DEBUR OMBAK
(Mengenang Tragedi 26 Disember 2004)
Debur ombak yang menghempas pantai
mencarik kenangan hitam
tragedi Disember 26.
Debur ombak yang menghempas pantai
menghanyutkan cinta seorang isteri
menenggelamkan kasih seorang bapa
melemaskan rezeki para nelayan di kuala
melakar pantai duka di hati sebuah keluarga.
Namun sebenarnya
debur ombak yang menghempas pantai
memercikkan ribuan hikmah
rahsia Pencipta Maha Kuasa
kekerdilan seorang hamba.
MUHD NORIZAM JAMAIN
Skudai, Johor.
MELAKA SENTRAL
Sejak berdiri
kau menambah seri
wajah bandaraya bersejarah
merakam pelbagai kisah.
Kau kini sebahagian mercu tanda
lambang pembangunan dibangga
daripada ilham berwawasan
pemimpin luas pandangan.
Sejak berdiri
kau turut menenggelamkan punca
mereka yang dulu kerap mencari rezeki
di celah lorong dan jalan
kini semakin sunyi dan sepi.
MARHAN SR
Taman Seri Duyung 2, Melaka.
AKU TIDAK MAHU
Aku tidak mahu
menyemarak kembali
api yang terpadam.
Aku menjadi bosan dan hairan
lantaran setiap kali
benih api yang kupasang
selalu kuncup diraba angin
atau terkadang basah direnjis hujan.
Aku harus melupakan
merahnya baru
dan putih jelaga.
Walaupun nanti
aku seperti dedaun
muram di ranting hidup
resah menanti sinar.
SALMIE SAID
Kota Bharu, Kelantan.
SEORANG TUA DAN SEBUAH BELANTARA
Seorang tua tiga suku abad usia
uban putih menghias kepala
rotan semambu bertongkat ia
masih meredah belantara.
Seorang tua terketar-ketar tangan
harimau, gajah, ular dan beruang tidaklah dihairankan
baginya mereka semua hanya haiwan
sepertinya hanya makhluk Tuhan.
Seorang tua tetap ke belantara
demi kesinambungan hidupnya
dia rela mati di sana
kerana itulah dunianya.
AS-SYRAMY
Pasir Mas,16 1221H Dis 2006
ANAK BANGSAKU
Lalu kusiramkan salju itu
pada anak bangsaku yang terlena
di atas pembaringan itu
tilamnya api
bantalnya bara.
Bangunlah anak bangsaku
usah terlena lagi
di pembaringan itu
ayuhlah berlari
kejarlah adicita
demi maruah negara bangsa.
Anak bangsaku
andainya melewati daerah sejarah ini
ayuhlah bersama Sang Adi Putra
kita julang kembali maruah bangsa
kita gilap kembali
warisan Za’ba itu
di Universiti ini yang bitara.
ISMAIL MAN
UPSI
NANAR
Engkaukah itu wajah semalam
yang kutemui tanpa suara tanpa bicara
terperangkap pengap
antara puing-puing rindu
antara jingga warna
antara hiba rasa.
Engkaukah itu
yang menyisir baris-baris ayat
lalu kukutip makna seloka
antara lena dalam jaga
dan aku pun malu
menutup wajah
mencuba untuk ketawa
lewat senyuman yang lama hilang.
Engkaukah
atau akukah
menenun kisah melakar hikayat
dalam mimpi di siang hari
walau cuma sebuah dongengan
dalam rindu yang masih panjang.
SITI NOOR SYUHADA M SANI
Masai, Johor
BALAI KETIBAAN
Sore ini
Balai Ketibaan KLIA
berbondong-bondong warga luar
Bangla, Nepal, Indon, Myanmar, Vietnam
mencecah kaki rentak gagah
setia mengekori petugas ejen
menatang segugus harapan
menangguk rezeki bakal dikirim pulang
agar bisa tegak megah banglo impian
di tanah kelahiran
lalu hati berbunga.
Sayang sedang warga luar memonopoli
segenap peluang ladang-ladang terbentang
rumah-rumah kota juga desa pingitan
restoran, stesen minyak, pasar raya
sentiasa menadah percikan keringat tenaga asing
sedang anak-anak setempat hanya mampu
menonjol lagak orang senang
lunak dihayun buai fatamorgana
hanyut lemas pukulan badai samudera madat
sesat lara belantara black metal
aksi tayang sia-sia mat rempit
lalu tenaga asing terus berbondong-bondong
menjejak kaki rentak semangat
Balai Ketibaan penuh keramat.
HAMDAN KAMARUDIN
Taman Desa Permai Repah, NS.
Berita Minggu
(Mengenang Tragedi 26 Disember 2004)
Debur ombak yang menghempas pantai
mencarik kenangan hitam
tragedi Disember 26.
Debur ombak yang menghempas pantai
menghanyutkan cinta seorang isteri
menenggelamkan kasih seorang bapa
melemaskan rezeki para nelayan di kuala
melakar pantai duka di hati sebuah keluarga.
Namun sebenarnya
debur ombak yang menghempas pantai
memercikkan ribuan hikmah
rahsia Pencipta Maha Kuasa
kekerdilan seorang hamba.
MUHD NORIZAM JAMAIN
Skudai, Johor.
MELAKA SENTRAL
Sejak berdiri
kau menambah seri
wajah bandaraya bersejarah
merakam pelbagai kisah.
Kau kini sebahagian mercu tanda
lambang pembangunan dibangga
daripada ilham berwawasan
pemimpin luas pandangan.
Sejak berdiri
kau turut menenggelamkan punca
mereka yang dulu kerap mencari rezeki
di celah lorong dan jalan
kini semakin sunyi dan sepi.
MARHAN SR
Taman Seri Duyung 2, Melaka.
AKU TIDAK MAHU
Aku tidak mahu
menyemarak kembali
api yang terpadam.
Aku menjadi bosan dan hairan
lantaran setiap kali
benih api yang kupasang
selalu kuncup diraba angin
atau terkadang basah direnjis hujan.
Aku harus melupakan
merahnya baru
dan putih jelaga.
Walaupun nanti
aku seperti dedaun
muram di ranting hidup
resah menanti sinar.
SALMIE SAID
Kota Bharu, Kelantan.
SEORANG TUA DAN SEBUAH BELANTARA
Seorang tua tiga suku abad usia
uban putih menghias kepala
rotan semambu bertongkat ia
masih meredah belantara.
Seorang tua terketar-ketar tangan
harimau, gajah, ular dan beruang tidaklah dihairankan
baginya mereka semua hanya haiwan
sepertinya hanya makhluk Tuhan.
Seorang tua tetap ke belantara
demi kesinambungan hidupnya
dia rela mati di sana
kerana itulah dunianya.
AS-SYRAMY
Pasir Mas,16 1221H Dis 2006
ANAK BANGSAKU
Lalu kusiramkan salju itu
pada anak bangsaku yang terlena
di atas pembaringan itu
tilamnya api
bantalnya bara.
Bangunlah anak bangsaku
usah terlena lagi
di pembaringan itu
ayuhlah berlari
kejarlah adicita
demi maruah negara bangsa.
Anak bangsaku
andainya melewati daerah sejarah ini
ayuhlah bersama Sang Adi Putra
kita julang kembali maruah bangsa
kita gilap kembali
warisan Za’ba itu
di Universiti ini yang bitara.
ISMAIL MAN
UPSI
NANAR
Engkaukah itu wajah semalam
yang kutemui tanpa suara tanpa bicara
terperangkap pengap
antara puing-puing rindu
antara jingga warna
antara hiba rasa.
Engkaukah itu
yang menyisir baris-baris ayat
lalu kukutip makna seloka
antara lena dalam jaga
dan aku pun malu
menutup wajah
mencuba untuk ketawa
lewat senyuman yang lama hilang.
Engkaukah
atau akukah
menenun kisah melakar hikayat
dalam mimpi di siang hari
walau cuma sebuah dongengan
dalam rindu yang masih panjang.
SITI NOOR SYUHADA M SANI
Masai, Johor
BALAI KETIBAAN
Sore ini
Balai Ketibaan KLIA
berbondong-bondong warga luar
Bangla, Nepal, Indon, Myanmar, Vietnam
mencecah kaki rentak gagah
setia mengekori petugas ejen
menatang segugus harapan
menangguk rezeki bakal dikirim pulang
agar bisa tegak megah banglo impian
di tanah kelahiran
lalu hati berbunga.
Sayang sedang warga luar memonopoli
segenap peluang ladang-ladang terbentang
rumah-rumah kota juga desa pingitan
restoran, stesen minyak, pasar raya
sentiasa menadah percikan keringat tenaga asing
sedang anak-anak setempat hanya mampu
menonjol lagak orang senang
lunak dihayun buai fatamorgana
hanyut lemas pukulan badai samudera madat
sesat lara belantara black metal
aksi tayang sia-sia mat rempit
lalu tenaga asing terus berbondong-bondong
menjejak kaki rentak semangat
Balai Ketibaan penuh keramat.
HAMDAN KAMARUDIN
Taman Desa Permai Repah, NS.
Berita Minggu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan