setiap hari berulang
alik dari hotel ke masjid, hatiku berbunga2 , dan hati juga sering berdoa , semoga
hari2 yg dilalui akan dpt aku ulanginya kembali satu hari nanti..dalam
perjalanan ke MasjidilHaram dari Hotel atau semasa perjalanan pulang dari
Masjidil Haram ke Hotel..tak terasa penat, atau panas pun..sebab hati selalu
berbunga2 + happy dapat sampai ke sini menjadi tetamu allah..mata asik melilau2 melihat pemandangan kawasan sekitar.
Ini jalan aku ke Masjidil Haram setiap hari
alhamdulillah,syukur ,jarak hotel ngn masjid agak dekat
Kadang dlm
perjalanan ke Masjid untuk solat zohor,cuaca adalah panas melampau
Sampai sepet2
mata menahan kepanasan..kdg aku terlupa bawa spek itam,.lagi kalau time nak
buat umrah..lagi ler tak bawa spek hitam.
kebanyakan masa di Mekah, sama je rutin harianku..bangun
seawal 2am ke masjid untuk solat subuh,balik lepas solat ,sarapan, naik bilik
,mencuci pakaian,
Jam 11am
ke masjid utk solat zohor, dan iktikaf di masjid sampai Asar ,
kalau buat umrah, kitaorang makan dulu sebelum ke Masjid ,takut tak larat nak buat umrah, lagi sebab risau keadaan mak dan maklong.
Dan semasa
di sana masa seakan terasa lambat, sampai kadang aku rasa mcm tak percaya lah
baru hari isnin ke..baru hari selasa ke..rasa mcm masa itu terhenti , allah nak
aku nikmati masa yg ada di sini sepuas-puasnya.
Alhamdulillah
semua solat fardu dpt aku tunaikan di masjid. Syukuran..
Alhamdulillah
sangat, disebab hotel aku dekat jer ngn Masjid, jadiknya tidak timbul kesulitan
bagi ku untuk ke masjid, tidak terasa jauh , walupun kadang aku sorg2 je jalan
kaki ke masjid sambil menikmati pemandangan Masjidil Haram. Itulah rutin harian
aku, kalau aku beritikaf di Masjidil Haram, baliknya pasti aku akan beli
aiskerim ngn jus buahnya.Harga untuk Eskerem Mixed = 3Sar ,dan Jus Buah = 5Sar.
Rasanya
lebih kurang Tutti Frutti..tapi dengan harga yg murah, Cuma tade lah letak
toping bagai atas aiskerim tu..tapi makan begitu sahaja ,dah sedap dan
kenyang
sampai aku rasa aku kurang mkn nasi kt sana, sebab kekenyangan makan eskerem.
Sampai kekadang ,kalau aku balik ke Hotel berseorangan di dalam lif ,ada jemaah lain masuk, pasti menegur, makan eskerem ? sedap ke..sbb kebanyakan takut nak makan, takut deman + batuk . Hari2
makan aiskerim ,minum jus buah,padahal pihak TA ada je menyediakan makanan
sehari 3 kali,Boleh tahan
lauk pauknya ,sedap-sedap belaka..Sebenarnya Soal Makan di Mekah, tidak ada masalah pun , banyak je kiosk jual makanan selain pihak hotel pun turut menyediakan makan .
Pada hari Selasa
19 March 2013, kami ada ziarah luar
Hari itu
kami ke Jabal Thur,Jabal Rahmah, Padang Arafah dan Ke Jaranah seterusnya miqat
utk umrah pada sesiapa yg nak buat umrah.
Memula
kami di bawa ke Jabal Thur, tapi kami hanya berhenti untuk mengabadikan
sekeping 2 foto je di sini.
Sejarah mengenai
Jabal Thur ,sumber dari>> Sini
Jabal Tsur, letaknya sekitar 6 kilometer di sebelah selatan Masjidil
Haram, di sana terdapat Gua Tsur, tingginya sekitar 1,25 meter dengan panjang
maupun lebarnya kurang lebih 3,5 meter x 3,5 meter. Gua tersebut memiliki dua
pintu, yaitu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Di pintu sebelah
baratlah yang digunakan Nabi untuk masuk yang tingginya sekitar 1 meter,
sedangkan pintu sebelah timur walaupun lebih luas, sengaja dibuat untuk
memudahkan orang keluar masuk gua. Untuk mendaki sampai ke puncak Jabal Tsur
ini diperlukan waktu sekitar satu setengah jam.
Sejarahnya, sebelum Nabi Muhammad Saw dan Abu Bakar r.a berangkat untuk hijrah ke Madianah, pada malam hari itu Beliau tidur di rumah pamannya (Abu Thalib) dengan di temani saudara sepupunya Ali bin Abi Thalib. Rumah Abu Thalib sebenarnya telah dikepung oleh orang-orang kafir Makkah. Mereka berencana akan menangkap bahkan ingin membunuh Nabi Muhammad Saw. Tetapi atas pertolongan Allah SWT, para pengepung itu tertidur kemudian Nabi Muhammad Saw keluar dari rumah tersebut menuju suatu tempat di mana Abu Bakar r.a telah menunggunya.
Setelah bertemu dengan Abu Bakar r.a, Nabi Muhammad Saw berjalan ke arah berlawanan menuju madinah, yaitu ke Jabal Tsur yang letaknya berada di selatan Makkah (arah negara Yaman), sedangkan Madinah berada di Utara Makkah, untuk menghindari dari kejaran orang kafir. Pada malam itu Allah Swt menurunkan ayat
Yang artinya : “Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya” ( Q.S Al-anfal ayat 30 )
Ketika Nabi Muhammad SAW berdua dengan Abu Bakar ra telah berada di dalam Gua Tsur, Allah SWT memberi pertolongan dengan mengutus para malaikat yang membuat sarang laba-laba yang menutupi mulut gua tersebut dan meletakan sarang burung merpati yang sedang mengerami telurnya, sehingga orang kafir (Makkah) yang sudah tiba di mulut gua yakin bahwa tidak mungkin Nabi Muhammad SAW bersembunyi di situ. Akhirnya merekapun pulang dengan tangan hampa dan Nabipun selamat.
Firman Allah SWT:
Artinya : Jikalau kalian tidak mau menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepadanya (yaitu) ketika orang kafir (Makkah) mengusir dia, sedangkan dia adalah satu di antara kedua di dalam gua (Tsur)”. Dia berkata pada temannya (Abu Bakar), ”janganlah engkau bersusah hati karena tuhan beserta kita.” Maka, Dia menurunkan ketenangan ke atasnya (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kalian tidak bisa melihatnya, dia menjadikan kalimat/seruan orang-orang kafir menjadi rendah, dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Mulia serta Maha Menghukum. (Al-Qur’an Surat Attaubah/9 Ayat 40).
Selain dari
peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sini, tahukah semua pada suatu hari
nanti akan berlaku satu peristiwa dahsyat di Bukit Thur dan peristiwa ini telah
disebut di dalam Al-Quran?
Selepas berlakunya tanda kiamat yang pertama, muncul Imam Mahadi dan Nabi Isa AS akan dibawa turun dari syurga untuk memerangi Dajjal. Setelah berakhirnya peperangan tersebut muncul pula Yakjuj Makjuj tapi kali ini Nabi Isa AS tak dapat melawannya kerana Yakjuj Makjuj ini tersangatlah dahsyat. Baginda memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk diselamatkan dari kekacauan yang ditimbulkan dan pada waktu ini Allah SWT akan memerintahkan Nabi Isa AS membawa seluruh umat Islam untuk berlindung di Bukit Thur. Kemudian Allah SWT menghantar sejenis binatang seakan-akan ulat yang akan memusnahkan Yakjuj Makjuj sehingga hancur luluh kesemuanya.
Setelah kesemuanya hancur kemudian Allah SWT akan menghantar sejenis burung sebesar unta yang akan membawa bangkai Yakjuj Makjuj ini ke tempat lain. Dan setelah itu Allah SWT akan menurunkan hujan yang lebat untuk membersihkan keseluruhan bumi sehingga berkilau seperti pasir pantai yang bersinar. Selepas peristiwa tersebut maka bumi pun kembali subur dan Nabi Isa AS akan memerintah dunia selama 40 tahun. Dalam tempoh itu baginda akan menunaikan Umrah dan Haji sebelum wafat. Setelah kewafatan baginda dan meninggalnya Imam Mahadi (beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi Isa AS), maka akan berlaku satu peristiwa di mana Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki dari keturunan Habsyi. Kemudian akan berlaku tanda-tanda kiamat yang lain sehinggalah matahari terbit dari Barat. Akhir sekali akan turunnya malaikat Israfil yang akan meniup sangkakala sebanyak 3 kali untuk mengejutkan seluruh umat manusia dan pada waktu ini dunia akan bergoncang, kemudian untuk mematikan semua benda yang bernyawa dan akhir sekali membangunkan semula seluruh umat manusia bagi menghadapi hari pembalasan.
Masa di
Jabal Rahmah, mutawif member penerangan sejarah mengenai Jabal Rahmah.
Bukit berbatu di Padang arafah, yang terletak sekitar 25 km sebelah tenggara kota Mekkah. Dipuncak bukit tersebut terdapat ‘tugu putih’ yang dibangun untuk mengenang peristiwa yang sangat mengharukan pertemuan antara Nabi Adam AS dan Siti Hawa yang dipisahkan oleh Allah SWT selama 200 tahun, ditempat ini pula Rasulullah menyampaikan wahyu yang terakhir turun yaitu Surat Al Maidah Ayat 3
Mutawif
banyak kali pesan kat group kitaorang seramai 23 orang ni, jangan terlalu
sangat meminta-minta ,Atau berdoa
kat Jabal Rahmah,sampaikan ada yg solat kat atas tu,ada yang siap tulis nama
kat atas tu, menangis –meraung dekat atas Jabal Rahmah,sampai solat pun
mengadap batu putih,dah tak ngadap arah kiblat.
Apapun
kita berdoa pada allah yang satu,kita minta padanya dan solat mengadap kiblat.
Boleh
berdoa, tapi jangan sampai jadi khurafat dan tahyul.
Aku fikir
banyak gak betul apa yg mutawif cakap, jadi bila sampai di Jabal Rahmah, malas
aku nak naik ke atas tuh,Lagipun kitaorang
pun tak berhenti lama,
Kalau tahun-tahun
lepas ada unta yang dihiasi bunga-bunga di bawah Jabal Rahmah..
Tapi untuk
tahun ini ,aku ada baca kat mana dah tak ingat, memang takde dah unta-unta nie.
Tapi diganti
dengan beberapa ekor lembu.
Lepas ke
Jabal Rahmah, bus membawa kami round-round sekitar Padang Arafah
Padang Arafah yang jaraknya kira-kira 18km dari kota Mekah,pada jemaah
yang mengerjakan Haji mereka dikehendaki berkumpul di
sini sekurang-kurangnya sebelum atau di awal waktu zohor pada 9 Zulhijjah
sehingga terbitnya fajar 10 Zulhijjah. Wukuf diwajibkan ke atas jemaah
Haji kerana ia adalah detik kemuncak dan merupakan syarat utama sah Haji.
Tapi kami tidak berhenti pun di Padang Arafah, hanya melihat sekitarnya
dari tingkap bas yang membawa kami ronda-ronda di Padang Arafah, bas juga
melalui penempatan jemaah haji di Mina, di sini aku dapat melihat banyak khemah
yg siap didirikan..aku rasa jumlahnya mungkin mencapai beribu-ribu khemah.Tapi masa kami dibawa melawat,keadaan disini lengang,tapi tidak semasa
musim haji, mungkin berjuta2 umat manusia ada di sini.
Dari Padang Arafah kami Ke Jaranah untuk bermiqat dan niat umrah.
Masjid Ja'ranah terdapat pada sebuah kampung yang jaraknya kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, Makkah al- Mukarramah. Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah merupakan miqat paling tinggi derajatnya dibanding miqat yang lain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. Masjid ini merupakan salah satu tempat miqat untuk berniat mengerjakan ibadah umrah. Setelah mengambil miqat di tempat ini, diharuskan memakai pakaian ihram dan berniat ihram.
Tapi macam biasa orang yang sangat ramai,
lebih-lebih lagi bahagian perempuan, memang akan sentiasa sibuk, jadik kita
diminta banyak-banyakkan bersabar dan membiasakan diri dengan suasana begini
semasa di sana,semua orang pun berlumba-lumba untuk membuat amal ibadat. أستغفر الله
Sebab itu kalau boleh, kita ambil
wudhu awal-awal dari hotel, tapi kalau dah nak terbatal wudhu macamana pulakkan
..terpaksa jugalah ambil wudhu lagi, jadi didiklah hati supaya bersabar dan
sentiasa berzikir, supaya kita tidak menjadi baran atau mengeluarkan perkataan
yg tidak diingini bila menghadapi keadaan yang bersesak-sesak.
Bila masuk dalam masjid, segeralah
cari tempat untuk kita bersolat.
Tapi kami
tidak boleh berlama-lama disebabkan nak kejar masa ,takut terlepas waktu
zohor..lagipun kalau dah nak dekat
solat zohor,bas dah tak boleh masuk area hotel, karang kami kena menapak jauh,
kesian pula pada warga emas. Jadi aku takde lah soping sangat masa kat Jaranah,
walupun mcm menarik semua barang-barang dagangan yg dijual di sekitar Jaranah,
tapi aku hanya membeli kasut tawaf.
Aku juga
melihat banyak juga penjual yg menjual kain ihram, jadi kalau sesiapa yg tiada
pakaian ihram bagi lelaki, boleh lah beli di sini ,dan boleh lah buat umrah.
selepas naik bus, baru aku berniat untuk umrah.Dalam perjalanan balik ke Hotel kami Singgah di Jabal Nur di mana di situ terdapat Gua Hira.
Tapi rombongan kami tidak berpeluang untuk mendaki Jabal Nur atau masuk ke Gua Hira, Ada jer rombongan dari TA lain yang melakukan, tapi kalau di beri peluang satu hari nanti, kesihatan yg baik, aku ingin juga mencuba.
Gua Hira berada di Jabal Nur. Jabal artinya gunung, Nur artinya cahaya. Jabal Nur letaknya sekitar 6 kilometer ke arah utara Masjidil Haram. Pada bagian puncaknya terdapat sebuah gua yang di bernama Hira. Sejarah penting yang pada Gua Hira adalah turunnya ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an untuk pertama kali. Saat turun ayat tersebut dikenal dengan hari Nuzulul Qur’an, yaitu tanggal 17 Ramadhan. Adapun ayat yang pertama turun adalah ayat 1 sampai dengan ayat 5 surat Al’alaq,
puncak Jabal Nur,pic credit to google
Satu lagi kisah mengenai Jabal Nur dan Gua Hira
Gua Hira' adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.serta isterinya Siti Khadijah yg pada masa itu sedang mengandungsering menghantarkan makan untuk suaminya.
Tapi rombongan kami tidak berpeluang untuk mendaki Jabal Nur atau masuk ke Gua Hira, Ada jer rombongan dari TA lain yang melakukan, tapi kalau di beri peluang satu hari nanti, kesihatan yg baik, aku ingin juga mencuba.
Dari Jabal Nur, kami terus pulang ke Hotel untuk solat Zohor berjemaah ,dan membuat Umrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan