Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 2 Februari 2003

Gelora bekas mak nyah (Delima Merkah)


SOALAN

SAYA sudah berkahwin dan ada tiga anak. Saya menyayangi isteri dan anak saya. Kami berkahwin dulu atas pilihan keluarga.

Saya sebenarnya bekas mak nyah. Dulu saya hampir hanyut dengan dunia mak nyah yang hina sehingga saya sudah menelan pil hormon.

Bila saya kembali menjadi lelaki, saya tidak sangka ada lelaki lain mahu menerima saya sebagai bekas mak nyah untuk terus berhubung dengan saya. Teman lelaki saya sudah berkahwin dan ada empat anak.

Kini kami seperti kawan. Masalahnya, dia tetap inginkan hubungan seks dengan saya, terutama bila isterinya datang bulan atau dalam pantang selepas melahirkan anak. Alasannya dia tidak mahu ada hubungan dengan wanita lain.

Pada mulanya saya tidak dapat menolak sebab terlalu sayangkan hubungan yang sudah berpuluh tahun kami bina. Namun jiwa saya kembali memberontak dan ingin belaian lelaki seperti dulu.

Kadangkala bila ada salah faham dengan isteri, saya seakan-akan terlalu mudah untuk melakukan dosa. Saya sudah banyak berdoa, malah di depan Kaabah pun saya berdoa semoga jiwa saya hanya menyukai perempuan, dan perempuan itu hanya isteri saya.

Kadangkala saya menangis memikirkan gelora jiwa saya. Saya tidak boleh memandang lelaki lain, nafsu saya terus membuak. Saya ingin menyayangi isteri dan anak saya dengan lebih mendalam dan melupakan gelora nafsu saya, tapi saya selalu tewas.

Saya pinta Dang Setia berikan saya nasihat, tunjuk-ajar, amaran dan sebagainya untuk saya takut kepada Allah.

INSAN KERDIL
Bangi, Selangor

JAWAPAN

Mungkin Dang Setia mampu memberi sedikit nasihat atas dasar tanggungjawab membantu sesama Islam untuk membawa saudara kembali ke landasan kehidupan yang disyariatkan Islam.

Bagaimanapun, saudara tidak perlu menyuruh orang lain, termasuk Dang Setia, untuk memberi amaran supaya saudara takut kepada Allah.

Ini kerana segala-galanya dinyatakan oleh Allah melalui al-Quran untuk panduan kita.

Di dalam kitab suci itu, ada pelbagai ajaran, peringatan dan juga amaran kepada kita umat akhir zaman.

Jadi, jika saudara ingin mencari amaran daripada Allah supaya wujud perasaan takut dan gerun kepada-Nya atau lebih tepat lagi azab-Nya yang menanti kita di akhirat, usah berlengah lagi untuk membuka dan membaca al-Quran serta tafsirannya.

Jika saudara gagal menemui apa yang saudara cari daripada usaha itu, carilah guru atau ustaz untuk memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang lebih berkesan untuk manfaat saudara.

Sukar? Ya, memang sukar jika kita tidak ikhlas dan tidak menyedari betapa pentingnya kita untuk berdamping dengan al-Quran, namun keadaan akan menjadi sebaliknya jika kita menginsafi sebenarnya di dalam al-Quran terkandung jawapan kepada segala permasalahan, terutama keruntuhan moral serta kemunduran umat Islam pada masa kini.

Saudara, sebenarnya mesej yang ingin Dang Setia sampaikan ialah saudara perlu gandakan usaha atau lebih khusus lagi amal ibadat, baik yang fardu atau yang sunat dalam usaha menewaskan gejolak nafsu songsang yang kini menguasai diri.

Hal mengenai melawan atau berperang dengan nafsu sudah kerap Dang Setia nyatakan di ruangan ini. Jadi, rasanya tak perlu Dang Setia mengulas panjang mengenainya. Namun, penting untuk Dang Setia tetap memberi penekanan betapa perlunya kita menambah ilmu dan amal untuk melawan nafsu serta godaan syaitan supaya lebih mudah untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.

Secara ringkas, Islam sudah mengajar kita bahawa cara melawan godaan syaitan perlu dilakukan dengan betul.

Kalau nak berperang dengan musuh, pasti sukar jika kita sendirian tapi lebih mudah jika kita berpasukan.

Sebab itulah dalam bab solat, contohnya, lebih baik berjemaah dan bukan sembahyang sendirian.

Jadi saudara perlu mencarinya sendiri. Caranya, pergi ke surau atau masjid. Ini perkara asas yang penting. Nak ilmu agama, perlu ke masjid, bukan ke disko. Nak diri kita berilmu, kita perlu berkawan dengan orang alim, bukan orang jahil. Nak diri kita jadi baik, kena berkawan dengan orang baik bukan orang jahat.

Dalam kes saudara, sebenarnya sayang seribu kali sayang apabila saudara yang pernah menerima hidayah dan petunjuk Allah untuk kembali ke jalan yang benar, sekali lagi kecundang dan terpesong ke jalan yang mungkar.

Persoalannya, kenapa itu terjadi, sedangkan saudara sering berdoa kepada Allah, malah sudah ke Makkah untuk menyucikan diri dan memohon bimbingan-Nya? Bagi Dang Setia, ia berlaku kerana kelemahan saudara sendiri.

Memang saudara sudah berusaha, tapi Dang Setia berpendapat kelemahan Dang Setia ialah usaha saudara itu tidak konsisten, sedangkan godaan syaitan terhadap kita tidak pernah berhenti. Apabila kita lalai, mudah saja kelalaian kita dimanfaatkan untuk kita ditewaskan.

Satu kesilapan besar saudara yang Dang Setia kesan ialah apabila saudara menjalin hubungan intim dengan lelaki, sedangkan saudara sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sebenarnya, tindakan itu ibarat saudara membuka pintu ke neraka.

Dang Setia sengaja menggunakan istilah yang agak kasar ini supaya wujud kegerunan di dalam diri saudara terhadap azab Allah terhadap manusia yang mengamalkan seks sesama jenis.

Sepatutnya, selepas saudara bertaubat, ia ibarat saudara menutup kemas segala pintu ke kehidupan saudara yang penuh dosa itu dan seterusnya membuang anak kuncinya jauh-jauh supaya saudara tidak dapat membukanya kembali.

Namun, saudara melakukan sebaliknya. Anak kunci pintu itu masih saudara pegang dan saudara sengaja menempah bala dengan membuka pintu untuk kembali ke dunia gelap saudara dulu.

Justeru, apa yang wajib saudara lakukan kini ialah menutup semula pintu itu serapat mungkin.

Maksudnya, saudara wajib memutuskan hubungan intim dengan teman lelaki saudara. Selagi tidak berbuat demikian, selagi itulah saudara tidak dapat dapat melepaskan diri daripada gejolak nafsu songsang yang membelenggu diri saudara.

Pada masa sama, tingkatkan semula amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana amal ibadat itulah yang mampu berperanan sebagai perisai menangkis godaan nafsu dan syaitan.

Akhir sekali, amal ibadat saudara perlu konsisten kerana iman kita ini bukan statik, sebaliknya ia ada pasang dan surut. Apabila kita beramal, iman kita kukuh dan jitu tetapi jika kita tidak beramal, iman kita lemah dan mudah ditewaskan.

DangSetia

1 ulasan:

  1. Sesiapa yang membaca cerita ini harus sila bergembira dengan saya kerana saya merasakan ditolak dan kecewa sekali oleh Isteri saya dengan cara yang sama seperti mana-mana lain lakukan dengan kesedihan hati sebelum i bertemu Dr orinoko Online e-mel saya adalah debbyclifford501@gmail.com. Isu saya dengan rakan sekerja, dia sentiasa adalah menghantar mesej mereka walaupun selepas saya memberitahunya bagaimana saya berasa mengenainya. Dia akan berhenti untuk seketika dan kemudian mula seluruh. Dia sentiasa memberitahu saya bagaimana lemak dan lama ini Lelaki tetapi saya tahu bahawa dia telah menggunakan bahawa sebagai gangguan untuk saya tidak mengesyaki beliau. Hari ini saya kini telah mendapat tahu dia adalah menubuhkan tarikh makan tengah hari dengan salah seorang daripada mereka. Saya tidak lagi boleh mengambilnya. Saya tidak faham mengapa dia terus melakukan perkara ini kepada saya. Beliau juga datang rumah lewat selepas kerja sekarang dan dia akhirnya pergi dan berpecah dengan saya, baik i berada di psikik tetapi semua yang sama. apa yang perlu saya lakukan? sehingga kawan saya memperkenalkan saya t Rasulullah yang membantu untuk menyatukan kembali suaminya. mendapatkan dia dengan e-mel pada orinokosolutiontemple1@gmail.com anda boleh menghubungi beliau. jadi saya menggunakan ini cara untuk memberitahu orang bagaimana gembira dan berapa banyak i menghargai dr baik.

    BalasPadam