Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 6 April 2014

Masalah kesihatan kucing 2....FLUTD

Emm...malam ni aku membaca tentang FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease) or in simple layman term..kencing kotor atau masalah pada saluran kencing. Hampir setiap hari aku merawat pesakit2ku yang menghadapi masalah UTI @ Urinary Tract Infection ini, so aku tertarik nak tau punca dan bagaimana ianya berlaku pada kucing2 kita. Teringat pada kucing kesayanganku yang aku bela selama 14 tahun..Gebu...dalam entri terawal aku di blog ni...Gebu pernah mengalami FLUTD, dia demam dan tak boleh nak kencing..bila aku palpate perutnya kudapati pundi kencingnya penuh tetapi tiada urine yang keluar. Akhirnya Gebu terpaksa dirawat di hospital Vet di Taman Melawati selama 7 hari, syukur kerana dia berjaya dirawat tanpa perlu menjalani pembedahan.

Back to the topic kali ni...

Hampir 10% kucing2 yang dibawa berjumpa Vet sebenarnya menghidapi FLUTD, yang merupakan satu kumpulan penyakit dari pelbagai sebab.


Kucing yang mengalami obesiti sangat berkemungkinan akan menghadapi sympoms FLUTD
                             


FLUTD..boleh dihidapi oleh kucing2 terutamanya yang jantan, kebanyakkannya yang obese dan pemakanan hanya dari makanan kering 'dry food'. Antara symptoms yang akan dialami oleh kucing yang menghidapi FLUTD adalah:

* tidak boleh kencing atau kencing dengan jumlah urin yang sedikit sahaja

* kencing berdarah atau kelihatan berkeladak

* dribbling of urine, loss of bladder control (incontinence)

* kerap kencing dgn jumlah yg sedikit

* kencing diluar dari litter box mereka

* meneran(straining) dan bising(crying) semasa kencing

* menjilat kawasan pembukaan urinary tract dgn kerap kerana sakit semasa kencing

* murung

* dehidrasi

* muntah tanpa sebab

* bau ammonia yang kuat dari urin

* abdomen yang distended dan mengeras

* kuat minum 


## IT IS ALWAYS AN EMERGENCY WHEN OUR CAT CANNOT URINATE##


Masalah yang menyebabkan FLUTD akan menyebabkan kucing gagal mengosongkan pundi kencing mereka bila urge ada, kadangkala ianya boleh menyebabkan fatal blockage pada uretra kucing.

Penyebab2 FLUTD diantaranya adalah:

a) Batu karang (urolithiasis)
Batu karang boleh terbentuk didalam pundi kencing atau didalam uretra. Ia               merupakan mineral yang terkumpul dan membentuk batu karang, yang paling kerap adalah jenis calcium oxalate dan sturvite. Jenis sturvite boleh dihancurkan dgn memberi makanan khas manakala calcium oxalate biasanya memerlukan pembedahan. Bagi kucing betina terutamanya kaedah 'flushing' pundi kencing boleh dilakukan untuk mengeluarkan batu. Untuk mengelakkan batu terjadi semula biasanya vet akan menasihatkan diet yang sesuai..untuk Gebu dulu dia dinasihatkan bertukar ke Science Diet. 

b) Kencing kotor @ Urinary tract infection (UTI)
Kencing kotor biasanya disebabkan oleh bakteria, walaupun boleh juga disebabkan oleh virus dan fungus. Sekiranya kucing didiagnose sebagai menghidap UTI, biasanya Vet akan juga mencari punca2 lain seperti batu karang dan diabetes pada kucing.
UTI jarang sekali menjangkiti kucing2 yang muda, jika ada ianya hanya dalam 5% sahaja. Ini kerana urine kucing2 muda ini biasanya berasid dan ini menghalang pertumbuhan bakteria penyebab UTI. Penyakit seperti diabetes dan penyakit buah pinggang lebih kerap berlaku pada kucing yang berumur lebih 10 tahun, maka mereka lebih mudah dijangkiti UTI kerana terdapat perubahan pada acidity urine. UTI lebih kerap terjadi pada kucing yang berumur sebagai punca utama FLUTD, dan diikuti oleh urolithiasis.
Rawatan untuk UTI bergantung kepada penyebabnya samada perlukan intravenous drip, antibiotic dll.

c) Urethral obstruction

Urethral obstruction dimana urethra kucing tersumbat separuh atau total merupakan keadaan yang amat serius. Ianya mengakibatkan kucing tidak boleh mengeluarkan kencing ataupun hanya sedikit walaupun meneran dengan lama. Keadaan ini merupakan keadaan yang amat serius dan life threatening, dan ianya disebabkan oleh samada urolithiasis atau tersumbat kerana plug ie residue lembut mengandungi mineral, protin dan kotoran. 
Kucing jantan samada neuterud atau intact mempunyai risiko yang tinggi utk mendapat urethral obstruction kerana keadaan urethra mereka yang lebih panjang dan sempit. Jika kucing kita dikhuatiri menghidapi masalah ini, ia mesti mendapat rawatan segera. Sekiranya urethral obstruction secara total berlaku, buah pinggang kucing akan gagal untuk membuang toksin dari sistem badan kucing serta gagal menyeimbangkan sistem elektrolit dan cairan dalam darah kucing. Ketidak seimbangan sistem ini boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan jantung berfungsi, dalam kes total obstruction ianya boleh terjadi kurang dari 24-48 jam. 
Rawatan termasuk melepaskan obstruction tersebut dan ini boleh dilakukan dengan melakukan flushing dengan larutan steril melalui tiub dari pundi kencing. Seterusnya bergantung kepada keadaan hidrasi kucing tersebut, transfusi intravenous diperlukan jika kucing mengalami dehidrasi yang teruk. 

d) Feline Idiopathic Cystitis
FIC @ Interstitial Cystitis selalunya merupakan penyebab jangkitan kuman pada saluran kencing kucing yang berumur kurang 10 tahun. Idiopathic bermaksud tidak diketahui puncanya..dan FIC didiagnos 'by exclusion' ie apabila semua punca2 lain telah dikenalpasti tidak berlaku pada kucing terbabit. Ianya keadaan yang boleh berulang2..40-50% recurrence dalam waktu tidak sampai setahun. Objektif utama rawatan ialah untuk mengurangkan kekerapan ulangan jangkitan ini dan mengurangkan keterukkan tahap jangkitan. Kebanyakan Vet akan mencadangkan penukaran diet dari kering ke canned food yang basah dan mengurangkan stress yang mungkin dihadapi oleh kucing. 

e) Penyebab2 lain FLUTD
Penyakit2 seperti Diabetes dan hipertiroidism (peningkatan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma) juga boleh menyebabkan symptom FLUTD. Selain dari itu, congenital defect (kelainan sejak lahir) pada urinary tract, tumor pada urinary tract, masalah tulang belakang atau kecederaan pada saluran kencing juga boleh mendatangkan symptom yang sama.

KAEDAH PENCEGAHAN DARI BERULANGNYA FLUTD DI RUMAH:

Bergantung pada penyebabnya FLUTD mungkin amat jarang berulang, melainkan jika kucing mengalami FIC sebagai penyebabnya. Beberapa perkara yang kita boleh lakukan utk mengurangkan kadar recurrence penyakit ini adalah seperti berikut:

- berikan makanan pada jumlah yang kecil tetapi lebih kerap, ianya lebih baik dari memberikan makanan berlebihan pada kucing kita untuk mengelakkan obesiti.

- menukar makanan 'dry food' kepada jenama yang lebih baik untuk kucing2 dengan masalah jangkitan urine seperti Science Diet atau lain2 yang setaraf. Ada waktunya memberikan kucing 'canned food' lebih baik.

- memastikan air minuman kucing sentiasa bersih dan kerap ditukar baru.

- menyediakan litterbox yang mencukupi..seeloknya pada jumlah yang lebih 1 dari jumlah kucing dirumah.

- tempatkan litterbox ditempat yang terlindung dan selamat serta gunakan bahan yang digemari oleh kucing kita

- pastikan litterbox dibersihkan dua kali sehari dan ditukar setiap seminggu sekali atau lebih kerap bagi menjamin keselesaan kucing

- minimakan pertukaran daily routine yang kerap untuk kucing bagi mengelakkan stress


Sumber: http://kucingkuduniaku.blogspot.com
 
Stainless Steel
Wahai forumners sekalian,

Pernah dengar tak kucing pun ada kena batu karang. Itulah yg di hadapi oleh saya sekarang ini. Kesian saya tengok kucing saya tu. Dah bawa jumpa doktor, tapi doktor suruh operate je.

Jika ada forumners di sini yg pernah mengalami dan tahu petua nye tolonglah kongsi dgn saya. Tolong ye... sekian. Terima kasih.
soixante neuf
operate je lah.. apa susah! kata sayang kucing, selamatkanlah nyawa dia sebelum terlambat.. kalau dia dah mati, boleh buat perhiasan batu karang tu.. hehehe

i ada 4 kittens and 1 cat..

alhamdulillah so far takde problem except the big fat cat yang nak jadi superman terjun dari tingkat 5, patah pelvic bone.. now berlari tak ingat!! hehehehe

i love them so much!
Stainless Steel
Soix... mana nak ku cekau duit ribu ribuan tu...Doktor kata dalam RM1.4k. Banyak tu... belum lagi rawatan susulan. Pas tu belum tentu pulih 100%. Silap-silap kong..

Banyak kes, aku tanya-tanya orang yang ada kucing penah kena batu karang ni, katanya tak guna operate. Operate mahal pastu mati.



Memberikan kucing dry food sahaja memungkinkan pembentukan urolithiasis dalam saluran kencing kucing kita


Berkongsi litter box memungkinkan kucing menghidapi FLUTD

Si Chinsan kena batu karang

Memang tak diduga kucing juga kena batu karang; tetiba sahaja si Chinsan tak mahu makan; muntah & tak boleh kencing. Bila kami bawa ke Vet di Kajang Utama agak terkejut juga kos rawatannya sekitar 4 hari agak mahal juga. Kata doktor sekitar RM500 ke RM600 dengan cara rawat memasukkan tube ke salur pundi kencing. Kos untuk check darah saja RM60. Jika dibedah akan lebih mahal kosnnya.




Mungkin ada rakan yang pernah mengalami masalah yang sama dengan kucing yang dipelihara. Bila aku google aku ketemu dengan masalah yang sama dan dijawab oleh Dr Hisham Marmin
 
Hisham Marmin said...

    ggirl

    salam doc. kucing jantan saya umur setahun lebih mungkin kena batu karang. Beberapa minggu lalu, dia kencing berdarah kat merata2 tempat. tapi masa tu saya jarang ada kat umah. Jadi tak perasan sangat simptom2 dia. kemudian dia ok dalam seminggu dua lepas tu. tapi semalam, dia mula kencing berdarah balik. kali ni mmg saya monitor la. Hari ni dia tak nak makan. minum sikit-sikit saja. pagi tadi ada muntah. dan dia asyik dok dalam bekas pasir saja. petang ni, dia asyik baring saja. Pegang telinga dia pun rasa macam panas. nak bawak pegi vet pun, hari ini tutup (Ahad). Jadi kalau kes macam ni, kena operate ke? berapa iyer kos rawatannya? selain operate, ada treatment lain tak? lagi satu kemusykilan. Betul ke makanan frieskies/ whiskas ni penyebab batu karang? kucing-kucing saya dulu Tak pernah ada masalah macam ni walaupun bagi makan benda tu. Tapi yang sekor ni pulak ada masalah lepas saya tukar dari frieskies kepada whiskas. Jadi perlu ke kalau saya tukar balik makanan kucing-kucing  ni? Bajet student saja ni. huhu

    Jawapan saya : KUCING ANDA KRITIKAL!! Kena bawa berjumpa Vet segera. Kidney dia dah stop functioning (sebab tu dia muntah). Dia dah tak boleh kencing ni. Kalau biar...boleh koma dan seterusnya mati. UntUk kucing biasanya kita pasang kateter selama 3 hari utk membolehkan dia kencing. Kos selalunya antara RM300-RM800 (bergantung kepada keterukan)

    Makan makanan kucing seperti jenama yang dinyatakan memang boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Selalunya berlaku pada sebahagian kucing jantan yang mempunyai berat badan atas 3kg.

    Harap bawa kucing anda ke klinik dengan KADAR SEGERA.

Si Tom di serang Batu karang

Ingatkan orang saja di serang penyakit batu karang rupanya kucing pun boleh kena juga. Seminggu Tom tak kencing-kencing. Pasir tempat dia membuang tak ada kesan apa-apa pun. Tom jarang membuang kat luar mesti kat dalam takungan pasir kebiasaanya. Tu yang boleh perasan Tom tak membuang. Alkisahnya bawaklah si Tom nih jumpa dengan doktor. Doktor kata si Tom di serang penyakit batu karang. kebiasaanya kucing jantan memang selalu kena. Doktor bagi ubat untuk Tom kencing. Bila dah makan ubat Si Tom ni asik pulak terkencing-kecing. Tau-tau ajelah bau kencing kucing jantan...adoiii menusuk hidung. Tak larat kalau macam ni asik nak mengelap lantai dengan tukar kain alas sentiasa. Dapat satu idea cama mana nak settlekan ni semua...


hahahaha pinjam dry pants aiman... elok pulak si tom ni pakai. tak pulak ditanggalkannya. kat bahagian ekor kena tebuk tuk keluarkan ekor. legaaaaa sudah. nampaknya aiman terpaksa berkongsi pampers dengan tom huahuahua....bulan ni kena belanja lebih tuk pampers lah jawabnya..