Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 1 Januari 2001

Penyakit Barah ( Delima Merkah )
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dialihkan dari Barah)
Jump to: navigation, search
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Apabila sel normal rosak atau tua, ia melalui apoptosis; sel barah, bagaimanapun, mengelak apoptosis.Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumur ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut, masih kekal tiada rawatan dan akhirnya membawa maut. Walau bagaimanapun bagi pesakit barah walaupun tidak terdapat ubat yang berkesan, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Mendiagnosis barah
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.


Tanda dan simptom (kesan)

Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:

Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

Pencegahan dan pengesanan awal
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.

Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).

Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:

Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
Pap smear
Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).
Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.

Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.


Biopsi
Barah boleh disyaki oleh beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cepisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik.

Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang kala ini boleh dilakukan melalui prosedur biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah elah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.

Jenis biopsi berganung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperi kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan pembedahan.


Saringan
Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah diadakan bagi mengesahkan diognasa.

Saringan barah boleh memberikan diognasa awal. Diognasa awal mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan paya dara sendiri. Saringan melalui mammogram secara tetap mengesan tumur lebih awal daripada pemeriksaan sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara bersistematik kesemua wanita perengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan melalui ujian darah okkult najis dan kolonoskopi, yang mengurangkan kedua-dua kejadian barah kolon dan kemaian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan Pap smear) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser. Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal. Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital (digital rectal exam) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA).

Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ianya tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi timbul apabila ianya tidak jelas samaada kebaikan p], ujian PSA mungkin mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari rawatan seperti pembedahan atau radiasi.

Prosedure lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah prostat (biopsi prostat) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin menimbulkan([incontinence) (kencing tidak puas) dan masaalah ketegangan (erectile dysfunction) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin).

Samajuga, untuk barah payu daya, terdapat kritikan kini bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masaalah berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah awal.

Barah pangkal rahim melalui Pap smear mempunyai profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas (hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah untuk dilaksanakan.

Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu prosedure dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk menjalani penyaringan barah.

Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masaalah yang sama. Terdapat risiko jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma - lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang berisiko.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Barah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan