Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 5 Jun 2005

BERJUANG SUDAH SALAH TUJUAN (Delima Merkah)


« pada: 22 August, 2008, 10:43:22 PM »

BERJUANG SUDAH SALAH TUJUAN

Di akhir zaman ini umat Islam berjuang sudah salah hala tujuan
Bukan agama, bangsa dan negara lagi hala tujuan buat mereka
Agama, bangsa dan negara hanya sebagai wadah untuk kepentingan peribadi
Peribadi mungkin senang,tapi agama, bangsa dan negara menjadi mangsa
Mendapat untung peribadi menggunakan agama, bangsa dan negara

Peribadi yang gemilang dan cemerlang,
agama, bangsa dan negara yang malang

Kalau peribadi yang cemerlang,agama, bangsa dan negara tidak mestinya cemerlang dan terbilang
Sepatutnya peribadi sanggup terkorban
Asalkan agama, bangsa dan negara berdaulat dan terbilang
Orang yang jujur, berkorban dan terkorban untuk agama, bangsa dan negaranya
Bukan korbankan agama, bangsa dan negara untuk peribadinya
Siapakah yang hendak membetulkan keadaan ini?
Fahaman yang telah disebutkan tadi telah sebati dengan hati, telah menjadi pakaian diri
Ia seolah-olah telah menjadi tradisi masyarakat Islam di hari ini

Salah-salah tegur, dimusuhi
Dianggap pula musuh agama, bangsa dan negara
Tidak dibetulkan, orang yang tahu satu kewajipan
Kalau tidak dimurkai Tuhan
Ramai yang tidak sanggup menerima risiko, maka dibiarkan saja
Yang sanggup menerima risiko, teraniaya
Tapi kerana Tuhan, dibuat juga, ditegur juga
Moga-moga golongan yang terkorban dapat keredhaan Tuhan
Begitulah selalunya orang yang jujur
Dan ikhlas biasanya terkorban

kanjeng

Sabtu, 4 Jun 2005

Susahnya mendidik jiwa yang tunduk pada nasfu (Delima Merkah)


« pada: 07 September, 2008, 05:15:16 PM »

Wahai Tuhanku Yang Esa…
Bila terkenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika…

Tika mengenangkan Rafat-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup ku meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
mengganti hukuman-Mu di akhirat…

Di waktu mengenang Rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu ku harus memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu

Ya Allah Tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwa ini…

assyahida

Jumaat, 3 Jun 2005

Santapan Rohani Untuk Anak-anak (Delima Merkah)


« pada: 10 July, 2008, 04:08:28 PM »

Anak-anakku

Anak-anakku,
Engkaulah pewaris harapan bangsa,
Belajar bersungguh-sungguh setiap waktu,
Menjadi insan yang berilmu,
Anak-anakku,
Engkaulah pengubah tradisi,
Menjadi pembimbing pada masa depan,

Anak-anakku,

Kini engkau pengganti ibumu,
Dengan semangat yang berkobar-kobar,
Dengan Ilmu penuh didada,
Dengan keimanan dan ketaqwaan
yang engkau miliki,
Engkau bergelar guru.
Engakaulah harapan ibu dan negara.
InsyaaAllaah

wan auni iezati

Khamis, 2 Jun 2005

MENGAWAL HATI YANG BERPERASAAN... (Delima Merkah)


« pada: 29 July, 2008, 11:42:03 AM »

MENGAWAL HATI YANG BERPERASAAN

i

Bukan mudah hendak kontrol hati yang ada perasaan
Perasaannya pula sering bertukar ganti
Perasaannya yang bertukar ganti itu hendak ditadbir atau hendak didisiplin sungguh sulit sekali
Sedangkan hati adalah raja di dalam diri
Baik hati baiklah seluruh rakyat di dalam diri (anggota lahir) diri
Bukan senang hendak ditadbir hati ketika berperasaan
Perasaan sentiasa berubah-ubah
Di antara perasaan-perasaan itu gembira, sedih, pemarah, rasa lapang, rasa senang, megah
Selain itu lagi benci, suka, jijik, malu, dendam, ingin nama, ingin dipuji dan lain-lain
Bukan mudah hendak meletakkan setiap rasa-rasa itu
apabila datang hendak diletakkan pada tempatnya
Bukan senang setiap rasa-rasa itu hendak diselaraskan dengan kehendak Tuhan
Kalau salah letak adalah satu kesalahan
Hendak diletakkan pula jangan terlebih dan jangan terkurang
Biarlah ia berlaku seimbang
Perasaan-perasaan itu pula hendaklah diletakkan mana yang boleh
diteruskan hendaklah diteruskan
Mana yang tidak dibolehkan hendaklah di kekang
Mentadbirnya adalah amat sulit difaham
Ia memerlukan ilmu yang seni yang bersifat rohani
Bukan mudah juga mana untuk difaham
Tidak mudah pula mengesan perjalanan hati
Setelah difaham, tidak mudah pula mana yang boleh hendak dilepaskan
Tidak mudah juga mana yang tidak boleh hendak ditahan
Adakalanya ia memerlukan muhajadah
samada hendak diteruskan mahupun hendak ditahan
Adakalanya apa yang kita hendak teruskan itu yang kita tidak senang,
bukan senang hendak diteruskan
Adakalanya apa yang hendak kekang itu yang kita senang,
bukan mudah hendak dikekang
Adakalanya yang hendak dikekang merugikan kita
Begitu juga yang hendak diteruskan itu merugikan kita
Memang sungguh sulit hendak kontrol perasaan mengikut kehendak Tuhan
Kecuali orang yang takutkan Tuhan itu tinggi perasaannya
Takutkan Tuhan itulah yang mampu mentadbir perasaan hati yang begitu seni
Kalau Tuhan belum ada di hati, Tuhan belum ditakuti maka nafsulah yang akan dituruti
Bukan senang hendak mengontrol raja di dalam diri
Yang kerenah raja pula macam-macam yang dia rasa
terutama megah, pemarah, hendak nama, senang
Kalau kerajaan di dalam diri seperti pemimpin atau guru tidak ada wibawa
Selalunya tunduk kepada raja, yang telah dipengruhi oleh nafsu penjahat di dalam diri

nukilan SaHiBuZaMaN..

ii

salam...

berdoalah dengan doa memohon hati yang bersih...

"Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon perlindungan Mu daripada kelemahan,kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyayuk dan azab kubur.

Ya ALLAH, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya.

Ya ALLAH, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dimakbulkan"

>>Riwayat Muslim no.2272..

kanjeng

Rabu, 1 Jun 2005

Ketua Rumahtangga ( Siri Delima Merkah )


Semakin hari semakin tinggi pendidikan seorang wanita, kaum wanita tidak lagi jadi suri rumahtangga semata, tepai kini mereka telah menjadi surirumah nan berkerjaya. Soal Jodoh pula ...kini semakin ramai nan punya jodoh isteri nan lebih tinggi pendidikannya. Maka makin ramai nan punyai cabaran, peranan suami sebagai ketua rumahtangga tangga selalu tercabar lantaran kuasa ekonomi rumahtangga kian dimonopoli oleh kaum wanita. Wanita sebagai surirumah nan berkerjaya kian berani mencabar suami dalam membuat pilihan di rumahtangga. Contohnya dalam soal memilih pembelian rumah, kereta, perabut & terkadang sampai ke masalah bebenda remeh sekalipun.

Maka ramai kini suami mengambil alih kerja surirumah lantaran masa isteri dengan kerjayanya lebih lama berbanding berada di rumah. Tentunya ini terkadang menjadikan tangkapan umum berbeda-beda dengan rumahtangga nan sebegini, ada nan mengatakan suami telah kena queen contol
ada nan mengatakan telah kena makan nasi kangkang.. emm ntah apa lagi gelaran nan memang tidak sedap didengar.

Lalu timbul perbagai silapnya sikap wanita. Seperti keluar rumah tidak lagi meminta izin suami, sekadar memberi tahu ke arah mana ... bukan meminta izin jika ke mana-mana. Timbul masalah suami rasa rendah diri apatah lagi bila ke majlis isteri.

Memang agak ganjil jika melihat suami seharian menjemur pakaian keluarga. Seorang isteri seharian pulang lewat malam. Suami kena ke pasar & memasak untuk anak-anak. Tapi itulah kenyataannya kini, dunia nan semakin global memungkin kaum wanita mengatasi segala. Paling berani, kekinian makin ramai isteri telah berani meminta fasah, khuluq & sebagainya biarpun oleh perkara yang kecil.

Cumanya jika kembali ke agama kita, rasanya biar apa keadaan pun seharusnya kaum wanita tidak dapat tidak kena kembali ke arah asalnya. Biar setinggi manapun pelajarannya ketua keluarga tetap suami & kena terus menghormati suami sebagai ketua jika mahukan keadaan rumahtangga aman & tiada siapa punya wibawa jugak martabat tergugat atau dicabar.