Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 1 Mac 2002

Konsep aurat wanita menurut syariat Islam ( Agama )


Susunan Hashim Ahmad

DALAM syariat Islam, wanita sangat dimuliakan. Banyak ketentuan dan peraturan dikenakan untuk mereka demi menjaga kehormatan dan ketinggian kedudukannya.

Tiada satu pun sistem yang menyamai Islam dalam menjaga dan menghormati wanita. Islam mempunyai peraturan dan batasan dalam menentukan seorang muslimah keluar dari rumah.

Oleh itu, seorang muslimah tidak boleh secara sesuka hati keluar rumah tanpa mengendahkan peraturan.

Sesungguhnya wanita adalah aurat. Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wanita adalah aurat. Apabila dia keluar, maka syaitan akan menganiayainya. Dan tempat yang lebih mendekatkannya dengan Rabbnya adalah ketika dia di dalam rumahnya.” (Riwayat Ibnu Hibban).

Dikatakan diri wanita itu aurat sebagaimana disebutkan dalam Majma’ul Bihar kerana bila dia nampak maka akan ada rasa malu, sebagaimana dia malu bila auratnya nampak.

Al-aurath itu asalnya kemaluan wanita dan lelaki, lalu menjadi semua yang dirasa malu apabila nampak perkataan atau perbuatan. Yang dimaksudkan ‘istasyrafahaa’ ialah syaitan menjadikannya indah pada pandangan lelaki hingga dia dapat mengangkat pandangannya untuk melihat wanita.

Apabila wanita keluar, banyak pandangan yang tertumpu kepadanya sehingga dia akan menggoda yang lain atau menjadikan lelaki menggodanya lalu salah satu atau kedua-duanya terjebak dalam fitnah.

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya wanita itu aurat dan dia keluar tanpa ada masalah, lalu syaitan menggodanya dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya kamu tidak akan melewati seseorang kecuali akan menjadikannya kagum.” Dan sungguh ketika wanita itu mengenakan pakaian, akan ditanya, “Ke mana engkau akan pergi?” Dia akan menjawab, “Saya akan menjenguk orang sakit, menyaksikan orang mati, atau solat di masjid.” Dan seorang wanita itu tidak akan dapat beribadah pada Rabbnya, sebagaimana dia beribadah di rumah.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Seorang muslimah harus selalu menghindarkan diri daripada hal yang mengundang perhatian orang, terutama lelaki. Dalam aspek pakaian dan perhiasan, dia mesti mengenakannya dan mencukupkannya sesuai dengan yang disyariatkan.

Wanita tidak boleh tabarruj atau berpakaian, menggunakan perhiasan serta berhias sebagaimana wanita jahiliyah. Allah berfirman: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu.” (Surah Al-Ahzab ayat 33).

Kebiasaannya seorang isteri keluar dari rumah kerana urusan dapur, menghadiri walimah atau membantu jiran tetangga yang mengadakan majlis walimah. Memang secara umum, keluar untuk memenuhi keperluan itu tidak menjadi masalah.

Keadaan ini dinyatakan Rasulullah s.a.w pada Umar mengenai isterinya.

Katanya bermaksud: “Diizinkan bagi kamu untuk keluar rumah kerana sesuatu keperluan.” (Muttafaqun ‘alaih).

Bagaimana jika suami tidak mengizinkan? Apakah seorang muslimah akan memaksa diri dan menyediakan pelbagai alasan? Tentunya tidak kerana wanita dituntut mentaati perintah suami selama ia tidak untuk melakukan maksiat.

Mengenai menghadiri solat jamaah di masjid, suami tidak boleh melarangnya meskipun di rumah lebih baik bagi wanita. Dengan kata lain, sudah selayaknya suami mengizinkannya. Ini jelas daripada sabda nabi yang bermaksud: “Janganlah kamu melarang budak wanita mendatangi masjid.” (Hadis riwayat Bukhari)

Pada dasarnya, Allah menganugerahkan keistimewaan kepada lelaki kerana memang mereka diberi tugas dan tanggungjawab lebih berat berbanding wanita.

Ini menunjukkan seorang suami menjadi pemimpin rumah tangga.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang bertanggungjawab, bersedia memberi segala pengorbanan dan memberi kehidupan yang sempurna kepada isteri dan anaknya.

Oleh sebab itu, segala perintahnya hendaklah dipatuhi dan dihormati.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan