Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 7 November 2014

ELEKTRIK

BILA TIADA ELEKTRIK.

 
Dinihari tadi sekitar jam 1:00 pagi tetiba tiada kuasa elektrik. Kipas tak berputar. Penghawa dingin memang lama tak turun salji. Rosak tidak mampu dibaiki. Rumah teres yang sekadar bergelar teratak di pinggir kota ini tetiba diselubungi kepanasan. Aku mengadap peti ais lama yang banyak kentulan ais beku. Haba sejuknya menerjah tubuhku yang tak boleh tidur.

Teratak ini bukan di tepi bendang. Jika tepi bendang sudah pasti desah dari pepohon padi akan dapat menyejukkan teratakku. Teratak ini bukan di lereng jeram. Tanpa penghawa dingin pun deburan air terjun juga sejuk lambaian dedaun akan pasti menyelimuti kesejukan tak perlukan alatan elektrik menyejuk diri.
Emm sekitar jam 3:00 pagi masih tiada punca elektrik. Gelisah bukan main. Cuba lelap di kamar panjang. Tak mampu berbahangnya. Cuba lelap di anjung teratak tak juga dapat bermimpi indah. Hutan batu tak dapat menjanjikan kedamaian bila tiada elektrik. Suara radio terhenti. TV terpadam. Kipas angin kaku. Tiada bisikan riang-riang atau syair sayu cengkerik di kota ini. Hanya sesekali kedengaran salakan anjing yang amat ngeri. Lemas.

Alahai yang aku terfikirkan, ini baru sekadar gangguan sementara elektrik bagaimana nanti jika diri ini terkurung sepi di liang lahat nanti. Apakah ianya lebih gelap lebih panas & lebih azab nanti. Tatkala itu apakah ada harapan mahuku ketik suiz iman yang dapat menerangi alam barzakhku nanti.

Abang Idan
Jenaris Kajang.


 

1 ulasan: