Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 28 September 2010

Namewee dicari polis?

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.

Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.

"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.

Sementara itu, laman Facebook Wee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).

Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.

Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan lagu Negaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.

Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.

Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman.

Polis: Namewee tidak ditahan atau dikehendaki

Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.

"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.

"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon.

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube.

Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu.

Video 'Nah' - polis rekod kenyataan Namewee

Polis hari ini merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'.

Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau - yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan.

Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri.

"Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh.

Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan.

KJ: Namewee hiris perasaan Melayu

Isu video klip kontroversi yang dicetuskan Wee Meng Chee atau Namewee perlu dijadikan pengajaran kepada semua kaum di negara ini agar tidak mengikut emosi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata apa yang dilakukan Namewee itu sudah keterlaluan dan menghiris perasaan bangsa Melayu dan pemuda itu seperti tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Kita dah bagi peluang pada beliau dulu yang pernah memohon maaf dan kita ingat dia sudah berubah bila balik ke Malaysia.

"Kita sudah banyak bertolak ansur dan bila penghinaan itu terlalu jelas dan nyata sudah tiba masanya mereka yang buat begitu diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu, Rosmadi Ismail di Kota Bharu, malam semalam.

Sambil meminta polis menyegerakan siasatan, Khairy berkata apa yang dilakukan Namewee itu sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini dan perkara seperti itu perlu ditangani segera.

"Kalau ada ucapan berbaur perkauman daripada sesiapa sahaja, polis dan juga pihak pendakwa raya perlu bertidak cepat kerana jika tidak akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak seolah-olah tidak ada tindakan," katanya.

Khairy juga menafikan dakwaan bangsa Melayu begitu sensitif oleh bangsa lain seolah-olah tidak boleh ditegur dan kononnya isu sedemikian telah dipolitikkan.

"Melayu tidak terlalu sensitif dan kita sebenarnya banyak bertolak ansur," katanya.

Namewee semalam telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung video klip berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

- Bernama

Rosnah tak layan cabaran Namewee

Kongsi 15
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak akan melayan sebarang cabaran Wee Meng Chee atau Namewee untuk berdebat secara terbuka mengenai klip video kontroversinya yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video "Negarakuku" sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Rosnah berkata, Puteri Umno telah mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemuda berusia 27 tahun dari Muar, Johor, itu kerana mengulangi perbuatan biadabnya.
Klip video terbaru Namewee mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Sebarang cabaran dari blogger itu (Namewee) tidak harus dilayan kerana ia jelas telah melakukan kesalahan sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Jelajah Tamadan Puteri Umno di Besut.
Rakyat Kelantan

Dalam perkembangan lain, Rosnah, yang juga timbalan menteri kesihatan berkata beliau akan membawa isu anak Terengganu terutamanya di kawasan utara negeri yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, supaya tidak diberikan status rakyat Kelantan.
Katanya, rundingan akan dibuat terlebih dahulu dengan pelbagai kementerian dan agensi bertanggungjawab supaya anak Terengganu yang dilahirkan di HUSM terus diberikan taraf kerakyatan Terengganu.

Kebanyakan wanita yang menghadapi masalah untuk melahirkan anak selalunya dirujuk ke HUSM kerana ia lebih dekat dengan Hospital Sultana Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, sekaligus menyebabkan anak yang lahir mendapat sijil kelahiran di Kelantan.

Perkara itu didakwa menimbulkkan pelbagai masalah terutamanya untuk mendapatkan hak keistimewaan yang diberikan kepada anak kelahiran Terengganu.

Mengenai program jelajah itu, Rosnah berkata ia telah dilaksanakan di beberapa buah negeri dalam usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat dan anggota sayap itu.

- Bernama