Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 28 Januari 2008

Mak Nyaie dibedah Hari ini


"Doktor cakap macam mana sakitnya mak?"

"Kena bedah & masukkan tiub.."

Memang sakit Mak Nyaie amat kritikal sejak kebelakangan ini. Hinggakan satu ketika doktor pun telah putus harapan. Buah pinggangnya yang memang telah lama tidak berfungsi menjadi penyebab sakitnya melarat. Jika lambat saja bauat dialisis buah pinggangnya, pasti membengkak kaki & perbagai masalah kesihatan.

Wajah Mak Nyaie pun nampak tidak berseri lagi. Terkadang hilang semangat untuk berubat. Mak Alang yang banyak berkorban menjaganya pun asyik kena marah sahaja. Mak Alang sudahlah kurang pendengaran. Cutinya makin kurang. Mila selalunya bergilir mengikut keadaan untuk menjaga ibunya. Ada lima adik beradik perempuan dari lapan adik beradik Mila, yang paling kerap menjaga Mak Nyaie ialah Alang & Yuli@Mak Yong. Mila mungkin bila keadaan benar-benar kritikal. Amy selalu jadi bahan rajukan Mak Nyaie, biarpun selalu juga aku dengar dia tinggal di hospital bersama Mak Nyaie. Acik memang aku tidak pasti, tentunya alasan anak masih kecil & payah mendapat cuti. Dia memang jarang bermalam di hospital menjaga ibunya.

Masalah ini yang perlu kita fikirkan, apatah lagi jika memang tiada anak perempuan. Jika emaknya sakit siapa mahu menjaganya di hospital. Bolehkah anak lelaki berjaga malam di sebelahan emaknya di hospital kerajaan. Aku teringat Ana, Kamal & beberapa teman lagi yang macam aku juga tak punyai anak perempuan. Harapannya tentulah kepada menantu perempuan atau cucu menemani malam-malam di hospital

Maka itu aku lebih mengharapkan, jika aku sakit tidak membebankan anak-anak. Biar sakit mengejut & pergi. Kebelakangan ini pun aku sering terlantar sendirian di wad kecmasan tanpa dijenguk siapa pun. Hinggalah bebaru ini darahku yang naik sampai 181/128 mm Hgsystolic; sampai radas di wad kecemasan menjerit-jerit aku masih berbaring tenang. Memang hati teringat isteri & anak-anak ketika kritikal begitu tetapi jika difikir-fikirkan dapatkah mereka membantu. Seharian di rumah pun Mila sering meninggi suara menyebabkan adarah tinggiku naik, anak anak zaman kini pula makin berani menengking ibu ayah. Aku teringat masa aku kecil hinggalah aku dewasa memang aku amat menghormati arwah Apak tak pernah pun aku berani membantah cakapnya, apatah meninggi suara. Arwah emak lagilah payah melihat dia marah. Jadi memang tak ada punca untuk aku membantah cakap ibu ayah.

Harapanku Mak Nyaie selamat menjalani pembedahan. Semalam aku sempat berpesan kepada Mila.

"Ofis Mila tak jauh dari Hospital Selayang, ayah rasa elok Mila bawa kereta ke ofis esok, boleh melawat emaknya tengah hari atau lepas Mila balik kerja.."

Mila diam saja, aku teringat sungutannya akan sewa letak kereta di ofis barunya mahal, jauh pula terpaksa berjalan kaki & entah apa lagi komen dia. Aku mengganggapkan ini masalah kebajikan pekerja oleh syarikatnya. Ikut suka rasa, kejap dihantar ke pulau, kejap di hantar ke tengah kota, kejap di campak entah ke mana lagi. Apatah lagi syarikatnya kini terlampau menjaga kebajikan orang atasan. Bayangkan kalangan pengurus dikasi saham kompeni sampai 80 lot. Jika satu lot sekarang sekitar 17K kalikanlah dengan 80.

Semua itu masalah agihan harta rakyat yang tak seimbang. Golongan sokongan sekadar dikasi 2 atau 3 lot sahaja. Sudahlah gaji sedikit kebajikan seolah-olah sifar. Belum lagi elaun letak kereta, perjalanan & entah apa lagi yang dimiliki disumbat oleh golongan atasan. Golongan sokongan & bawahan tanggung sendiri bebanan ini. Memang aku sejak dulu tak faham keadaan ini berluasa berlaku di negara ini. Bukan hanya berlaku di dalam agensi kerajaan malahan di swasta tambah teruk. Syarikat yang Mila kerja kini milik PNB, PNB itu siapa?. Sime Darby. Dulunya Golden Hope yang senang-senang saja memindahkan pekerjanya di pulau. I & P syarikat asalnya memang jauh lebih baik menjaga pekerjanya.

Bila kita selongkar siapa pemegang saham terbesar pasti akan melenting Datuk itu atau ini. Kenapa kompeni boleh membahagikan saham sampai sejuta RM untuk setiap pengurusnya?. Dari mana mereka mendapat duit sebanyak itu. Kenapa keuntungan tidak diberikan samarata dengan golongan bawahan. Siapa yang berniaga dengan golongan taukey cina ini?. Duit siapa mereka laburkan. Semua ini kerajaan patutnya mengkaji. Sebab semua ini harta negara. Kenapa ada golongan pekerja tidak dijaga kebajikannya. Sampaikan bulan puasa pun katanya tidak pernah dibenarkan pekerja Islam pulang awal. Negara apa kita ini. Gila apa kita mengejar duit; sampai disegi ibadah pun kita tidak mahu bertolak ansur. Nak ikut telunjuk orang kafirkah?. Emmm! memang naik tekanan darah tinggiku bila memikir masalah menghantui sebahagian dari keluargaku. Kompeni tempat Mila berkerja ini.

Memang begitulah rutin syarikat swasta yang terlampau memikirkan keuntungan. Mana ada erti kekeluarga atau kebajikan seimbang dalam kamus hidup mereka. Tak tahan dengan komplot kompeni, senang saja arahannya; Berhenti kerja. Terus berkerja ibarat pekerja dibuli menjadi kuli batak, diperhamba. Golongan atasan mewah segala.

Golongan atasan ini bukan hanya taukey cina tetapi orang kita juga yang menggadaikan tanah air kita, Tanah hak Orang Melayu. Dirampas. Untuk memperkaya bangsa lain. Contoh yang nyata; Cubalah kita fikir siapa kasi lesen untuk memajukan Genting. Tanah gunung pun kita kasi orang asing. Siapa taukey Genting semua kita tahu. Semua sedar siapa golongan yang berkerja sama dengan mereka ini. Tapi bila diberi hak memilih dalam pilihanraya benda ini jadi huru hara, samar, tak nampak, kita takut kita miskin mundur macam-macam. Padahal sekarang ini jika kita perhalusi kehidupan kita hak kita sebagai penduduk jati negara ini. Apa yang kita ada?

Sebagai contoh terdekat, fikirkan hutang kita yang melambak; sampaikan pencen pun belum tentu habis hutang. Apa benda hutang kita itu; berharga sangatkah; Memangkita terusan tercampak di golongan marhain. Inilah bangsa kita... kan?.

Jangan anggap pula tulisan ini sebagai anti kerajaan yang ada kini; Ini cuma pendapat peribadi. Bukan bermaksud aku ini mirip ke parti pembangkang. Penulis jangan memihak ke mana, penulis seharusnya meluahkan segala yang nyata, jelas & dapat kita berfikir. Memang judi dalam negara yang namanya Islam adalah haram, tetapi aku pasti kerajaan kita ada alasannya tersendiri membenarkan & mengeluarkan lesen berjudi. Malahan mencegah kita orang Islam berjudi, membeli nombor ekor & sebagainya. Biarlah benda judi ini untuk orang kafir!.

Lupakan masalah negara itu. Berbalik kes Mak Nyaie tadi, syukurlah ada kalangan anak Mak Nyaie yang kerja di Agensi Kerajaan. Dapatlah Mak Nyaie rawatan terbaik, di Hospital Selayang yang aku lihat bagaikan Hospital Putrajaya; nampak mewah & kelengkapan yang memang canggih. Bayangkan cara makanan dibekal pun mengalahkan keturunan raja. Sampai anak nyonya sebelah Mak Nyaie bergurau & mengusik Mak Nyaie. Tanpa kemudahan percuma bagi pegawai kerajaan mampukah kita mendapat rawatan semahal hospital swasta.

"Tenguk emak saya makan habis semua.. Makcik kena makanlah, kuatkan semangat; sedap semua makanan ini" Memang dibekalkan dalam bekal yang kedap udara, panas berasap sampai ke katil pesakit.

Khamis, 24 Januari 2008

Buah Apa ini





Buah apa ini iyer....

Posted on 24.1.2008 at 9:23 AM

Rabu, 23 Januari 2008

Talian di UPM amat teruk (Singgahsana)


Putus asa rasanya nak buka internet. Melampau teruk & terinsut insut. Jauh sekali dapat buka blog, e-mel yahoo pun tak dapat klik!.

Selasa, 22 Januari 2008

Tekanan Darah mengejutkan radas : Siri 4 (Singgahsana)


Dari takungan air di jalanan nampak bulatan riak titis gerimis. Nampak sunyi sahaja wad kecemasan di Hospital Serdang. Di tempat letak kapcaiku ada dua orang india, mungkin menunggu rakan atau saudara mara kemalangan, mungkin ada maksud lain.

Aku menyangkuk topi keledar ala Jerman di tempat duduk kapcaiku. Mengeluarkan fail plastik berisi surat, 100plus & mencapai beg galas kain yang memang kubawa ke mana saja dari bakul kapcai.

Di kaunter tetamu cuma ada dua orang, seorang wanita berumur 30an berpakaian seragam putih tentunya jururawat & lelaki mirip mamak Penang. Aku menghulurkan surat dari Dr Endah kepada jururawat bertugas; Dia terus membawa aku ke kamar rawatan. Kamar yang pernah aku terlantar di mana aku dihantar dengan ambulan kira-kira setahun lalu.

"Patutnya saya dapat datang awal, tapi hujan tak berhenti... macam mana tekanan darah saya?"

Aku bercakap sendiri, pertanyaan mungkin tidak dapat ditangkap oleh wanita ini. Nampak muda, mungkin telah berumahtangga tapi andaianku baru seorang dua anaknya.

"Pakcik pegang sini, ada masalah sikt dengan alat ini..!" Huh! Pakcik dia panggil aku; dah tua sesungguhnya aku ini. Sphygmomanometer, Digital Blood Pressure Monitor, LifeSource UB-511 Wrist Blood Pressure Monitor, Banyak jenama yang boleh didapati dipasaran tentang radas yang boleh mengukur tekanan darah.

"Harap-harao tekanan darah saya menurun!.." Aku bercakap sendiri.

"Pakcik makan ubata tak siang tadi?"

"Makan, mungkin ada dinasor dalam telinga ini buat tekanan darah saya naik" Malas nak bahasa diri Pakcik .. rasa tualah sangat. Memang benar tekanan darah aku masih tinggi 168/115 mm Hgsystolic.

"Mungkin jugak!"

"Habis tu adakah doktor pakar telinga malam-malam begini?.."

"Jika perlu kami terpaksa telefon doktor yang memang sedia menunggu di rumah, dah berapa hari iyer benda tu masuk ke telinga Pakcik?."

"Nak masuk hari kedua, malam semalam kenanya... sebahagian saya dapat keluarkan, sebahagian doktor panel saya Dr Husni!... katanya masih ada kaki, dah sampai ke gegendang telinga"

"Kejap saya lihat!" Jururawat mengambil teropong telinga & memang dia nampak kaki dinasor itu.

Aku terus dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Katil 8. Hampir penuh katil di wad kemasan ini. Ada kira-kira sepuluh buah katil. Seorang doktor mirip masih gadis & seorang doktor sedang mengandung sibuk merawat pesakit. Dua orang yang aku nampak seperti doktor. Selebihnya jururawat & pembantu perubatan. Selang beberapa minit doktor gadis datang melihat lapuran dari jururawat yang merawat aku tadi.

"Telinga kiri atau kanan?" Dia mencapai teropong telinga.

"Kanan!"

"His nampak besar kakinya, dalam sangat masuknya, Encik ada sakit apa selain darah tinggi, makan ubat apa iyer!"

"Kolestrol & masalah buah pinggang, tiga jenis ubat saya makan tiap hari, buah pinggang itu saya makan ubatan herba kampung saja!" Terbayang Dukun Kim Loy.

"Ingat nama ubatnya?"

"Entahlah doktor payah nak sebut namanya... akacand ke ... apakah sebutannya..!.. pelik-pelik nya" Selalunya aku bawa semua ubat di beg galas kainku. Boleh lupa hari ini.

"Tak pernah dengar pula nama ubat macam itu!"

Aku memerhati sahaja, doktor gadis ini meminta bantuan dari pembantu perubatan lelaki; ada dua orang aku lihat asyik mengadap seorang jururawat mata keli. Kedua-dua doktor nampak amat sibuk. Ada dua kanak-kanak yang tak berhenti menangis di pangku oleh ibunya. Ayahnya mundur mandir. Tak pasti sakit apa, yang seorang itu nampak macam luka di kepala, seorang lagi nampak macam demam yang teruk. Sebelah kananku aku tak pasti pesakit lelaki atau perempuan, langsirnya tertutup separuh tak dapat kuintai. Mungkin seorang ayah sebab aku lihat ada dua anak kecilnya; perempuan keluar masuk dengan ibunya. Sesekali doktor menyuruh mereka menunggu di luar sebab memang wad kecemasan hanya dibenarkan seorang dua bersama pesakit. Sebelah kiriku seorang wanita nampak umur sekitar 30an amat tenat; Bunyi mesin radas darah tinggi & entah apa alat lagi menjerit-jerit bising. Katil hujung lelaki india tak sedar diri, mungkin kemalangan, mungkin doktor kasi ubat tidur setelah dirawat. Tidak dipindahkan ke wad biasa atau wad bedah tentunya masih tidak stabil sakitnya.

Selang beberapa ketika, aku lihat ada pemuda sebaya Afiz kemalangan, nampak kakinya berbalut, luka sana sini. Dua kanak-kanak yang menangis telah keluar wad tak pasti di bawa ke mana & datang lagi ibu yang membawa bayi yang tak henti menangis. Jururawat bermata keli aku lihat payah amat nak senyum, wajahnya mirip amoi nampak terusan mengadap komputer, tentunya dia ditugaskan menaip laporan. Dua jururawat nampak membawa nasi bungkus mesti mahu pulang ditukar dengan jururawat lain. Sudah dua jam aku terbaring di katil. Aku dengar bukan sekali dua doktor bertanya kepada pembantu perubatan. Sudahkah dinasor di telinga aku cuba dikeluarkan.

Biarlah mereka sibuk. Aku menunggu-nunggu juga kot ada Mila atau anak-anak menjenguk aku. Telefon bimbit tak boleh dibuka; memang ada terpampang di dinding notis larangan. Aku curi-curi membuka kot ada SMS atau panggilan. Memang aku tidak punyai harapan besar siapa pun melawat aku sakit. Sebelum ini pun bukan sekali dua aku ditahan di wad kecemasan sendirian. Sudah rutin & lali sakit sendirian. Tapi bila melihat ramai waris dari india, endon, adik berpakaian seragam sekolah, suami isteri yang risaukan anaknya sakit; Teruja juga kot aku ada sesiapa di sisi. Paling tidak untuk berbual.

Pening bila tekanan darah tinggi memang terasa; jika siapa yang pernah diserang tekanan darah tinggi memang dapat rasakan. Pandangan kabur, hilang daya tumpuan, risau & cemas; perbagai andaian berkecamuk di hati. 160/120 memang kira kritikal!.. Aku kuatkan diri ke bilik air; selimut putih yang disediakan di wad kecemasan tidak dapat membantu aku kesejukan. Telah hampir tiga jam aku sendirian di wad kecemasan tanpa sebarang ubat ditelan. Memang melemaskan.

Sekitar jam 10:45 malam itupun entah kali ke beberapa doktor gadis tadi bertanya dengan pembantu perubatan apakah telah cuba mengeluarkan dinasor dalam telingaku.

Ceriteranya sama; bila dia lihat dengan teropong telinga kaki yang besar jauh tersepit di gegendang telingaku; dia cuba mengeluarkannya dengan perbagai alat; tapi gagal. Tiap kali percubaan mengeluarkan cikadak ini; Aku memegang palang katil menahan kesakitan sampai menitis air mata. Teramat sakit!. Huh!.. tak berjaya.

Muda amat pembantu perubatan ini, mesti baru belajar atau pelajar UPM, aku tak pasti; dia menyuruh aku ke katil khas yang ada alatan penyedut. Alat penyedut yang sama dengan Dr Husni gunakan.

"Aduh!..." Aku terpaksa mengaduh lantaran terlampau sakit. Lagi disedut lagilah sakit bagaikan mahu terkeluar gegendang telingaku. Aku membayangkan kaki dinasor yang ada duri mencengkam gegendang telingaku. Telinga pula dekat dengan otak, memanglah amat sakitnya.

Pembantu hospital ini putus asa; dan mengarahkan aku kembali ke katil 8. Dia bergegas mengambil radas untuk monitor tekanan darah, jantung segala. Menjerit mesin itu terkejut. Sampai jururawat mata keli yang payah senyum nampak besar sikit matanya terkejut. Aku jeling bacaan tekanan darahku ... memeranjatkan aku & pembantu perubatan itu tentunya lagi panik... 181/128 mm Hgsystolic . Mana tak menjerit radas itu. Jika terus naik; bila-bila masa Penyair iDANRADZi akan strok jika strok apa-apa boleh terjadi mungkin Penyair iDANRADZi akan pergi. Tinggallah karya & nama saja.

Pembantu perubatan berbual dengan doktor, mesti mencari jalan penyudah; entah apa jenis dadah penenang dia kasi atas nasihat doktor; kecil saja pilnya.

"Abang kena berihat, telan ubat ini & jangan bangun dalam setengah jam...!" Aku sempat senyum!.

Selang beberapa ketika doktor gadis tadi datang.

"Beginilah Encik...Encik masih boleh tahankan sakit telinga ini..kan?.."

"Okey! rasanya tak jadi masalah"

"Esok cuti doktor pakar telinga (Tak tahu apa dia sebut)... tutup esok, lusa hari Jumaat Encik datang berjumpa dengannya, saya tuliskan surat temujanji... Ubat antibiotik dah ada kan?.. terus makan ubat itu!"

"Tak boleh ke doktor kita biarkan saja kaki dinasor itu reput sendiri!" Sekadar menyedapkan hati sendiri.

"Eh!.. jangan kot ada jangkitan lain pula!.."

"Doktor atas meja itu ada buka laporan kesihatan saya, terjumpa tadi dalam beg masa saya nak ke bilik air.."

Dia mencapai buka laporan kesihatanku & membelik-belik.

"Haaa aah!... payah nak sebut nama ubat ini.. Atacand.. Adalat!.." Doktor gadis mengiyakan bualan aku tadi.

"Encik..berihatlah sudah okey nanti boleh balik!" Radas yang masih terusan dilenganku terusan menjerit. Aku jeling jam di tangan sudah hampir 12:00 malam. Sudah pasti Mila & anak-anak tak akan datang. Darah jangan kau tambah mengganas. Aku tahu syaitan memang suka menginap di pembuluh darah manusia. Tolong jangan berpesta. 181/128 mm Hgsystolic makin menurun!!!. Memang handal dadah yang doktor kasi. Aku menarik nafas sedalam dalamnya & melepaskan seadanya. Dada aku rasakan sakit, rusukku terasa sengal. Dingin wad kecemasan semakin menggigit; aku menarik selimut putih tapi tak bermakna. Tetap dinigin. Tolong jangan bunuh aku sendirian; aku cuba memejamkan mata, lagi pejam lagi terlihat wajah Mila & anak-anak...

- Bersambung

Posted on 22.1.2008 at 9:02 AM