Henti edar air mineral
Oleh Mohd Sabran Md Sani
KUALA LUMPUR: “Buat masa ini kami belum terima apa-apa surat (saman) daripada pihak berkenaan (Yassa Sdn Bhd) selepas didakwa mengeluarkan produk air mineral tanpa kebenaran syarikat pengeluar air minuman terbabit.
“Bagaimanapun, saya dinasihatkan peguam supaya tidak memberikan sebarang komen atau kenyataan kerana bimbang akan memberi kesan kelak dan apabila dibenarkan, barulah perkara itu dimaklumkan kepada umum,” kata Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF-3), Mawi, 25, ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Mawi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Yassa Sdn Bhd (YSB) menyaman Mawi World Sdn Bhd (MWSB) RM1 juta kerana didakwa menggunakan lesen tanpa kebenaran.
YSB memfailkan saman dan menuntut ganti rugi dengan menamakan MWSB yang beralamat di No 43A, Jalan SG 3/10, Taman Seri Gombak, Batu Caves, sebagai defenden.
YSB yang diwakili pengarahnya, Muhammad Nizam Bahari dan bekas pengarah, Annas Bahari, memfailkan permohonan itu melalui peguam Adnan Seman @ Abdullah di Mahkamah Tinggi (Dagang), Wisma Denmark, kelmarin.
YSB adalah sebuah syarikat pengeluar air mineral berlesen dan mempunyai kilang sendiri di Lot 517, Kampung Mengkal, Kota, Rembau, Negeri Sembilan.
Menurut pernyataan tuntutan, pada 30 September lalu, seorang pengarah syarikat YSB ke sebuah pasar raya di Subang Jaya untuk membeli-belah dan mendapati air mineral berjenama ‘Mawi World’ dijual di situ.
Plaintif mendapati maklumat yang tercatat pada botol minuman terbabit milik plaintif seperti lesen, kilang dibotolkan dan menggunakan maklumat kandungan sama seperti digunakan plaintif.
Menurut plaintif, defenden menggunakan harta intelek tanpa kebenaran dan mengakui perkara itu sebagai hak milik defenden serta membuat keuntungan daripada penggunaannya dengan menampilkan wajah Mawi pada botol berkenaan.
Ini berikutan kandungan maklumat pada botol air mineral Mawi World, seperti nombor lesen dan kilang di mana air mineral itu dikeluarkan, menggunakan maklumat sama seperti digunakan YSB.
Selain itu, pihak defenden mengaku tidak memperoleh kebenaran daripada plaintif serta mendakwa memperoleh minuman berkenaan daripada Johtaw Corporation (M) Sdn Bhd, manakala plaintif mendakwa tidak pernah memberikan kebenaran kepada syarikat terbabit memasarkan minuman terbabit.
“Saya memang belum terima apa-apa surat. Jadi perkara itu diserahkan kepada peguam. Biar peguam saya dengan peguam YSB menyelesaikan isu berkenaan, manakala saya akan beri keterangan selepas semuanya selesai,” katanya Raja SMS itu yang baru selesai menjalani rakaman program di Astro.
Menurutnya, dia mungkin berkesempatan berjumpa peguam esok bagi membincangkan isu tuntutan itu.
“Memandangkan isu air mineral semakin hangat diperkatakan, saya bercadang menghentikan buat sementara pengedaran air mineral itu,” katanya.
iDAN Menulis
Mungkin tak jadi masalah dengan Mawi, lantaran dia memang sudah jadi jutawan, berapa sangatlah sejuta itu. Lagipun semua itu hasil keuntungan yang dia raih dari peminatnya. Memang kuat kesannya aura Mawi ini. Lihat wajah dia saja peminatnya akan tak sayang duit nak beli. Bayangkan masa dia dilonjak jadi juara. Berjuta-juta duit peminat berlonggok lantaran Mawi melalui SMS. Dia dapat memang takkan sampai separuh, pihak lain yang kaut untung dengan khidmat penentuan SMS secara langsung.
Sungguh SMS, ini amat kuat kesannya kepada kehidupan kita kini. Sepuluh sen yang kita SMS memang tak terasa langsung ianya kita taburkan tak menentu maksud tujuannya. Lagipun syarikat komunikasi yang menguruskan khidmat pesanan ringkas pun bagaikan lanun yang memaksa. Setelah kita bermula adanya talian telefon bimbit memang kita payah untuk memotongnya. Pasti tiap se bulan kena tambah nilai, RM30 jika tidak memang kita sekadar terima panggilan sahaja. Bermakna sehari mesti seringgit kita berbelanja untuk telefon bimbit. Itu kalau kita mengawal diri. Memang kadar seringgit sehari itu terlalu mahal berbanding kita seharian menggunakan air. Beras sekalipun tak sampai seringgit kita makan sehari. Sesungguhnya kita rakyat Malaysia membazir lantaran SMS apatah lagi lantaran Mawi atau Akademik Fantasia. Apakah kerajaan tidak mengkaji kadar sewa talian telefon di negara kita ini. Amat tinggi.
Kenapa kita bermurah hati lantaran menyokong para artis; Tak apalah kalau kita memang sudah kaya, tak tahu nak guna lagi. Biarlah kalau memang itu kepuasan kita, tetapi seharusnya kita juga patut bermurah hati dalam menderma atau membantu saudara mara kita yang susah. Sebagai contoh apabila kita menumpang di masjid untuk syolat, selalunya kita lupa memasukkan derma untuk tabung masjid, padahal kita & keluarga menggunakan air, elekrik & kemudahan lain. Itulah kita. Terfikirkah kita menderma untuk masjid atau surau tersebut? Kenapa kita tidak prihatin atau bermurah hati pada tempat yang sesuai. Paling tidak imbangkanlah. Antara hiburan duniawi dengan akhirat kita.
Apatah lagi, On DAPAT, On Kawan, On Cinta & entah apa lagi On di TV yang memang akan menyedut duit kita bukan sedikit melalui telefon bimbit. Syarikat tersebut memang bagaikan perompak atau lanun secara diam mengambil kesempatan di atas kesepian seseorang. Malahan kekinian telah timbul pula masalah keruntuhan akhlak lantaran ada yang telah menjadikan On Kawan, On Cinta, berSMS itu medan mencari mangsa untuk merosakkan gadis atau perempuan yang kesepian yang sanggup mengeluarkan wang ke jalan yang membazir & membahayakan diri sendiri. Kenapa ini terjadi? bukankah puncanya telefon bimbit & SMS tadi. Puncanya adanya ruang atau lesen yang diberikan kepada perompak tadi dan kita yang memang sering lupa & lalai ini pastinya akan jadi mangsa malahan membahayakan diri sendiri. Sedangkan kawanpun terkadang boleh makan kawan, apatah lagi percaya dengan mereka yang berSMS kepada kita; Entah datangnya dari penjara atau banduan mana. Bukan sedikit mangsa bunuh dijumpai lantaran berSMS dengan mereka yang jahat ini.
Memang kita kini bagaikan mereka yang mabuk atau mamai dengan budaya komunikasi jika tidak pandai menggunakannya; Hasilnya itulah tadi isu Mawi yang kita angkat jadi jutawan, tenguk sampaikan jutaan ringgit orang berani nak saman dia. Tapi cuba cermin diri; apa yang kita ada. Apa yang kita dapat setelah menjadikan Mawi itu jutawan lantaran bakat yang dia miliki; Sekadar syoklah dengar lagu Mawi!.. Yang nyata kita tetap berada dengan kemiskinan kita juga. Pening nak langsaikan hutang sana hutang sini.
Emmm...
Orang kampung Mawi kecewa
Oleh Zalifah Mohd Yatim
JOHOR BAHRU: Segelintir penduduk Felda Taib Andak, Kulai, dekat sini tidak puas hati dengan layanan Mawi ketika mereka berkunjung ke rumah baru juara Akademi Fantasia ketiga (AF3) itu, pada hari raya pertama, minggu lalu.
Mereka kecewa dengan sikap kurang mesra Mawi dan segelintir penduduk mendakwa tidak mendapat layanan sewajarnya.
Hanya peminat tertentu dibenarkan masuk ke rumah baru penyanyi itu yang dikawal dua pengawal peribadi di pintu masuk, manakala tetamu lain hanya menjamu selera di perkarangan rumah Mawi.
Kekecewaan peminat bertambah ketika penyanyi itu mengikut kumpulan marhaban dan hanya dibenarkan mengambil gambar dari jauh oleh seorang lelaki yang dipercayai pengawal peribadinya.
Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, walaupun berbangga dengan kejayaan Mawi sebagai seorang penyanyi, dia kecewa dengan perubahan ketara sikapnya berbanding sebelum bergelar penyanyi.
“Bayangkan sekumpulan kanak-kanak berusia lapan hingga sembilan tahun datang untuk beraya tapi tak dibenarkan langsung masuk ke rumah, sebaliknya hanya menjamu juadah di perkarangan rumahnya.
“Bukan makanan yang ditagihkan, tapi kedatangan peminat walaupun kanak-kanak kerana mahu berjumpa penyanyi diminati atau sekurang-kurangnya diberikan layanan sewajarnya.
“Perkara sama turut berlaku pada saya. Yang peliknya ada sesetengah tetamu walaupun bangsa asing dibenarkan masuk, tapi kami penduduk kampung sendiri tidak ditegur,” katanya.
Dia berkata, walau sesibuk mana sekali pun, Mawi dan keluarga seharusnya sudah bersiap sedia untuk berhadapan situasi itu dan tidak mengenepikan adat ketimuran dan sopan santun.
“Bagaimana dia mahu dijadikan ‘role model’ sedangkan perkara yang kecil seperti ini tidak mampu ditempuhinya dengan bijaksana?
“Sesetengah penduduk kampung tawar hati dengan perubahan sikap Mawi sejak bergelar penyanyi kerana kini kurang mesra terutama di kalangan mereka yang banyak membantunya untuk bergelar penyanyi sebelum ini,” katanya merujuk kiriman SMS untuk mengundi Mawi ketika pertandingan akhir AF3.
Sementara itu, seorang ahli keluarga Mawi hanya memberi jawapan `dia sibuk’ apabila ditanya sama ada kakak Mawi, Rashidah berada di rumah, ketika wakil Harian Metro berkunjung ke kediaman itu, semalam.
Sementara itu, tukang rumah, Ahmad Sidek atau lebih dikenali Mat Kacang mengakui masih belum terbuka hati untuk berkunjung ke rumah Mawi selepas diberhentikan daripada meneruskan projek pembinaan rumah baru penyanyi berkenaan.
“Hati saya masih lagi terguris, setakat ini rasanya belum ada hasrat untuk ke rumahnya walaupun pada Syawal ini.
“Masih teringat-ingat lagi kata-kata pedas Mawi dan keluarganya iaitu rumah yang saya bina sehingga sudah siap 80 peratus tidak berkualiti sedangkan itu bukan kali pertama saya terbabit dalam projek pembinaan rumah baru,” katanya.
Menurutnya, sepanjang hampir 10 tahun menjadi tukang rumah, sudah lebih 20 rumah dibina dan projek terbesar membabitkan kos bernilai lebih RM300,000 di Kampung Pertanian, Kulai.
“Rumah Mawi bukan projek terbesar saya tapi kalau sudah dipertikaikan buatan saya tidak berkualiti, mungkin ia bukan rezeki saya. Walaupun kewibawaan saya tercalar, biarlah kontraktor lain menyiapkannya.
“Lagipun, saya sudah tak kuasa hendak membesar-besarkan lagi perkara ini,” katanya.
Menurutnya, masalah pembayaran bernilai RM64,000 yang timbul sudah diselesaikan dan bayaran sudah diterima sebanyak RM40,000 daripada keluarga penyanyi itu.
- Emmm setakad RM300,000 projek terbesar memanglah akan dipersoalkan oleh Mawi yang seorang jutawan. Memang kita boleh kesan siapa Mawi & keluarga Mawi kini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan