Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 6 Januari 2007

Pautan Hati ( Delima Merkah )

Inai merah di jari Juriah nampak amat berseri disuluhi lampu tidur. Rumah kampung separuh bawah serta separuh bertiang tinggi & berdinding papan basah disirami embun jantan. Tengah malam tadi hujan lebat, membuatkan cuaca amat dingin. Sekarangpun terdengar bunyi jaringan hujan sebesar jarum berjatuhan di atap zin rumah keluarga Jamil. Jamil tidak dapat melelapkan mata, sejak awal detik menyambut malam pertama dia.


Sendirian.. sesuatu belahan antara dua hati.

“ Juriah abg tahu, abg bukannya pilihan hati Juriah, keluarga yang menemukan kita..” Jamil duduk di gigi katil, bilik pengantin yang serba serbi berona jingga. Jamil memperlahan putaran kipas angin yang tak tahu berhenti tergeling-geling teramat laju.

“ Abang sendiri tak percaya jodoh kita boleh diketemukan, abg berterima kasih kerana Juriah dapat menerima abang.”

Juriah tak memandang pun wajah Jamil, terlentang memandang siling, bagaikan mengira jarum hujan yang jatuh di dada zin. Bunyi cengkerik amat indah mendendang laguan keroncong malam sesekali ada suara katak jantan bagaikan mengejek cengkerik, jampuk pula mengiyakan. Juriah bagaikan leka mendengar kugiran malam itu berbanding suara hati Jamil suaminya.

“ Juriah, abang tahu kita masih saling tak kenal & masih memerlukan masa untuk kira saling memahami hati sesama kita.” Jamil pergi ke arah tingkap & membuka enselnya. Mencapai 555 di meja solek & menyalakannya. Mencapai bangku di meja solek duduk rapat dengan tingkap. Angin basah menampar pipinya. Dia perasan kerancakan kugiran yang tak diundang itu terganggu sikit. Jampuk lari entah ke mana. Tentu Juriah tercari-cari suara jampuk.Padan muka Juriah, Jamil tersenyum.

Juriah mengiring ke arah Jamil. Memandang tepat ke wajah Jamil dalam samar neon lampu tidur. Mata galaknya payah berkelip. Tepat memandang wajah Jamil yang nampak lebar & asyik senyum. Rambut Juriah yang ketak-ketak sengaja tidak disikatnya. Bibirnya agak lebar masih melekat gincu; Jamil perasan dia tidak syolat sejak siang tadi. Benarkah dia dalam keadaan selamat ponteng syolat. Manalah Jamil nak selidik semua rahsia perempuan begitu.

“ Abang… bolehkah Ju cakap sesuatu.” Jamil teruja, terhenti menyedut 555 dia.

“ Entah berapa lama aku berbual seorang diri baru sekarang kau faham apa yang aku cakap.” Keluh suara rimas dari dalam lorong hati Jamil.

“ Sejak tadi abang tunggu Juriah bersuara, cakaplah apa dia.”

“ Beri Ju masa untuk dapat menerima abang.”

“ Maksud Juriah?.”

“ Malam ini bukan malam pertama kita.”

“ Kenapa pula?. Bila pula malam pertama kita.” Macam ayat gelojoh saja si Jamil ini.

“ Lambat laun abang Jamil kita akan faham. Ju penat sangat ni bang, nanti dekat subuh abg kejutkan Ju iyer. ” Tak senyum pun. Juriah mengering ke arah pintu bilik, memeluk bantal panjang. Jamil macam kanak-kanak kehilangan gula-gula, melihat isterinya yang amat pelik tapi memang menggoda dia.

Dekat subuh kejutkan Ju… Jamil tersenyum membaling puntung 555 ke luar tingkap menyalakan lagi sebatang. Menyedutnya meriah. Leka dengan kugiran Sang Cengkerik@Katak, suara jampuk sayup-sayup kedengaran. Layan kugiran lainlah itu.

“ Apalah maksud ayat biniku ini, mungkin dia mahu sembahyang subuh kot.”

- Bersambung

Pautan Hati 2

Asal Pos 6.1.2007 pd 11:36 Mlm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan