Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 25 Januari 2013

Erti Sebuah Cinta Suci

 Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang menjadi fitrah diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia, iaitu keinginan kepada manusia yang mempunyai jantina berlawanan daripada dirinya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Rum ayat 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram.

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara luaran saja. Ketertarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dan dilindungi dari segala kehinaan, maksiat dan apa saja yang mengotorinya.

Islam menyucikan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.

PERNIKAHAN TEMPAT BERMUARANYA CINTA

“Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan..”
 (Sunan Ibnu Majah)


Pernikahan dalam islam merupakan sebuah kewajipan bagi yang mampu. Dan bagi insan manusia yang saling menyintai pernikahan seharusnya menjadi tujuan utama mereka.
Kerana itulah percintaan yang tidak mengarah kepada pernikahan bahkan disertai hal-hal yang diharamkan agama sangat ditentang oleh islam. Cinta dalam pandangan islam bukanlah hanya sebuah perhubungan atas dasar nafsu semata-mata.

Ini kerana cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan menyengsarakannya dan bukan juga menjerumuskannya ke jurang maksiat.

Percintaan tanpa didasarkan dengan tujuan hendak menikah adalah sebuah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh agama. Kerana batas antara cinta dan nafsu pada dua orang manusia yang saling menyintai sangatlah nipis sehingga pernikahan adalah sebuah ubat yang sangat tepat untuk mengubatinya.

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah SWT sebagai sebabnya.  Cinta kerana Allah dengan meletakkan Allah sebagai cinta pertama. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini.

Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu di mana kedua orang yang saling menyinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihi dan berkongsi hidup baik suka mahupun duka.

Ahad, 6 Januari 2013

Shila Amzah di AJL27

Lirik Lagu Patah Seribu -Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah kulupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah

.

Menarik juga lagu & lirik ini. Cuma malam tadi nampaknya Shila Amzah kurang daya tumpuan & tak ada nada tinggi pun aura yang menarik hati juri untuk dinobatkan sebagai bintang. Agar Shila Amzah terus mencipta lagu dan agar nanti dapat lagi memasuki peringkat akhir AJL. Sekarang pun katanya Shila Amzah amat popular di China satu perkembangan yang menarik.

Terukir Di Bintang Yuna Zarai

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu. Lagu Terukir Di Bintang Komposer dan Penulis Lirik oleh Yuna Zarai telah dinobatkan sebagi Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27).

Terukir Di Bintang
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan kunanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan kunanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

2. Lagu ini lebih kepada gelora orang bercinta; rangkap akhir & hujung hanya berkisah ceritera nan sama. Malahan ada ketika ianya mengelirukan seperti rangkap ini "Pastikan kau bahagia... Hati ini bukan milikku lagi... Seribu tahun pun akan kunanti" bila seseorang telah membenci/pasti hatinua luluh mungkin itu yang Yuna maksudkan ianya terukir di bintang; tetapi untuk siapa hati itu; sebab harapannya masih ada dari ayat seribu tahun pun akan kunanti. Bermakna cinta yang tulus sebaiknya memaafkan bukan merajuk atau beralih kepada kekasih lain. Waima baris ini nyata tertulis: "Tak mungkin hilang cintaku padamu" Sekadar terukir di bintang tapi tak mahu memaafkan alahai sampai bila nak bersatu.Atau apa masalahnya sang Kekasih telah penat menanti si jejaka yang asyik mengdambakan seribu harapan.

3. Bagaimana pun TAHNIAH buat seorang insan seni yang masih muda telah berada di singgahsana tinggi. Yuna Zarai telah sebaris dengan Komposer & Penulis Lirik tanah air yang pernah menjadi juara. Yuna telah pun memenangi pelbagai anugerah sayangnya anugerah kali ini nampaknya dia tiada di tanah air..

4. Para juri AJL27 nampaknya kembali ke irama lagu dahulukala. lagu Terukir Di Bintang irama atau melodinya telah sering kedengaran sejak aku di zaman kanak-kanak lagi. Yuna pandai mencuri halia telinga pendengar dengan melodi yang lembut sentimental & menggoda. Ianya seolah-olah seiring dengan zaman hitam putih yang popular irama lagu Melayu nyanyian P Ramlee seperti lagu Getaran Jiwa. Tentunya para juri suka generasi kini kembali kepada irama Melayu lama.asal. Naib Juara & tempat Ketiga masih kekal sebagai lagu Melayu yang segar tanpa momokan rap atau kebaratan. Tahun ini para juri AJL27 dari kalangan mereka yang berkelibar bukan dari tanah air semata mereka diundang juga dari Indonesia & Singapura.

 Hebat Gadis kelahiran Kedah ini.

5. Bagi Persembahan Terbaik tak perlulah nak dipersoalkan sebab ianya pilihan peminat yang menggunakan SMS. Hafiz memang hebat sebab masih mantap denga vokalnya; Hafiz menyanyikan lagu Ombak Rindu & Ku Akui. Biarpun ada beberapa lagu yang sedap didengar tapi tidak menang seperti lagu Ombak Rindu, Patah Seribu, Teman Pengganti serta bebarapa lagu yang lain ianya tetap lekat di hati peminat. 12 lagu yang bertanding sudah cukup baik cumanya ada pertandingan ada yang menang dan kalah; lor kalau semua nak menang kena tiga lagu saja ke peringkat akhir.