Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 3 Februari 2005

SAHABAT


« pada: 21 July, 2008, 03:50:45 PM »

SAHABAT ...

Sahabat,
Pernah tak sahabat renungkan pada embun yg melitupi sarang labah2 dipagi2 hari ?
Pernahkah sahabat perhatikan itu?
Pernahkah sahabat perhatikan akan erti yg tersirat disebalik kejadian Allah itu?

Sahabat,
Ibarat sarang labah2 itu adalah cinta sejati seorang hamba pada Allah. dan cintanya yg sejati terhadap manusia kerana Allah.


Sahabat,
Pernahkah sahabat perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya?
Begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran.
Bukanlah mudah membina struktur sekompleks sarang labah2.

Sahabat... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa?
Kerana itulah " sunnatullah "
Kerana itulah fitrah seekor sang labah2
Kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir.

Sahabat,
Begitu juga sifat cinta yg sejati...
Ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperolehi dgn angan2 kosong atau Penantian santai... bukan!
Wahai sahabatku.... ia diperolehi melalui usaha yg getir dan penuh dgn duri & ranjau.

Sahabat
Cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yg lebih sempurna.
Menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran yg diperolehi dari arifiin.
Menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah.
'Perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohon yg lebat daunnya tapi tak berbuah'.
Dari diri yg sudah mantap pengamalan ilmu itu
Datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu.
'Sampaikanlah walau sepotong ayat'.
Along the way, perbagai ujian dan cubaan akan datang menjadi tamu. menjengah menguji si 'dia'. Apakah tegar cintanya pada Rabbnya...
Atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian sutera labah2?

Sahabat,
Pernahkan sahabat perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian sutera labah2?
Sahabatku, itulah 'ibarat cinta dunia. cinta dunia tidak diminta datangnya.
Perginya pula seperti juga embun itu.
Tatkala datangnya mentari, Maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi...
Seperti juga cinta dunia,
Pabila datang kematian,
Berpisahlah si kaya dgn hartanya.
Berpisahlah dia dgn saudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir.
Akan berpisahlah ia dari isterinya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janji setia.
Tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian.
Namun,
Yg akan tinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya pada Allah... Itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu.

Sahabat,
Itulah cinta dunia.
Dan seperti juga embun yg akan menjadi tamu sutera labah2 saban fajar...
Begitu juga cinta dunia akan berkerumun
Mendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta pada Rabbnya...
Ia akan datang dalam perbagai bentuk....
Mungkin dalam bentuk harta2 yg bertimbun2,
Mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas,
Mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas,
Mungkin juga terbentuk dari anak2 yg ramai
Mungkin juga terbentuk dari isteri yg terlalu mencintai dunia.
Tak siapa tahu apakah bahagiannya.
'Allah memberi petunjuk kpd orang yg diingininya dan menyiksa yg diingininya...'.

Sahabat,
Hendaklah, kita seperti sutera labah2 itu.
Walau kita dikerumuni cinta dunia,
Walau kita di hambat angin ujian,
Walau kita ditimpa hujan musibah.....
Hendaklah kita sehebat sutera labah itu.
Hendaklah cinta yg kita bina seperti sutera labah2 itu.
Baik dari segi tujuan akan pembinaannya,
Mahupun proses pembinaannya.
Tujuannya adalah utk memenuhi syiar Allah...
Menyempurnakan fitrah kemanusiaan.
Proses pembinaan adalah penuh dengan talbiah
Ruhiah yg baik diperlengkap dengan kefahaman yg mantap Serta amalan yang istiqomah.

Sahabat,
Kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan. Hinggakan kita tersilap membina cinta ini,
Kita isi cinta yang dibina dgn 'embun dunia'.
Bila datang realiti kehidupan,
Maka cinta yg telah disulam dengan kata2 manis
Dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam yg menagih2 nikmat tidur.
Dikhuatiri bila,
Kesusahan hidup datang bertamu.
Bila masalah sedebu menjadi sebatu...
Ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana.
Yg tinggal hanyalah
Kesedihan dan penderitaan.

dari http://djonkjava.blogspot.com

Posted on 3.2.2005 at 9:39 PM

Rabu, 2 Februari 2005

Jiwang Karat? (Delima Merkah)


« pada: 02 August, 2008, 09:35:51 PM »

Bayu bertiup membisikkan rindu
Begitu sukar aku melupakanmu
Walau tak pernah menabur janji
Kau tetap bertakhta di hati

Kini...
Hati terluka sukar diubati
Semakin pilu menahan sendu
Kau hadir membawa harapan
Mengapa pergi tanpa pesan

Harapan hanya tinggal kenangan
SEDIH PILU PERIT PEDIH
Sukar diluahkan
Misteri hatiku tidak terungkap
Lantaran kecewa menjadi hijab

Perlukah aku terus mengharap
Pada harapan yang tak pasti
Atau kucari pengganti
Pengubat duka di kala sepi

Namun akhirnya...
Ku Pasrah, Ku Akur
Lantas ku berdoa dan
Memanjatkan syukur
Apa yang terjadi
Punya hikmah yang tersembunyi

sensei84

Selasa, 1 Februari 2005

Sajak...BELUM KAUTEMUI ( Delima Merkah )


BELUM KAUTEMUI

Di celah lelahmencari dan resahmenanti
kautemui catatan usang
sang pengembara
dan lakaran pudar seorang perindu
masih belumjuga kautemui
warkah cinta agung itu.

Lama berjaga di taman usaha
namun tiada kau rasakan getaran cinta
saat mawar
mengembangkan kelopaknya.

Jemu menunggu di pantai usia
tidak juga mampu kautangkap lagi
suara ombak yang jauh berlari
membawa bersama rahsia hakiki.

Sahabat
mungkin selamanya tidak kautemui
selagi di singgahsana sukma
dunia masih setia bertakhta.

ABIZAI
Miri, Sarawak, Mac 2006


SATU PETANDA

Tersebar padat cerita
menanti satu titik perjuangan
tercatat impian jadi nyata
tersingkaplah lagu harapan
terjawab resah tanda tanya.

Kawal dalam nafsu diri
waspadalah senyumgirang hati
indah ini bersisi ngeri
sudut berselerak menanti
butang aras ditekan
petanda naik segalanya.

Gerak hayat hidup diteruskan
atas kerangka nama jerih
sinar emas di wilayah membangun
terikat segenggammakna
tanamkekal sedar berpada
urus bijak tantanganmelanda
usah leka dalam lewah
kukuhlah dalam pintar berhemah
sebelum petakamelanda satu petanda.

RUSDI ABD RAHMAN
Johor Bahru, 21 Mei 2007


DI MANADUDUK KITA

Melayu kini semakin hebat
itu kata seorang sahabat
apa benar apa yang dilihat
atau hebat yang hanya sekerat.

Melayu hebat ini katanya Melayu baru
dulu di ceruk desa kini berdinding batu
apa benar itu
atau boleh di kira satu-satu.

Melayu baru gah namanya
segak mendabik dada
kadang-kadang terlupa akar budaya
atau memang mahu
memperbaharui budaya.

Melayu yang gah sentiasa mahu di depan
berhabis daya mencari kedudukan
ketepikan saudara musuhi teman
apa pentingnya lagi perpaduan.

Melayu yang di depan kita hari ini
katanya Melayu yang berani
memijak bangsa sendiri
untuk berdiri tinggi
memecah-belah negara sendiri
untuk menonjol diri
melupakan sejarah bangsa
untuk agenda sendiri
menuding jari demi melepaskan diri.

Apakah Melayu begini yang kita megah
apakah Melayu ini
yang disebut abang Tuah
masih punya waktu untuk
Melayu berubah
bersatu sebelum patah
jangan sampai Melayu rebah
rebah yang memunahkan.

PARI PARI MERAH,
Kampung Pandan, KL


PUSINGAN

Sejenak terfikir
apakah jalan yang dilalui
apakah harga sebuah kehidupan?

Kerana hidup dalam pusingan
sering kali berulang tiap ketika
rebah didakap resah
dalam kesulitan dan kesukaran.

Lalu dari mana hadir kedamaian
penawar segala kekusutan
belenggumengikat diri.

Ah, mereka itu durjana!
bukan sang setia yang kau harapkan
mengertikan diri
andai hati telah terkunci.

Dan berlarilah mata-mata sepi
memburu keindahan ilusi
membakar diri.

AZREE ARIFFIN
Petaling Jaya, Selangor


AKU YANGTERLALU MALU
(Menyatakan Sayang Itu)

Aku sentiasa mendoakan dirimu
berbahagia selalu
Walau terlalu payah untuk kunyatakan
Sayang itu sentiasa menggebu
di jiwaku.

Dikaulah ayah ibu
yang mengasuhku
tanpa jemu membelai jiwa nuraniku
menjadi seorang lelaki berani
di gelanggang
kehidupan ini.

Akulah anakmu itu
yang terlalu malu menyatakan betapa
aku terlalu menyayangimu
walau dalam kejauhan
walau dalam ketiadaan
doa restumu adalah kekuatan buatku.


Mungkinkah tanpa kata-kata,
dapatkah kauizinkan rasa kasih itu
kembali menjalar seperti dulu?

KAMAL SUJAK
Cyberjaya, Selangor


BILA JEBAT BERBICARA

Bila Jebat berbicara
akalku, jiwaku, rohku
sekalianmereka mengerti
tentang hakikat penderhakaan
suci kepercayaan yang kunajisi
membusukkan maruah Sultan.

Bila Jebat berbicara
taat setiamu Tuah
bukanmengukir sejarah yang salah
mangkuk persahabatan kita pecah
dipukul keras besi panas fitnah
oleh menteri beraja nafsu
Sultan dibuta amarah.
Bila Jebat berbicara
duhai Tuahku sayang
demi nyawaku yang melayang
di tanganmu
yang tak bermaksud kejam
dari Taming Sari berbisa tajam
kurela darahku tumpah
mengotori Melaka
yang semakin hilang tenang.

Bila Jebat berbicara
cukup kutanggung setia dan derita
di hujung zaman
akulah sanjungan manusia.

FAIZAL MOHD FUAD
Grik, Kedah


JANGAN KEJAR AKU!

Jangan kejar aku
wahai bayangan dosa semalam
yang menghambat kemanusiaan
di simpang lurus pedoman.

Jangan kejar aku
wahai noda kelmarin
yang menjejaki kembara insani
di denai jiwa nurani.

Aku hanya kerdil manusia
sering kali terlupa pada fitrah dunia
tak lepas daripada melanggan dosa
dalam senafas pencarian makna.

ZULFAZLAN JUMRAH
Bandar Tenggara, Johor


DARI PETERANA JANJI TERMETRI

(Khusus untuk Raja Muda Perak,
Raja Dr Nazrin Shah dan
Raja Puan Besar Zara SalimDavidson)

Dari peterana berbaldu kuning
berbunga kalompang
sedondon putih duduk segak Raja Muda
bersama manisnya bersimpuh pilihan hati
termetri kabul diijab terbukti kasih.

Tepak sirih berkerawang emas
sirih junjung berjenjang lima
bertukar bingkisan berbalas cerita
terpaut kasih tertancap bicara.

Raja Muda temannya dinanti sekian lama
rakyat jelata melimpah senyum
tanda syukur terbina ikatan
seulas cantik berpahar kasih
tidak jemu memandang lirik
tak betah berbicara
pasangan diraja berkerawang indah
jodoh dinanti termaktub sudah.

MASNITA ALADIN
Ipoh, Perak


CUCU PUTERI SA’DONG

Ambillah kitab susila ini
biar bicaramu menunjuk budi
biar tingkahmu menjunjung pekerti.

Cucu
puteri ingin beradu nyaman
di bawah teduh,
redupMelayumu.

KALEMAS
Pondok Lati

Berita Minggu