Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 1 Februari 2005

Sajak...BELUM KAUTEMUI ( Delima Merkah )


BELUM KAUTEMUI

Di celah lelahmencari dan resahmenanti
kautemui catatan usang
sang pengembara
dan lakaran pudar seorang perindu
masih belumjuga kautemui
warkah cinta agung itu.

Lama berjaga di taman usaha
namun tiada kau rasakan getaran cinta
saat mawar
mengembangkan kelopaknya.

Jemu menunggu di pantai usia
tidak juga mampu kautangkap lagi
suara ombak yang jauh berlari
membawa bersama rahsia hakiki.

Sahabat
mungkin selamanya tidak kautemui
selagi di singgahsana sukma
dunia masih setia bertakhta.

ABIZAI
Miri, Sarawak, Mac 2006


SATU PETANDA

Tersebar padat cerita
menanti satu titik perjuangan
tercatat impian jadi nyata
tersingkaplah lagu harapan
terjawab resah tanda tanya.

Kawal dalam nafsu diri
waspadalah senyumgirang hati
indah ini bersisi ngeri
sudut berselerak menanti
butang aras ditekan
petanda naik segalanya.

Gerak hayat hidup diteruskan
atas kerangka nama jerih
sinar emas di wilayah membangun
terikat segenggammakna
tanamkekal sedar berpada
urus bijak tantanganmelanda
usah leka dalam lewah
kukuhlah dalam pintar berhemah
sebelum petakamelanda satu petanda.

RUSDI ABD RAHMAN
Johor Bahru, 21 Mei 2007


DI MANADUDUK KITA

Melayu kini semakin hebat
itu kata seorang sahabat
apa benar apa yang dilihat
atau hebat yang hanya sekerat.

Melayu hebat ini katanya Melayu baru
dulu di ceruk desa kini berdinding batu
apa benar itu
atau boleh di kira satu-satu.

Melayu baru gah namanya
segak mendabik dada
kadang-kadang terlupa akar budaya
atau memang mahu
memperbaharui budaya.

Melayu yang gah sentiasa mahu di depan
berhabis daya mencari kedudukan
ketepikan saudara musuhi teman
apa pentingnya lagi perpaduan.

Melayu yang di depan kita hari ini
katanya Melayu yang berani
memijak bangsa sendiri
untuk berdiri tinggi
memecah-belah negara sendiri
untuk menonjol diri
melupakan sejarah bangsa
untuk agenda sendiri
menuding jari demi melepaskan diri.

Apakah Melayu begini yang kita megah
apakah Melayu ini
yang disebut abang Tuah
masih punya waktu untuk
Melayu berubah
bersatu sebelum patah
jangan sampai Melayu rebah
rebah yang memunahkan.

PARI PARI MERAH,
Kampung Pandan, KL


PUSINGAN

Sejenak terfikir
apakah jalan yang dilalui
apakah harga sebuah kehidupan?

Kerana hidup dalam pusingan
sering kali berulang tiap ketika
rebah didakap resah
dalam kesulitan dan kesukaran.

Lalu dari mana hadir kedamaian
penawar segala kekusutan
belenggumengikat diri.

Ah, mereka itu durjana!
bukan sang setia yang kau harapkan
mengertikan diri
andai hati telah terkunci.

Dan berlarilah mata-mata sepi
memburu keindahan ilusi
membakar diri.

AZREE ARIFFIN
Petaling Jaya, Selangor


AKU YANGTERLALU MALU
(Menyatakan Sayang Itu)

Aku sentiasa mendoakan dirimu
berbahagia selalu
Walau terlalu payah untuk kunyatakan
Sayang itu sentiasa menggebu
di jiwaku.

Dikaulah ayah ibu
yang mengasuhku
tanpa jemu membelai jiwa nuraniku
menjadi seorang lelaki berani
di gelanggang
kehidupan ini.

Akulah anakmu itu
yang terlalu malu menyatakan betapa
aku terlalu menyayangimu
walau dalam kejauhan
walau dalam ketiadaan
doa restumu adalah kekuatan buatku.


Mungkinkah tanpa kata-kata,
dapatkah kauizinkan rasa kasih itu
kembali menjalar seperti dulu?

KAMAL SUJAK
Cyberjaya, Selangor


BILA JEBAT BERBICARA

Bila Jebat berbicara
akalku, jiwaku, rohku
sekalianmereka mengerti
tentang hakikat penderhakaan
suci kepercayaan yang kunajisi
membusukkan maruah Sultan.

Bila Jebat berbicara
taat setiamu Tuah
bukanmengukir sejarah yang salah
mangkuk persahabatan kita pecah
dipukul keras besi panas fitnah
oleh menteri beraja nafsu
Sultan dibuta amarah.
Bila Jebat berbicara
duhai Tuahku sayang
demi nyawaku yang melayang
di tanganmu
yang tak bermaksud kejam
dari Taming Sari berbisa tajam
kurela darahku tumpah
mengotori Melaka
yang semakin hilang tenang.

Bila Jebat berbicara
cukup kutanggung setia dan derita
di hujung zaman
akulah sanjungan manusia.

FAIZAL MOHD FUAD
Grik, Kedah


JANGAN KEJAR AKU!

Jangan kejar aku
wahai bayangan dosa semalam
yang menghambat kemanusiaan
di simpang lurus pedoman.

Jangan kejar aku
wahai noda kelmarin
yang menjejaki kembara insani
di denai jiwa nurani.

Aku hanya kerdil manusia
sering kali terlupa pada fitrah dunia
tak lepas daripada melanggan dosa
dalam senafas pencarian makna.

ZULFAZLAN JUMRAH
Bandar Tenggara, Johor


DARI PETERANA JANJI TERMETRI

(Khusus untuk Raja Muda Perak,
Raja Dr Nazrin Shah dan
Raja Puan Besar Zara SalimDavidson)

Dari peterana berbaldu kuning
berbunga kalompang
sedondon putih duduk segak Raja Muda
bersama manisnya bersimpuh pilihan hati
termetri kabul diijab terbukti kasih.

Tepak sirih berkerawang emas
sirih junjung berjenjang lima
bertukar bingkisan berbalas cerita
terpaut kasih tertancap bicara.

Raja Muda temannya dinanti sekian lama
rakyat jelata melimpah senyum
tanda syukur terbina ikatan
seulas cantik berpahar kasih
tidak jemu memandang lirik
tak betah berbicara
pasangan diraja berkerawang indah
jodoh dinanti termaktub sudah.

MASNITA ALADIN
Ipoh, Perak


CUCU PUTERI SA’DONG

Ambillah kitab susila ini
biar bicaramu menunjuk budi
biar tingkahmu menjunjung pekerti.

Cucu
puteri ingin beradu nyaman
di bawah teduh,
redupMelayumu.

KALEMAS
Pondok Lati

Berita Minggu

1 ulasan:

  1. salam,

    terima kasih kerana menyimpan sajak saya Dari Peterana Janji Termetri.

    BalasPadam