Urutan Bali Kamphora Spa (Ceritera)
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
TIDAK perlu ke destinasi lain seperti Bali kerana di Kamphora Spa, di Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, segala keinginan dan kepuasan dicari atau dihajati akan tercapai.
Mereka yang pernah menikmati pengalaman rawatan di Kamphora Spa tentu tidak dapat melupakan keunikannya kerana ia menggabungkan beberapa amalan tradisi lama bagi mengembalikan kecantikan dalam dan luaran dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki terpelihara.
Sebaik melangkah masuk ke Kamphora Spa, pengunjung akan menikmati suasana tenang dengan hiasan lilin aromaterapi selain deruan air terjun mini dan perabot ukiran ala Bali yang unik.
Yang pasti, mereka yang berkunjung ke situ mampu mendapatkan rawatan kesejahteraan dan kecantikan meliputi keharmonian jasmani, rohani dan minda yang ditawarkan selain membangkitkan kesegaran dan memupuk jiwa yang tenang.
Seni urutan Bali antara tarikan utama di Kamphora Spa yang beroperasi kira-kira lima bulan lalu.
Pengarah Urusan Kamphora Spa, Fardziateefara Hamzah, berkata perkhidmatan spa lengkap menarik minat pelanggan tempatan selain pelancong Singapura.
Beliau berkata, kebanyakan pengunjung menggemari urutan Bali untuk merehatkan minda, malah ada antaranya menyifatkan urutan itu baik untuk kesihatan kerana membantu peredaran darah selain mengembalikan keremajaan.
"Kamphora turut menyediakan perkhidmatan lengkap penjagaan badan, kaki dan rambut termasuk urutan badan secara tradisional cara Melayu, urutan Bali serta mandi bunga dan susu bagi membuang toksid dalam badan.
"Kamphora memiliki tiga pakar urut atau terapi terlatih dan empat bilik rawatan badan yang selesa bagi pengunjung wanita," katanya.
Farah berkata, Kamphora Spa mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengunjung kerana menawarkan perkhidmatan pakej urutan badan, body scrub, sauna dan rawatan muka serendah RM150 yang memakan masa rawatan selama tiga jam.
Manakala pakej kedua pula dengan kadar bayaran RM98 selama lebih dua jam iaitu urutan badan, sauna dan body scrub.
"Kami yang beroperasi mulai jam 10 pagi sehingga 8 malam turut menyediakan mandian khas untuk kesihatan rambut bagi mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur.
"Rawatan refleksologi pula didahului dengan rendaman kaki di air garam gunung yang mampu mengurangkan toksid dalam badan,” katanya.
Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan