Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 30 April 2013

NASI LAMUNI & LAUK

SALAM SEMUA
Berakhirnya Syawal semalam, Nasi Lamuni @ Laguni penutup jamuan raya. Kami berpakat memasak Nasi Lamuni ni setelah mendapat maklumat tentang khasiat daun Lamuni dari Boss kami (perempuan). Kebetulan masing-masing bersama-sama menamatkan Puasa Enam dan pada hari Jumaat semalam membuat jamuan raya dengan menyediakan nasi Lamuni yang dimasak di tempat kerja dan memasak lauk-pauknya di rumah masing-masing. Daun Lamuni khasiatnya baik untuk wanita di samping menjadi daun penghalau nyamuk aedes. Bagi orang India pula dijadikan daun mandian semasa pantang. Resepi memasak daun Lamuni diajar oleh Bos kami yang sporting..Bos kami ni nak pencen tahun hadapan tapi kalau tengok dia ...tak caya u..macam 10 tahun lagi nak pencen..Lauk-pauknya terpulang pada selera masing-masing yang penting sambal tumis tu mesti ada la. Kami makan dengan rendang ayam, sambal udang, sambal tumis, kerabu sotong , telur asin, telur rebus dan sambal ayam..memang banyak tul lauk-lauknya...tapi berbaloi-baloi...


Bahan-bahan :
5 cawan beras
5 cawan santan cair
5 ulas bawang merah
2 cm halia
2 genggam daun lamuni
1 camt garam halus
Langkah-langkah Membuat:
  • Basuh beras dan toskan.
  • Hiris bawang merah dan halia. Blend daun lamuni , ambil air 1/2 cawan.
  • Masukkan santan cair, air lamuni, bawang dan halia hiris serta garam ke dalam beras.
  • Masakkan macam nasi biasa.
  • Hidang dengan lauk-lauk terpilih.



Nasi Lamuni & Lauk

Catatan: Daun Lamuni bewarna ungu, rasa kelat jika dimakan sebagai ulam. Tapi dimasak bersama nasi tak ada rasa kelat. Boleh direbus daunnya untuk diminum. Mengikut kata Bos..perempuan yang makan ni awet muda..memang kami percaya sebab bos kami ni mmg jauh muda dari usia, manakan tidak pokok Lamuni ni di depan rumahnya saja...