Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 6 April 2014

Si Chinsan kena batu karang

Memang tak diduga kucing juga kena batu karang; tetiba sahaja si Chinsan tak mahu makan; muntah & tak boleh kencing. Bila kami bawa ke Vet di Kajang Utama agak terkejut juga kos rawatannya sekitar 4 hari agak mahal juga. Kata doktor sekitar RM500 ke RM600 dengan cara rawat memasukkan tube ke salur pundi kencing. Kos untuk check darah saja RM60. Jika dibedah akan lebih mahal kosnnya.




Mungkin ada rakan yang pernah mengalami masalah yang sama dengan kucing yang dipelihara. Bila aku google aku ketemu dengan masalah yang sama dan dijawab oleh Dr Hisham Marmin
 
Hisham Marmin said...

    ggirl

    salam doc. kucing jantan saya umur setahun lebih mungkin kena batu karang. Beberapa minggu lalu, dia kencing berdarah kat merata2 tempat. tapi masa tu saya jarang ada kat umah. Jadi tak perasan sangat simptom2 dia. kemudian dia ok dalam seminggu dua lepas tu. tapi semalam, dia mula kencing berdarah balik. kali ni mmg saya monitor la. Hari ni dia tak nak makan. minum sikit-sikit saja. pagi tadi ada muntah. dan dia asyik dok dalam bekas pasir saja. petang ni, dia asyik baring saja. Pegang telinga dia pun rasa macam panas. nak bawak pegi vet pun, hari ini tutup (Ahad). Jadi kalau kes macam ni, kena operate ke? berapa iyer kos rawatannya? selain operate, ada treatment lain tak? lagi satu kemusykilan. Betul ke makanan frieskies/ whiskas ni penyebab batu karang? kucing-kucing saya dulu Tak pernah ada masalah macam ni walaupun bagi makan benda tu. Tapi yang sekor ni pulak ada masalah lepas saya tukar dari frieskies kepada whiskas. Jadi perlu ke kalau saya tukar balik makanan kucing-kucing  ni? Bajet student saja ni. huhu

    Jawapan saya : KUCING ANDA KRITIKAL!! Kena bawa berjumpa Vet segera. Kidney dia dah stop functioning (sebab tu dia muntah). Dia dah tak boleh kencing ni. Kalau biar...boleh koma dan seterusnya mati. UntUk kucing biasanya kita pasang kateter selama 3 hari utk membolehkan dia kencing. Kos selalunya antara RM300-RM800 (bergantung kepada keterukan)

    Makan makanan kucing seperti jenama yang dinyatakan memang boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Selalunya berlaku pada sebahagian kucing jantan yang mempunyai berat badan atas 3kg.

    Harap bawa kucing anda ke klinik dengan KADAR SEGERA.

Si Tom di serang Batu karang

Ingatkan orang saja di serang penyakit batu karang rupanya kucing pun boleh kena juga. Seminggu Tom tak kencing-kencing. Pasir tempat dia membuang tak ada kesan apa-apa pun. Tom jarang membuang kat luar mesti kat dalam takungan pasir kebiasaanya. Tu yang boleh perasan Tom tak membuang. Alkisahnya bawaklah si Tom nih jumpa dengan doktor. Doktor kata si Tom di serang penyakit batu karang. kebiasaanya kucing jantan memang selalu kena. Doktor bagi ubat untuk Tom kencing. Bila dah makan ubat Si Tom ni asik pulak terkencing-kecing. Tau-tau ajelah bau kencing kucing jantan...adoiii menusuk hidung. Tak larat kalau macam ni asik nak mengelap lantai dengan tukar kain alas sentiasa. Dapat satu idea cama mana nak settlekan ni semua...


hahahaha pinjam dry pants aiman... elok pulak si tom ni pakai. tak pulak ditanggalkannya. kat bahagian ekor kena tebuk tuk keluarkan ekor. legaaaaa sudah. nampaknya aiman terpaksa berkongsi pampers dengan tom huahuahua....bulan ni kena belanja lebih tuk pampers lah jawabnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan