Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 24 Februari 2013

Muhasabah Diri



Ada ketika kita silap memilih; sebab kita tak ARIF amat mana intan mana permata mana pula kaca semata. Dalam hidup ini jika hati kita berniat mahu gembira akan gembiralah kita jika tanpa kemalangan. Jika rasa mahu damai di mana jua kita akan rasa damai. Biarpun sekeliling kita meraban.

2. Begitu juga bila kita rasakan diri kita tak selesa apa yang ada sampai kiamatlah kita tak selesa terus; lari PINDAH dan mencari jajahan lain. Sedangkan masalah yang baru pasti akan muncul biar di mana jua kita berada.

3. Sedangkan ikan pun boleh mati LEMAS dalam air jika tak pandai membawa diri ini kan pula kita manusia. Sebab itu Islam menyuruh kita sentiasa bersyukur; ketika solat cuba damaikan hati mengadu kepada Yang Esa tentang kegundahan hati. Insya-Allah kita akan mendapat pertunjuk. Tidak stres dan termakan pujukan iblis.

4. Jika terus kita yang memang bersikap degil tak mahu muhasabah diri; tak pernah mahu ingat SEJARAH semalam; tak pernah mahu ambil suri teladan akan musibah masa lalu... maka jadilah diri itu manusia ego & tak kenal erti berterima kasih jauh sekali menjadi seorang yang bersyukur pun mengenang jasa.

Ibarat memakai selipar jepun main redah saja becak, semak & sampah. Awas jika terpijak paku karat tak mungkin ada doktor prihatin akan dapat membantu sebab dalam hati awak tu telah ada diabetes yang kronik sejak dilahirkan lagi. Bukan ugutan atau doa tapi ini memang karma & hukum alam. Berubahlah.
Ada ketika kita silap memilih; sebab kita tak aris amat mana intan mana permata mana pula kaca semata. Dalam hidup ini jika hati kita berniat mahu gembira akan gembiralah kita jika tanpa kemalangan. Jika rasa mahu damai di mana jua kita akan rasa damai. Biarpun sekeliling kita meraban.

2. Begitu juga bila kita rasakan diri kita tak selesa apa yang ada sampai kiamatlah kita tak selesa terus; lari PINDAH dan mencari jajahan lain. Sedangkan masalah yang baru pasti akan muncul biar di mana jua kita berada.

3. Sedangkan ikan pun boleh mati LEMAS dalam air jika tak pandai membawa diri ini kan pula kita manusia. Sebab itu Islam menyuruh kita sentiasa bersyukur; ketika solat cuba damaikan hati mengadu kepada Yang Esa tentang kegundahan hati. Insya-Allah kita akan mendapat pertunjuk. Tidak stres dan termakan pujukan iblis.

4. Jika terus kita yang memang bersikap degil tak mahu muhasabah diri; tak pernah mahu ingat SEJARAH semalam; tak pernah mahu ambil suri teladan akan musibah masa lalu... maka jadilah diri itu manusia ego & tak kenal erti berterima kasih jauh sekali menjadi seorang yang bersyukur pun mengenang jasa.

Ibarat memakai selipar jepun main redah saja becak, semak & sampah. Awas jika terpijak paku karat tak mungkin ada doktor prihatin akan dapat membantu sebab dalam hati awak tu telah ada diabetes yang kronik sejak dilahirkan lagi. Bukan ugutan atau doa tapi ini memang karma & hukum alam. Berubahlah.
Suka · · · pada 20hb Februari pukul 11.31 pagi ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan