Khamis, 5 Februari 2015
PKupm
Catatan: Dari group wsapp smi ipoh.
343 mesej dari sekitar 6 kumpulan wsapp saya tak sempat baca. Kebelakangan ni memang saya kurang buka internet atau wsapp hati RISAU kut impian berumur panjang tak kesampaian. Terima kasih lah kamarul meor wahab joe munawir pun rakan lain yang ingat akan hari lahir saya... 56 usia saya hari ini. Impian nak terbalikkan usia arwah apak 69 jadi 96. Panjang usia tak nyanyuk... apakah kesampaian atau tak sempat.
Terima kasih pun rasa bersyukur amat ke hadrat Allah SWT akan anugerah usia ini buat kita bersama.
Tapi baru cecah 56 alahai amat risau masalah sakit kronik ni. Baru saja balik dari Pusat Kesihatan UPM (pkupm)
Tadi setelah puasa malam saya sengaja lewat ke pkupm. Gula awal pagi sekitar 8.5 mmol; saya paksa si Aziq jadi pembantu perubatan. 4 kali cuba buat baru berjaya emm habislah 4 keping strip skala gula itu terbuang. Huh jika saya buat sendiri pun lebih kurang. Saya memang takut jarum sama takut dengan darah. Yang mahir buat ujian darah ni si azim anak yang bungsu.
Emm 26hb Januari hadiah cemas di usia 56. Baru saja balik dari pkupm kira bebas selama 2 bulan. 2 bulan lagi akan mengadap doktor biasalah 6 jenis ubat malas mati dibekalkan. Sekendung ubatan dibawa pulang. Sebenarnya memang saat paling qurur tatkala nak ngadap doktor. Bila doktor terima seadanya tanpa banyak bebelan saya pulang dengan gumbira... boleh buka puasa dengan selera tinggi di restoran d'ateh di seri serdang (ss). Pekena guka asam pedas sedap amat... dengan air limau ais.
Agar kita sama sama kembali sihat agar kita sama sama panjang usia. Dengan semangat baru azam baru. Dunia baru esok yang ceria insya-Allah. Iyer selamat hari lahir untuk aku.
Terima kasih dzuan susah susah telefon saya dari hospital suruh saya buka wsapp ini. Dia ditahan di wad semula sabtu baru ni. Paru parunya kembali kena jangkitan baru saja buat pembedahan di tengkuknya. Salur dialisis. Dia suruh rahsiakan kemasukan dia ke hospital. Maka kena rahsiakan kat wad mana dia dimasukan. Katanya dia tak mahu ganggu rakan, bila tahu dia di wad kut buat rakan rasa serba salah tak lawat dia. Hatta kita doakan bersama kesihatan dzuan. Agar dia kembali pulih dan dapat segera balik ke rumah. Dia sentiasa baca wsapp ni... Dia kata rindu amat akan gopeng nak jenguk rumahnya di sana tapi terhalang sebab demam terasa sejuk seluruh badan. Kita bersyukurlah tak diuji seberat dzuan tu...
Macam saya ni dah masuk tahun ke 9 jadi pesakit kronik masih bebas bergerak. Semalam ada 4 agenda di meru klang... masih okey boleh makan semua teringin masih dapat kenal waris Mila... sedap amat teh o cik oni buat... masih boleh bual dengan Mila sambil memandu 130 km/j kira hebat lagilah tu... ish biarpun Mila ni tak dengar pun apa saya bualkan... tidur; sampai rumah dah 12:30 mlm... kira bersyukur sangat masih boleh kembara jauh.
Iyer hidup kena diteruskan biarpun kita memang dah tua... hati tetap rasa muda:
26hb Januari... Selamat hari lahir untuk aku.
Aziq temankan selalu perah kapcai seorang diri jika tak ada kereta Mila... ambik ubat malas mati 6 jenis. Saya tersilap makan maka minggu lalu gula mendadak naik 17.8 mmol/L. Sampai radas sukat gula merah menyala. Jika 16.0 mmol/L dah kira paras bahaya tak boleh puasa. Jika 20.0 mmol/L ke atas boleh strok. Pernah gula naik sekitar ini tekanan darah jadi sekitar 180/100 mmHg doktor tak kasi pulang diarak dengan ambulan ke wad kecemasan. Kini serangan ini berulang lagi. Hahaha nasib doktor tak dapat trace. Kalau tak kena naik ambulan lagi. Jika terbang ke bulan mungkin penuh drama. Naik ambulan dengan siren melalak tak suka bebeno.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan