Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 19 Disember 2011

Jemaah bercampur


Jika kita di Mekah batas ruang solat tak pun diasingkan jemaah wanita & lelaki, cuma taklah satu saf. Di Madinah memang diasingkan antara jemaah wanita & lelaki;

Jika begini pastinya Mazhab Syafie: Imam Syafie... tidak membolehkan kut tersentuh antara lelaki perempuan yang bukan mahram akan terbatal wuduknya...

Respon

Mohd Salleh Mohd Tahir :

Kat Masjidilharam Mekah,.. kalau tersentuh antara lelaki perempuan tanpa menaikkan syahwat tak terbatal wuduk,..pendapat Imam Syafie yg kedua sepertimana yg dikeluarkan dalam buku Haji baru ni.Tapi... kalau di Masjid Nabawi Madinah tersentuh lelaki perempuan akan terbatal wuduknya.....!
pada 16hb Disember pukul 3.40 ptg ·

Idan Radzi: kira dalam suasana padat atau kita anggap daruratlah eh... jangan pulak kat m'sia ada yg tersentuh tangan dengan isteri kita tak batal sembahyang... sy tahu ada golongan sebegini di negara kita...
pada 16hb Disember pukul 3.43 ptg

Mohd Salleh Mohd Tahir: Imam Syafie tegas Idan... tapi ada ke kita kat M'sia ni patuh mengikut Mazhab Syafie? Sebelum ini kalau di Mekah pun batal wuduk kalau bersentuhan lelaki/perempuan.La ni,..dah ada pendapat kedua pulak!
pada 16hb Disember pukul 4.25 ptg .

Idan Radzi: golongan ini ramai pengikutnya Salleh... sy pernah hantar artikel dalam kumpulan mereka ini; ianya sekarang dah jadi kumpulan NGO, dulu pernah masuk politik... ahli mereka golongan bijak pandai...
hari Sabtu, masa 1.20 pagi ·

2 ulasan:

  1. minta saudara idan tak usah la pertikaikan apa yg mohd salleh tu perkata kan, mazhab zhafie tetap kata bersentuhan antara lelaki dan wanita yg ajnabi tu batal wudhu nya, mana ada pandangan kedua, satu banyak cantik di mekah bOleh di malaysia tak bOleh, hukum dharurat mana yag di pakai? ada 4 mazhab utama yang anda sendiri tentu maklum yang mana antara satu sama lain ada kelainan, ada kah sebab berlainan mazhab dengan mereka maka anda seOlah Olah mempertikaikan nya, saudara kata pernah ke mekah... sahaja nak tanya saudara.. di mekah mereka semua bermazhab apa?, imam mansidil haram dan penguasa/pemerintah disana bermazhab apa? anda kena beri jawapan yang saya tanyakan kepada anda... saya tak ikut mazhab, saya hanya ikut Al-Quran_dan Al-hadith, fb wan nOr

    BalasPadam
  2. semasa di Mekah tak dapat tidak mmg kita tak boleh ikut Mazhab Shafie, jika nak ikut pun rasanya tak jadi masalah tapi bersedialah kena ambil air sembahyang berulang kali; tak dibuat orang...

    tetapi kita kena menentukan sendiri Mazhab mana yang mahu kita ikut; perkara ini bukanlah wajib sebag dalam 4 mashab yang tersohor tu pun kita tak tahu mana yang terbaik...

    sy tak pernah persoalkan pendapat Mohd Salleh yang persoalkan mmg ada kalangan rakan sy bila di Malaysia pun bersentuhan aurat dengan suami isteri tidak terbatal air sembahyangnya...

    setahu saya ramai kita di Malaysia mengikut Mazhab Shafie; sy juga berMazhab Shafie...

    terpulang kepada Sdr tak mahu berMazhab siapa pun...

    BalasPadam