Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 2 Januari 2002

RAHSIA GERAK LAKU MENCERMINKAN SIKAP


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap

Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang

Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap

Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas

Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Kutipan Teratak Anna Abadi

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran ( Delima Merkah )

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
- Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
- Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear
- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
- Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato
- Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
- Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur
- Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Suntingan Teratak Anna Abadi

Selasa, 1 Januari 2002

Rahsia Air ( Delima Merkah )


Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian drpd alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang2 tua. Sebahagian drpd petua orang2 tua yang mudah & boleh dikuti oleh kita semua.

1. Amalkan byk minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt mengelakkan kita dpd perut buncit.

3. Elakkan dpd mandi malam. Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.

4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pd kulit.

5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

6. Utk menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya.Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain dpd air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg kedua.

8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum airbilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.

9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman.Dikatakan bhn organik pd air bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.

10. Utk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi & mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.

12. Utk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.

Selamat mencuba & semoga ianya bermanfaat utk kita semua.

Disclaimer: Artikel di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada.

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Suntingan Dari Teratak Anna Abadi

Sabtu, 3 Februari 2001

Leukemia


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jump to: navigation, search
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Leukemia ialah sejenis penyakit barah darah atau tulang sumsum yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif.

Jenis utama
Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (teruk):

Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya diawasi untuk suatu tempoh sebelum dirawat untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukimia kronik.
Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:

Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mielogenus".
Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:

Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
Leukemia mielogenus akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
Leukemia mielogenus kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Leukemia

Jumaat, 2 Februari 2001

Persediaan awal lebih terjamin (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

RATA-RATA kaki pancing mengakui bahawa keputusan untuk turun memancing pada saat-saat akhir mempunyai pelbagai masalah terutama akan ada barang penting yang tertinggal sama ada di rumah atau di jeti.

Langkah paling baik lagi berkesan mengikut pengalaman Pak Nuri ialah bersedia lebih awal. Ini termasuk menyediakan peralatan pancing yang perlu dibawa disimpan dalam kotak khas walaupun tarikh untuk turun memancing masih belum tiba.

Kita mahu berkongsi pengalaman yang berlaku kepada ramai kaki pancing sering tertinggal barang keperluan memancing. Ini disebabkan kecuaian sendiri dan tergesa-gesa atau menempatkan barang pancing tidak pada satu tempat yang mudah dilihat.

Malah ada yang tertinggal di tempat letak kereta atau jeti ketika mereka memunggah barang pada waktu malam atau tergesa-gesa kerana hujan. Ada rakan dari Kuantan baru-baru ini, kehilangan peralatan memancing bernilai ribuan RM. Ini gara-gara mereka tergesa-gesa lari ke hotel dan bertawakal dengan meninggalkan perkakasan itu di kenderaan. Esoknya, semua perkakasan lesap. Hendak memancing pun tidak ada lagi semangat.

Justeru, kerana sikap tergesa-gesa inilah maka sering berlaku peralatan pancing tertinggal atau lesap.

Pengalaman beberapa orang rakan pancing membuatkan Pak Nuri ingin berkongsi untuk mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya membuat persediaan lebih awal lalu menyimpan barang keperluan yang diperlukan dalam satu tempat dan batang joran juga tidak terkecuali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak daripada masalah lupa atas sebab-sebab tertentu atau terlalu banyak berfikir. jadi, apabila teringat saja barang yang perlu dibawa, kita perlu segera mencarinya atau membuat persediaan. Tempat paling baik untuk disimpan ialah dalam kotak khas yang akan dibawa memancing. Kotak itu elok dimasukkan terus ke dalam bonet kereta.

Seperkara lagi kita (pemancing) sering mengabaikan ketika memunggah barang adalah lebih baik barang berkenaan dihimpun dalam satu tempat yang besar daripada mengasingkannya dalam kumpulan kecil yang banyak.

Pengalaman yang dirasakan oleh sebilangan ramai kaki pancing Pak Nuri sarankan bahawa cara menyimpan barang keperluan memancing pada satu tempat dijadikan petua yang mesti diamalkan kerana beringat-ingat dulu itu satu kebaikan daripada tertinggal yang akhirnya misi atau trip dilakukan dengan penuh kekurangan peralatan atau kita terpaksa berputih mata.

Joran


Khamis, 1 Februari 2001

Pemancing latah, sawan perlu jujur (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

ADA beberapa perkara penting yang hendak dikongsi bersama dengan rakan pancing melalui Petua Pak Nuri kali ini iaitu mengenai keselamatan diri ketika ekspedisi memancing di laut ataupun di mana saja.

Rakan pancing dalam kumpulan besar atau kecil adalah saudara paling rapat antara satu sama lain walaupun itu mungkin kali pertama menyertai kumpulan berkenaan.

Ketika di laut, kita perlu bekerjasama (team work) dalam apa juga keadaan. Mengasingkan diri adalah satu sifat yang merugikan diri sendiri. Malah keadaan lebih merbahaya jika kita ditimpa kemalangan yang memerlukan bantuan kawan.

Dalam bot tidak ada ibu bapa, saudara mara, doktor atau pakar bedah untuk memberikan bantuan selain rakan pancing berada dalam kumpulan itu yang akhirnya akan memberi bantuan apabila diperlukan.

Bekerjasama dan sifat suka menolong adalah budaya kita orang Melayu. Dengan cara atau sikap ini juga kita dapat membantu atau membuat persediaan lebih awal jika pemancing perlu diberi pertolongan. Kepada ahli kumpulan yang ada penyakit latah yang tidak boleh tersentuh atau terperanjat atau ada yang mempunyai penyakit sawan; sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya ketika berada di laut.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu mendapat maklumat mengenai perkara ini terutama bagi rakan pancing yang baru menyertai mereka. Pak Nuri difahamkan, sering berlaku kemalangan seperti pemancing terjun ke laut apabila si latah diusik atau terperanjat. Orang yang melatah juga akan bertindak sama ada kasar, membahayakan pemancing atau diri sendiri. Justeru, ingatlah bahawa di atas bot bukan tempat untuk bergurau senda dengan si latah.

Begitu juga dengan penghidap sawan laut yang sudah tidak dapat dikawal. Justeru, menjadi tanggungjawab ahli dalam kumpulan untuk membantu dan sentiasa peka dengan keadaan ini.

Jika seseorang pemancing menghidap mana-mana penyakit itu maka berterus terang kepada rakan pancing dalam kumpulan adalah satu cara paling baik. Jangan malu untuk menyatakan keadaan sebenar sebab keadaan lebih buruk boleh berlaku jika kita berdepan dengan situasi yang datang secara mendadak dan dalam keadaan tidak bersedia.

Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya pemancing terbabit berterus terang terutama kepada pemancing yang baru menyertai kumpulan atau trip memancing supaya langkah awal dapat disediakan atau semua pemancing sudah dimaklumkan dan akan bertindak pantas jika berlaku keadaan yang tidak diingini.

Segan atau malu yang memerangkap diri sendiri terus berdepan dengan keadaan lebih buruk dan menyusahkan rakan kumpulan adalah satu perbuatan yang merugikan dan tidak wajar untuk menjadi seorang pemancing laut.

Joran

Sabtu, 6 Januari 2001

Barah pangkal rahim ( Delima Merkah )