Dan saya rasakan ia bukan sahaja dilema penulis blog malah melibatkan keseluruhan bidang penulisan dalam apa jua juzuk penghuraian -- soal bahasa.
Saya bukan pejuang bangsa, saya juga bukan tokoh pejuang bahasa. Namun, apabila saya menulis dalam Bahasa Melayu terutamanya berkenaan ubuntu dan komputer, diri saya dilanda dilema -- istilah Melayu atau Inggeris? Saya yakin ramai pembaca blog saya ialah blogger dan anda lagilah amat memahami maksud saya.
Apabila saya menulis buku pratikal, dilema ini sekali lagi menyerang. Saya tidak mahu hasil tulisan saya dipanggil tulisan "rojak" atau menggunakan terlalu banyak tulisan italic untuk menunjukkan istilah tersebut bukan istilah Melayu. Namun apa pilihan yang saya ada? Mereka istilah sendiri dalam bahasa melayu (?) atau membuat pengesahan lansung dengan DBP yang tidak begitu berfungsi itu?
Dalam parlimen Malaysia, apabila ditanya mengapakah subjek sains dan matematik ini harus dilaksanakan pengajarannya dalam Bahasa Inggeris, lalu bangkitlah seorang ahli parlimen menjawab;
"Kita tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru yang keluar saban hari di dunia barat. Jangan bandingkan kita dengan Jepun. Jepun siapa dan kita siapa?"Jawapan ini menarik! Adakah benar kita tak mampu mengejar kemajuan teknologi dibarat dalam bahasa pengantar melayu? Saya ingin bertanya, kemanakah perginya mahasiswa jurusan bahasa di universiti tempatan? Mengapa dibiarkan mereka menjadi penulis novel cinta yang kebanyakkannya mengkhayalkan remaja Melayu?? Apa khabar Dewan Bahasa dan Pustaka?
Jepun, sebagaimana yang kita maklum menggunakan bahasa pengantar Bahasa Jepun dari tadika hingga ke kursus ijazah di universiti. Anda ingin belajar di Jepun? Belajar bahasa Jepun terlebih dahulu! Ada 3 jenis tulisan jepun iaitu hiragana , katakana dan kanji. Tulisan katakana berfungsi untuk mengeja kesemua istilah asing dalam sebutan yang sama (atau hampir sama). Lalu kesemua istilah dari barat berkenaan apa jua bidang akan ditulis dengan katakana kedalam text buku-buku dijepun. Kerana itu mereka dapat mengejar kemajuan ini.
Bagaimana dengan Malaysia yang tertulis dalam perlembagaan dalam perkara 152 bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan? Apa kata, jika kita tidak mampu mengikut rentak barat dalam penggunaan istilah untuk teknologi, kita tukarkan sahaja perkara 152 tersebut menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengantar. Mungkin kita boleh maju seperti Singapura atau lebih maju kerana pemimpin kita amat cemerlang dalam bab merangka dasar.
Pembaca sekalian, antara perkara yang paling penting dalam sesuatu kewujudan ialah identiti. Tidak ada kad pengenalan anda digelar pendatang tanpa izin. Komputer yang tidak ada ip address tidak boleh connect kepada mana-mana jaringan internet. Apajadi kalau sesebuah negara yang identitinya boleh ditentukan oleh perkembangan di negara lain? Mungkin negara sebegitu boleh digelar negara yang mempunyai identiti yang dinamik (macam DHCP). Keburukkan DHCP ialah tidak boleh dijadikan pelayan web kerana IPnya yang selalu berubah-ubah. Tak tahulah pula saya negara yang mempunyai identiti yang dinamik.
Kesannya saya dan anda rasakan hari ini. Baru-baru ini saya ke sebuah kedai buku di bandar X (agak jauh dari KL) dan mencari buku berkaitan dengan komputer. Tersudut disuatu ruang yang tidak dipandang, beratus-ratus buku berkenaan komputer yang sudah buruk, warna yang pudar dan dalam keadaan yang mengambarkan betapa tidak lakunya buku tersebut. Kerana apa? Kerana ia ditulis dalam Bahasa Inggeris. Lalu, bilakah bangsa ini akan maju jika kita bergantung kepada bahasa asing?
Saya tidak berniat menjadi pejuang bahasa. Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya tetapi saya yakin yang kita sudah sampai ke suatu tahap yang menuntut kita berfikir secara orang yang mempunyai identiti. Yang pasti buat waktu ini dan seterusnya, saya dalam dilema.
iDAN: Suara nan bernas, bagi orang yang sayangkan Bahasa Ibunda. "tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru". Kerja ini kerja ibadah, mungkin DBP boleh buat kerja ini demi untuk anak bangsa akan datang. Ramai kalangan ilmuan kita jauh lebih pakar dari kalangan orang barat; mereka ini perlu membukukan pengetahuan mereka dalam bahasa ibunda jika benar mahu melihat bangsa kita disegani.
Assalamu'alaikum Idan,
BalasPadamSayangnya tidak ramai yg membaca N3 ini dan lagi memilukan DBP pun buat tak pandang. Pemimpin kita entah ke mana. Oh... sibuk pilihanraya kan. Kakak lupa....
Pejuang Bahasa Melayu kita bukan calang-calang orang, sy pernah terbaca Kak Zakie bagaimana pejuang kita sampaikan disembur air asid; pedih mata. Pintaan mereka tak dipandang pun.
BalasPadamInilah masalah kita; seharus dalam usia kemerdekaan kita yg telah melangkau 50 tahun lebih; Bahasa Melayu semakin gah; ini apa telah jadi, anak kita sendiri hilang keutamaan untuk sambung belajar lantaran kita memilih Bahasa Terasnya salah satunya Bahasa Inggeris. Kenapa tidak Bahasa Arab.
Bahasa Arab bahasa al-Quran juga senasib Bahasa kita. Apalah JIWA kita jika tak sedar semua ini. Ada bidalan kita sering sebut Bahasa itu jiwa Bangsa. Tak punya erti kini.
Saya setuju dengan empunya blog. Bahasa. Terus dilanda polemik. Terus diabaikan.
BalasPadamKita diraduk dengan pelbagai tekanan. Lalu apakah jalan terbaik?
Saya memandang medium Wikipedia sebagai salah satu cara untuk menaikkan bahasa Melayu dengan cepat. Siapa sahaja boleh menyumbang hatta tukang cuci sampah. Namun, sesiapa juga boleh memantau hatta profesor di universiti.
Sistem keterbukaan perlu diperluaskan dalam menaiktaraf ilmu-ilmu dalam BM. Apa yang penting kita teruskan usaha yang mampu memberi impak positif kepada perkembangan bahasa Melayu.
Salam perkenalan daripada saya.
Tak semua mahir nak guna Wikipedia; sy cuba juga jadi ahli tapi memang tak RETI bagaimana nak sunting tulisan di sana; sebab ada ketika maklumat di dalamnya ada yang perlu dibetulkan.
BalasPadamMasalah blog kita pun yang tulis orang kita Melayu atau bangsa lain yang mahir berbahasa Melayu tetapi tak semua pemblog menjaga tata bahasa; main hantam bahasa sms pun dicampuradukan dengan bahasa rojak yang ketara galak dengan Bahasa Inggeris. Sampai saya meluat nak baca novel di pasaran rata-rata penulis nobel kini menghancurkan Bahasa Melayu itu dengan bahasa rojak.
Jika nak membetulkan keadaan ini amat payah kecuali ada kesedaran oleh MINDA rojak pengarang itu sendiri.
Jalan terbaik kita perlu sedarkan dari akar umbi pengguna Bahasa Melayu itu sendiri; jangan pandang remah Bahasa Rojak atau bahasa Melayu ini masuk parasit.
BalasPadamBila bercita-cita menjadi penulis cubalah sebaik mungkin mengelakkan guna pakai bahasa asing atau nak buat bahasa baru yang merosakkan keindahan Bahasa Melayu. Jika tak boleh nak ajar orang lain cukuplah ajar diri sendiri anak-anak atau rakan terdekat yang suka berbahasa Melayu.
Oh Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) senang sahaja ingin disunting. Perlu rajin bertanya editor di sana (antaranya saya le tu. heh). Cuma tiada lagi bengkel-bengkel Wikipedia di Malaysia. Kalau di Arab, bengkel Wikipedia Bahasa Arab mendapat sambutan hangat dan telah menaikkan lagi penyebaran luas bahasa Arab sebagai bahasa ilmu di pencarian Internet. (berdasarkan sumber blog Wikipedia Bahasa Arab)
PadamSaya memandang WBM hanya salah satu wadah atau alat menaikkan pencarian ilmu di dunia Internet.
Berkenaan bahasa rojak itu saya setuju. Saya lihat sejak zaman P. Ramlee lagi sudah ada I and You digunakan.
Apapun, WBM perlu diketahui menjadikan DBP sebagai mazhab penulisan dan ia diselia oleh para sukarelawan yang komited untuk memajukan BM tanpa terikat dengan sepanduk-sepanduk meminta belas ihsan daripada kalangan parti politik. Walaupun mereka tidak begitu pandai menulis secara ilmiah, tetapi usaha mereka ada. Saya tabik sama mereka setelah 1 tahun lebih memerhati perkembangan WBM.
Dan usaha penulis menulis ini pun sudah mampu menyedarkan. Tahniah. (y)