Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 28 Januari 2008

Mak Nyaie dibedah Hari ini


"Doktor cakap macam mana sakitnya mak?"

"Kena bedah & masukkan tiub.."

Memang sakit Mak Nyaie amat kritikal sejak kebelakangan ini. Hinggakan satu ketika doktor pun telah putus harapan. Buah pinggangnya yang memang telah lama tidak berfungsi menjadi penyebab sakitnya melarat. Jika lambat saja bauat dialisis buah pinggangnya, pasti membengkak kaki & perbagai masalah kesihatan.

Wajah Mak Nyaie pun nampak tidak berseri lagi. Terkadang hilang semangat untuk berubat. Mak Alang yang banyak berkorban menjaganya pun asyik kena marah sahaja. Mak Alang sudahlah kurang pendengaran. Cutinya makin kurang. Mila selalunya bergilir mengikut keadaan untuk menjaga ibunya. Ada lima adik beradik perempuan dari lapan adik beradik Mila, yang paling kerap menjaga Mak Nyaie ialah Alang & Yuli@Mak Yong. Mila mungkin bila keadaan benar-benar kritikal. Amy selalu jadi bahan rajukan Mak Nyaie, biarpun selalu juga aku dengar dia tinggal di hospital bersama Mak Nyaie. Acik memang aku tidak pasti, tentunya alasan anak masih kecil & payah mendapat cuti. Dia memang jarang bermalam di hospital menjaga ibunya.

Masalah ini yang perlu kita fikirkan, apatah lagi jika memang tiada anak perempuan. Jika emaknya sakit siapa mahu menjaganya di hospital. Bolehkah anak lelaki berjaga malam di sebelahan emaknya di hospital kerajaan. Aku teringat Ana, Kamal & beberapa teman lagi yang macam aku juga tak punyai anak perempuan. Harapannya tentulah kepada menantu perempuan atau cucu menemani malam-malam di hospital

Maka itu aku lebih mengharapkan, jika aku sakit tidak membebankan anak-anak. Biar sakit mengejut & pergi. Kebelakangan ini pun aku sering terlantar sendirian di wad kecmasan tanpa dijenguk siapa pun. Hinggalah bebaru ini darahku yang naik sampai 181/128 mm Hgsystolic; sampai radas di wad kecemasan menjerit-jerit aku masih berbaring tenang. Memang hati teringat isteri & anak-anak ketika kritikal begitu tetapi jika difikir-fikirkan dapatkah mereka membantu. Seharian di rumah pun Mila sering meninggi suara menyebabkan adarah tinggiku naik, anak anak zaman kini pula makin berani menengking ibu ayah. Aku teringat masa aku kecil hinggalah aku dewasa memang aku amat menghormati arwah Apak tak pernah pun aku berani membantah cakapnya, apatah meninggi suara. Arwah emak lagilah payah melihat dia marah. Jadi memang tak ada punca untuk aku membantah cakap ibu ayah.

Harapanku Mak Nyaie selamat menjalani pembedahan. Semalam aku sempat berpesan kepada Mila.

"Ofis Mila tak jauh dari Hospital Selayang, ayah rasa elok Mila bawa kereta ke ofis esok, boleh melawat emaknya tengah hari atau lepas Mila balik kerja.."

Mila diam saja, aku teringat sungutannya akan sewa letak kereta di ofis barunya mahal, jauh pula terpaksa berjalan kaki & entah apa lagi komen dia. Aku mengganggapkan ini masalah kebajikan pekerja oleh syarikatnya. Ikut suka rasa, kejap dihantar ke pulau, kejap di hantar ke tengah kota, kejap di campak entah ke mana lagi. Apatah lagi syarikatnya kini terlampau menjaga kebajikan orang atasan. Bayangkan kalangan pengurus dikasi saham kompeni sampai 80 lot. Jika satu lot sekarang sekitar 17K kalikanlah dengan 80.

Semua itu masalah agihan harta rakyat yang tak seimbang. Golongan sokongan sekadar dikasi 2 atau 3 lot sahaja. Sudahlah gaji sedikit kebajikan seolah-olah sifar. Belum lagi elaun letak kereta, perjalanan & entah apa lagi yang dimiliki disumbat oleh golongan atasan. Golongan sokongan & bawahan tanggung sendiri bebanan ini. Memang aku sejak dulu tak faham keadaan ini berluasa berlaku di negara ini. Bukan hanya berlaku di dalam agensi kerajaan malahan di swasta tambah teruk. Syarikat yang Mila kerja kini milik PNB, PNB itu siapa?. Sime Darby. Dulunya Golden Hope yang senang-senang saja memindahkan pekerjanya di pulau. I & P syarikat asalnya memang jauh lebih baik menjaga pekerjanya.

Bila kita selongkar siapa pemegang saham terbesar pasti akan melenting Datuk itu atau ini. Kenapa kompeni boleh membahagikan saham sampai sejuta RM untuk setiap pengurusnya?. Dari mana mereka mendapat duit sebanyak itu. Kenapa keuntungan tidak diberikan samarata dengan golongan bawahan. Siapa yang berniaga dengan golongan taukey cina ini?. Duit siapa mereka laburkan. Semua ini kerajaan patutnya mengkaji. Sebab semua ini harta negara. Kenapa ada golongan pekerja tidak dijaga kebajikannya. Sampaikan bulan puasa pun katanya tidak pernah dibenarkan pekerja Islam pulang awal. Negara apa kita ini. Gila apa kita mengejar duit; sampai disegi ibadah pun kita tidak mahu bertolak ansur. Nak ikut telunjuk orang kafirkah?. Emmm! memang naik tekanan darah tinggiku bila memikir masalah menghantui sebahagian dari keluargaku. Kompeni tempat Mila berkerja ini.

Memang begitulah rutin syarikat swasta yang terlampau memikirkan keuntungan. Mana ada erti kekeluarga atau kebajikan seimbang dalam kamus hidup mereka. Tak tahan dengan komplot kompeni, senang saja arahannya; Berhenti kerja. Terus berkerja ibarat pekerja dibuli menjadi kuli batak, diperhamba. Golongan atasan mewah segala.

Golongan atasan ini bukan hanya taukey cina tetapi orang kita juga yang menggadaikan tanah air kita, Tanah hak Orang Melayu. Dirampas. Untuk memperkaya bangsa lain. Contoh yang nyata; Cubalah kita fikir siapa kasi lesen untuk memajukan Genting. Tanah gunung pun kita kasi orang asing. Siapa taukey Genting semua kita tahu. Semua sedar siapa golongan yang berkerja sama dengan mereka ini. Tapi bila diberi hak memilih dalam pilihanraya benda ini jadi huru hara, samar, tak nampak, kita takut kita miskin mundur macam-macam. Padahal sekarang ini jika kita perhalusi kehidupan kita hak kita sebagai penduduk jati negara ini. Apa yang kita ada?

Sebagai contoh terdekat, fikirkan hutang kita yang melambak; sampaikan pencen pun belum tentu habis hutang. Apa benda hutang kita itu; berharga sangatkah; Memangkita terusan tercampak di golongan marhain. Inilah bangsa kita... kan?.

Jangan anggap pula tulisan ini sebagai anti kerajaan yang ada kini; Ini cuma pendapat peribadi. Bukan bermaksud aku ini mirip ke parti pembangkang. Penulis jangan memihak ke mana, penulis seharusnya meluahkan segala yang nyata, jelas & dapat kita berfikir. Memang judi dalam negara yang namanya Islam adalah haram, tetapi aku pasti kerajaan kita ada alasannya tersendiri membenarkan & mengeluarkan lesen berjudi. Malahan mencegah kita orang Islam berjudi, membeli nombor ekor & sebagainya. Biarlah benda judi ini untuk orang kafir!.

Lupakan masalah negara itu. Berbalik kes Mak Nyaie tadi, syukurlah ada kalangan anak Mak Nyaie yang kerja di Agensi Kerajaan. Dapatlah Mak Nyaie rawatan terbaik, di Hospital Selayang yang aku lihat bagaikan Hospital Putrajaya; nampak mewah & kelengkapan yang memang canggih. Bayangkan cara makanan dibekal pun mengalahkan keturunan raja. Sampai anak nyonya sebelah Mak Nyaie bergurau & mengusik Mak Nyaie. Tanpa kemudahan percuma bagi pegawai kerajaan mampukah kita mendapat rawatan semahal hospital swasta.

"Tenguk emak saya makan habis semua.. Makcik kena makanlah, kuatkan semangat; sedap semua makanan ini" Memang dibekalkan dalam bekal yang kedap udara, panas berasap sampai ke katil pesakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan