Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 7 November 2011

Wanita Mudah Masuk Syurga jika...




Alangkah mudahnya para kaum wanita utk masuk syurga dan lepas dari azab Allah, iaitu dua sahaja :

Mentaati segala perintah Allah dan redha padaNya dan berbakti pada suami, mudah kan&..namun&walaubagaimanapun&semoga apa yg kita akan baca dapat kita amal & sampaikan kepada mereka yang tidak tahu. Fadhilat wanita solehah

1. Seorang wanita soleha adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari 1000 orang lelaki jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

4. Wanita yg berikan susu pada anaknya daripada buah dadanya akan dapat pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

5. Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri layan dgn baik akan dapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Isteri yg melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dgn kasih sayang, Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat

8. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar kejalan Allah s.w.t dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan jadi ketua kepada 70,000 malaikat & bidadari. Wanita itu akan dimandikan didalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yg dibuat dari permata Yaqut.

9. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi pahala 12 tahun ibadat.

10. Wanita yg memerah susu binatang dengan bacaan Bismillah didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yg menguli tepung dengan Bismillah Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yg menyapu lantai rumahnya dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah

13. Wanita yg menjaga solatnya, puasa & taat pada suami, Allah s.w.t akan mengizinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yg dikehendaki.

14. Pahala bagi wanita hamil : seperti berpuasa pada siang hari seperti beribadat pada malam hari

15. Wanita bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat & puasa dan setiap kesakitan pada tiap satu uratnya Allah akan beri satu pahala haji yg mabrur.

16. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari dalam masa selepas bersalin ia dikira mati syahid.

17. Apabila wanita menyusukan anaknya yg menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

18. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun malaikat dilangit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.

19. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

20. Wanita yang picit suaminya tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala yg picit suaminya bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

21. Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya dia akan masuk syurga.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. di akhirat tetapi Allah sendiri akan datang pada wanita yg memberati auratnya iaitu memakai purdah dengan sempurna didunia ini dengan istiqamah.

24. Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad.

25. Allah akan berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah s.w.t. melaknati wanita yg sengaja mendedahkan auratnya (termasuk tidak menutup dengan sempurna kepada lelaki yg bukan muhrimnya.

27. Kepada wanita yg tidak tutup aurat Allah s.w.t berfirman "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

28. Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi kepalanya ialah: Seorang hamba yg tidak patuh pada tuannya. Seorang isteri yg tidak taat suaminya.

29. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.

30. Memberi/membuat segelas air untuk suami fadilatnya ibarat mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

31. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah.

32. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

33. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

34. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

35. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.

36. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

39. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Terlalu banyak lagi sifat wanita soleha yang perlu para isteri ikuti; contoh yang baik apalah salah jika mahu cuba dituruti. Kenapa hidup yang sebentar ini ramai kalangan isteri bagaikan mahu memberontak lantaran sentiasa melihat KEKURANGAN suaminya & terus mengaibkan suami malahan tanpa sedar menjatuhkan maruah suaminya di mata masyarakat lantaran egonya yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan