murah. Aku memang risaukan kesihatanku sejak kebelakangan ini.

"Bila pergi tu?"

"Jumaat lepas magrib kita bertolak, pagi Ahad kita balik dari Terengganu!"

"Ahad tu.. Boleh sampai Kajang sebelum magrib tak?"

"InsyaAllah boleh!!!, sekitar lima jam perjalanan sahaja!kita kan dah ada lebuhraya"

Ayoh_Der

Aku mencongak-congak, katakan bertolak jam 10:00 pagi, emmm! sekitar jam 3:00 petang boleh sampai. Aku tetap meragui kenyataan Fairuz. Aku pernah berbual dengan Uztaz Halim yang rajin ke Kuala Terengganu menguruskan projek konkriknya. Dia mengatakan perjalanan ke sana mesti mengambil masa enam ke tujuh jam. Itu jika jalan tak sesak. Syukria yang kampungnya di Cendering pun mengiyakan. Aku membayangkan jauh amat Kuala Terengganu itu.

"Okey jadi!!!, kalau boleh sampai sebelum magrib rasanya tak jadi masalah! minggu ini aku memang tiada ke mana-mana.."

"Tak tanya Kak Mila dulu, kot dia ada hal lain!" Fairuz tu berprasangka.. aku ini jenis ikut telunjuk bini kot. Ada ada saja hal Mila bila cuti hujung minggu. Aku terpaksa jadi pemandu bini selalu.

"Rasanya okey, telefonlah adik Fairuz tu katakan pada Fareez abg kau ini nak ikut mencandat sotong itu"

Wajah Fairuz nampak cerialah amat. Dia terus telefon Fareez. Aku menghulurkan duit sebagai tanda aku akan menyertai rombongan mencandat sotong yang diwar-warkan oleh Ayoh_Der.

- Bersambung


Rabu, 2 April 2008

MMms Penyair iDANRADZi mendapat Lencana (Singgahsana)


FBS 6.7 mmol glukosa/liter
Hb A1 7.0 mmol glukosa/liter

"Jika tiada masalah Darah Tinggi saya tak kisah tak makan ubat, ini dah ada kait berkait, terpaksa makan ubat.." Dr Imah memberi penjelasan.

"Emmm! kena makan ubat jugak nampaknya.." Aku bersuara dalam payah menerima kenyataan.

"Tak apalah saya kasi ubat untuk dua minggu, lepas itu kita tenguk perubahannya" Dr Imah tetap memberi aku 1001 harapan. Aku pula jenis pesakit tua yang begek berpantang.



Ubah darah tinggi, kolestrol, buah pinggang & kini ubat paling takut untuk aku telan ubat Diabetes. Sakit yang meragut banyak nyawa warga kita. Seantero Malaysia. termasuk arwah Apak.

Bermakna aku telan mendapat lencana bari dari MMms. Malaikat Maut mengintai selalu. Bebila masa sahaja akan berlakunya kejutan. Jika tidak berpantang; memang ajal pasti tiba. Nyawa makin di hujung tanduk. 6.7 mmol glukosa/liter dikira sempadan. Bagaimana mahu mengubat sakit ini. Janin aku juga sebagai faktor penyebab. Usia pun memaksa. Teringat Yot (Abg suungku) yang menderita sakit diabetes pun buah pinggang. Usia 53 terpaksa berhenti kerja. Selang empat hari terpaksa buat dialisis. Arwah Apak boleh bertahan sekitar lima tahun. Isk! kalau dicongak usiaku, tak sempat nak berpencen.

Agar aku tetap tabah & cepat sembuh. Sekadar memberikan kekuatan diri.

Sinonim : Begek = Degil, bahasa Perak.



: Nota kaki

Kencing Manis

Apakah Penyakit Kencing Manis ?

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus tidak menunjukkan tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit tersebut sehinggalah berlakunya komplikasi akibat kencing manis seperti serangan jantung, strok, masalah buah pinggang atau penglihatan kabur. Ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin daripada pankreas adalah punca utama berlakunya penyakit kencing manis dan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat melebihi 11 mmol glukosa/liter. Fungsi insulin adalah untuk meningkatkan penyimpanan protien, karbohidat dan lemak dalam tubuh badan dan ianya juga bertanggungjawab untuk memproses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan pembentukan trigliserida dan lemak serta menghalang pemecahan lemak dan jumlah kandungan glukosa dalam hati akan meningkat.

Paras glukosa darah dalam keadaan biasa atau sihat adalah diantara 4 hingga 6.6 mmol glukosa/liter bagi mereka yang bacaannya diambil selepas berpuasa tetapi bacaan sehingga paras 7.8 mmol glukosa/liter masih boleh diterima. Bagi bacaan yang diambil bagi mereka yang tidak berpuasa bacaan sehingga 10 mmol glukosa/liter masih boleh diterima. Bagi bacaan dibawah paras 4 mmol glukosa/liter, ini menunjukan paras glukosa dalam darah adalah rendah dan biasanya dalam keadaan ini simptom hipoglisemia (hypoglycemia) akan berlaku seperti badan bergeletar, letih, lapar, keliru atau gugup. Jika berlaku hipoglisemia in,i maka tindakan yang hanya perlu diambil ialah minumlah jus buah-buahan atau memakan beberapa camca teh gula.

50% komplikasi akibat kencing manis ini menyebabkan kerosakan urat saraf dan ianya merebak dengan pantas kebahagian kaki serta tapak kaki. Jika tidak dicegah dengan segera, maka bahagian yang berlaku komplikasi tersebut perlu dipotong. Kerosakan rentina mata pula akibat kencing manis menyebabkan pengidap akan menghadapi masalah buta. Penyakit kencing manis ini juga akan menyerang saluran pembuluh darah yang cedera dan akan memberi kesan besar kepada pesakit seperti serangan jantung dan juga strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Oleh itu tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.

Simptom atau gejala penyakit kencing manis

Diantara simptom-simptom yang biasa bagi pengidap kencing manis adalah:

Kerap kencing terutama waktu tengah malam
Kerap dahaga daripada keadaan biasa
Selera makan meningkat
Cepat letih
Kehilangan berat badan yang mendadak
Kerap berlaku jangkitan kulit seperti gatal disekitar kawasan kemaluan
Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Luka yang lambat sembuh
Pengelasan Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis boleh dikelaskan kepada dua, iaitu ;

Jenis I - Insulin-dependent diabetes Mellitus (IDDM)

Jenis II - Non-insulin-dependent diabetes Mellitus (NIDDM)


Jenis I - Insulin-dependent diabetes Mellitus (IDDM)


IDDM atau diabetes Mellitus bergantung insulin adalah berkeadaan dimana insulin yang dihasilkan oleh pankreas adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. IDDM ini lebih kerap ditemui dikalangan kanak-kanak dan remaja dan hanya 10% sahaja ianya berlaku dikalangan orang dewasa yang berusia 65 tahun keatas. Rawatannya hanya dengan mengawal pemakanan dan suntikan insulin bila keadaan memerlukan.

Jenis II - Non-insulin-dependent diabetes Mellitus (NIDDM)

Jenis ini juga dikenali sebagai diabetes Mellitus tidak bergantung insulin. 90% daripada pesakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. NIDDM ini adalah berkeadaan di mana sewaktu proses pengeluaran insulin dilakukan oleh pankreas sel anggota badan tidak dapat memberi reaspon terhadap insulin tersebut. Dalam keadaan yang sama pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi tehadap tubuh badan. Perkara ini biasanya berlaku kepada mereka yang berusia melebihi 40 tahun dan gemuk. Penyakit kencing manis ini juga tidak hanya semata-mata berlaku akibat fakor pemakanan, kurang senaman tetapi ianya juga merupakan penyakit warisan atau keturunan. Rawatan yang biasa dilakukan ialah pengawalan pemakanan, pengambilan ubat ubatan dan suntikan insulin bila keadaan memerlukan.

Diabetes sekunder

Diabetes sekunder jenis ini adalah disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain. Ianya berlaku adalah disebabkan peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal. Diabetes sekunder ini berlaku ketika seorang ibu itu hamil dan ianya hanya berlaku ketika ibu itu hamil sahaja.Ubat ubatan tertentu dan toksin juga mampu menyebabkan seseorang mendapat diabetes sekunder. Hasil kajian mendapati 20 % hingga 25 % wanita yang mengalami penyakit kencing manis ketika hamil akan mengalami masalah kencing manis kekal apabila usia mereka meningkat. Rawatan yang biasa dilakukan bagi penyakit diabetes sekunder ialah pengawalan pemakanan, dan pengambilan ubat ubatan.

Kaedah rawatan
- Kawalan pemakanan
Kawalan pemakanan atau diet bukan sekadar mengurangkan makanan dan minuman yang manis sahaja tetapi lebih dari itu. Diantara kawalan pemakanan yang perlu diambil perhatian ialah :


Tetapkan masa makan 3 kali sehari

Elakkan makan makanan, minuman dan makan buah-buahan yang tinggi kandungan gulanya.

Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi (fiber) seperti mi, oat dan sayur-sayuran.

Elakan makan makanan bergoreng tetapi yang dimasak secara panggang atau stim.

Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan garamnya.

Makanlah makanan yang seimbang menunya. Ini membolehkan jumlah kalori makanan ditetapkan dan memastikan jumlah glukosa dalam darah dapat dikendalikan oleh tubuh badan.

- Senaman

Senaman akan menyebabkan insulin memberi reaksi yang positif kepada tubuh badan. Berjalan selama sejam akan mengurangkan risiko peningkatan kecing manis kepada separuh. - Ubat ubatan

Insulin

Tablet anti-diabetes

- Supplement
Sesetengah pakar mengesyorkan mengambil supplement vitamin E sebanyak 200 hingga 400mg sehari

- Mengekalkan cara hidup sihat
Kurangkan stress dan ianya membantu mengurangkan paras gula dalam darah.

Dari Internet.