Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 9 Oktober 2012

Siri MMms 2012/2


Mohamad Yasin Baharudin Batubara mesej: Moga si Ana Tajul dikurniakan yang terbaik oleh Allah tentang penyakitnya. Pak mertua kawan aku kat sini mendapatkan rawatan kencing manis di Klinik Sofea di Puchong. Untuk yang kronik jer iaitu yg jenis kudis kudis. Dia kata kalau yang teruk tu insyaallah boleh elak dari dipotong. Pak mertua dia kena RM4500. Klinik akan rawat sampai kudis sampai ok. Wallahuaklam.
2. Ana Tajul nampak lesu; baru dibedah kaki kirinya untuk dibuang nanah; ada pendarahan di rahim tak pasti ianya ulser atau bagaimana; Beransur pulih setelah tiga hari dua malam di ICU; mungkin akan mengambil masa sebab Ana Tajul masih tak boleh makan.

3. Agar Ana Tajul cepat sembuh tadi sempat berbual panjang dengan anak bungsunya Iskandar di foyer hospital; dia berkata "ibu tu sakit tak kuat semangat" kata-kata itu mungkin lahir sebab dia lihat Ana nampak penat sangat... semangat ibunya memang amat kuat & kental sebab derita sakit kronik ini bukannya satu yang mudah untuk direntas; aku & Ana rasanya sekitar sama saja tempohnya kami diserang sakit kroniki... aku telah masuk tahu ke lima; bersara saja telah 3 tahun lebih sebelum bersara memang asyik ke Wad Kecemasan; pernah berbaris dengan orang mengandung di pakar bedah hospital kajang sebab nak scan PERUT boroi ku ini.

4. derita jiwa berulang alik sendiri sekitar setahun setengah ke Klinik Kardio. Pakar jantung pun pakar bedah di Hospital Kajang amat PENAT untuk dikenang, Sakit badan tak berapa tapi sakit tekanan jiwa amat tak mampu nak ditafsir sebab semua yang datang berwajah sedih, risau, cemas Keluhan demi keluhan tak larat minda ini nak merakamkan. Lepas dari jagaan doktor pakar sana. Bagaikan mati hidup semula.

5. Sekitar serahun setengah aku dijaga rapi oleh pakar jantung di Hospital itu; ubatan semua PKupm yang sediakan. Aku juga banyak makan herba luar seperti Goji, Pati Delima, Shilintung, Ulaman Kampung & semua itu membantu aku kembali pulih. Layanan Kelas Dua bagi orang Awam sepertiku boleh aku pertikaikan amat lambat & tak selamat sebab terikat dengan jadual hospital sebab ramai pesakit. Mungkin ramai senasib dengan aku yang telah pergi & aku kira bersyukur baik sendiri dengan kekuatan mental pun pastinya pertolongan Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan