Ahad, 18 Disember 2011
al-Fatihah
10 KESILAPAN BERKAITAN AL-FATIHAH
Antara kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku atau perkara yang mesti di ambil berat ketika membaca surah al-Fatihah terutama di dalam solat antaranya ialah:
1. Hendaklah membaca keseluruhan surah al-Fatihah dengan jelas sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri dan tidak dibaca dalam keadaan senyap atau tidak keluar suara (tidak berbunyi).
2. Menyatakan, menjelaskan atau menzahirkan setiap bunyi dan huruf tanpa ada yang terkuat atau yang tenggelam serta memelihara setiap baris dan tanda.
3. Membaca keseluruhan surah al-Fatihah dari awal hingga akhir dalam keadaan sedang berdiri atau semasa berdiri betul bagi mereka yang mampu berdiri.
4. Mempastikan ‘waqaf’ (berhenti) pada tiap-tiap hujung ayat sekurang-kurangnya dengan kadar 2 harakat terutama semasa solat ‘sir’ (waktu siang).
5. Mempastikan ‘waqaf’ (berhenti) pada tiap-tiap hujung ayat dalam surah Al Fatihah dibaca dengan seragam.
6. Waqaf (berhenti) dengan sempurna pada tiap-tiap hujung ayat dengan mengambil nafas yang lain sebelum meneruskan bacaan ayat berikutnya.
7. Tidak membaca dengan ‘saktah’ (memberhentikan suara tanpa memutuskan nafas) pada ayat-ayat tertentu atau keseluruhannya.
8. Membaca keseluruhan surah al-Fatihah dalam satu ‘tariq’ (jalan atau wajah) bacaan tanpa mencampur aduk dengan ‘turuk’ (wajah-wajah) bacaan qiraat lain.
9. Memelihara ‘wazan’ (tempo kecepatan dan kelambatan) bacaan supaya seragam daripada awal sehingga ke akhir surah.
10. Tempoh berhenti dan menyambungkan semula bacaan hendaklah sekata tanpa kecacatan ketara yang merosakkan bacaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan