SALAM SEMUA
Berakhirnya
Syawal semalam, Nasi Lamuni @ Laguni penutup jamuan raya. Kami berpakat
memasak Nasi Lamuni ni setelah mendapat maklumat tentang khasiat daun
Lamuni dari Boss kami (perempuan). Kebetulan masing-masing bersama-sama
menamatkan Puasa Enam dan pada hari Jumaat semalam membuat jamuan raya
dengan menyediakan nasi Lamuni yang dimasak di tempat kerja dan memasak
lauk-pauknya di rumah masing-masing. Daun Lamuni khasiatnya baik untuk
wanita di samping menjadi daun penghalau nyamuk aedes. Bagi orang India
pula dijadikan daun mandian semasa pantang. Resepi memasak daun Lamuni
diajar oleh Bos kami yang sporting..Bos kami ni nak pencen tahun
hadapan tapi kalau tengok dia ...tak caya u..macam 10 tahun lagi nak
pencen..Lauk-pauknya terpulang pada selera masing-masing yang penting
sambal tumis tu mesti ada la. Kami makan dengan rendang ayam, sambal
udang, sambal tumis, kerabu sotong , telur asin, telur rebus dan sambal
ayam..memang banyak tul lauk-lauknya...tapi berbaloi-baloi...
Bahan-bahan :
5 cawan beras
5 cawan santan cair
5 ulas bawang merah
2 cm halia
2 genggam daun lamuni
1 camt garam halus
Langkah-langkah Membuat:
- Basuh beras dan toskan.
- Hiris bawang merah dan halia. Blend daun lamuni , ambil air 1/2 cawan.
- Masukkan santan cair, air lamuni, bawang dan halia hiris serta garam ke dalam beras.
- Masakkan macam nasi biasa.
- Hidang dengan lauk-lauk terpilih.
Nasi Lamuni & Lauk
Catatan: Daun Lamuni bewarna ungu, rasa kelat jika dimakan sebagai ulam. Tapi dimasak bersama nasi tak ada rasa kelat. Boleh direbus daunnya untuk diminum. Mengikut kata Bos..perempuan yang makan ni awet muda..memang kami percaya sebab bos kami ni mmg jauh muda dari usia, manakan tidak pokok Lamuni ni di depan rumahnya saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan