Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 19 Januari 2010

Buat seseorang (Singgahsana)

Aku jarang buka jurnal ini, tetapi sesekali aku terklik ada beberapa perkara yang menyentuh hati ini. Terutama buat Dik Ieja, yang mana aku sering buka blognya tetapi memang sejak lama tak dikemaskini. Tak sangka ada catatan sebulan lalu di jurnal ini yang begitu lama aku tak buka.

Sebenarnya dalam alam maya ini tak seramai mana pun yang rajin mengenali diri ini lebih dekat. Ramai rakan di dunia maya datang & pergi. Biarpun terkadang ada tambatan hati tetapi perginya amat tiba-tiba & tidak pun menyapa lagi. Malahan rakan sekerja pun semakin hari semakin lupakan diri ini bilamana aku tidak menyapa mereka. Tambahan orang sekarang semuanya dah guna telefon bimbit (hp); bagiku perhubungan telefon bimbit amat terbatas. Aku bukan jenis suka berSMS, menulis di hp bagiku bagaikan mengeja di tadika. Mata tak nampak pun. Makin rabun. Malahan untk menghidup akaun hp pun memang aku tidak mampu. Kut! terdesak dan aku mahu guna hp barulah aku hidupkan dua nombor ini; 016 9094343. Nombor masih hidup cumanya entah bila baru kubuka. Nyakitkan hati sahaja kalau cuba dail.

Lalu mana melalui hp akan terjalin ikatan. Tak mungkin. Maka aku memang tertinggal dalam banyak hal, hilang rakan baik di alam maya pun di dunia nyata.

tak siapa sudi nak kontak aku dengan talian tetap ini 03 87371884 biar pun ianya telah lebih 20 tahun sentiasa boleh diakses. Boleh didail.

Seyogia aku semakin sendiri, duniaku lebih terdampar di impian lapangku, terkadang aku menulis blog, terkadang aku menulis puisi; & blog yang rajin aku buka sekarang adalah di Blogspot; lantaran jurnal yang ini (easyjournal) payah dibuka sebab servernya agak lembab.


Rasanya terlalu lama Dik Ieja dalam keadaan agak melelahkan; sebab catatan lalu di jurnal ini telah berlalu hampir sebulan. Dan rasanya blog Dik Ieja juga tertinggal begitu sejak lama. Kenapa?. Dari jauh sekadar dapat mendoakan agar dia tabahkan hatinya dalam merentas dugaan hidup ini. Agar ada seseorang yang dapat menyelami hati Dik Ieja. Agar ada jalan penyudah yang akan mengembalikan hidup teratur damai & tabah.

Terkadang kita sering terfikir bagaimana kita dapat menolong seseorang lantaran batas & jarak membuatkan kita amat terhalang segala. Itu yang berlaku seperti aku mahu melihat hubungan anakku Afiz teratur dengan kekasihnya dalam bab merisik pun ramai tak faham & lain pula tangkapannya. Seolah di pihak ibunya pun masih ada batas halangan. Maka merisik jadi perkara sia-sia.

Banyak hubungan serta ikatan tak dapat dijalin erat lantaran batas & keadaan yang menghalang. Mungkin itu yang terjadi dalam hubungan yang samar di alam maya ini. Maka Dik Ieja semakin sepi, terasa semakin jauh, tak tahu pun apa khabar & kedaaannya kini?. Apatah lagi jika terputusan talian internet atau apa jua ikatan. Payah menerima hakikat ini.

Apatah lagi bila seseorang itu mabuk dengan FaceBook(FB)nya maka takkan mungkin ada talian intim di dunia siber ini. Bayangkan sebulan aku cuba aktif dalam FB aku telah boleh bertemu dengan 300 org lebih pengunjung. Mahu tak mabuk diri. Maka itu aku lebih memilih dunia Blog.

Atau aku lebih suka dengan dunia nyata bak zaman aku remaja dulu lagi. Kenal nyata bukan kenal di dunia maya. Fatamorgana.


Sedarkah kita (Singgahsana)

Sedarkah kita, dalam diam-diam kita terusan kehilangan waktu yang senggang. Kita seharian terusan dikejar kesibukan mencari duit, menampung sara hidup yang tak pernah cukup.

Jika kita congak rata-rata kita adalah jutawan sebenarnya. Sebuah rumah tangga sekarang ini jika laki bini berkerja pasti boleh dapat sekitar RM5,000 sebulan, kalikanlah 30 tahun anda berkerja. Berapa? Tidakkah RM 1.8 juta. Tidakkah kita ini semuanya jutawan. Tetapi kenapa kita bila telah bersara sekadar hidup seperti orang biasa. Mana perginya duit sebanyak itu.

Kenapa ini yang seharusnya membuatkan kita kena berfikir secara terbuka & celik mata?.

Salah satu yang paling membebankan kita adalah masalah pengangkutan. Duit pendapatan kita terlalu banyak kita belanjakan untuk membeli kenderaan yang selesa buat keluarga. Kenapa harga kenderaan ini terlampau tinggi?. Susut harga yang melampau. Tidak adakah jalan untuk mengurangkan kos kita dalam senggaraan kenderaan ini. Belum ceritera belanja tol kita & permasalah perhubungan yang lain.

Kos yang kedua tinggi tentunya rumah; harga rumah untuk penginapan keluarga kita semakin melambung naiknya. Sekarang pun telah diluluskan pinjaman 2 generasi. Kenapa ini boleh berlaku. Mahukah kita biarkan mereka dari luar membolot harta di negara kita. Kita kaji berapa ramai orang dari Singapura membeli harta tanah kita. Mata wang mereka tinggi kita pula membiarkan mereka membeli harta tanah di Tanah Melayu ini. Sedangkan kita mampu membeli semahal mana sangat rumah & harta tanah yang lain. Bagaimana kita sediakan bekalan anak cucu kita dalam mewarisi harta di negara kita sendiri.

Cuba kita selidiki status kehidupan mereka di negara maju, kenapa mereka begitu murah dalam belanja membeli kenderaan mereka. Begitu juga kos kita membeli makanan cuba bandingkan negara maju bagaimana murahnya mereka dalam membeli keperluan dapur mereka.

Kita bukan negara maju, hanya menuju ke arah itu pada pada tahun 2020 nanti; apakah kita mahu hidup di negara maju yang sebegini keadaannya. Bersediakah kita hidup dengan keadaan ekonomi yang tambah meninggi lagi.

Aku telah bersara dapat rasai kehidupan mereka di alam Pesara tidaklah semewah mana. Betapa semakin hari aku terasa semakin tinggi kos hidup terpaksa dilalui sedangkan wang persaraan tak bertambah & sebanyak mana ianya dapat menguruskan kehidupan yang semakin meminta kenaikan itu & ini.

Mesti ada jalan membetulkan ini; sebabnya ramai kalangan orang di negara kita hidup mewah tidak seperti kita yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Agihan harta negara nampaknya masih tak seimbang. Yang kaya semakin kaya yang miskin terusan terhimpit.

Kenapa kita berdiam diri & terusan berkompromi mengejar kemewahan yang menguntung golongan kaya raya ini. Kita terusan sanggup berhutang dengan kadar yang amat tinggi; sampai mati pun belum tentu hutang kita langsai dibayar. Hidup apakah ini?. Kita & anak kita dipaksa... pun terus terpaksa berhutang belum pun anak kita dapat memegang ganjaran atau gaji sendiri. (PTPTN) Kehidupan apakah ini?.

Cubalah kita kita rungkaikan bersama.


'cunnya' bahasa

Eldy | Posted on 17.2.2010 at 7:50 AM
1st time visit.. wa, mantap penulisan abg ! erm, antara kos tertinggi juga : Mas khawin xD

2 ulasan:

  1. "Kenapa kita berdiam diri & terusan berkompromi mengejar kemewahan yang menguntung golongan kaya raya ini. Kita terusan sanggup berhutang dengan kadar yang amat tinggi; sampai mati pun belum tentu hutang kita langsai dibayar. Hidup apakah ini?. Kita & anak kita dipaksa... pun terus terpaksa berhutang belum pun anak kita dapat memegang ganjaran atau gaji sendiri. (PTPTN) Kehidupan apakah ini?"
    ... Inilah ungkapan yang paling popular dan sesuai untuk dialog diatas; Amalan sistem di Malaysia, "Yang kaya bertambah kaya..., yang miskin hidup melarat papa kedana..!!"

    BalasPadam
  2. Saya teringat pesan Prof Suzuki semasa di Jepun lalu; dia kata Malaysia akan mengikut jejak Indonesia jika kita tidak menganggap rasuah itu amat bahaya & agihan harta negara yang tak seimbang itu akan meruntuhkan negara kita.

    Kita sebenarnya bukan negara miskin tetapi ada kumpulan yang rakus yang menangguk di air keruh. Dalam Melayu kita berbalah golongan ini mengaut segala keuntungan.

    Golongan ini sering berkata tak kisah ada golongan kaya atau bangsawan ini; ujudnya mereka dalam masyarakat Melayu akan membantu orang miskin. Mereka pandai berniaga maka mereka boleh menjadi kaya.

    Hakikatnya golongan ini terus mengaut keuntungan bila telah menjadi kaya raya mereka bukan melabur di negara ini; wang mereka berlonggok di negara orang!.

    Orang miskin terus terbiar! mulut mereka manis & mereka ini amat pandai menggunakan ketulusan & kesabaran kita org Melayu@Islam.

    Sampai bila?.

    BalasPadam