Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 1 Mei 2008

Cara beribadat secara ikhlas (Agama)


SAYA ingin bertanya bagaimana untuk kita mencapai hati yang betul-betul ikhlas sewaktu beribadat.

Saya diduga oleh Allah selepas bertahun-tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, dugaan ini membuatkan saya insaf dan sedar akan kekuasaan Allah dan kini lebih banyak melakukan amal ibadat. Tetapi kadangkala saya terfikir mungkin hati saya tidak cukup ikhlas, melakukan ibadat semata-mata mengharapkan ganjaran yang diimpikan iaitu zuriat.

Saya mahu hati saya reda dan ikhlas beribadat kerana Allah semata-mata dan bukan untuk mengharapkan ganjaran. Boleh Dr berikan panduan bagaimana untuk mencapai keikhlasan sedemikian?

HANI,
Selangor

BAGI mencapai hati yang tulus ikhlas ketika beribadat ialah dengan mentuluskan hati dengan satu tujuan sahaja iaitu semata-mata mendekatkan diri kepada Allah (istilah Arabnya ialah taqarrub ila Allah).

Menurut Imam al-Ghazali, tingkat keikhlasan paling tinggi dalam ibadat apabila dilakukan ia dibuat semata-mata mendapat keredaan Allah.

Sekiranya tujuan ibadat tertumpu kepada mendapatkan syurga, ia dikira sudah ada pencampuran dengan tujuan lain.

Ini menyebabkan tingkat keikhlasan menurun atau hilang apabila ibadat dilakukan dengan tujuan dunia sahaja seperti menunjuk-nunjuk.

Walaupun keikhlasan yang sepenuh agak sukar dicapai, ia boleh diperoleh dengan melakukan beberapa tindakan.

Antaranya, seseorang yang sedang beribadat hendaklah menghilangkan rasa cinta kepada dunia dan menggantikan ia dengan cinta kepada Allah dan akhirat.

Dengan itu, segala gerak-gerinya termasuk makan, minum, tidur dan sebagainya bukan untuk bersenang-senang, tetapi ia dilakukan untuk mendapat kekuatan beribadat.

Selain itu keikhlasan dapat diraih apabila dapat mengawal hawa nafsu, menghilangkan kecintaan kepada dunia dan menguatkan kecintaan pada akhirat dengan penuh rasa keimanan.

Ia bermula apabila kita benar-benar menghayati ajaran Islam merangkumi kefahaman yang benar mengenai asas agama iaitu rukun Islam, iman dan ihsan.

Allah s.w.t berfirman dengan maksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengihklaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” (al-Quran, al-Bayyinah- 98: 5)

Harian Metro

Hantu Bertudung

Gambar diambil ketika menjelang mentari terbit, aku nampak perempuan bertudung duduk betul betul mengadap aku. Anakku kata perasaan sahaja itu cuma tiang lampu. Masalahnya memang bawah pokok pulai. Pokok Pulai biasalah tempat syaitan rajin singgah.


Pertama kali tenguk gambar ini memang mengejutkan aku.

Selasa, 29 April 2008

Eco Resort Melaka 4 Berkayak (Singgahsana)

Mila & anak-anak tengah berkayak aku dah mula demam ketika ini


Isnin, 28 April 2008

Eco Resort Melaka 3 Tasik Memancing (Singgahsana)


Lekalah amat memancing di sini

Ahad, 27 April 2008

Eco Resort Melaka. 2 Dari Jendela (Singgahsana)


Permandangan dari jendela... ini rupa pokok Melaka. Tak tahulah pulak pokok Melaka daun seakan daun pokok Asam jawa.



Aku berharap akan ke sini lagi.

Yang pergi ke Eco Resort Sime Darby :

Aku, Mila, Aziq, Anif, Azim (Tiada Afiz) Mak Ngah, Nyaie, Mak Alang & Pak Alang. Sewa Resortnya RM100, RM80 dua buah & RM60 tanpa TV & sofa.

Sabtu, 26 April 2008

Eco Resort Melaka (Singgahsana )


Sepanjang hari ini aku bersama keluarga di Eco Resort Melaka. Kepunyaan Sime Darby. Asyik memancing di kolam purba. Memang aku mula terasa tidak sedap badan sejak petangnya. Pasti lantaran cuaca. Apatah lagi banyak amat pokok ara pun pokok pulai di tengah hutan pokok kelapa sawit ini. Faham-faham sajalah jika pokok sebegitu dalam hutan belantara!!!.


Besar tak ikan yang dapat kami jinakkan dengan umpan dedak & tepung. Kata Fairuz ini namanya ikan Leekoh.

Bila waktu magrib telah terasa amat seramnya terpaksa lalu di bawah pohon ara yang rendang & gelap amat.

"Azim baca apa saja yang Azim tahu, seram pula ayah rasa..!"

Azim pun bacalah apa saja ayat sambil kami membawa pulang banyak ekor ikan talapia. Ikan Leekoh yang agak besar kami telah simpan dalam peti ais. Aku terlepas Leekoh yang dua kali ganda besarnya dari yang kami naikkan. Tak bawa sauh macam mana mahu naikkan ikan yang besar. Dua hari dua malam aku terkenang-kenang akan Leekoh yang memang besar ini.

Ingat jika Afiz cuti nanti teringin mahu pergi lagi. Terkenang-kenang Afiz tak turut serta lantaran dia sibuk dengan latihan kawat & kelas dia di Politeknik Shah Alam. Bab demam itu masalah ke dua yang penting dapat layan memancing di kolam yang memang ada ikan besar-besar. Tak puas memancing, jika ada teman yang dapat memancing sampai ke larut malam memang lebih seronok.

Menginap di hutan

Rabu, 16 April 2008

Adat mencandat Sotong ooo Sotong : Dihambat Todak 2 (Singgahsana)



Episod 2

Barangan Pancing Makin Mahal

"Batu Ladung tak cukup, jom! kita pergi beli kat kedai Aboi" Ocean Sea Seri Kembangan tak jauh dari ofisku. Hari ini Khamis cadangnya nak berpuasa sunat lantaran tak bersahur tak laratlah pula nak puasa. Makan-makan di Gerai Roti Canai Ali.

"Mana pergi batu lama, kan dulu abg iDAN dah banyak beli"

"Biasalah di rumah tu ada komplot kemas mengemas, punggah memunggah & sorok; Bila ada komplot sorok macam mana nak jumpa lagi" Aku memang dah penat nak benteras komplot sorok di rumah sendiri memang gagal. Bukan takad batu ladung, spek hitam kesayangan pun entah berapa banyak yang hilang.

"Batu ladung, mata kail, jangan lupa ingatkan beli yang ikat kat pingggang tu.."

"Fighting Bell.."

"Cakap Melayunya apa iyer?"

"Tali pinggang lawanlah. kot!!"

"Tali Pinggang Lawan?!! Kelakar pulak bunyinya." Payah pula nak terjemahkan ke Bahasa Melayu

"Apa lagi iyer, tanduk, bagus yang besi ke yang rotan?..."

"Rotan lagi bagus"

"Rotan lagi mahal kan.."

Sekarang sudah ada tanduk yang diperbuat dari plastik, cantik, murah & kemas buatannya. Di kedai Aboi tak jumpa.

Banyak juga barangan yang kena aku beli, dari batu ladung, tali pinggang lawan, tanduk, mata kail, pin, candat sotong dua jenis yang tiruan & mata berumpan, apollo seeloknya jangan ada manik, perambut yang cap ayam saja. Perambut untuk ikan tenggiri saiz 30lb. Benang besi saiz 25lb. Mata saiz 2/0.

Jejak pertama Fareez di bot Pak Senon

Terkejut juga bila tenguk harga Batu Ladung, saiz 8 sampaikan RM2.50. Dah naik harga barangan di kedai Aboi ini atau memang begitu hakikatnya. Apollo pula semuanya sekitar RM2.50. Candat sotong rona merah putih sepeket lima mata RM8.00, yang besi RM4.50.

Bila aku mendapat bil hampir seratus ringgit jumlahnya. Barangannya tak seberapa; Itu pun aku terlupa beli Tali Pinggang Lawan.

Ramai yang kata di Bangi Lama barangan pancing lagi murah, Apollo baru sekitar RM1.00, beli sepuluh percuma satu lagi. Cumanya tidaklah secantik Kedai Aboi jenama & buatnya. Nak ke Bangi Lama agak jauh dari ofisku.

"Abg iDAN sediakanlah kotak, lain kali kalau nak ke laut taklah banyak sangat barangan kena beli" Fairuz memberikan cadangan.

"Mancing pun kot setahun sekali dua, manalah barangan tersorok entah ke mana kalau jumpa mungkin banyak dah berkarat"

"Tak payah beli barangan banyak-banyak pun tak apa abg iDAN adik saya dah beli banyak..."

"Tak seronoklah guna barang pancing orang, tak dekor!... lebih suka guna barangan pancing sendiri." Aku terbayang wajah Fareez, seorang jejaka pendiam tapi ibarat, Diam Diam Ubi; berisi. Aku sering membayangkan Fareez punyai satu wajah dua anggota.

Dulunya Fareez memang montel tetapi bila dia berdiet nak kawin, kembali segak bukan main. Memang semasa Fareez montel aku sekadar menatap gambarnya di kamar Fairuz, tak pernah jumpa dia. Bila pertama kali jumpa dia memang tak cam langsung. Pasti bagus kalau dapat mencuri petua bagaimana mahu berdiet dengan Faireez. Paling akhir aku memancing dengan Fareez pada Julai 2006. Masa dapat habuan besar di Penyabong. Mungkin yang telah baca kisah Pari Jelmaan mengakui kepakaran sifu@otainya si Fareez ini.

Sesungguhnya aku tidak sabar mahu menimba ilmu dari sifu Fareez ini.

"Cuaca dah okey ke di Kuala Terengganu itu Fairuz?"

"Dalam MFN kata kat sana dah okey, memang ramai nelayan dah mula mencandat sotong"

"Syukria kata sekarang masih kurang sotong, masih awal.." Aku sekadar menduga Fairuz & terbayang wajah sotong Davy Jones dalam Filem PIRATES OF THE CARIBBEAN.

"Jika ada rezeki, banyaklah kita dapat abg iDAN." Fairuz mengalah.

Aku sering terfikir kenapa dalam kalendar cina tidak termasuk sotong antara binatang penting bagi mereka. Sedangkan habitat sotong ini sungguh amat misteri. Bayangkan jika ia ingin menyelamatkan diri siap dia pancutkan dakwatnya. Tenguk saja kaki tangannya memang amat unit. Sungguh sotong ini kehidupan yang amat menarik untuk dikaji. Apatah lagi aku ini dikategorikan dalam kumpulan yang malas nak disebut. Tak manis. Apakah jadahnya manusia dikategorikan dalam kumpulan binatang tu!. Jika ada kumpulan sotong dalam kalendar cina memang tak kesah jika aku dalam kelompoknya.

"Esok jangan lupa tolong abg kau ini ikatkan mata kail!, paling tidak untuk mata candat tiga set, Apollo mata dua mata sepuluh, mata kail untuk tenggiri 5 set." Aku berpesan dengan Fairuz sebaik sahaja balik dari kedai Aboi.

Bersambung...

Episod 3 Adat Mencandat Sotong ooo Sotong DHT (Singgahsana)