Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 26 Disember 2010

Kaum Arab.


"Kaum Arab adalah kaum yang banyak bermasalah!"

"Kenapa pula abah kata begitu?"

"Sikap kaum ini dari sejarah Islam sering menceritakan kedegilan mereka!. Mungkin sebab itu nama kebanyakannya diutuskan kalangan kaum mereka..."

"Tapi abah bukankah bahasa di syurga adalah Bahasa Arab."

"Memanglah bahasa syurga bahasa mereka namun sejarah telah membuktikan perangai kaum Arab ini sejak azali memang banyak kerenah, kita pun setelah mati akan menggunakan Bahasa Arab jua.." aku terfikir juga. "Sementelah itulah kut! kaum Arab ini amat ego; mungkin angkuh sebab bahasa mereka adalah bahasa utama bagi semua makhluk..."

Top-top kita dengar lagi masalah dunia Arab; kejap kita diwartakan pemimpin mereka yang rakus & kaya raya. Kejap kita dengar pemimpin mereka tak hiraukan rakan atau jiran negaranya. Kejap-kejap kita dengar mereka berperang sesama mereka.

Di IPTA tempat aku berkerja pun sering terdengar masalah pelajar Arab; ada yang kemalangan langgar orang tempatan sampai meninggal dunia; ada yang bermasalah dengan pasangan mereka yang mengamal Mazhab Syiah. Bila ditangkap basah katanya telah pun berkahwin dengan pasangannya.

Bahasa al-Quran juga adalah Bahasa Arab. Kerugian yang amat besar kita tidak belajar Bahasa Arab; petah menyebutnya tetapi tak faham apa maknanya. Sedangkan membaca atau mendengar a-Quran pun kita mendapat pahala apatah lagi jika kita tahu maknanya. Aku berani mengatakan lebih 50% orang Melayu tak faham Bahasa Arab padahal itu adalah bahasa kita nan kekal. Yang lebih kita tahu atau fasih adalah Bahasa Inggeris.

Isunya aku menulis tentang Kaum Arab ini bukannya apa. Sementelah keluargaku ada darah Arab. Maka itu ramai saudara maraku adalah dari kalangan Syed & Sharifah. Aku sendiri tak tahu dari Syed keturunan Arab yang mana. Mungkin ada saudara maraku di sekitar Kota Bharu Perak boleh membuat Salasilah keturunanku ini dari mana. Kenal Md Sesh tapi tak tahu pula asal kejadiannya.

3 ulasan:

  1. Salam idan,

    Arab juga bahasa Al-Quran. Faham bahas Arab akan memudahkan kita memahami isi kandungan Al-Quran.

    Soal masalah budaya mereka itu sukar untuk dimengertikan....

    BalasPadam
  2. Kak Zakie;

    Sebaiknya anak cucu kita elok digalakkan belajar Bahasa Arab ini; kita yang tak mahir biarlah dari kalangan yang akan pergi & biarlah generasi akan datang bagus Bahasa Arabnya & sedar serta akur akan Ajaran dari al-Quran sebaik pun sepenuhnya.

    BalasPadam
  3. salam..sama2 kita follow utk ilmu yer..http://bingkaibiru.blogspot.com/

    BalasPadam