Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 28 September 2010

KJ: Namewee hiris perasaan Melayu

Isu video klip kontroversi yang dicetuskan Wee Meng Chee atau Namewee perlu dijadikan pengajaran kepada semua kaum di negara ini agar tidak mengikut emosi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata apa yang dilakukan Namewee itu sudah keterlaluan dan menghiris perasaan bangsa Melayu dan pemuda itu seperti tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Kita dah bagi peluang pada beliau dulu yang pernah memohon maaf dan kita ingat dia sudah berubah bila balik ke Malaysia.

"Kita sudah banyak bertolak ansur dan bila penghinaan itu terlalu jelas dan nyata sudah tiba masanya mereka yang buat begitu diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu, Rosmadi Ismail di Kota Bharu, malam semalam.

Sambil meminta polis menyegerakan siasatan, Khairy berkata apa yang dilakukan Namewee itu sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini dan perkara seperti itu perlu ditangani segera.

"Kalau ada ucapan berbaur perkauman daripada sesiapa sahaja, polis dan juga pihak pendakwa raya perlu bertidak cepat kerana jika tidak akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak seolah-olah tidak ada tindakan," katanya.

Khairy juga menafikan dakwaan bangsa Melayu begitu sensitif oleh bangsa lain seolah-olah tidak boleh ditegur dan kononnya isu sedemikian telah dipolitikkan.

"Melayu tidak terlalu sensitif dan kita sebenarnya banyak bertolak ansur," katanya.

Namewee semalam telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung video klip berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan