Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 26 Disember 2010

Kaum Arab.


"Kaum Arab adalah kaum yang banyak bermasalah!"

"Kenapa pula abah kata begitu?"

"Sikap kaum ini dari sejarah Islam sering menceritakan kedegilan mereka!. Mungkin sebab itu nama kebanyakannya diutuskan kalangan kaum mereka..."

"Tapi abah bukankah bahasa di syurga adalah Bahasa Arab."

"Memanglah bahasa syurga bahasa mereka namun sejarah telah membuktikan perangai kaum Arab ini sejak azali memang banyak kerenah, kita pun setelah mati akan menggunakan Bahasa Arab jua.." aku terfikir juga. "Sementelah itulah kut! kaum Arab ini amat ego; mungkin angkuh sebab bahasa mereka adalah bahasa utama bagi semua makhluk..."

Top-top kita dengar lagi masalah dunia Arab; kejap kita diwartakan pemimpin mereka yang rakus & kaya raya. Kejap kita dengar pemimpin mereka tak hiraukan rakan atau jiran negaranya. Kejap-kejap kita dengar mereka berperang sesama mereka.

Di IPTA tempat aku berkerja pun sering terdengar masalah pelajar Arab; ada yang kemalangan langgar orang tempatan sampai meninggal dunia; ada yang bermasalah dengan pasangan mereka yang mengamal Mazhab Syiah. Bila ditangkap basah katanya telah pun berkahwin dengan pasangannya.

Bahasa al-Quran juga adalah Bahasa Arab. Kerugian yang amat besar kita tidak belajar Bahasa Arab; petah menyebutnya tetapi tak faham apa maknanya. Sedangkan membaca atau mendengar a-Quran pun kita mendapat pahala apatah lagi jika kita tahu maknanya. Aku berani mengatakan lebih 50% orang Melayu tak faham Bahasa Arab padahal itu adalah bahasa kita nan kekal. Yang lebih kita tahu atau fasih adalah Bahasa Inggeris.

Isunya aku menulis tentang Kaum Arab ini bukannya apa. Sementelah keluargaku ada darah Arab. Maka itu ramai saudara maraku adalah dari kalangan Syed & Sharifah. Aku sendiri tak tahu dari Syed keturunan Arab yang mana. Mungkin ada saudara maraku di sekitar Kota Bharu Perak boleh membuat Salasilah keturunanku ini dari mana. Kenal Md Sesh tapi tak tahu pula asal kejadiannya.

Jumaat, 24 Disember 2010

Tanda-tanda kekasih mahu menjauhi.


DALAM MENJALIN HUBUNGAN, ADA KALANYA KITA GAGAL MENEMUI TITIK KETIDAKSERASIAN BERSAMA PASANGAN. MUNGKIN MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL JUGA MEMBUATKAN KITA MAHU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN. DI BAWAH INI ADALAH TANDA-TANDA WANITA MAHU MENJAUHI DIRI ANDA. JADI KEPADA LELAKI, INI ADALAH TANDA-TANDA YANG PERLU ANDA FAHAMI.

Berpura-pura masih cinta
Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskannya. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

Dia Keluar Bersama Lelaki Lain
Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat biasa dan mahu anda bertemu juga. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan!


Tidak mahu mengaku menjalin hubungan
Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.

Mengkritik secara terbuka
Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih.

Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari, jangan biar maruah anda diperkotak-katikkan di hadapan umum.

Tidak bersuara langsung
Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi bukan!

Terlalu emosi
Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau mahu melepaskan diri.

Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi.

Dia berusaha mencari kenalan baru Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak lagi bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak menginginkan anda.

Tidak mengangkat telefon
Kalau sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara , kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya.

Minta lelaki lain belanja
Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah dimalukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja.
iDAN

Selasa, 7 Disember 2010

Warkah Sultan Ismail kepada dunia


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Beliau juga mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.

Kenyataan bertarikh 27 November lepas diedarkan oleh Tengku Razaleigh di pejabatnya di sini supaya dapat memberikan gambaran sebenar kedudukan Sultan Ismail Petra.

"Inilah titah beta kepada rakyat Kelantan dan kepada seluruh dunia.

"Peristiwa dan perkembangan sejak mutakhir ini telah menimbulkan beberapa keraguan terhadap darjat dan taraf diri serta kedudukan beta. Maka dengan ini beta menjelaskan kedudukan sebenar.

"Beta adalah Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Naim. Ini adalah hak beta menurut perlembagaan dan perjanjian-perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan di bawah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kedudukan beta sebagai Sultan adalah hak peribadi beta untuk menjadi pemerintah dan raja yang berdaulat sehingga akhir hayat beta," kata Sultan Ismail Petra dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu turut tertulis tiada mana-mana pihak dan sesiapa yang boleh mendakwa menjadi Sultan.

Selasa, 28 September 2010

Namewee dicari polis?

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.

Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.

"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.

Sementara itu, laman Facebook Wee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).

Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.

Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan lagu Negaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.

Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.

Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman.

Polis: Namewee tidak ditahan atau dikehendaki

Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.

"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.

"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon.

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube.

Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu.

Video 'Nah' - polis rekod kenyataan Namewee

Polis hari ini merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'.

Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau - yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan.

Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri.

"Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh.

Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan.

KJ: Namewee hiris perasaan Melayu

Isu video klip kontroversi yang dicetuskan Wee Meng Chee atau Namewee perlu dijadikan pengajaran kepada semua kaum di negara ini agar tidak mengikut emosi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata apa yang dilakukan Namewee itu sudah keterlaluan dan menghiris perasaan bangsa Melayu dan pemuda itu seperti tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Kita dah bagi peluang pada beliau dulu yang pernah memohon maaf dan kita ingat dia sudah berubah bila balik ke Malaysia.

"Kita sudah banyak bertolak ansur dan bila penghinaan itu terlalu jelas dan nyata sudah tiba masanya mereka yang buat begitu diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu, Rosmadi Ismail di Kota Bharu, malam semalam.

Sambil meminta polis menyegerakan siasatan, Khairy berkata apa yang dilakukan Namewee itu sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini dan perkara seperti itu perlu ditangani segera.

"Kalau ada ucapan berbaur perkauman daripada sesiapa sahaja, polis dan juga pihak pendakwa raya perlu bertidak cepat kerana jika tidak akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak seolah-olah tidak ada tindakan," katanya.

Khairy juga menafikan dakwaan bangsa Melayu begitu sensitif oleh bangsa lain seolah-olah tidak boleh ditegur dan kononnya isu sedemikian telah dipolitikkan.

"Melayu tidak terlalu sensitif dan kita sebenarnya banyak bertolak ansur," katanya.

Namewee semalam telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung video klip berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

- Bernama

Rosnah tak layan cabaran Namewee

Kongsi 15
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak akan melayan sebarang cabaran Wee Meng Chee atau Namewee untuk berdebat secara terbuka mengenai klip video kontroversinya yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video "Negarakuku" sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Rosnah berkata, Puteri Umno telah mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemuda berusia 27 tahun dari Muar, Johor, itu kerana mengulangi perbuatan biadabnya.
Klip video terbaru Namewee mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Sebarang cabaran dari blogger itu (Namewee) tidak harus dilayan kerana ia jelas telah melakukan kesalahan sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Jelajah Tamadan Puteri Umno di Besut.
Rakyat Kelantan

Dalam perkembangan lain, Rosnah, yang juga timbalan menteri kesihatan berkata beliau akan membawa isu anak Terengganu terutamanya di kawasan utara negeri yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, supaya tidak diberikan status rakyat Kelantan.
Katanya, rundingan akan dibuat terlebih dahulu dengan pelbagai kementerian dan agensi bertanggungjawab supaya anak Terengganu yang dilahirkan di HUSM terus diberikan taraf kerakyatan Terengganu.

Kebanyakan wanita yang menghadapi masalah untuk melahirkan anak selalunya dirujuk ke HUSM kerana ia lebih dekat dengan Hospital Sultana Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, sekaligus menyebabkan anak yang lahir mendapat sijil kelahiran di Kelantan.

Perkara itu didakwa menimbulkkan pelbagai masalah terutamanya untuk mendapatkan hak keistimewaan yang diberikan kepada anak kelahiran Terengganu.

Mengenai program jelajah itu, Rosnah berkata ia telah dilaksanakan di beberapa buah negeri dalam usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat dan anggota sayap itu.

- Bernama

Isnin, 30 Ogos 2010

Ops Hijrah 2008 sempena malam tahun baru

05 January,

Ops Hijrah PERKID sempena malam tahun baru telah berjaya dijalankan di Kuala Lumpur pada 31 Disember 2007 jam 10.00 malam hingga 1 Januari jam 7.00 pagi. Ini adalah merupakan operasi malam tahun baru ke 5 PERKID.


Lokasi operasi ialah di 13 lokasi sekitar KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Bangsar dan Selayang.

Akhbar Sinar Harian, melalui edisi Rabu 2 Januari telah membuat laporan tentang operasi ini yang mencapai kejayaan membanggakan.

Seramai 1,000 sukarelawan PERKID telah turun padang, dan telah berjaya membawa 300 remaja ke Masjid Asy-Syakirin KLCC untuk menjalani sesi kaunseling dan motivasi. Remaja-remaja ini dikenalpasti oleh sukarelawan PERKID berkelakuan tidak senonoh dengan pasangan masing-masing pada malam tahun baru tersebut.

=paparan berita dalam akhbar Sinar Harian 2 Januari

Berita 1

Lebih 300 remaja berkelakuan tidak sopan diberi kaunseling

KUALA LUMPUR - Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing-masing dibawa ke Masjid Asy-Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sesi kaunseling dan motivasi dalam 'Ops. Hijrah' bagi mencegah kegiatan maksiat sempena sambutan malam tahun baru awal pagi kelmarin.

Dalam operasi selama lebih lima jam tersebut, seramai 1,000 anggota sukarelawan ditugaskan untuk membuat pemantauan di 13 lokasi utama yang dikenal pasti menjadi tempat utama muda-mudi 'memadu asmara' di sekitar ibu negara.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Masridzi Sat memberitahu Sinar Harian, terdapat peningkatan terhadap jumlah mereka yang 'ditahan' dalam operasi pada kali ini berbanding operasi terakhir yang dilakukan pada tahun lalu.

Katanya, tahun lalu remaja yang terlibat hanya sekitar 260 orang sahaja.

"Dalam operasi yang dilakukan semalam, kebanyakan remaja yang dibawa ke Masjid Asy-Syakirin adalah dari sekitar Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Perdana serta kawasan sekitar KLCC itu sendiri," katanya.

Masridzi menambah, dalam operasi semalam sahaja, majoriti yang dibawa ke masjid merupakan remaja bawah umur dan ada yang berumur semuda 12 tahun.

Katanya, kebanyakan mereka ditangkap kerana berkelakuan tidak sopan seperti bertempik, berpakaian tidak sopan, bercumbu-cumbuan serta berpelesiran bersama kawan lelaki termasuk minum arak dan mabuk.

"Sebagai contoh, dalam operasi di Titiwangsa seramai lapan pasangan berumur lingkungan 15 hingga 29 tahun berjaya kita bawa balik ke masjid untuk diberi kaunseling." katanya.

Namun ada juga pasangan dari beberapa kawasan lain yang bertindak mencabar sukarelawan PERKID dengan melakukan aksi yang lebih berani iaitu dengan bercumbu-cumbuan apabila ditegur.

Masridzi turut menyatakan rasa kesal kerana pada setiap tahun, sambutan yang keterlaluan dan lebih mengutamakan aspek hiburan diberi perhatian berbanding program-program pembangunan modal insan.

Ujar Masridzi lagi, keadaan tersebut sebenarnya menjadi antara faktor utama yang menggalakkan remaja-remaja berkenaan untuk berpelesiran serta melakukan perkara yang tidak senonoh bersama pasangan masing-masing.


Sebahagian remaja perempuan diberi kain tudung putih untuk menutup aurat ketika sesi kaunseling diadakan.

Berita 2

Pengakuan : Saya Insaf - Zarina

"SAYA insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan tidak bermoral ini lagi," kata Zurina (bukan nama sebenar}, 15, yang merupakan antara 300 remaja yang diberi kaunseling oleh para sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) kelmarin.

Akibat terlaiu teruja dengan sambutan tahun baru, Zurina membuat keputusan keluar bergembira bagi merasai sambutan yang disambut setahun sekali itu bersama teman lelakinya.

"Saya membuat keputusan mengikut teman lelaki saya bagi menikmati suasana malam dan berhibur di kawasan sekitar Tasik Titiwangsa malam itu.

"Kami berdua datang menaiki motor dan meronda-ronda di setiap jalan di ibu kota sebelum berhenti rehat di tasik ini" katanya yang kini bersekolah dalam tingkatan tiga.

Namun, katanya, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan sebaliknya dia ditangkap ketika duduk berdua-duaan di kawasan tersebut sehingga menimbulkan syak dan wasangka.

Ketika ditahan, Zurina dan teman lelakinya yang berumur 17 tahun itu sedang asyik dilanda asmara sehingga tidak menghiraukan pasukan sukarelawan Perkid yang datang melakukan pemeriksaan di tasik tersebut.

Menceritakan detik detik bagaimana dia ditahan, Zurina memberitahu, ketika itu, dia dan teman lelakinya sedang duduk berbual sambil teman lelakinya itu memeluk pinggangnya di kerusi.

"Saya terkejut apabila mereka datang ke arah kami. Namun, mereka datang dengan tutur kata yang sopan sambil menyuruh kami mengikut sesi kaunseling tanpa mengeluarkan sedikik pun kata-kata kasar kepada kami," katanya yang berasal dari Kuala Selangor.

Menurutnya, pada mulanya dia berasa takut dan marah tetapi untuk tidak mengeruhkan suasana, dia bersama teman lelakinya bersetuju mengikut sukarelawan tersebut.

Sementara itu, sewaktu sesi ceramah, motivasi dan kaunseling, Zurina berkata, dia berasa insaf dan sedar segala perbuatan yang dilakukan bersama teman lelakinya pada malam itu dan sebelum ini.

Sepanjang sesi kaunseling tersebut, Zurina memberitahu, dia tidak dapat menghentikan air matanya daripada mengalir keluar kerana sesi tersebut betul-betul menginsafkan dirinya.

Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Zurina sendiri tidak tahu untuk menunaikan sembahyang subuh serta membaca doa Qunut akibat tidak pernah mempraktikkannya.

"Saya kini sedar betapa ceteknya pendidikan agama yang saya miliki selama ini dan saya sendiri berasa malu dengan diri sendiri," ujarnya sambil mengesat air mata.

=
Berita 3

1000 sukarelawan 'turun padang'
"Kami sekadar membantu sesama Islam..."- Masridzi Sat


Remaja yang duduk di tempat gelap bersama pasangan masing-masing diajak ke Masjid Asy-Syakirin

"MATLAMAT kami hanya mahu membantu remaja hari ini supaya tidak terjebak dengan gejala sosial dan menjadi insan yang mampu berhijrah serta menyumbang kepada negara."

Demikian luahan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) Masridzi Sat yang nyata bersungguh-sungguh membanteras gejala sosial yang semakin kritikal di kalangan remaja terutama mereka yang masih di bangku sekolah.

Menurutnya, Ops Hijrah atau lebih dikenali sebagai Operasi Dakwah dan Cegah Mungkar sempena sambutan tahun baru ini, sedikit sebanyak membantu remaja yang bermasa'lah ini ke pangkal jalan.

"Seperti operasi-operasi sebelum ini, operasi kali ini dilancarkan menggunakan pendekatan yang sama iaitu melalui pendekatan berdakwah secara lembut dan halus berbanding pendekatan yang membuta tuli.

"Remaja terbabit akan dinasihatkan terlebih dahulu dan bukannya menggunakan kekerasan iaitu dengan menghukum mereka sewenang-wenangnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian sewaktu operasi yang berlangsung lebih kurang lima jam di Masjid Asy-Syakirin, berhampiran Menara Berkembar Petronas sini, semalam.

Beliau berpendapat pendekatan tersebut lebih berkesan dalam usaha membantu mereka mendekatkan diri dengan Allah. Seramai 1,000 sukarelawan terlibat dalam operasi tersebut dengan setiap pasukan dibahagikan kepada 13 kawasan iaitu KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Bangsar dan Selayang.

Lokasi lain yang turut terlibat adalah kawasan Hulu Langat, Bukit Ampang, Wangsa Maju, Taman Tasik Perdana, Tasik Titiwangsa, Bukit Antarabangsa, Jalan Raja Laut dan Kepong.

Operasi yang merupakan anjuran Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) itu turut mendapat kelulusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).

Sementara itu, Masridzi berkata, operasi tahun baru itu berjaya menahan 300 remaja yang rata-rata berumur antara 12 hingga 18 tahun.

"Remaja terbabit akan diberi kaunseling, ceramah dan motivasi oleh para sukarelawan dalam usaha menyedarkan mereka termasuklah mengambil tahu latarbelakang mereka dan sebelum balik mereka diminta membuat surat akur janji," katanya.

Katanya, beliau merasa sedikit kesal dan terkejut kerana ada antara mereka yang terlibat ini tidak tahu menunaikan sembahyang yang sememangnya menjadi kewajipan umat Islam.

"Perkara inilah yang perlu diambil perhatian kerana kelakuan remaja semuanya bermula dengan didikan agama yang kukuh," ujarnya.

=

Berita 4

Ibu bapa punca remaja berpelesiran



DR.MOHD FADZIL CHE DIN

"IBU BAPA punca berlakunya masalah ini," kata Pengarah Institut Sosial Malaysia, Dr. Mohamad Fadhil Che Din.

Kebanyakan ibu bapa cuba untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka dengan memenuhl segala permintaan mereka.

"Mereka bebas melakukan apa saja aktiviti bersama rakan-rakan mereka tidak kira malam mahupun siang," jelasnya.

Tambahnya, sikap ibu-bapa yang terlalu terbuka, memberikan anak-anak remaja ini satu tanggapan apa yang dilakukan mereka bukan satu kesalahan.

"Pengaruh rakan sebaya yang tebal ketika di peringkat remaja juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.

"Mereka lebih banyak berdampingan dengan golongan yang sebaya jadi tidak mustahil jika kita lihat mereka ini lebih akrab berdampingan bersama rakan-rakan berbanding ibu-bapa mereka, tegasnya.

Selain pengaruh rakan sebaya, pengaruh persekitaran juga turut mendorong mereka menjadikan kehidupan malam sebagai satu tabiat.

"Kawasan sekitar Kuala Lumpur yang sentiasa penuh dengan aktiviti, menjadikan remaja ini tidak berasa kekok malah lebih selesa untuk keluar pada waktu malam. Mereka menjadikan ini rutin harian, maka tidak hairanlah jika kita lihat saban malam ramai remaja berpelesiran di sekitar ibu kota,"katanya.

Tambah beliau, remaja ini kebanyakannya menjalankan aktiviti yang tidak berfaedah dan kadang kala membahayakan diri mereka.

"Lihat saja di sekeliling kita, kebanyakan kes-kes jenayah yang berlaku melibatkan golongan remaja ini," keluh beliau.
=

Berita 5


Lebih 300 remaja dibawa ke Masjid Asy-Syakirin untuk sesi kaunseling pada malam tahun baru.

Pemerhatian ... Tahun baru

SEBAIK saja mendapat maklumat, Skuad Bongkar menyusuri Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) bagi menyertai Ops Hijrah yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada malam sambutan tahun baru lalu.

Kenderaan berasak-asak masuk menuju ke arah yang sama, laluan alternatif yang sering digunakan ketika itu turut sesak dibanjiri kenderaan yang entah dari mana datangnya.

Dalam keadaan yang memenatkan itu, kami sempat memerhatikan gelagat pemandu yang rata-ratanya mahu turut serta dalam sambutan tahun baru di ibu negara.

Setelah sejam perjalanan, kami tiba di KLCC, sangkaan kami meleset kerana kami bukanlah antara terawal yang tiba melihatkan tempat letak kereta yang mula penuh dengan pelbagai kenderaan.

Dalam kerancakan orang ramai menyertai sambutan tahun baru, kami sempat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau di dalam KLCC.

Kaki terus melangkah. Kali ini tumpuan kami adalah di Masjid Asy-Syakirin, tempat di mana operasi tersebut akan dilancarkan.

Di masjid tersebut, para sukarelawan yang menyertai operasi ini terus diberi taklimat dan sedikit tunjuk ajar bagaimana hendak menjalankan tugas berkenaan.

Sepanjang perjalanan, kami mendapati, orang ramai terutamanya muda-mudi dari segenap lapisan umur dan kaum sudah mula membanjiri kawasan taman sekitar KLCC.

Ada di antara mereka datang dalam kumpulan dan kebanyakannya datang bersama pasangan masing-masing.

Namun apa yang mengejutkan kami adalah perilaku remaja terutamanya remaja Melayu perempuan yang datang dengan pakaian menjolok mata.

Sedih melihat gelagat mereka, namun tidak ada sedikit perasaan malu yang keluar dalam diri mereka malah mereka masih sempat menguntumkan senyuman kepada orang ramai yang melihat tubuh badan yang gebu dan montok secara 'percuma'.

Barangkali, mungkin itu yang diinginkan mereka, menarik perhatian orang ramai dengan pakaian sebegini.

Kami memandang sesama sendiri apabila terlihat sepasang kekasih tanpa segan silu berciuman ketika berselisih dengan kami.

Kami tertanya sendiri, sekiranya pemandangan sebegini dapat kami lihat di sini, entah bagaimana pula yang berlaku di kawasan lain.

Sampainya kami di pintu masjid kami mendapati, satu program forum dan ceramah agama turut diadakan, namun sambutan yang diberikan tidaklah sehebat konsert yang diadakan di kawasan sekitar KLCC.

Rata-rata remaja ini lebih berminat untuk berhibur berbanding menyertai majlis ilmu di masjid.

Kami diberi taklimat ringkas tentang operasi yang dijalankan bagi membanteras gejala maksiat di kalangan remaja tepat jam 10 malam.

Pengerusi PERKID, Masridzi Sat memberitahu, pasangan yang kelihatan bercumbuaan atau duduk berdua-duaan akan dibawa pulang ke Masjid Asy-Syakirin untuk mengikuti program motivasi yang disediakan penganjur.

Sejam selepas lembakan bunga api yang berlangsung hampir lima minit tamat, kami mula bergerak mengelilingi kawasan sekitar KLCC, kumpulan yang lain pula bergerak menuju ke 12 lokasi lain disekitar Kuala Lumpur.

Orang ramai sudah mula meninggalkan kawasan sekitar KLCC, namun pasangan kekasih mula menzahirkan kasih sayang mereka di sekitar kawasan ini.

Kami terpandang sepasang kekasih yang duduk berpelukan di satu sudut gelap. Kami mendekati mereka dan mengajak mereka ke masjid.

Pencarian masih diteruskan. Kali ini kami mula mendekati sepasang kekasih yang dilihat sedang asyik berpelukkan sehingga tidak menghiraukan ribuan mata yang memandang mereka.

Pasangan tersebut nampak terkejut apabila kami mendekati mereka namun teman lelaki wanita tersebut bertindak pantas dan melarikan diri apabila memandang salah seorang sukarelawan yang memakai kopiah di kepala.

Gadis yang ditinggalkan itu terpinga-pinga dan mula menangis akibat ditinggalkan kekasihnya namun berjaya ditenangkan oleh salah seorang sukarelawan wanita yang turut serta dalam operasi itu.

Selain itu, operasi ini juga berjaya menarik segolongan remaja yang berkumpul beramai-ramai sambil bergembira dan menari riang di satu kawasan berdekatan Jalan Bukit Bintang.

Kami mengeluh sendiri dan berfikir apa yang penting sangat bersuka ria di kawasan sebegini sedangkan banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan.

Di sekitar kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman pula, ada di antara sukarelawan yang dimaki hamun oleh remaja yang mereka temui.

Namun dengan berkat kesabaran serta amanah yang telah diberikan kepada sukarelawan ini, mereka menghadapinya dengan tenang, bahkan remaja yang memaki hamun mereka berjaya dipujuk untuk ke masjid.

Kerana terlalu seronok dan leka melakukan maksiat, sepasang kekasih tidak menyedari kehadiran sukarelawan yang sudah lama berada di belakang kerusi yang mereka duduki.

Lima jam selepas operasi tamat, mereka dikumpulkan beramai-ramai di dewan serbaguna Masjid Asy-Syakirin.

Selepas mendaftar mereka diasingkan mengikut jantina.

Bagi mereka yang tidak menutup aurat, pihak Perkid menyediakan kain putih yang akan digunakan bagi menutup aurat mereka.

Suasana suram menyelubungi mereka tatkala penceramah memulakan ceramah dan ada di antara remaja ini menangis teresak-esak menyesali apa yang telah dilakukan selama ini.

Ceramah masih diteruskan tetapi dari penceramah yang berlainan, harapannya cuma satu, menginsafkan diri remaja-remaja ini.

Mereka ini kemudiannya mula didekati oleh para sukarelawan sebelum kedengaran sayu suara azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Selesai sahaja berwuduk, mereka serta para sukarelawan berjemaah bersama-sama.

Apa yang menyedihkan kami ialah apabila melihat ada segelintir dari mereka ini masih belum tahu cara untuk bersembahyang dengan betul.

Pun begitu, ini sudah cukup membuktikan bahawa jauh disudut hati mereka ini mahu berubah, tetapi tiada pihak mahu menghampiri dan menghulurkan tangan memimpin mereka.

Program ini berakhir pada jam 7.30 pagi. Sebelum mereka pulang mereka bersalaman dan berpelukan tanda terima kasih kepada insan yang sanggup mengorbankan tenaga dan wang ringgit demi menjaga akidah mereka.

Ada di antara mereka ini dijemput oleh ibu bapa, dan ada juga yang pulang sendiri menaiki kenderaan awam.

Sejurus itu kami turut mengatur langkah untuk pulang. Kami mula berfikir dan tertanya sendiri sampai bila masalah ini akan selesai sekiranya tiada usaha dilakukan dalam mengurangkan masalah sosial ini.

Yang pasti walau usia dunia semakin beranjak, namun mentaliti penghuninya masih di takuk lama.
=


Selasa, 24 Ogos 2010

Cerpen Lama (Singgahsana)


Tak sangka pula saya terbaca Cerpen yang saya tulis ketika berkerja lalu di situs ...
Pindah

salinan e-melCerpen Rekaan.
Baru dua hari lalu sayamendapat arahan untuk berpindah ke Kompleks Baru. Setelah sekian lama menungguarahan ISO!! Apa yang mengejut & mendukacitakan!!! Semuapintu telah habis dipecah-pecahkan, lampu dan kipas angin di Blok K telahhabis dicabut sebelum mendapat notis permindahan sebenarnya.

Kekinian cuma tinggal saya dan Amoi Sudan sajayang masih menghuni Blok K. Keadaan kami semakin tidak terjamin.Amoi Sudan yang sawa matang senyumannya semakin hambar, selalunyamemang kami sering pulang lewat pagi.. cerah lampu biliknya memangmenjadi teman bagi saya!!! Memang kawasan di Blok K ini agak terpencildan amat sunyi bilamana lewat pagi apatah lagi ketika dinihari.

Kebakaran amat mudah berlaku lantaran di Blok K kami .... semua penghawa dingin serta lampu di Blok K telah yangtelah dibuka, pendawaian berjuntaian; dibaluti dengan sekadar pita yang mudah terpintas jika berlaku kebocoran.

Barangan Makmal saya yang bernilai lingkunganRM200,000.00 bila-bila masa boleh diceroboh lantaran khidmat Pegawai Keselamatan telahpun dihentikan dengan fax yang berkuat kuasa 24jam. Kasihan Pengawai Keselamatan terpaksa pulang biarpun telah bersedia denganlengkap berpakaian seragam; tapi mendapat notis fax dalam tempuh24jam yang tempuhnya telah pun berlalu sehari sebelumnya!!!! Saya tahuAbang Kamal itu amat mengharapkan gaji kerja malamnya untukmenyara keluarga. Menghentikan beliau secara sedemikian rasaya kurang wajar!!...biarpun sebesar manapun salah mereka!!!.

Masalah penempatan makmal baru untuksaya berpindah...hanya semalam selesai!! Itupun setelah puas saya memujukpenghuni yang keberatan untuk pindah!!!. Saya terpaksa menampalpuisi rayuan untuk mereka mengosongkan makmal yang mahu ditempatkansaya. Memang makmal tersebut serba-serbi tak ada, Silingnya pun hinggakini masih banyak yang lompong. Payahnya menjadi saya!!.

(****please evacuate the buildingby 31/8/01.... congak-congat bukan esok pagi!!!.)

Saya keseorangan untuk mengemas barangan milik rakyat yang diamanahkan ini !!!.. Alangkah ketakutannya saya lantaran melihat tindakan pengurusan yang memecahkan pintu-pintu yang berkunci di mana masih sarat dengan barangan berharga milik penghuni yang masih belum sempat dipindahkan. Alasan mereka begitu kuat..telah diberi notis!!.. saya tercari-cari notis tersebut!! yang saya jumpa cuma e-mel di kolej ini yang semakin tenat!!!. hinggakan saya amat takut untuk saya membuka Attachment. Apakah semua staf rajin membaca e-mel!!. berkesankah?? arahan melalui e-mel begini??.

Sebentar tadi saya terkilan mendapati partition kepunyaan cawangan komputer habis dipecahkan oleh pencerobohdalam saya berkira-kira untuk memohon dengan Abg Nurian untuk memanfaatkan partition tersebut untuk kegunaan di Makmal saya!!!.Bila saya menungkan!! Saya tak menyalahkan penceroboh lantaran memang pintu tersebut telah dipecahkan oleh pihak pengurusan!!!. Cuma silapnya niat penceroboh tersebut!!! Partition tersebut sepatutnya dimanfaatkan bukan dipecahkan!!

Yang saya terfikir, berapa sangatlah nilainya jika dijual aluminium yang dipecahkan bila dibandingkan nilai partition yang penuh dengan memori dan nilai sentimentalyang melindungi Dr. Z. selama ini.

Begitu juga barangan milik siswazah!!!,tentunya pihak pengurusan yang memecah pintu tersebut dapat menilaikan betapa banyak barangan berharga di dalamnya... yang kini bersepahandan Ntah ke mana??... Tarmos, meja, kipas angin, gerobok!! bersepahan.Eemm.... sejak kecil saya tak terfikir orang kerajaan rupa terlalu mewah!!!.

Banyak barangan Tutor yang masih bernilai masih terdedah dengan penceroboh!!!. Bersepahan!!! lantaran pintu-pintu terlopong yang kadang-kadang daun pintunya berdentum-dentam ditiup angin menakutkan saya dilewat pagi begini.!!!

Malahan apa yang terjadi kepada Tutor Cawangan Komputer (Tiada dalam sinarai penghuni yang harus dipindahkan) yang biliknya dipecah pihak pengurusan dengan bilik yang sarat dengan komputer dan perbagai lagi!!! Rasanya seolah olah kita telah kembali ke zaman P. Ramlie.. Ada S...... Kampung Dusun di alaf baru!!!. Pintu milik rakyat bersepah!!! kunci yang tentunya mahal berkecai, bagi saya ianya masih boleh kita manfaatkan.. Tak sangka bangunan yang ini ntah senasib bangunan yang terbakar beberapa tahun lalu!! Saya terkilan pintu pensyarah-pensyarah saya telah pun dipecahkan sebelum lagi sampai notis pindah Selasa nanti untuk Kak Roha mengutip kuncinya!!.

(****please evacuate the buildingby 31/8/01. The 'Bahagian Pembangunan' will be taking overthe building.)

Tarikh 31 Ogos 2001...Terusan menghantui saya. Hari ini adalah malam ke empat saya berkemas!!!.. hampir dinihari... terganggu oleh ISO .... banyak barangan yang tiada sempat untuk diselamatkan lagi.. agar Allah Azzawajalla saja dapat melindungi Makmal Simulasi. Pihak keselamatan Institiut yang diarahkan memantau
Blok K tak pernah kelihatan biarpun saya dimakmal sampai lewat pagi!!!.

Telah lima subuh saya terpaksa balik!!!terlalu penat!!! untuk menyelamatkan barangan Makmal Simulasi saya!!!yang saya rasakan rumah kedua saya!!.

Sangat-sangatlah saya berharap janganpecahkan pintu yang lain lagi jika masih terdapat barangan berharga dibilik tersebut!!... sebelummmm 31 Ogosss2001 ... Kita anak Merdeka!!!!!! Kaya dengan Budi dan Sopan Santun Kita!!!.Terlalu banyak cara lain yang boleh kita lakukan. Cara pihak 'BahagianPembangunan' menampal notis dipintu adalah salah satu cara yang patutnyakita contohi.

Tolonglahh pihak pengurusan!! Tadi saya berbincang dengan pihak Harta Benda Institiut, mereka sekadar menggeling kepala!!! Bagusnya cara ISO kita !!!!!
3.45 pagi


MAAF!!!! Cerpen ini rekaan semata-mata!!!! tiada kena mengena yang hidup atau yang telah tiada, jika ada nama terakan serupa memang itu secara kebetulan & tidak disengajakan!!!

respon Timbalan Pengarah. (TP)

iDAN
Selaku MR saya tidak tahu menahu sikap sebegini dilakukan oleh "pihak pengurusan"Tiadaperbincangan diadakan mengenai kaedah memintapegawai pindah dari Blok K.

Walaubagaimana

pun saya amat kesal perbuatanini dikaitkan dengan ISO.

MR
Timbalan Pengarah


respon warga kolej

iDAN
Bagus juga cerita rekaan tersebut. Boleh masuk pertandingan DBP tu. Kalau dapat hadiah cerpen kena share tau. Bila kita ada power kena exercise lah, kalau tidak rugi. Membazir namanya. Lagipun tidak apa yang kekal dalam dunia ini. Kalau tidak gunakan masa kita ada bila lagi?

Regards
Dr. MD

respon warga kolej
iDAN


Cantik... cantik... cantik sungguh cerpen saudara. Betul macam kata Dr. MD. Kalau saudara panjang-panjangkan cerpen ini supaya menjadi agak panjang, boleh jadi saudara akan dapat anugerahan. Entahlah, boleh jadi anugerah yang saudara suka atau sebaliknya. Tetapi bila di fikir-fikirkan, cerpen ini tidak ada kena mengena dengan sesiapapun sama ada dengan yang hidup atau yang telah tiada. Entahlah... yang pastinya ianya tidak ada kena mengena dengan saya. Kalau saya, daripada dirosakkan ada baiknya disedekahkan.

Hamba Allah


Respon Dari dari Pengarah Institiut

iDAN
Assalamualaikum,

Terima kasih atas keperihatinan saudara. Saya sebagai Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya dan akan mengambil tindakan wajar. Namun, sebagaimana yang telah saya nasihatkan kepada iDAN tahun lalu (nampaknya iDAN lupa lagi) supaya sebarang rungutan, komplain, masalah harus dirujuk kepada saluran yang betul, bukannya membuat cerita sensasi yang banyak kekeliruan. Ia hanya memburukkan keadaan dan menyulitkan penyelesaian.

Kita ada Pengurus/Penyelaras makmal, KetuaUnit, Ketua Cawangan, Timbalan Pengarah serta Pengarah untuk mengatasi segala masalah yang timbul. Kalau semua orang di bawah saya tidak mengendahkan masalah saudara, kan pejabat saya sentiasa terbuka, e-mel saya sentiasa terbukadan saya baca e-mel every hour. E-mel saudarapun saya baca semalamdari rumah. So, jumpa saya. Kita
boleh selesaikan tanpa menyulitkan ramai pihak. Kita ada prosidur ISO mengenai aduan yang disalurkan terus kepadaPengarah dan ianya pasti diberi
perhatian dan langkah pengcegahan. Sila guna saluran yang betul.

Oleh kerana ia disebarkan kepada warga Institiut,saya dan pegawai-pegawai
yang berwajib akan cuba jelaskan dan beri bantuan yang sewajarnya.

Mengenai baru dua hari arahan pindah, mengikut jadual makmal saudara patut
pindah sekali dengan group kolej awal Julai lalu. Setahu saya notis pindah telah dikeluarkan pada bulan April secara e-mel, bertulis, mulut dan kerahan. Jadual perpindahan mengikut jabatan khususnya pengosongan bilik pensyarah dan makmal berkaitan telah dibuat.Saya cek dengan Dr. Khairul dan beliau mengesahkan memang ada notis. Saya juga masih ingat lagi e-mel yang saya monitor setiap 3 jam dari Kuching (ketika itu saya bermesyuarat MKJR di Kuching bulan Jun 2001) mengenai perkembangan kompleks dan jadual
perpindahan. Sayangnya segelintir pegawai kita ada yang tertinggal lori
pindah. Namun, mereka mengangkat sendiri barang mereka dan tak komplain, sebab lori tak tunggu kita. Faham-faham sajalah.

Arahan untuk memanfaatkan ruang kolejdi bangunan lama yang tidak kita
serahkan kepadan Pembangunan Institiutuntuk kegunaan pelajar siswazah/tutor juga telah kita buat. Malah Dr. Nawawi telah melakukan audit dan melaporkan
kepada saya yang masih banyak ruang PG yang masih tak dimanfaatkan 3 minggu yang lalu.

Kita juga diminta untuk kosongkan serta kemaskanbilik yang telah
dikosongkan. Macam kita juga, orang baru yangakan mengambil alih bilik
tersebut (Kolej Pertanian) perlu masuk dalam keadaan bilik yang baik,
kemas dan cantik. Saya memang mengarahkanTPB supaya memastikan supaya
bilik-bilik yang perlu diserahkan kepada TNC Pembangunan adalah dalam
keadaan baik dan bersih. Ini maruah dan imej kolej. Jadi kalau ada sesiapa
yang tinggal junk dalam bilik, kita akan tolong buangkan. Kalau ianya
berharga, kenapa tinggal bersepah.

Dalam mesyuarat penyerahan bangunan dengan Bahagian Pembangunan Institiut (Pej. TNC(P), Bahagian Pembangunan telah memutuskan untuk merobohkan wisma kayu. Sebabnya, bangunan ini tidak selamat serta hodoh. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab TPB untuk memastikan semua harta kolej seperti air cond, dll diselamatkan sebelum jentolak Kolej menolak bangunan tersebut. Mungkin dalam perlaksanaan ada kecacatan tetapi saya kurang yakin pegawai TPB bagitu rakus memecahkan harta benda kolej sedangkan mereka diminta selamatkan harta benda kolej. Beri tahu saya siapa pegawai yang rosakkan harta benda kolej, apa bendanya, bila?.Saya akan cek sendiri nanti.

Mengenai dawai yang mungkin bocor, saya mintaTPB pastikan ianya selamat
dan mengikut amalan keselamatan elektrik.

Mengenai keselamatan di bangunan lama, memang kita hentikan khidmat keselamatan mereka. Saya tak tahu yang notis diberi hanya 24 jam tetapi apa yang saya tahu, ianya berdasarkan kontrak mereka yang tamat. Sepanjang
perkhidmatan Institiut tersebut, kolej amat tidak berpuas hati kerana masih
berlaku dua kecurian di Blok D. Saya sendiri banyak kali mendapati pegawai
keselamatan yang sepatutnya ada tetapi tiada.Saya sendiri telah panggil, nasihat, beri amaran tetapi tiada perubahan. Sila tanya Kak Lijah dan Kak Dilah mengenai baju pegawai keselamatan yangs aya sendiri ambil dari pos kawalan dan minta dia claim dari Pengarah.Kalau baju sendiri boleh dicuri macam mana dengan hartabenda kolej. Kalau saya dapat seluar memang itu yang saya ambil. Orang macam inikah kita nak bela?. Walau bagaimanapun, TPB akan jawab mengenai notis 24 jam tersebut.

Mengenai iDAN keseorangan dan ditemani oleh amoi sudan sawa matang, hooi... bahaya ni, saya difahamkan ada juruteknik lain yang bantu pindah. Janganlah lupa bantuan orang. Tak tahulah saya kalau masa pindah tu iDAN sendiri yang pandu traktor. Pengalaman saya, teamwork di kolej kita ini first class. Lihat sajalah semasa jamuan doa selamat. Kemah kita dipukul ribut 3.10 petang.
Orang kita tanpa disuruh turun di tengah hujan bantu. 20 minit saja beres. Saya lihat teamwork di bagian lain bagus-bagus. Itu yang menyebabkan saya bangga dengan kolej ini.

iDAN, sila jumpa saya dan bincang. Sila hubungikak Jah, kita selesaikan masalah.

Pengarah


Jangan Kaitkan sesiapa dengan lanjutan CerpenRekaan ini. Ianya sekadar Imbauan

Salinan Lanjutan E-mel Cerpen Rekaan

Saya Memohon maaf secara terbuka!! lantaranCerpen Rekaan saya sekadar
dianggaptukang karut, sewajarnya segala apa yang tersirat dari kiasan cerpen
sayaanggaplah kelemahan saya semata. Saya terlau kerdil untuk menongkah
segala kesilapan & matahati ini mungkin Allah Azzawajalla telah tutupi dengan segala maklumat yang tepat.

Amat payah untuk menafsirkan keikhlasan, amat perit melihat segala yang
berharga bersepahan menjadi sampah.

Jika seorang Pengarah sebuah institiut mengatakan segala harta institiutnya
biarlah dikomdemkan, sedang pekerja kerdil seperti saya merasakan ianya amat bernilai dan boleh dimanfaatkan!!!. Maka saya malu sendiri kerana yang empunya harta@peralatan tak terasapun sayangkan hak milik kerajaan yang
diamanahkan...mahukan ianya bersepahan!!... mahukan ianya keterbiaran.

Maafkansaya!.

Mungkinkah????
Saya kena belajar tidur lena biarpun anak jiran kelaparan, saya kena belajar tutup segala tingkap dan pintu bila ada rumah jiran dipecah orang!!, saya kena belajar berbelanja semewah-mewahnya!!, saya kena belajar mengagih-agihkan harta yang bukan hak saya!!!. Saya kena belajar berpura-pura dalam segala yang nyata!!!

Maafkanlah.....lantaran tereka cerpen yang begitu menampar saya sendiri!!!

Apakah lantaran saya amat terpengaruh dengan arwah emak saya selalu habiskan sayur dipinggan biarpun sedikit, selalu menghabiskan lauk di pinggan makan anaknya biarpun tinggal sedikit, lantaran terlalu takut ianya membazir. Saya juga telah mendidik anak-anak saya begitu. & hari ini seorang ayah terusan ditempelak lantaranterlalu prihatin dengan pembaziran.. Maafkan saya!!

Seorang pengarah terusan mengingatkan nak buat apa simpan barangan lama!!!
Hati kecil saya tercalar amat!!!, melihat segala yang berharga tidak dimanfaatkan!!!..kenapalah saya tidak merasakan ianya barangan lama malahan
terasa ianya lagi lama lagi antik... kampungnya saya.

Yang pasti saya akan kehilangan senyuman Amoi Sudan berkulit sawa matang,
bangunan lama bangunan kayu akan terusan dirobohkan tentunya!! Tolong
ingatkan Amoi Sudan jangan dekati bangunan kayu yang membahayakan!! Dia
masih di sana.

Cerpen rekaan itu adalah pemerhatian saya, saya tahu kalangan atasan terusan
mengatakan saya silap tindakan. Saya selalu tak ikut aturan, selalu menuding serta mencari kesilapan. Dan kini kalangan yang jauh dari saya terusan menglemparkan segala kelemahan & keburukan saya. Pendedahan serta tafsiran yang tentunya ianya amat meloyakan!!!. Tentunya akan jadi tanda tanya kepada mereka yang rapat dengan saya apakah sebenarnya keburukan itu!!! Saya akur dan sedia tunduk dengan cemohan dan momokan tentang kelemahan saya.

Sesungguhnya jika ada mereka yang berani menegur kesilapan kita bagi saya dialah idola saya. Bersemukalah!!!.

Yang amat saya harapkan kini adalah kemaafan bagi mereka yang terusik Cerpen
Rekaansaya!!

Hari ini barangan yang nilainya lebih dari RM200,000; yang diamat ditakutkan
keselamatannya, telahpun dipindahkan dengan selamatnya di kompleks kayangan yang semua impikan; Dengan sekadar bayaran pengangkutan RM200 dari keikhlasan teman menggunakan lori kecil yang lima kali sarat muatan serta ulang alikpertolongan kenderaan institiut; Hempas pulas saya sejak seminggu lalu ...Jugapertolongan dari teman yang rapat!!. Terima kasih teman-teman yang rapat dengan saya. Terima kasih teman yang menolong saya. Yes!! Mereka sebenarnya tidak terpengaruh langsung dengan Cerpen Rekaan saya!!!. Merekalah saudara saya!

Maafkansaya!!! adanya.

iDANRADZi

2.30 pagi


respon warga kolej

iDAN

Assalamu'alaikum wr wb

Syabas dan tahniah atas luahan perasaan terhadap isu2 yg hanya mereka yg celik saja yg
lihat....celik hati dan yg celik mata malah tak terlintas pandangan pun!! Itulah tipuan helah dunia.....

Teruskan !!!....Yg hak tetap hak..........doakanlah mereka yg belum tersentuh oleh alam sekeliling
agar Allah memberikan taufiq dan hidayah dalam segala hal.

Saudaramu


respon warga kolej

Assalamualaikum wbt. Warmest greetings of theday.
Dear iDAN
Semoga perjuangan anda berjaya!
.....tutor tak leh cakap banyak

Wassalam,
Saudaramu


e-mel kedua Pengarah

Thanks. Thats the spirit.

Pengarah


respon warga kolej

Kita tutup saja cerpen kat sini. Semua kita under pressure, lebih-lebih lagi
semester nak habis. ISO nak datang. Masing-masing buatlah sebaik mungkin.

Bila habis semester ini, dan lepas ISO saya cadangkan kita buat jamuan
kesukuran. Siapa yang mampu, bagi duit sikit seorang. Cari seorang penaja. Saya
berjanji akan derma RM100.

Regards
DR MD


respon warga kolej

iDAN,

Di dalam membaca cerpen saudara, tanpa disedari, menitis air mata saya. Amat menyayat hati.
Kita dilatih oleh emak dan ayah kita, dari keluarga yang susah, untuk berjimat cermat, menghargai namun sebutir nasi. Adalah menyedihkan bilamana kita terpaksa mengubah pegangan kita untuk menjadi keras hati kepada yang lemah, menjadi kurang penyayang kepada yang terbiar, membuangkan saja barangan yang sudah bersama kita sekian lama bilamana kita dah dapat yang baru. Saya dapat merasai jiwa anda.

Walau bagaimana pun, zaman yang kita berada sekarang ini, adalah zaman kehebatan,
kecanggihan, perlumbaan , kepantasan dan lain2 lagi. Kalau lambat, kita ditinggal orang. Orang
seperti kita akan bersedih, kerana berada didalam dilemma....untuk cuba menukarkan menukarkan jiwa dan aksi kita seperti orang mewah, tapi kita tidaklah mewah.

Nasihat saya, insyaALLAH, kita teruskan jiwa dan sifat yang baik. Hanya kepada ALLAH, kita
berserah dan mengadu nasib.

Saudaramu

Assalammulaikum... Saudaraku

Sesungguhannya segala yang berlalu telah mengajar saya erti payahnya menghadapi cabaran untuk terus bersikap jujur. Saya begitu ikhlas untuk menegur pembaziran dan kerisauan akan kehilangan barangan jabatan saya yang hilang kawalan keselamatannya. Dalam rasa kerisauan kehilangan barangan amanah diri, ianya bagaikan dipelekeh sikap dan peribadi jiwawi.

Cuma saya akui cara saya meluahkan kerisauan dengan menghantar cerpen kepada seluruh warga kolej agak keterlaluan dan telah mengeruhkan keadaan.

Alhamdulillah, hari ini saya begitu tenang dengan suasana makmal saya di Komplek Baru ini, kini makmal ini jadi satutanda kedamaian saya dengan perabut yang hampir 70% dari bahan terbuang sisa dari Blok K. Saya berharap agar perabut yang saya selamatkan ini akanmenjadi pemangkin kejayaan pelajar di kolej saya serta Institiut ini. Agar ianya kukuh lama dan jasanya dapat dimanfaatkan.

Terima Kasih saya pada mereka yang rapat dengan saya yang bersusah payah menolong memindahkan barangan makmal saya. HanyaAllah Azzawajalla saja yang dapat membalas jasa baik mereka.

Saudaraku

Saya begitu terkilan dalam masa saya mahu amat membantu menyelamatkan barangan di kolej saya dan di masa yang sama juga saya amat ingin menunjukajar anakda Saudaraku sebelum dia ke luar negara; saya ditempelak oleh Pengarah. Saya tewas dalam kekosongan maklumat. Saya dikecutkan hati disergah peribadi oleh Dr. Khairul. Saya terusan dipersalahkan lantaran katanya enggan untuk berpindah, saya berkeras mengatakan silalah beri bukti notis pindah yang konon diberikan pada saya pada groupkolej permindahan awal Julai 2001 lalu. Sayamemohonkan agar Pengarah memberikan salinan tersebut untuk saya akur dengan tuduhan tersebut.

Saya malu sendiri bilamana saya tunjukkan partition yang telah dipecah-pecahkan oleh pemceroboh bagi Pengarah ianya adalahbarangan lama; untuk apa kita sayangkan!!!
Saya terbayang Dr Z yang bertahun dikepungPartition@barangan lama tersebut.

Saya tunjukkan pada Pengarah bilik pelajar yang sarat dengan segalanya kini telah bersepah. Sebelumnya segala yang ada dalam bilik tersebut bukan sedikit nilai barangannya, komputer, puluhanT-Shirt, segerobok besi alatan tulis, meja serta kerusi makan, basikal dan banyak lagi. Semuanya telah ghaib sekelip mata lantaran ianya telahterbiar berhari-hari kerana pintunya telah dipecah. Pengarah mengatakanmemang patut pihak pengurusan memecah pintunya, tindakan mereka tepat dan wajar semata-mata mereka nak mengambil penghawa dingin dan lampu siling yang agak lewat usianya.

Dr. Khairul agak panik bilamana melihat barangan saya terkepung di makmal yang kelilingnya amat longgar ciri-ciri keselamatannya dan mengarahkan pensyarah saya mencari lori untuk pindahpada hari itu juga.

Penat untuk memikirkan suasana ketika itu.Di pihak Pengarah serta Dr Khairul masih menyalahkan saya kononnya enggan pindah. Sedangkan saya yang begitu setia menunggu perintah pindah masih tertanya-tanya
apakah permindahan ini boleh dilakukan sendirian,Mana pengangkutannya? Mana penempatannya?
Barangan saya yang memerlukan sekurang-kurangnya tujuh lori muatannya, apakah mampu saya
pindahkan semuanya sendirian.

Seperkara yang saya terfikir mereka terlupa atau tidak peka. Kenapa mereka cepat lupa bagaimana tender untuk makmal saya ditendang bagaikan bola? Sejak setahun lalu saya merancang pindah,hinggakan ke saat kini, mana makmal untuk komputer saya?? Mana pendawaian untuk sekurang-kurang tiga puluh buah komputer saya?. Puas saya merancang dan memohon belas ehsan mendapat peruntukkan bagi saya memindahkan makmal saya. Kini telah masuk ke tahun ke dua; saya amat kecewa dengan sikap ambil lewa saja dari pihak orang kerahan Pengarah sendiri. Dr. Khairul pula telahkerap berlebihan belanja untk membangunkan makmalnya sendiri. Tender untuk persediaan makmal saya di Komplek Baru kandas pada tahun 2000 lantarankehabisan peruntukan jabatan saya. Paling akhir kononnya peruntukan tender tersebut telah diluluskan pada Julai 2001, tapi anak buah Pengarah mengatakan perlu ditenderkan semula, ianya mengambil masa sekurang-kurangnya tigabulan lagi! Inilah peraturan ISO. Maksudnya Saya perlu di Blok K ini tiga bulan lagi, tapi keliling saya kini???
Emm...Ntahlah amoi Sudan!. Memang kita terkurungdan terkepung!!

Huh! malasnya nak fikirkan semua itu!. Mereka yang rapat dengan saya saja yang tahu bagaimana sikap saya yang amat sayang dengan barangan makmal ini. Komputer ini terkadang telah kian menenggelamkan saya dengan kenyataan diri. Terlalu banyak pengorbanan seorang isteri serta anak-nak bilamana saya banyak menghabiskan masa demi terusan menyambung hayat komputer yang rata-rata semakin tua usianya. Jika saya tidak mengorbankanmasa saya, saya pasti putus saja hayat komputer akan pasti anak bangsasaya juga kandas pembelajarannya, kandas amalinya, kandas projeks tahun akhir mereka.

Saudaraku...

Bilamana dalam saat begini memang benar katasaudaraku .

Hanya kepada ALLAH, kita
berserah dan mengadu nasib.

Masih terbayang jernih mata anakda Saudaraku yang berharapkan saya dapat membantu biarpun sedikit. Amat terkilan saya tersangkut di tengahhari tersebut dengan keinginan mengajar dan di masa yang sama rasa bersalah membuatkan Pengarah begitu marah menempelak saya.

Bagaimanapun saya mendoakan agar anakda Saudaraku akan tenang belajar di negara orang serta akan kembali nanti dengan kecemerlangan untuk membeli keluarga Saudaraku.

Ayat terakhir Pengarah yang mengatakan sayatidak mengikut prosidur benar-benar membungkamkan saya. Saya keliru dengan keikhlasan saya & tempelak Pengarah malahan Ketua CawanganInstitiut yang begitu bertubi-tubi mempertikaikan tindakan saya. Mengadu pada teman rapat saya.
E-mel saya yang beliau cetak penuh ditanda dan warnakan.

Saya telah memaafkan prasangka mereka dan pohon maaf ketelanjuran e-mel saya. Isi E-mel Cerpen Rekaan tersebut menurut mereka tak sampai pun separuh kebenaran.

Semuanya telah berlalu.

Yang nyatanya masih berlaku pembaziran dan ketidak prihatinan pihak kita terhadap harta kerajaan yang milik kita juga. Meja-meja yang mahal harganya masih terbiar di Blok K sana dan terbaru yang saya lihat ianya pecah-pecah dan jadi alas tidur pendatang haram.Banyak barangan lain dipunggah oleh mereka yang tak sepatutnya berhak.Ini kejadian kedua saya lihat, sebelumnya adalah semasa tinggalan barangandi blok yang terbakar beberapa tahun lalu. Terlalu banyak ketika itu barangan berharga kita abaikan semata-mata kita tunduk dengan alasan telah segalanya telah diklim insuran.

Yang lalu telah berlalu dan saya akan berusaha akan melupakannya. Saya berharap pengalaman ini akan menjadi titik tolak untuk kita dapat berfikir bersama ke arah kesedaran.

Sesungguhnya sesama kita yang memang kurang segala ini; janganlah hendaknya tenggelam dengan kemewahan dan kecanggihan duniawi ini. Alam fana ini janganlah dijadikan medan yang sampai menggelapkan matahati kita untuk benar-benar bersikap berjimat-cermat.
Masih ada kalangan kita yang tidak takut langsung merapatkan diri dengan pembaziran.

Tafsiran kita berbeda, nilaian sesuatu baranganitu memang berbeda bagi setiap individu. Yang saya ingat saya belajar dikampung sekolahnya, mejanya, kerusinya semua daripada kayu semata.
Namum zaman sekarang memaksa kita meroboh bangunan kayu. Membenci dan mengetuk pecah pintu kayu.
Itu sudah ketentuannya.
Itu yang saya keliru dan terkayu kini.

Prosidur yang telalu mengekang masa mengakibatkantergalang semua kerja. Perancangan yang memihak kepada satu golongan sahajaakan mengakibatkan kita tidak peka masalah golongan yang lain.

Janganlah kita biarkan pelanduk tersepit ketika sekumpulan gajah bertempur.

Jangan salahkan kurang maklumat jika anak buahanda melatah dan sering menongkah arus prosidur. Bergantung semata-matadengan arahan melalui e-mel, bertulis, mulut dan kerahan semata tanpa benar-benarturun padang dan melihat sendiri masalah sebenarnya akan mendatangkan padah.

Jika di dunia kita leka mengabai di sanananti pasti kita terkapai-kapai.
Janganlah hendaknya begitu.


Jika ada Masalah diri atau khidmat nasihat morivasi diri percuma sedia hamba hulurkan
Telefon Bimbit 016 9094343
Rumah 03 87371884

Cerpen ini aku tulis sekitar 10 tahun lalu; banyak yang aku tulis ini nampaknya menjadi sia-sia;
Pintu-pintu yang dipecah alasan mahu mengambil penghawa dingin & beberapa barangan berharga buat kolej@fakulti mengabaikan barangan berharga buat individu & pelajar; kesudahannya aku dengar banyak yang terbakar di stor Bahagian Pembangunan Institiut.

Makmal yang aku bangunkan dari 70% bahan terbuang; akhirnya dipecahkan, aku dihalau oleh Ketua Jabatan (KJ) KKA bagaikan tak beretika, semuanya lantaran perebutan ruang untuk para pensyarah untuk mengejar geran penyelidikan & jurnal mereka. Diuar-uarkan aku tak ikut arahan jabatan lantaran sikap sabotaj aku tidak menyertai gotong-royong yang aku lihat sekadar mahu membuang barangan kerajaan yang tidak ikut cara pelupusan nan betul.

Ulan sebagai bukti mengadu padaku bagaimana gerobok besi yang masih elok lagi dibuang, bukan disedekahkan kepada sekolah, surau atau sebagainya. Meja & perabot yang aku beli baru lagi & amat aku sayangi, aku lihat didedahkan di tengah lapang & kembang reput begitu sahaja dimamah hujan.

Aku berpindah ke makmal Abg Nor KKK yang mahu berpencen, ceritanya sama; bagaimana aku terhimpit dengan barangan lama yang aku sendiri tak tahu bagaimana@apa kegunaannya; boleh digunakan lagi atau tidak. Aku diarahkan mengosongkan barangan tersebut bukan selori dua ianya ianya tak tahu apa statusnya ianya terpaksa dibuang. Ada sebahagian barangan yang bernilai 20K tersimpan tak pernah berusik. Yang ini atas ihsanku masih aku simpan di gerobok yang aku tinggalkan. Komputer yang lupus sekitar 20 buah Pentium III & beberapa Pentium IV masih boleh akses internet atau buat kelas membaiki komputer terpaksa dilupuskan. Semata-mata mahu memberikan ruang tiga orang Pensyarah yang pening telah dapat geran tak ada ruang untuk berkerja. Apatah lagi bila guna konsep baru fakulti; sewa komputer. Aku tak nampak sewa komputer ini langkah baik bagi KKK.

Tiga Pensyarah ini akan ketemu aku di akhirat kelak, aku tak dapat memaafkan mereka lantaran mengarahkan aku keluar Jabatan KKK, seolah-olah aku bukan makan gaji atas sokongan Haji Roslan yang bagiku langsung tidak ada wawasan kerjaya. Aku diarahkan menjadi Budak Pejabat kerjaya aku di MARDI di tahun 1979 lalu. Kerjaya teknikal yang aku lakukan sejak tahun 80an lagi langsung tidak diiktirafkan. Kosong.

Bantuan Dekan & rayuan terakhir aku dapat ke arah atau tempat sebenarnya dengan kemahiran & kerjayaku. Pilihan kedua. Buat senggaraan komputer. Pilihan Pertama aku aku mahu kekal membuat kerja teknikal di makmal ditolak oleh KJ KKK.

Terima kasih Unit IT yang sudi menerima aku selama 8 bulan sebelum aku pencen. Perkerja di Unit IT sebenarnya tak cukup; syarikat yang memberi sewa aku pasti akan tambah menghuru-harakan keadaan. Aku telah nampak ini sejak aku di luar Unit IT.
Natijah stres ini aku dapat sakit Darah Tinggi, Serangan Jantung pun banyak lagi kaitan sakit kronikku. Maka aku memang tak mampu kerja lama dari itu di Unit IT.

Malahan aku simpati dengan arwah Dik Liza yang aku yakin dengan stres memang
tidak mungkin kita menjadi manusia normal, dia kena diabetes sakit sepertiku & meninggal ketika usianya 30 tahun.

Yang lagi sedihnya makmal yang patutnya menjadi Bengkel Komputer di mana aku seharusnya ditempatkan; di mana aku terpaksa dipindahkan kerja; hingga kini masih tergantung telah diubahsuai dengan nilai puluhan ribu RM dipecah semula lantaran si tiga pensyarah ini dapat ruang baru di Puncak Bangunan Pipis di Layang.

TP aku dengar ada masalah dalam badan; biar pun lebih muda dari ku tetapi menjadi pengidap sakit kronik jua akhirnya.

Aniaya itu mungkar; telah disebut di dalam al-Quran & ajaran agama Islam kita berulangkali. Aniaya amat naif & Allah Azzawajalla akan buktikan pembalasannya di dunia lagi terhadap kaum yang menganiaya kaumnya sendiri!. Ini jelas & sebaiknya kita akur & insaf.

Ahad, 1 Ogos 2010

Rabu, 28 Julai 2010

Puteri Bunian


Aku baru pindahkan Episod Misteri tentang Puteri Bunian

Ahad, 25 Julai 2010

'Raja' Kata 'Siti Nurhaliza' Mengandung


Sejak seminggu lalu saya sering menerima pesanan ringkas, SMS melalui hotline 999 dari individu tidak dikenali.

Saya yakin ramai antara pembaca mampu menjadi penterjemah kepada SMS berikut. Kalau terkeliru, berhenti, usah sampai gila.

'Siti norhaliza,mula sekarang, tak ada kena meyana dengan saya. siti sudah mnyadong anak datuk KK. saya ada bukti dulu sejara dulu bukti. saya pergi lapangan subang 5, baru jumpa, saya kenal dulu, sejarah dulu, kamil, kenal saya dulu. saya makota diraja, raja selangor, makota diraja raja agong dunia pertama, keris diraja raja agong dunia petarna, ada, tak bolih kau sentuh, harta saya dulu husia 10 tahon, sudah ditabalkan, sigasana makota diraja raja agong dunia pertama. Harta luar negara Rusio ero 999,999,999,999,999,999 sampal sekerim komputer, habis, hilang sabongan ya. turun laju, masuk berita orang band yang cak gambar saya. orang band cak masok komputa hekaun saya sampai 2,500 tahon baru berinti. bukti, En, Kamil kenal saya, pergi luar negara, satu sen, siti nurhaliza, artis M'

Pening!


Dari Blog Bro Mazidul

Selasa, 22 Jun 2010

Haruman Bunga (Singgahsana)

HARUMAN BUNGA & BIDADARI  MENARI

Mata hati dapat melihat
jelmaan kasih sayang
tapi minda sangsi tak dapat menyita
haruman impian era setia
maka sering hantaran bunga kasih
menjadi layu tak dapat menambat hati
sering naluri berkata sendiri sepi
namun kekasih tidak pernah mengerti.

Perbalahan makna sering berlaku
lantaran silap tafsiran
kaca dikatakan permata
mutiara pula tidak dinilai berharga
maka diri sering terkeliru
tak nampak pun erat intim abadi
sirna cinta sejati atau keikhlasan hati
hinggalah kekasih tiada lagi di sisi
pergi buat selamanya ke hadrat Ilahi.

Terkuburnya kemurnian
di makam sepi kepalsuan
diri kian alpa di duniawi
tanpa memihak kepada maknawi
pun jiwawi bagaikan sesat di syurgawi
yang lengang tanpa Bidadari menari.

(Kekasih abadi adalah Tuhan semua
usahlah abaikan hukumnya
Bidadari pula adalah jelmaan buana
antara ada & tiada menyilau aura aulia)


iDANRADZi

Kota Bharu Perak



Sabtu, 22 Mei 2010

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Posted on the May 22nd, 2010

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai Everybody Draw Mohammed Day! (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.

Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.

Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. AP

Sumber : Bharian.com.my

Sabtu, 15 Mei 2010

PAYA KASIH 2


Biarlah aku sesat larat di paya kasih ini
walaupun perahu rinduku terbelah dua
sampaikan dayung setiaku retak patah
aku akan tetap mengintai belibis sadis
mencari nilai keabadian diri di sisi Ilahi.

Aku akan tetap berpondok syahdu di sini
mengutip teratai damai di aliran luka
cinta ini akan menetas bersama puyu sayu
biarpun aku tahu ancaman sawa rawan
serangan agas ganas di belukar terbiar.

Aku akan tetap di sini mencari nur-Nya
seyogia ego kota kian menazak jiwa lara.

iDANRADZi
Tasik Bera. Pahang

Isnin, 10 Mei 2010

Ayah AC Mizal Diganggu Hantu (Singgahsana)


dah nak pergi kerja belum... masih kat rumah lagi ke
8:27am dzuan

baru balik kerja, nak tido..

8:27amSaya

ooo... kerjalah malam tadi... ingatkan cuti sepanjang hari... penat tu ... selamat tidur...!

yaa, mcm ni lee keje kilang

8:28amSaya
sama saja.. kerja mana pun...

ipar duai aku pun ramai kerja kilang

sampai pergi kursus jepun...

pakai Vios lagi... rezeki kat mana-mana okey!

mila (org rumah) sahaja kerja kira okey sikit...

Dzuan org rumah kerja lagi tak?

8:29am Dzuan

dia mmg dah berenti lama dahhh kawin je dia berenti... kata nye nak jaga aku biar gemok!

8:29amSaya

pulak!... nak gemuk mudah saja

makan tido makan tido macam aku... gemuklah

seronok bini ada rumah

aku naik jelak makan di kedai mamak

masak ni aku malas sangat

selalunya beli lauk masak nasi ...

ikut anginlah..

kalau takad rebus2 tu bolehlah

aku suka rebus bayam dengan cendawan..

penatlah Dzuan jadi suri rumah ni

air bejuku di depan tu pun tak buang2 lagi..

bunga tak siram lagi... belum nak buang taik kucing lagi!

8:31amDzuan

aku bab makan terjaga..pagi ptg mlm semua ada

aku masaalah itu semua tak ade pasal bini aku super women

8:32amSaya
seronoknya kau Dzuan! semua terjaga

anak aku ni minat nak beli pelbagai

tapi ayahnya yg kena dera

tapi Dzuan maintain lagi.. aku teguk dalam gambar

aku agak pinggang kau masih 35"

aku dah 42....

kebelakangan ini terpaksa cari pakaian di bundel... payah nak cari saiz beso!

itu yg banyak saiz beso..

8:33amSaya
aku bercinta dengan si Conel tak jadi

Osman boleh ingat nama si Suminah tuu

kau ingat lagi ke buah hati aku tu?

8:34amDzuan

Ingat!, masih ingat kau suka tulis surat pada si Conel tu..

8:35amSaya
Mila ni aku kenal melalui radio

mungkin dalam rancangan destinasi atau bunga bangsa

aku rajin hantar sajak di radio

tahun awal 80an banyak cerpen tersiar di rancangan Kenangan..

terbitan Chuari Selamat

tu yg kenal Mila tu!...

org rumah org mana iyer...

bercinta sejak asrama tak?

8:36amDzuan
.takkan kamu tak tahu..cucu kpd tok jalil dekat romah kamu kat cnkt tualang. emaknya pauziah yg kawin dgn orang parit.kan dari sekolah lagi kami kawan. takkan kamu tak ingat sorat yg panjang2 tu sorat dia leee.
8:37amSaya

Kejap aku cuba ingat-ingatkan...

Tok Jalil

lupalah Siapa adik beradik Tok jalil

Tok Jalil setahu aku dukun handal

dekat rumah Taharin

aku perasan kau bercinta dulu...

kalau tak silap ada rumah anaknya sebelah...

8:38amDzuan

Betul le tuuitu pasal cucu nye pun sama garang

Memang ada rumah anaknya sebelah rumah pusaka tu


8:38amSaya

rumah Tok Jalil tu tinggal di rumah kayu tinggi...

anak-anaknya aku dah lupa nama

tanya org rumah tu!...

dia pandai tak jampi serapah ini

aku ingat satu peristiwa aku berteduh bawah rumah anak Tok Jalil ini ketika hujan ...

Aku ingat anak Tok Jalil ada menantu memang cantik sangat; aku lihat anak Tok Jalil ini jampi sirih pelbagai.

8:39amDzuan

Anak2nya semua dah meninggal, Nordin, Todin, Ipot, Kamaruddin

8:39amSaya

yerr ingat..!

Todin tu aku ingat

anaknya ada dua wajah...

satu putih melepak satu lagi hitam manis

Ipot itu lebih kurang sebaya kita...

rumahnya tu ada lagi ke?

8:41amDzuan

aku bab ini.. jampi serapah ni tak tahu; yang tahu sikit2 bini aku.... itu pun dia duduk parit sesekali je balik kg... rumah dah tak ada dah kena jual dgn Ipot.

8:41amSaya

oooo handal si Ipot ni...

tanah dia di kampung tu besar juga...

8:41amDzuan

tak tahulah apa jadi tanah tu!.


8:41amSaya

Tak pasti dah jual kat lombong ke tak iyer?

selang sebuah dari rumah aku... & rumah Taharin

anak Taharin yg kasi rosak rumah pusaka aku tu

kabel semua diambiknya... janji nak sewa...

8:42amDzuan

aku tak tahu lee tu... hal jirannya.

8:43amSaya

Adoi penat betul... si lop anak taharin tu katanya penagih dadah...

Taharin ini kadang2 okey...

kadang2 dia kurang waras...

8:43amDzuan

aku tak kenai Taharin ni

8:44amSaya

Dah tak ada dah arwah ... satu-satu jiran Tok Jalillah

kami panggil Pak Jalil... dukun handal.

Sebab dia memang handal dalam bab ghaib ini..

8:44amDzuan

oooo

8:44amSaya

Dia macam arwah bapa aku

ada Pembela..

sekarang Saka arwah apak tu...

turun kat kakak aku

baru ni aku pergi ke rumah akak aku... Kak Nomi

ingat ke Kak Nomi Osman rakan kita kat Kota Bharu Pk ingat lagi nama Kak Nomi !

8:45amDzuan

aku pun ingat!

8:45amSaya

dia kata ada 7 Saka masuk ke badannya

mana bapa aku menuntut tak pasti

payah nak buang benda tu

...

nantilah kita cerita

kau ngantuk tu.. pastinya

baik tidur!

tidur kena cukup

nanti naik darah tinggi tu... kata semalam ada darah tinggi kan?

8:46amDzuan

habih...kamu tak takut ke nak duduk kat kg nanti. nanti habih budak2 kena sakat...

Yup aku pun ada masalah darah tinggi... jap lagi aku tido

8:47amSaya

tu ler masalahnya!

rumah tu pun banyak penunggunya

arwah mak meninggal dunia sorang2

anak2 aku dah besarlah Dzuan... harap-harap okey!

.... tak mengantuk ke ni Dzuan?

8:48amDzuan

Dah nak dekat le ni... tapi seronok pulak dengor cerita Jangan Pandang Belakang kamu ni

8:48amSaya

anak-anak aku tu emaknya yang ajar mengaji...

pandailah lah baca al-Quran

itu kelebihan Mila.. siapa pandai tajwit ... idram makmunah segala!

aku ni tak reti sangat Dzuan..

anak-anak aku rasanya tak jadi masalah kalau nak baca doa halau bebenda ghaib ini

8:49amDzuan

kita serupe!

8:49amSaya

Arwah apak aku nazak di rumah AC Mizal itu

Saka dia ada kat rumah tu... kat Jalan Cheras...

8:49amDzuan

Rumah AC Mizal kat mana?

8:50amSaya

dulu mereka tinggal di Cheras..

ada taman kat Jalan Cheras tu

Taman Koperasi Cuepec

Taman Koperasi Cuepec.. ada dua... satu kat sini Balakong

satu lagi tak jauh dengan Plaza Phoenix... macam ejanya pun

tak jauh dari ruma Dzuan

dia datang melawat anak tiri & cucu2nya di situ

tetiba strok

aku syak dia sedih sangat ketika itu;

dia tak tahu aku & Mila lama duduk berasing rumah

bila aku cerita dia menangis macam budak kecik

aku tenguk dia sedih sambil hisap rokok... balik saja aku dari rumah si AC tu

dia kena strok

emak AC kelam kabut tel aku

emak AC org Serting Hilir

aku ada cerita tak pada kau?

mulutnya sampai ke telinga!

ayah AC kira abg tiri akulah...

pendiam orangnya...

Dato' Zaini Hashim...

Opah AC bini arwah apak aku; tak ada anak denganarwah Apak.

kira Dato' Zaini tu anak tunggal

Apak aku yg jaga dia sejak umur 3 bulan...

Dato' Zaini bin hashim

Hashim (Datuk sebenar AC) ayah Dato' Zaini hilang masa perang jepun.

8:55amDzuan

oh yaa Polis.

nyape mulutnye emak AC sampai telinga

AC kan dah jutawan, tak bolih tumpang ke?

8:55amSaya

becukkkkk!

cakap jenis nada tinggi tuuu

ketua jururawat pakai biru tu...

Mereka tak kenal kami dah Dzuan, nak numpang macam mana.

8:56amDzuan

patut le AC pun becuk juga.

8:56amSaya
Yup ikut emaknya!.. ayahnya memang pendiam... emak ayah dah pencen...

Yoep Zaini aku panggil apak si AC tu

tak hirau emaknya, selalu tak balik kampung bila hari raya..

aku lebih rapat dengan Opah Bi tu

baru meninggal sekitar 5 tahun lalu ku!

sejak tahun 88

emak aku meninggal kira Opah si AC lah pengganti emak aku

kelakarnya... kes benda yang arwah Apak aku bela tu!

org lain tak nampak arwah apak menjelma

hanya Yoep Zaini sahaja yang nampak

sampai kurus kering tak dapat tidur

terpaksa pindah dari rumah tu

panggil dukun handal pun tak lari...

ingat hantu rayalah Dzuan

last2 terpaksa sewakan rumah tu!

sekarang mereka tinggal di Muar.. Jutawan Muar.

8:59amDzuan

kamu mcmmana ada juga ke?

8:59amSaya

aku okey!

Antu Makan adalah...

selera makan gilalah...

memang macam ini org sakit kencing manis ku!

apa pun yang namapak nak makan...

lambat makan menggigil jari tangan ni ...

Antu Makanlah... kan!

9:00amDzuan

ada hantu juga le tuuu... tolong makankan.

9:00amSaya

Dzuan... kau tak mengantuk ke

gi ler tidur esok2 kita bual lagi

berapa jam nak tidur ni

aku free jam 3:00 petang nanti

9:01amDzuan
paling tak dua tiga jam!

ok la.stop dulu lah. nanti kita sambung lagi.

9:01amSaya

Aku pun tengah pening ni!

berkira nak pergi ke TRIANG ikut mana cepat & selamat

Triang Pahang jauh ke perdalaman dekat tasik Bera

banyak jalan aku tenguk kat peta.. ni

9:01amDzuan

aku tak tahu hala ke sana.

9:02amSaya

nak merisik... di afiz pun makwe tu....

tu lerr pasal jauh dari h/way

ok lerr gi tidur... sian kau... aku jangan layan sangat

kalau layan aku sampai 3 hari 3 malam aku tak henti menaip..... tak ada kawan berbual... isk! sedih betuiii

9:02amDzuan

anak kamu keje mana?

ok

9:03amSaya

mana kerja lagi si afiz tu

ada lagi 1 semster belajarnya

dia rajin... itu yang aku tak risau

dulu dia kerja lama kat KFC di TESCO kat rumah ni

sebelum itu dia pernah kerja 7eleven sebelah MyDin Kajang.

aku tak risau bab kerja si Afiz ini

dia jenis budak tekun... tak suka melepak...

9:04amDzuan

tak per lee bapak borek anak rintik.

9:04amSaya

dia masih kat poli Shah Alam sekelas dengan makwe dia

tu lerr pasal!.. aku pun dulu kahwin cepat! kami ada darah Arablah!

maknya pun satu... nak jadi penghalang

dah merajuk budak tu... dekat sebulan dah tak balik rumah!

aku memang rindu kat dia... penatlah Dzuan

dia nak kahwin apa masalahnya... baguslah kan?..

emaknya sibuk suruh ambik deegri pelbagai

dah macam belangkas... dapat ke kekang nafsu tu...

iskh! penatlah!

nantilah kita ceritalah!

9:06amDzuan

bagus le tuu, jgn lupa jemput aku dah lee

9:06amSaya

insyaAllah

aku nak buat majlis kecik aja

sekadar doa selamat rasa dah cukup

atau makan2 kecik kat mana-mana

kat rumah bininya biar buat majlis besar-besaran!

tapi tu lerr jauh di Kelantan mana ulu tak tahu lagi!.

9:07amDzuan

oook aku tido dulu yaa

9:07amSaya

okEY lah Dzuan... gi tidur

jangan layan aku ni...

assalamualaikum...
9:07amDzuan

mualaikum salamm

9:08amSaya

moga mimpi jumpa si conel aku tu!...

:):)