Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 14 Oktober 2012

DUNIA AMAT SEMENTARA.


Baru-baru ini ada seseorang aku sempat berbual panjang di internet; aku tak pasti dia ini apa fahaman politiknya. Cuma aku kata aku terkilan sebab karyaku tak mendapat tempat di BH sejak lebih tiga tahun lalu.

2. Atas kekecewaan karya aku tak terbit di akhbar BN aku lebih aktif menghantar karya ke akhbar PR seperti Harakah & Suara Keadilan. Sebelum ini pun aku tak pilih fahaman politik; hantar karya ke semua penerbitan. Tema puisiku sama saja lebih bertumpukan suasana semasa,cinta, kemanusiaan dan agama.

3. Kekinian nampaknya akhbar PR lebih menerima karyaku. Top-top peminatku ini terus sepi dan tak lagi klik FBku pun blogku. Kuanter di blog dan FB senang nak kesan siapa peminat kita. Macam sekarang ni yg baru kik FBku adalah Wawa, Kitin, Ida, Oja, TW , Munie dan Tok Perak di tanah suci.

4. Aku persoalkan kenapa mesti sebab fahaman politik kita boleh kehilangan peminat. Bagiku dunia sastera atau kehidupan penulis adalah neutral; yang penting tulisan penulis itu memang ikhlas dan bagus dibaca. Aku amat menghormatan A Samad Said biar pun aku tahu ramai kalangan orang BN tak suka dia sebab terlibat dalam pergerakan BERSIH.

5. Lagi aku sedih ada rakan SMI ku hilang tak mahu pun klik FBku sebab aku pernah menyatakan aku tak suka orang BN/PR tuduh dia macam-macam sebab dia dulu pernah popular di TV seantero Malaya. Sering muncul sebagai Penganalisis Politik. Dia makin tersohor tapi sejak Sinar Harian telah silap pergunakan dia; terus dia merajuk & aku pun dia tak tegur. Sebenarnya dia mangsa keadaan tak baik kita tuduh dia orang politik ini dan pembangkang. Pembangkang di Malaya sekarang ni; dua-dua; BN pun pembangkang di negeri PR begitu juga sebalaiknya. Jangan jadikan isu.

6. Satu yang kena ingat golongan Penyair seperti aku bukan orang politik; aku mahu bebas bersuara dan jangan sesekali cop aku ini berfahaman politik bagi mana-mana pihak. Janganlah sebab karya aku keluar dari wadah PR aku mahu dipinggirkan; habis tu takkan aku nak tunggu sampai ke liang lahat BH atau Utusan tak sudi terbitkan karya aku; sedangkan aku telah secara rasmi memilih kerjayaku sebagai Penyair Sepenuh Masa. DUNIA ini amat sementara. Politik itu juga tak kekal lama.

Selasa, 9 Oktober 2012

Siri MMms 2012/2


Mohamad Yasin Baharudin Batubara mesej: Moga si Ana Tajul dikurniakan yang terbaik oleh Allah tentang penyakitnya. Pak mertua kawan aku kat sini mendapatkan rawatan kencing manis di Klinik Sofea di Puchong. Untuk yang kronik jer iaitu yg jenis kudis kudis. Dia kata kalau yang teruk tu insyaallah boleh elak dari dipotong. Pak mertua dia kena RM4500. Klinik akan rawat sampai kudis sampai ok. Wallahuaklam.
2. Ana Tajul nampak lesu; baru dibedah kaki kirinya untuk dibuang nanah; ada pendarahan di rahim tak pasti ianya ulser atau bagaimana; Beransur pulih setelah tiga hari dua malam di ICU; mungkin akan mengambil masa sebab Ana Tajul masih tak boleh makan.

3. Agar Ana Tajul cepat sembuh tadi sempat berbual panjang dengan anak bungsunya Iskandar di foyer hospital; dia berkata "ibu tu sakit tak kuat semangat" kata-kata itu mungkin lahir sebab dia lihat Ana nampak penat sangat... semangat ibunya memang amat kuat & kental sebab derita sakit kronik ini bukannya satu yang mudah untuk direntas; aku & Ana rasanya sekitar sama saja tempohnya kami diserang sakit kroniki... aku telah masuk tahu ke lima; bersara saja telah 3 tahun lebih sebelum bersara memang asyik ke Wad Kecemasan; pernah berbaris dengan orang mengandung di pakar bedah hospital kajang sebab nak scan PERUT boroi ku ini.

4. derita jiwa berulang alik sendiri sekitar setahun setengah ke Klinik Kardio. Pakar jantung pun pakar bedah di Hospital Kajang amat PENAT untuk dikenang, Sakit badan tak berapa tapi sakit tekanan jiwa amat tak mampu nak ditafsir sebab semua yang datang berwajah sedih, risau, cemas Keluhan demi keluhan tak larat minda ini nak merakamkan. Lepas dari jagaan doktor pakar sana. Bagaikan mati hidup semula.

5. Sekitar serahun setengah aku dijaga rapi oleh pakar jantung di Hospital itu; ubatan semua PKupm yang sediakan. Aku juga banyak makan herba luar seperti Goji, Pati Delima, Shilintung, Ulaman Kampung & semua itu membantu aku kembali pulih. Layanan Kelas Dua bagi orang Awam sepertiku boleh aku pertikaikan amat lambat & tak selamat sebab terikat dengan jadual hospital sebab ramai pesakit. Mungkin ramai senasib dengan aku yang telah pergi & aku kira bersyukur baik sendiri dengan kekuatan mental pun pastinya pertolongan Ilahi.

Ana masuk ICU

Pagi ini aku dikejutkan panggilan Fairus dari Balai Bomba Seri Kembangan; Rakan Kerjaku Ana Tajul...Ana SB khabarnya masuk ICU Tingkat 4 Hospital Serdang. Sekitar dua hari lalu Tajul ada telefonku kasi tahu Ana ada masalah luka di kakinya.

2. Sakit kronik Ana macam aku juga, diabetes darah tinggi dan lain-lain. Ana antara rakan kerja yang begitu lama aku kenali; sejak tahun 80an lagi. Sedari dia kerja di kilang gula-gula Seri Kembangan tetiba kerja satu fakulti denganku.

3. Rezeki Ana macam aku juga tak dikurniakan anak perempuan; semua cahaya mata Ana lelaki; tak pasti tujuh ke lapan orang. Tujuh kut. Ramai anaknya mengenali aku sebab selalunya Ana buat rumah terbuka aku jarang tak datang. Cahaya mata Ana yang bungsu memang rapat denganku. Ana & Tajul Belum lagi terima menantu.

4. Pagi tadi aku cuba dail nombor telefon bimbit Tajul; tiada jawapan. Pastinya dalam dilema berbincang dengan doktor. Aku tahu sangat doktor ni akan ambil jalan pintas. Akan potong saja kaki yang luka. Sejarah lama memang pernah berlaku. Hospital Putrajaya telah buat keputusan nak potong kaki Ana dari aras buku lali masalah yang sama tapak kaki luka.

5. Tajul TAK setuju & berubat di klinik swasta; Syukur hanya satu jari kaki sahaja yang tak dapat diselamatkan. Jika ikut cadangan doktor di Hospital Putrajaya memang telah lama Ana kudung kakinya. Kekinian berulang lagi masalah yang sama. Aku mendoakan agar luka di kaki Ana akan pulih. Janganlah sampai merebak ke lain. Agar keluarga Ana bersabar & tabah dengan ujian ini.

Jika tak silap waktu melawat di ICU jam 4:00 petang hingga 6:00 petang. Jumpa di sana.

Isnin, 1 Oktober 2012

Rahsia Huruf Awalan Nama

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
BSelalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

RONA WARNA Kaler CONTENG


  Warna: Wanita dan Firasat Warna


UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH

Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,

Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH

Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,

Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

 Pengertian dan Arti Warna


Warna Warni
Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam Desain Grafis. Warna memegang peranan penting dalam Desain Grafis oleh karena itu kita harus mengerti arti warna, jangan sampai kita salah warna misalnya membuat website untuk perbankan tapi menggunakan warna dominan hitam!! (bisa-bisa pelanggan ragu dan tidak dipercaya karena kurang pas, tema hitam cocok untuk website games, hacking tool, Website photo Gallery, Photo Slide). Jadi hindari kesalahan dalam pemilihan warna.

Dalam pelajaran di Sekolah Pengertian Warna dapat diartikan sebagai adalah sebuah spektrum tertentu yang terdapat di dalam cahaya yang sempurna / putih. Dalam dunia disain, Warna bisa berarti pantulan tertentu dari cahaya yang dipengaruhi oleh pigmen yang terdapat di permukaan benda. Misalnya pencampuran pigmen magenta dan cyan dengan proporsi tepat dan disinari cahaya putih sempurna akan menghasilkan sensasi mirip warna merah.

Warna bisa dikelompokkan menjadi beberapa Kelompok Warna yaitu:
1. Warna netral, adalah warna-warna yang tidak lagi memiliki kemurnian warna atau dengan kata lain bukan merupakan warna primer maupun sekunder. Warna ini merupakan campuran ketiga komponen warna sekaligus, tetapi tidak dalam komposisi tepat sama.
2. Warna kontras atau komplementer, adalah warna yang berkesan berlawanan satu dengan lainnya. Warna kontras bisa didapatkan dari warna yang berseberangan (memotong titik tengah segitiga) terdiri atas warna primer dan warna sekunder. Tetapi tidak menutup kemungkinan pula membentuk kontras warna dengan menolah nilai ataupun kemurnian warna. Contoh warna kontras adalah merah dengan hijau, kuning dengan ungu dan biru dengan jingga.
3. Warna panas, adalah kelompok warna dalam rentang setengah lingkaran di dalam lingkaran warna mulai dari merah hingga kuning. Warna ini menjadi simbol, riang, semangat, marah dsb. Warna panas mengesankan jarak yang dekat.
4. Warna dingin, adalah kelompok warna dalam rentang setengah lingkaran di dalam lingkaran warna mulai dari hijau hingga ungu. Warna ini menjadi simbol kelembutan, sejuk, nyaman dsb. Warna dingin mengesankan jarak yang jauh.


Warna Primer

Warna primer menurut teori warna pigmen dari Brewster adalah warna-warna dasar. Warna-warna lain dibentuk dari kombinasi warna-warna primer. Pada awalnya, manusia mengira bahwa warna primer tersusun atas warna Merah, Kuning, dan Hijau. Namun dalam penelitian lebih lanjut, dikatakan tiga warna primer adalah: Merah (seperti darah), Biru (seperti langit atau laut), Kuning (seperti kuning telur)
Ini kemudian dikenal sebagai warna pigmen primer yang dipakai dalam dunia seni rupa. Campuran dua warna primer menghasilkan warna sekunder. Campuran warna sekunder dengan warna primer menghasilkan warna tertier.

CMYK
Dalam industri percetakan, untuk menghasilkan warna bervariasi, diterapkan pemakaian warna primer subtraktif: magenta, kuning dan cyan dalam ukuran yang bermacam-macam.

Warna Sekunder

adalah warna yang dihasilkan dari campuran dua warna primer dalam sebuah ruang warna. Contohnya seperti di bawah ini. Dalam peralatan Grafis, terdapat tiga warna primer cahaya: (R = Red) merah, (G = Green) hijau, (B = Blue) biru atau yang lebih kita kenal dengan RGB yang bila digabungkan dalam komposisi tertentu akan menghasilkan berbagai macam warna. Misalnya pencampuran 100% merah, 0% hijau, dan 100% biru akan menghasilkan interpretasi warna magenta. Di dalam komputer kita juga mengenal berbagai warna untuk kebutuhan desain Website maupun Grafis dengan kode bilangan Hexadecimal.

Berikut ini campuran warna RGB yang nantinya membentuk warna baru:
Merah + Hijau = Kuning
Merah + Biru = Magenta
Hijau + Biru = Cyan


Pada prinsipnya teori untuk pigmen seharusnya bisa diterapkan untuk warna cat juga. Tetapi cat yang mula-mula dipakai, pencampurannya dilakukan jauh sebelum adanya ilmu pengetahuan warna modern, dan karena pigmen yang tersedia pada masa itu juga terbatas. Khususnya warna pigmen cyan dan magenta alami sulit didapat, oleh karena itu dipakai warna biru dan merah. Dengan demikian sampai saat ini secara luas diajarkan bahwa merah, kuning dan biru adalah warna primer sedangkan jingga/orange, hijau dan ungu adalah warna sekunder. berikut ini perbedaan dan persamaan CMYK dan RGB

Mengingat pentingnya warna maka mari kita mengetahui arti - arti warna dalam Desain Grafis / Disain Logo :
KUNING = Matahari, Cahaya, Kejayaan dan Keluhuran Budi.
MERAH = Api, Semangat dan Keberanian, Bahaya, Keamanan, Waspada.
BIRU = Kejujuran, ketekunan, dan pandangan yang luas, kedamaian, ketenangan, kepercayaan kepada diri sendiri, keseimbangan, semangat batin.
HIJAU = Uang, Keberuntungan, Menarik Perhatian, Keindahan, Menyejukkan
PUTIH = Lambang Kesucian dan Kejujuran, Kesopanan
ORANYE = optimisme dan dinamika
HITAM = Berwibawa, Elegan, Maskulin

Terima kasih, semoga bermanfaat

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang lelaki yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesionalnya.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia juga melambangkan bahawa seseorang lelaki dapat menyelesaikan kerja-kerjanya.
Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa peribadinya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkaitan dengan tenaga seksual dan juga kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah campuran merah dan putih, melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan tapi jika dijadikan dinding rumah akan menjadi lesu, malas & cepat menaikkan rasa amarah.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik unutk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu tetapi bagi sesetengah lelaki, ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah campuran kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkaitan dengan pertumbuhan dan pembiakan. Dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Lelaki yang gemar warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat ‘sofistikated’ dan boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai masa depan yang cerah. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar kerap memilih warna coklat termasuk untuk pakaian, kereta mahupun bilik tidur.

Lagi Tentang Rona

Cara Memilih Warna Cat Dinding
Oleh: Nita


Rumah cantik Anda sudah terlihat kusam? Ganti dong warna catnya. Tak ada salahnya mengganti warna dinding rumah Anda dengan yang baru. Hasilnya pasti akan tampak lebih segar. Eh, belum tentu! Sebelum Anda membeli cat, pastikan Anda telah memilih warna yang sesuai. Bagaimana cara memilih warna untuk dinding Anda, tentu tak lepas dari pemahaman akan makna dari tiap-tiap warna itu sendiri. Tak terlalu banyak warna yang akan disampaikan dalam tips ini tentunya dengan tujuan untuk tak membuat Anda semakin bingung ;)

Putih.
Warna yang sangat netral, dapat dipadu-padankan dengan warna apapun. Bagi Anda pecinta ‘bersih’, ingin mendapatkan kesan lapang, simple, warna ini tentu sangat cocok untuk diaplikasikan. Tetapi tentunya jangan berlebihan karena dapat menimbulkan kesan dingin, tidak bersahabat, steril atau kaku. Jangan sampai tamu Anda berkesan mengunjungi rumah sakit saat berkunjung ke rumah Anda. Padan untuk diaplikasikan untuk dapur bersih Anda.

Abu-abu.
Warna yang sedang tren di masa “rumah minimalis”. Mampu memberikan rasa tentram bagi penghuninya, dan memberikan kesan luas. Tapi juga jangan mengaplikasikannya secara berlebihan. Seperti putih, dia juga mampu memberikan kesan dingin dan kaku.

Hitam. Wow! Warna ini selalu memberikan kesan elegan, gagah, kokoh dengan efek melindungi. Tapi tidak direkomendasikan untuk mengaplikasikan warna ini di seluruh ruangan. Anda akan mendapatkan kesan gelap dan tentunya akan sangat bersahabat dengan nyamuk. Mau?

Kuning. Warna ini memberikan kesan enerjik, penuh semangat dan mewah. Seringkali diidentikkan dengan warna emas sebagai lambang kemakmuran. Sesuai untuk ruang kerja Anda.

Orange. Warna yang mampu memberikan kesan hangat, bahagia, ceria dan penuh semangat. Sesuai untuk ruang makan Anda.

Hijau. Warna yang dekat dengan alam. Mampu memberikan kesan teduh, alami, damai, santai, sejuk juga efek menenangkan. Padan untuk ruang tidur Anda.

Coklat. Warna yang paling disukai karena kesannya yang hangat, nyaman dan tenang. Sesuai untuk ruang tamu atau ruang keluarga. Anda dapat mengaplikasikannya pada ruangan yang terlalu besar agar tak menimbulkan kesan dingin/sepi.

Biru. Satu lagi warna yang cukup jadi favorit. Biru laut atau biru langit mampu memberikan nyaman, tenang dan sunyi. Selain itu juga menjadikan ruangan sempit Anda terasa lega/luas. Sangat padan untuk kamar tidur Anda.

Padu padan warna yang tepat akan memberikan hasil maksima. Jadi, teruslah berkreasi dalam menciptakan karya menarik untuk rumah Anda.

Selamat mencoba ;)