Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 3 Julai 2000

Muzium hidup Orang Asli (Delima Merkah)



MELANCONG ke Perak tidak sempurna jika tidak me neroka keistimewaan Hutan Royal Belum terutama meng hayati kehidupan rutin masyarakat Orang Asli di situ.

Perkampungan Orang Asli yang jarang didedahkan media ialah Sungai Tiang dan Sungai Kejar, mengambil masa kira-kira 40 dan 45 minit perjalanan dengan bot laju dari Jeti Awam Banding.

Terletak di tengah Hutan Royal Belum, kedua-dua kampung itu boleh dianggap muzium hidup suku kaum Jahai.

Masyarakat ini bergantung kepada sumber alam atau hasilan hutan seperti mencari rotan, kayu gaharu, madu lebah, akar kayu, bercucuk tanam dan menangkap ikan sejak mereka mendiami perkampungan itu 24 tahun lalu.

Kebanjiran pelancong membawa limpahan ekonomi kepada suku Jahai.

Kedamaian Tasik Banding yang dikelilingi hutan hujan seluas 113,000 hektar memahat azam suku kaum minoriti ini terus mendiami pinggir tasik buatan manusia yang terbentuk selepas pembinaan Empangan Temenggor pada 1978 ini.

Royal Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak sejak lima tahun lalu terletak bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dan Jalan Raya Timur- Barat (JRTB) di selatannya.

Sekali berkunjung ke Hutan Royal Belum khususnya ke Perkampungan Orang Asli Sungai Kejar dan Sungai Tiang pasti akan menggamit kenangan untuk terus kembali ke hutan ini.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan