Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 2 Julai 2000

Formasi unik batu kapur (Ceritera)

Teks dan gambar Ramli Ibrahim
rencana@hmetro.com.my

MUNGKIN ramai tidak mengetahui ada sejarah di sebalik nama Gua Musang. Mengikut cerita lama, ia mempunyai kaitan dengan gua batu kapur yang sudah lama menarik kunjungan ramai pelancong.

MUNGKIN ramai tidak mengetahui ada sejarah di sebalik nama Gua Musang. Mengikut cerita lama, ia mempunyai kaitan dengan gua batu kapur yang sudah lama menarik kunjungan ramai pelancong.

Dengan ketinggian lebih 1,200 meter (m) dari aras laut, gua batu kapur itu yang terletak di hadapan Stesen Kereta Api Gua Musang memiliki tarikan semula jadinya tersendiri.

Kunjungan ke bandar ini tidak dianggap lengkap jika tidak meneroka gua batu kapur itu.

Penjelajahan meneroka Gua Musang pasti lebih meriah jika datang bersama rakan dan ahli keluarga.

Mereka yang pernah berpengalaman mendaki pasti mengakui pengalaman getir untuk menempuh perjalanan untuk sampai ke muka gua.

Justeru, aktiviti ini lebih sesuai untuk mereka yang berusia antara 10 dan 50 tahun.

Kecerdasan menjadi rangsangan utama bagi menjayakan pendakian berikutan laluan sempit dari kaki bukit menuju ke pintu gua.

Ekspedisi meneroka gua batu kapur lebih meriah apabila tiba musim cuti sekolah. Kumpulan pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pelancong dari luar Kelantan bertumpu ke daerah ini untuk tujuan pendakian.

Pelbagai formasi batu kapur boleh dilihat dalam gua termasuk telaga emas, buah belimbing batu, lubang ular, gendang puteri, bilik persandingan dan kepala gajah.

Bentuk unik dan adakalanya agak aneh ini menjadi tumpuan lensa kamera pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

Menariknya, tiga lubang gua utama terletak di kawasan lebih rendah membolehkan pengunjung melihat pemandangan sebahagian besar bandar Gua Musang.

Dari sini, pengunjung terpaksa meredah perjalanan kira-kira 45 minit untuk sampai ke puncak.

Mengikut cerita penduduk tempatan, pendakian Gua Musang sudah lama dilakukan sejak awal 1930-an lagi.

Rentetan dari itu, lahir kisah pelik dan berbaur mistik berdasarkan pengalaman pendaki yang pernah berkunjung ke sini.

Justeru, seperti tempat lain, pengunjung dinasihatkan tidak membuang air kecil atau besar sebarangan kerana takutkan sebarang kejadian buruk berlaku apabila mereka pulang ke tempat masing-masing.

Kebelakangan ini, cerita mistik ini tidak lagi dihiraukan pengunjung yang kurang mempercayai pantang larang apabila memasuki hutan menyebabkan ada yang ditimpa musibah termasuk sesat ketika mencari jalan pulang menuruni bukit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka perlu membawa jurupandu berpengalaman bagi mengelakkan mereka tersesat. Ini memandangkan keadaan gua yang gelap boleh mengelirukan mereka.

Apabila melepasi kawasan gelap ini, pendaki boleh meneruskan perjalanan melalui denai di belakang gua untuk sampai ke puncak.

Sepanjang perjalanan ini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesies flora yang jarang ditemui termasuk pokok hutan berusia ratusan tahun.

Lampu picit menjadi barangan terpenting apabila menyertai aktiviti sebegini terutama ketika berada dalam gua yang gelap. Selain itu, ia bagi mengelak pengunjung dari terserempak dengan hidupan liar seperti ular yang banyak mendiami kawasan sekitar gua ini.

Bagaimanapun, ekspedisi ini bukan suatu perkara yang sukar untuk pendaki berpengalaman.

INFO


Keluasan Gua Musang ialah 8,177 kilometer persegi dengan penduduk seramai 90,187 orang.

Gua Musang adalah bandar dalam jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Gua Musang bermaksud ‘Gua kepada Musang’. Di timur bandar itu terletak Bukit Gua Musang setinggi 105 meter.

Gua Musang di utara adalah pintu masuk ke Taman Negara di Kuala Koh. Hutan hujan tropika yang belum diteroka sepenuhnya itu adalah antara yang tertua di dunia.

Gua Musang dikelilingi gua dan bukit batu kapur yang popular di kalangan pelancong terutama pendaki.

Kuil Buddha di Pulai dikatakan berusia 400 tahun.

Bagi peminat rakit, Sungai Nenggiri adalah destinasi paling popular bagi pengemar sukan air. Setiap tahun diadakan Cabaran Nenggiri.

Kesan sejarah boleh ditemui di sekitar gua termasuk Gua Cha, Chawan dan Jaya yang berhampiran dengan sungai.

Gua Musang juga menyediakan peluang bagi peminat burung (bird watching) dan aktiviti berlayar menyusuri sungai bermula dari Kuala Krai hingga bandar Dabong.

Di Kedasar Inn di bandar lama Gua Musang, anda boleh membuat lawatan ke lombong emas, taman rusa dan taman botani.

Kemudahan perkhemahan disediakan termasuk program untuk remaja.

Bagi penginapan anda boleh memilih konsep homestay di Kampung Renok Baru yang menawarkan percutian ala kampung yang menjanjikan pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

Cuba menginap di homestay ketika musim buah-buahan, anda akan menikmati pelbagai buah-buahan termasuk rambutan, durian, langsat dan manggis.

Untuk penginapan ala homestay, anda boleh menghubungi pejabat Kesedar di talian 09-9121788 atau e-mel: kesedar@tm.net.my

BAGAIMANA KE SANA

Jika anda dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas dari stesen Hentian Putra Kuala Lumpur (bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra) menyediakan perkhidmatan setiap hari di antara jam 9 pagi hingga 9.30 malam.

Durasi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang mengambil masa empat jam 30 minit dan tiket boleh dibeli dengan harga RNM26.10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan