Back to the topic kali ni...
Hampir 10% kucing2
yang dibawa berjumpa Vet sebenarnya menghidapi FLUTD, yang merupakan
satu kumpulan penyakit dari pelbagai sebab.
FLUTD..boleh
dihidapi oleh kucing2 terutamanya yang jantan, kebanyakkannya yang obese
dan pemakanan hanya dari makanan kering 'dry food'. Antara symptoms
yang akan dialami oleh kucing yang menghidapi FLUTD adalah:
* tidak boleh kencing atau kencing dengan jumlah urin yang sedikit sahaja
* kencing berdarah atau kelihatan berkeladak
* dribbling of urine, loss of bladder control (incontinence)
* kerap kencing dgn jumlah yg sedikit
* kencing diluar dari litter box mereka
* meneran(straining) dan bising(crying) semasa kencing
* menjilat kawasan pembukaan urinary tract dgn kerap kerana sakit semasa kencing
* murung
* dehidrasi
* muntah tanpa sebab
* bau ammonia yang kuat dari urin
* abdomen yang distended dan mengeras
* kuat minum
## IT IS ALWAYS AN EMERGENCY WHEN OUR CAT CANNOT URINATE##
Masalah yang
menyebabkan FLUTD akan menyebabkan kucing gagal mengosongkan pundi
kencing mereka bila urge ada, kadangkala ianya boleh menyebabkan fatal
blockage pada uretra kucing.
a) Batu karang (urolithiasis)
Batu karang boleh terbentuk didalam pundi kencing atau didalam uretra. Ia merupakan mineral yang terkumpul dan membentuk batu karang, yang paling kerap adalah jenis calcium oxalate dan sturvite. Jenis sturvite boleh dihancurkan dgn memberi makanan khas manakala calcium oxalate biasanya memerlukan pembedahan. Bagi kucing betina terutamanya kaedah 'flushing' pundi kencing boleh dilakukan untuk mengeluarkan batu. Untuk mengelakkan batu terjadi semula biasanya vet akan menasihatkan diet yang sesuai..untuk Gebu dulu dia dinasihatkan bertukar ke Science Diet.
b) Kencing kotor @ Urinary tract infection (UTI)
Kencing kotor biasanya disebabkan oleh bakteria, walaupun boleh juga disebabkan oleh virus dan fungus. Sekiranya kucing didiagnose sebagai menghidap UTI, biasanya Vet akan juga mencari punca2 lain seperti batu karang dan diabetes pada kucing.
UTI jarang sekali menjangkiti kucing2 yang muda, jika ada ianya hanya dalam 5% sahaja. Ini kerana urine kucing2 muda ini biasanya berasid dan ini menghalang pertumbuhan bakteria penyebab UTI. Penyakit seperti diabetes dan penyakit buah pinggang lebih kerap berlaku pada kucing yang berumur lebih 10 tahun, maka mereka lebih mudah dijangkiti UTI kerana terdapat perubahan pada acidity urine. UTI lebih kerap terjadi pada kucing yang berumur sebagai punca utama FLUTD, dan diikuti oleh urolithiasis.
Rawatan untuk UTI bergantung kepada penyebabnya samada perlukan intravenous drip, antibiotic dll.
c) Urethral obstruction
Urethral obstruction dimana urethra kucing tersumbat separuh atau total merupakan keadaan yang amat serius. Ianya mengakibatkan kucing tidak boleh mengeluarkan kencing ataupun hanya sedikit walaupun meneran dengan lama. Keadaan ini merupakan keadaan yang amat serius dan life threatening, dan ianya disebabkan oleh samada urolithiasis atau tersumbat kerana plug ie residue lembut mengandungi mineral, protin dan kotoran.
Kucing jantan samada neuterud atau intact mempunyai risiko yang tinggi utk mendapat urethral obstruction kerana keadaan urethra mereka yang lebih panjang dan sempit. Jika kucing kita dikhuatiri menghidapi masalah ini, ia mesti mendapat rawatan segera. Sekiranya urethral obstruction secara total berlaku, buah pinggang kucing akan gagal untuk membuang toksin dari sistem badan kucing serta gagal menyeimbangkan sistem elektrolit dan cairan dalam darah kucing. Ketidak seimbangan sistem ini boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan jantung berfungsi, dalam kes total obstruction ianya boleh terjadi kurang dari 24-48 jam.
Rawatan termasuk melepaskan obstruction tersebut dan ini boleh dilakukan dengan melakukan flushing dengan larutan steril melalui tiub dari pundi kencing. Seterusnya bergantung kepada keadaan hidrasi kucing tersebut, transfusi intravenous diperlukan jika kucing mengalami dehidrasi yang teruk.
d) Feline Idiopathic Cystitis
FIC @ Interstitial Cystitis selalunya merupakan penyebab jangkitan kuman pada saluran kencing kucing yang berumur kurang 10 tahun. Idiopathic bermaksud tidak diketahui puncanya..dan FIC didiagnos 'by exclusion' ie apabila semua punca2 lain telah dikenalpasti tidak berlaku pada kucing terbabit. Ianya keadaan yang boleh berulang2..40-50% recurrence dalam waktu tidak sampai setahun. Objektif utama rawatan ialah untuk mengurangkan kekerapan ulangan jangkitan ini dan mengurangkan keterukkan tahap jangkitan. Kebanyakan Vet akan mencadangkan penukaran diet dari kering ke canned food yang basah dan mengurangkan stress yang mungkin dihadapi oleh kucing.
e) Penyebab2 lain FLUTD
Penyakit2 seperti Diabetes dan hipertiroidism (peningkatan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma) juga boleh menyebabkan symptom FLUTD. Selain dari itu, congenital defect (kelainan sejak lahir) pada urinary tract, tumor pada urinary tract, masalah tulang belakang atau kecederaan pada saluran kencing juga boleh mendatangkan symptom yang sama.
KAEDAH PENCEGAHAN DARI BERULANGNYA FLUTD DI RUMAH:
Bergantung pada penyebabnya FLUTD mungkin amat jarang berulang, melainkan jika kucing mengalami FIC sebagai penyebabnya. Beberapa perkara yang kita boleh lakukan utk mengurangkan kadar recurrence penyakit ini adalah seperti berikut:
- berikan makanan pada jumlah yang kecil tetapi lebih kerap, ianya lebih baik dari memberikan makanan berlebihan pada kucing kita untuk mengelakkan obesiti.
- menukar makanan 'dry food' kepada jenama yang lebih baik untuk kucing2 dengan masalah jangkitan urine seperti Science Diet atau lain2 yang setaraf. Ada waktunya memberikan kucing 'canned food' lebih baik.
- memastikan air minuman kucing sentiasa bersih dan kerap ditukar baru.
- menyediakan litterbox yang mencukupi..seeloknya pada jumlah yang lebih 1 dari jumlah kucing dirumah.
- tempatkan litterbox ditempat yang terlindung dan selamat serta gunakan bahan yang digemari oleh kucing kita
- pastikan litterbox dibersihkan dua kali sehari dan ditukar setiap seminggu sekali atau lebih kerap bagi menjamin keselesaan kucing
- minimakan pertukaran daily routine yang kerap untuk kucing bagi mengelakkan stress
Sumber: http://kucingkuduniaku.blogspot.com
Berkongsi litter box memungkinkan kucing menghidapi FLUTD |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan