Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 1 Jun 2000

Daging Merah Ala Thai (Harum Aroma)


jeezy@myresipi.com

Resepi ni saya mintak kat tokey restoran. Nasib baik laa dia tak kedekut ilmu..

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)

2 ulas bawang putih diketuk

1 labu bawang besar dipotong bulat

1 sudu besar cili giling

Sedikit sos tiram

Sedikit sos ikan (thailand mari)

Sedikit sos tomato

Sedikit minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.

2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.

3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.

4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.

6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.

7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawa sikit.


Komen (2)

11-01-2009, quinnie komen :

sedap ni...saya kalau nak makan daging merah ni selalu kena beli kat kedai..lepas ni boleh cuba buat sendiri pulak....

12-01-2009, lydia_myvi komen :

hi jeezy..wah nmpk sedap la u punya daging merah ala thai..i dah byk kali try resepi nie..tp my mum punya version la..dia mmg suka masak ala thai nie..jeezy, version saya saya blend kan cili merah + cili padi..x pakai cili giling..lg kick..n then tumis sekali daun selasih/basil..mau x terangkat..x lupa juga letak serai yg telah dititik..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan