BERKAT TANAH SUCI
Meruntun rasa syahdu
tika menyorot mulia waktu
yang deras berlari
dari Zulkaedah ke Zulhijjah.
Ke tanah suci mabrur didamba
pada restu Ilahi di jiwa
tekad membulat lakon beribadat
setulus nawaitu terpancang kukuh!
Mengharap berkat tanah Mukarramah
menjadi tuju Muslim sejati.
ZULFAZLAN JUMRAH,
PPJ KULAI.
DEMI KEHENDAK
Tunjukkanlah perdu mana digilai
biar kubongkar bingkas segala akar
bukti aku mampu menyahut cabar
mencungkil jua menurut arahanmu
di ladang haram bukan milikmu
bukan milikku dan apa peduli
aku beruang tunggal
apa takut jerat atau ditembak
matiku mustahil diiring air mata
tapi katakanlah aku mampu
nescaya kehendakmu terlaksana.
MD ZAINUDDIN ABD RAHMAN
Stesen Bas Putra, 2004
DIA YANG KEHILANGAN PETA
Dia umpama pemburu
yang kehilangan panah
setelah sekian lama menghimpun bencana
ketika kekuatan berpadu kalimah
menjulang gagah serumpun maruah.
Dia umpama pemangsa
yang kehilangan taring
setelah sekian lama menghimpun sengsara
ketika keberanian meledak langkah
menjunjung tabah segalas amanah.
Dia umpama pemusnah
yang kehilangan pedang
setelah sekian lama menghimpun darah
ketika kebencian memancung ghairah
menatang megah sebidang khazanah.
Sesungguhnya dialah penakluk itu
yang telah kehilangan peta
lalu terperangkap pada persimpangan kerakusannya
sehingga dia pun mengakui
perjalanannya adalah satu kesilapan
perjalanannya telah dihentikan!
ABD RAHIM OMAR
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah
Sungai Petani, 26 November 2006
BILA SONGKET BERBICARA
Dari muara
saat air mulih
menyusur ke teluk berantai
jong sarat membawa muatan
tampuk manggis
bunga kesemak
bunga bogan mewangi taman.
Gemerlap kerongsang berantai
pada dada puteri bonda
kebaya labuh corak berdiri
dan sarung beragi
lenggoknya menyusun langkah
pucuk rebung
bahasanya terkias rapi
dalam falsafah penuh makna.
Pada saat bulan penuh
bintang-bintang beralih
rintik hujan pun turun
lalu bertaburlah bunga-bunga.
Dan lantakan torak benang emas
kembali bergema
mengusir sepi di perbukitan.
INDAH HAIRANI
Bukit Losong
ARUS CABARAN BARU
Petaniku
tersenyumkah kau pada musim baru
sedarkah kau dari beradu
atau masih diayun lagu
irama lama alunan baru.
Arus biotekno yang ditemu
bakal mengukur mindamu
untuk berkongsi formula
membangun di arus perdana.
Kadar waktu penentu
biotekno damba di dada mu
bakal memacu
menjana iltizam baru.
Atau kau bakal rebah
di petak sawah
di bumi bertuah
dengan mata yang masih merah.
AMRAN ZAKARIA
Baitul Ariff, Bukit Abal
AKU PUNYA SEJUTA NYAWA
Aku ditakdirkan hidup oleh Tuhan
sebagai insan berjiwa besar
berhati waja berakalkan besi.
Aku lelaki pencipta sirah
pelakar sejarah lembaran baru
aku punya sejuta nyawa
siapa yang menikam
aku tak endah.
Siapa menepis aku tak peduli
kerana aku yakin jiwaku ini
hanya akan mati jika rabbi
ingin benar nyawaku
tamat di sini.
H FANSURI
19 Syawal, Sekolah Pemikiran Kg. Baru
TAMAN PERMAINAN BUDI
Selamat datang para marhaen
ke taman permainan budi.
Ditanam penghias lamannya
dengan benih pencambah kata.
Disiram subur pucuknya
dengan air mengalir suara.
Dirias mekar kembangnya
dengan harum kelopak bahasa.
Dipersiapkan di tengah-tengahnya
sebuah pentas opera
untuk dilakonkan para badut
yang sering menyimakan
kirana taman ini
dengan satira kekononan mereka.
Mari kita tonton sebuah ceritera;
Kejahatan Yang Paling Sopan
dengan episod
Permusuhan Yang Paling Akrab.
Benar telah lama tersangkut
pada jala yang ditebar sibu
tatkala dia melacurkan keibuannya!
Kubaca dahaga
di lembaran Sahara
kucari susur bangun aksaranya
kuterjemahkan menjadi bahasa air mata.
IKRAM ABDULLAH
Kolej MARA Kulim
GERIMIS SENJA
Gerimis pada senja itu
tidak dapat meredakan
resah jiwa ini
diruntun rindu
paling dalam.
Titisnya hilang
di balik bintang
malam yang menjelang.
Gerimis di senja itu
dinginnya membeku
pada titis embun
lewat dinihari
membasahi
lara sekeping hati.
MOHD FUAD SADALI
Kolej Yayasan Melaka
AZAN
Ketika getar meniti benang-benang akliah
gementar pun menawan sekujur jasad
terasa diri terlalu kerdil
laungan keramat berkumandang
menjabat gema dari gunung
meresapi seluruh rongga hidup
bernafas dalam degup yang kosong
setenang kolam Firdausi.
Bertafakurlah sejenak para hamba
menginsafi sekalian khilaf dan alpa
berpesan pada satu kebenaran
menyuluh setiap lorong kejayaan
agar tak gelincir secubit perbuatan
dari mata-mata yang melata.
Merdu suara dalam alunan
lima tiang waktu tegak kembali
ketika rebahnya menunggu mentari
sedang di rumah-rumah Azzawajalla
merunduk segala kejadian
mengabsah diri kepada yang Esa
memuji segala kebesaran-Nya.
MOFA
Muara Tebas, Kuching
14 Ogos 2005
KETIKA LANGIT TERSENYUM
Ketika langit tersenyum lantaran hati disirami
kebahagiaan, luka semalam sembuh sudah
adalah satu nikmat
golongan nelayan dan peladang
mulai ceria turun rumah
mencari rezeki Tuhan Yang Maha Pemurah
seperti keriangan sang khalifah suci
tatkala mendengar suara azan mengalun syahdu
dia terus bergegas ke masjid
menjatuhkan keningnya di hujung sejadah
buktikan sebuah pengabdian kepada-Nya
yang sangat dirindui dan dicintai.
MOHD ADID AB RAHMAN
SMK Selandar, Melaka.
Berita Minggu
Meruntun rasa syahdu
tika menyorot mulia waktu
yang deras berlari
dari Zulkaedah ke Zulhijjah.
Ke tanah suci mabrur didamba
pada restu Ilahi di jiwa
tekad membulat lakon beribadat
setulus nawaitu terpancang kukuh!
Mengharap berkat tanah Mukarramah
menjadi tuju Muslim sejati.
ZULFAZLAN JUMRAH,
PPJ KULAI.
DEMI KEHENDAK
Tunjukkanlah perdu mana digilai
biar kubongkar bingkas segala akar
bukti aku mampu menyahut cabar
mencungkil jua menurut arahanmu
di ladang haram bukan milikmu
bukan milikku dan apa peduli
aku beruang tunggal
apa takut jerat atau ditembak
matiku mustahil diiring air mata
tapi katakanlah aku mampu
nescaya kehendakmu terlaksana.
MD ZAINUDDIN ABD RAHMAN
Stesen Bas Putra, 2004
DIA YANG KEHILANGAN PETA
Dia umpama pemburu
yang kehilangan panah
setelah sekian lama menghimpun bencana
ketika kekuatan berpadu kalimah
menjulang gagah serumpun maruah.
Dia umpama pemangsa
yang kehilangan taring
setelah sekian lama menghimpun sengsara
ketika keberanian meledak langkah
menjunjung tabah segalas amanah.
Dia umpama pemusnah
yang kehilangan pedang
setelah sekian lama menghimpun darah
ketika kebencian memancung ghairah
menatang megah sebidang khazanah.
Sesungguhnya dialah penakluk itu
yang telah kehilangan peta
lalu terperangkap pada persimpangan kerakusannya
sehingga dia pun mengakui
perjalanannya adalah satu kesilapan
perjalanannya telah dihentikan!
ABD RAHIM OMAR
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah
Sungai Petani, 26 November 2006
BILA SONGKET BERBICARA
Dari muara
saat air mulih
menyusur ke teluk berantai
jong sarat membawa muatan
tampuk manggis
bunga kesemak
bunga bogan mewangi taman.
Gemerlap kerongsang berantai
pada dada puteri bonda
kebaya labuh corak berdiri
dan sarung beragi
lenggoknya menyusun langkah
pucuk rebung
bahasanya terkias rapi
dalam falsafah penuh makna.
Pada saat bulan penuh
bintang-bintang beralih
rintik hujan pun turun
lalu bertaburlah bunga-bunga.
Dan lantakan torak benang emas
kembali bergema
mengusir sepi di perbukitan.
INDAH HAIRANI
Bukit Losong
ARUS CABARAN BARU
Petaniku
tersenyumkah kau pada musim baru
sedarkah kau dari beradu
atau masih diayun lagu
irama lama alunan baru.
Arus biotekno yang ditemu
bakal mengukur mindamu
untuk berkongsi formula
membangun di arus perdana.
Kadar waktu penentu
biotekno damba di dada mu
bakal memacu
menjana iltizam baru.
Atau kau bakal rebah
di petak sawah
di bumi bertuah
dengan mata yang masih merah.
AMRAN ZAKARIA
Baitul Ariff, Bukit Abal
AKU PUNYA SEJUTA NYAWA
Aku ditakdirkan hidup oleh Tuhan
sebagai insan berjiwa besar
berhati waja berakalkan besi.
Aku lelaki pencipta sirah
pelakar sejarah lembaran baru
aku punya sejuta nyawa
siapa yang menikam
aku tak endah.
Siapa menepis aku tak peduli
kerana aku yakin jiwaku ini
hanya akan mati jika rabbi
ingin benar nyawaku
tamat di sini.
H FANSURI
19 Syawal, Sekolah Pemikiran Kg. Baru
TAMAN PERMAINAN BUDI
Selamat datang para marhaen
ke taman permainan budi.
Ditanam penghias lamannya
dengan benih pencambah kata.
Disiram subur pucuknya
dengan air mengalir suara.
Dirias mekar kembangnya
dengan harum kelopak bahasa.
Dipersiapkan di tengah-tengahnya
sebuah pentas opera
untuk dilakonkan para badut
yang sering menyimakan
kirana taman ini
dengan satira kekononan mereka.
Mari kita tonton sebuah ceritera;
Kejahatan Yang Paling Sopan
dengan episod
Permusuhan Yang Paling Akrab.
Benar telah lama tersangkut
pada jala yang ditebar sibu
tatkala dia melacurkan keibuannya!
Kubaca dahaga
di lembaran Sahara
kucari susur bangun aksaranya
kuterjemahkan menjadi bahasa air mata.
IKRAM ABDULLAH
Kolej MARA Kulim
GERIMIS SENJA
Gerimis pada senja itu
tidak dapat meredakan
resah jiwa ini
diruntun rindu
paling dalam.
Titisnya hilang
di balik bintang
malam yang menjelang.
Gerimis di senja itu
dinginnya membeku
pada titis embun
lewat dinihari
membasahi
lara sekeping hati.
MOHD FUAD SADALI
Kolej Yayasan Melaka
AZAN
Ketika getar meniti benang-benang akliah
gementar pun menawan sekujur jasad
terasa diri terlalu kerdil
laungan keramat berkumandang
menjabat gema dari gunung
meresapi seluruh rongga hidup
bernafas dalam degup yang kosong
setenang kolam Firdausi.
Bertafakurlah sejenak para hamba
menginsafi sekalian khilaf dan alpa
berpesan pada satu kebenaran
menyuluh setiap lorong kejayaan
agar tak gelincir secubit perbuatan
dari mata-mata yang melata.
Merdu suara dalam alunan
lima tiang waktu tegak kembali
ketika rebahnya menunggu mentari
sedang di rumah-rumah Azzawajalla
merunduk segala kejadian
mengabsah diri kepada yang Esa
memuji segala kebesaran-Nya.
MOFA
Muara Tebas, Kuching
14 Ogos 2005
KETIKA LANGIT TERSENYUM
Ketika langit tersenyum lantaran hati disirami
kebahagiaan, luka semalam sembuh sudah
adalah satu nikmat
golongan nelayan dan peladang
mulai ceria turun rumah
mencari rezeki Tuhan Yang Maha Pemurah
seperti keriangan sang khalifah suci
tatkala mendengar suara azan mengalun syahdu
dia terus bergegas ke masjid
menjatuhkan keningnya di hujung sejadah
buktikan sebuah pengabdian kepada-Nya
yang sangat dirindui dan dicintai.
MOHD ADID AB RAHMAN
SMK Selandar, Melaka.
Berita Minggu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan