Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 24 Mac 2011

Dilema penulis blog dalam Bahasa Melayu


Dan saya rasakan ia bukan sahaja dilema penulis blog malah melibatkan keseluruhan bidang penulisan dalam apa jua juzuk penghuraian -- soal bahasa.

Saya bukan pejuang bangsa, saya juga bukan tokoh pejuang bahasa. Namun, apabila saya menulis dalam Bahasa Melayu terutamanya berkenaan ubuntu dan komputer, diri saya dilanda dilema -- istilah Melayu atau Inggeris? Saya yakin ramai pembaca blog saya ialah blogger dan anda lagilah amat memahami maksud saya.

Apabila saya menulis buku pratikal, dilema ini sekali lagi menyerang. Saya tidak mahu hasil tulisan saya dipanggil tulisan "rojak" atau menggunakan terlalu banyak tulisan italic untuk menunjukkan istilah tersebut bukan istilah Melayu. Namun apa pilihan yang saya ada? Mereka istilah sendiri dalam bahasa melayu (?) atau membuat pengesahan lansung dengan DBP yang tidak begitu berfungsi itu?

Dalam parlimen Malaysia, apabila ditanya mengapakah subjek sains dan matematik ini harus dilaksanakan pengajarannya dalam Bahasa Inggeris, lalu bangkitlah seorang ahli parlimen menjawab;
"Kita tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru yang keluar saban hari di dunia barat. Jangan bandingkan kita dengan Jepun. Jepun siapa dan kita siapa?"
Jawapan ini menarik! Adakah benar kita tak mampu mengejar kemajuan teknologi dibarat dalam bahasa pengantar melayu? Saya ingin bertanya, kemanakah perginya mahasiswa jurusan bahasa di universiti tempatan? Mengapa dibiarkan mereka menjadi penulis novel cinta yang kebanyakkannya mengkhayalkan remaja Melayu?? Apa khabar Dewan Bahasa dan Pustaka?

Jepun, sebagaimana yang kita maklum menggunakan bahasa pengantar Bahasa Jepun dari tadika hingga ke kursus ijazah di universiti. Anda ingin belajar di Jepun? Belajar bahasa Jepun terlebih dahulu! Ada 3 jenis tulisan jepun iaitu hiragana , katakana dan kanji. Tulisan katakana berfungsi untuk mengeja kesemua istilah asing dalam sebutan yang sama (atau hampir sama). Lalu kesemua istilah dari barat berkenaan apa jua bidang akan ditulis dengan katakana kedalam text buku-buku dijepun. Kerana itu mereka dapat mengejar kemajuan ini.

Bagaimana dengan Malaysia yang tertulis dalam perlembagaan dalam perkara 152 bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan? Apa kata, jika kita tidak mampu mengikut rentak barat dalam penggunaan istilah untuk teknologi, kita tukarkan sahaja perkara 152 tersebut menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengantar. Mungkin kita boleh maju seperti Singapura atau lebih maju kerana pemimpin kita amat cemerlang dalam bab merangka dasar.

Pembaca sekalian, antara perkara yang paling penting dalam sesuatu kewujudan ialah identiti. Tidak ada kad pengenalan anda digelar pendatang tanpa izin. Komputer yang tidak ada ip address tidak boleh connect kepada mana-mana jaringan internet. Apajadi kalau sesebuah negara yang identitinya boleh ditentukan oleh perkembangan di negara lain? Mungkin negara sebegitu boleh digelar negara yang mempunyai identiti yang dinamik (macam DHCP). Keburukkan DHCP ialah tidak boleh dijadikan pelayan web kerana IPnya yang selalu berubah-ubah. Tak tahulah pula saya negara yang mempunyai identiti yang dinamik.

Kesannya saya dan anda rasakan hari ini. Baru-baru ini saya ke sebuah kedai buku di bandar X (agak jauh dari KL) dan mencari buku berkaitan dengan komputer. Tersudut disuatu ruang yang tidak dipandang, beratus-ratus buku berkenaan komputer yang sudah buruk, warna yang pudar dan dalam keadaan yang mengambarkan betapa tidak lakunya buku tersebut. Kerana apa? Kerana ia ditulis dalam Bahasa Inggeris. Lalu, bilakah bangsa ini akan maju jika kita bergantung kepada bahasa asing?

Saya tidak berniat menjadi pejuang bahasa. Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya tetapi saya yakin yang kita sudah sampai ke suatu tahap yang menuntut kita berfikir secara orang yang mempunyai identiti. Yang pasti buat waktu ini dan seterusnya, saya dalam dilema.

iDAN: Suara nan bernas, bagi orang yang sayangkan Bahasa Ibunda. "tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru". Kerja ini kerja ibadah, mungkin DBP boleh buat kerja ini demi untuk anak bangsa akan datang. Ramai kalangan ilmuan kita jauh lebih pakar dari kalangan orang barat; mereka ini perlu membukukan pengetahuan mereka dalam bahasa ibunda jika benar mahu melihat bangsa kita disegani.

Bahasa Melayu Atau Inggeris?

Saya tertarik dengan hasil tulisan Zul dari Ubuntu for Malaysian hari ini, yang kemudiannya diulas oleh Kita dari Kongsi Blog. Zul memperkatakan tentang dilema penggunaan bahasa yang dialami oleh para penulis, khususnya dalam bidang teknologi. Kami dihantui oleh satu soalan – nak guna istilah bahasa melayu atau inggeris?
Masalah ini mula saya alami sejak mula-mula menulis SembangKomputer.com lagi. Saya berniat untuk menulis tentang komputer dan teknologi dalam bahasa ibunda kita. Namun, dunia komputer adalah penuh dengan istilah-istilah teknikal. Nak terjemahkan semua istilah ni kepada bahasa melayu, rasa kekok pula. Kalau nak tukarkan istilah komputer kepada italic, pun susah, sebab ada sesetengah terma yang seakan-seakan sudah sebati dengan bahasa melayu, contohnya program.

Jika anda juga seorang penulis teknologi dalam bahasa melayu, anda pastinya faham akan keadaan ini. Susah untuk jadi betul-betul skema dalam penggunaan bahasa. Tapi kalau nak guna bahasa rojak, kurang hormat pula. Anda hanya mampu berada di tengah-tengah.


Secara jujurnya saya akui, sebelum ini sayalah orang yang pertama tergelak apabila melihat istilah komputer diterjemahkan. Perkataan seperti hotkey ditukar kepada ‘kekunci panas’ memang menggelikan hati. Tapi sebenarnya kita tidak mampu lagi untuk terus bersikap ego dan skeptikal. Lihat sahaja pada Jepun, Korea, dan China. Mereka berbangga dengan budaya mereka, setiap buku diterjemahkan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat mereka sendiri. Jangan terlalu memandang tinggi kepada dunia Barat, kerana mereka sendiri pun telah menyalin, mencuri, dan merompak habis-habisan warisan ilmu dari Tamadun Islam yang dahulunya amat gah dan gemilang.

Saya juga berminat mengulas petikan ini, yang saudara Zul petik dari kata-kata seorang menteri di parlimen:
“Kita tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru yang keluar saban hari di dunia barat. Jangan bandingkan kita dengan Jepun. Jepun siapa dan kita siapa?”
Ops, silap besar tu. Mentaliti seperti inilah yang akan membawa kehancuran. Mentaliti “kita tidak boleh” yang akan membantutkan segala harapan, melenyapkan segala semangat. Ke mana sikap “Malaysia Boleh” yang acapkali dilaungkan?

Namun tidak saya nafikan, penguasaan bahasa inggeris memberi kelebihan besar dalam mencari ilmu. Saya sendiri mencari bahan bacaan dari bahasa inggeris, jarang sekali dari bahasa melayu kerana kekurangan sumber. Sebab itulah jika anda mahir bahasa inggeris, teruskan. Dan berikan sumbangan anda kepada masyarakat kita dengan menyampaikan ilmu tersebut.

Jadi, apa pula pendapat anda? Perlukah kita terjemahkan kesemua bahan rujukan ini ke dalam bahasa ibunda; atau perlukah kita tekankan lagi kepentingan menguasai bahasa inggeris?
iDAN:
Bagi aku tak salah kita mahir berbahasa inggeris tetapi janganlah sampai mengagongkan sehingga mengabaikan bahasa ibunda kita. Jika kita tidak bertindak dari sekarang menjadikan Bahasa Melayu itu sebagai Bahasa Ilmu bila lagi kita mahu memertabatkan Bahasa Melayu yang kini adalah Bahasa ke enam penggunaanya di dunia. Silap-silap jika kita leka & terlampau mengagongkan Bahasa Inggeris pasti Bahasa Melayu akan terpinggir; sedikit masa jika terus abaikan bahasa kita ini akan menjadi bahasa ke 60 turutannya di dunia.
Memang itu yang bangsa Jepun lakukan untuk mereka menjadi negara maju dengan gigih menterjemahkan semua buku dari pelbagai bahasa ke Bahasa Jepun, terutama buku ilmiah. Apalah nak dibanggakan jika menjadi negara maju Bahasa Rasmi negara kita pun rakyatnya tidak fasih menggunakannya.

Bahasa itu jiwa bangsa, apalah nilainya sesuatu bangsa itu jika kita tidak memelihara bahasa kita. Sejak berzaman aku memang amat menyayangi Bahasa Melayu ini; aku itu aku tidak berminat sangat mengkaji bahasa rojak, atau menulis jurnal atau blog dengan bahasa slanga, bahasa cit-cat. Siapa lagi nak sayangkan Bahasa Melayu ini jika tidak kita sendiri.

Katak Afrika makan tikus tanah



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.

LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.

Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.

Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.

Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu.

"Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.

Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.

Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.

Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.

Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.

Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.

Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. - Agensi

Rabu, 23 Mac 2011

Ganjaran penuh




Oleh Azrina Ahzan dan Sazarina Shahrim
2011/03/23

Penjawat awam pilih bersara awal diberi imbuhan sekali gus: Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma.

"Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, menteri-menteri Kabinet.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,757 penjawat awam itu turut disaksikan secara langsung oleh 570 penjawat awam di Sarawak dan Sabah yang mengikutinya secara sidang video di kedua-dua negeri.

Mengulas keistimewaan yang bakal dinikmati pesara Skim KWSP itu, Najib berkata, ia tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

Katanya, ia juga hanya boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan.

Berita Harian

iDAN

Aku pernah menulis masalah ini, sebaiknya begitu kenapa mesti nak simpan ganjaran perkerja sedang mereka telah lama berkhidmat; Agama kita pun menyarankan agar kita membayar upah seseorang itu sebelum kering peluhnya. Perlu diingat setelah bersara pendapatan harian akan hilang sekitar 2/3. Bagaimana Pesara nak menempuh hari tua mereka.