Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 30 Mac 2017

Kembara Asing 666 vi







Udah jatuh ditimpa tangga.

Kenapa aku berani memandu Almera tanpa kunci... udah pernah berlaku sebelum ini. Masa itu kompeni kedekut Sime Darby tak pelawa pun pasangan stafnya jika buat makan malam di hotel Putrajaya. Tak ingat nama hotelnya. Hanya Mila sahaja yang diundang pasangan tak boleh sertai. Masa itulah aku terkena memandu Almera tanpa kunci. Kes yang sama bila Mila yang masuk dulu ke kereta aku tak perasan pun aku tak bawa kunci pendua. Sampai lokasi Mila salam main keluar sahaja. Masa itu aku redah sepanjang jalan raya bulatan terbesar di dunia Putrajaya. Patah balik ambil kunci dari Mila.

Tak macam Island & Peninsular Group Sdn. Berhad (I & P) kompeni lama Mila berkerja dengan Kak Rosmah isteri Abg Najib. I & P ini memang pemurah, bukan sahaja pasangan stafnya sering diundang sama jika ada majlis makan malam; jika buat Hari Keluarga siap belanja tidur di Genting pasangan juga anak-anak. Banyak hotel & resort keluargaku sempat bersantai bawah bajet I & P.

Siingat aku cuma ada sekali Sime Darby buat hari keluarga di tengah estet kelapa sawit di Pulau Carey. Udah kira zaman purbakala. Sekarang langsung tak mandang. Begitulah resam dunia lagi kompeni tu membesar lagilah kedekut. Teramat kedekut. Hanya VVIP kompeni sahaja kaya-raya. Aku sering menjadi pemandu sahaja jika ada jua majlis yang Sime Darby buat. Kecuali masa Mila uruskan Pelajar Progrem Best tajaan Sime Darby. Dapatlah tidur di rumah agam di estet Tangkak sana. Sempatlah mengintai Puteri Gunung Ledang bersiram.

Kes Almera berhantu tadi... syukurlah tak jadi apa sampailah aku di Jenaris dengan penuh segala witir & ratibnya. Mahu tak risau... jikalah sangkut di Elite atau SKVE bagaimanalah nak minta pertolongan. Pasti Afiz jadi mangsa ambil kunci pendua di Jenaris. Takkan nak ganggu Mila sedang berseminar atas arahan Kak Rosmah orang kuat Permata itu.

Aku kena jemput Mila sebelum jam 1:00 tengah hari. Adalah beberapa jam untuk aku menulis di FB atau blog. Paling lewat jam 12:30 tengah hari aku kena bertolak ke Sungai Jelok untuk jemput Afiz & keluarga.

Cuaca memang amat panas. Aku punyai hobi mandi tak berlap. Suka jika keluar dari bilik air dengan basah lenjun. Sejuk air di badan amat nyaman rasanya. Tak kisah T shirt basah. Main pakai sahaja pakaian setelah mandi. Basah kan boleh kering di badan.

Dalam aku kelam-kabut nak kejar masa. Kedebom! aku terjatuh di jubin anjung rumahku. Siap bangku antik dari China tumbang sempat aku tangkap nak timpa tubuhku. Memanglah sakit bila terjatuh tak sengaja ini. Jubin tumpah air mandi memanglah licin. Malaikat 44 lindungiku dengan izin Ilahi. Bayangkan jika terhantuk atau bangku antik ketuk timpa kepala. Impian nak bercuti ke Jengka dengan Afiz & keluarga pastinya tinggal impian. Kena tukar hobi mandi tak berlap ini. Padan muka aku.

Sian Afiz@Along lama menanti; nasiblah Qasrina & Qhalif tak meragam. Aku menuju tenang ke Shah Alam perlu sampai sebelum jam 1:00 tengah hari. Katanya majlis habis sekitar 12:30 tengah hari. Makan takkanlah sampai sejam.

Aku tiba tepat pada waktunya. Tapi nampak sunyi peserta seminar mungkin masih di dewan. Lalu aku cari taman mainan di sekitar taman perumahan Seksyen 19 itu. Bawa cucu main di taman takut mereka bosan meragam. Tengah hari buta. Sambil tul aku suruh Husna@Mie wsapp atau SMS mentuanya.

Ayooyoo udah jam 2:15 petang masih tak keluar dari Dewan Makan ibunya Mila ni. Jengka teramatlah jauh lagi.

- bersambung

Dr Suhaila

Dari Wsapp Penyair iDANRADZi: Teratak Jenaris
[14:28, 3/30/2017] +60 16-909 4343:

Ayah masih di PKupm. Sejak pagi terapi darah. Ramai amat pelajar UPM sebab mereka buat periksa kesihatan; untuk masuk Palapes katanya. Sy tak faham sangat apa Pelapes tu; tenguk macam askar sahaja.

Udah jumpa doktor jam 10:30 pagi; ambil urin & darah. Jam 3:00 petang baru dapat keputusan. Doktor Faridah jual mahal; sy suka nak jumpa dia sebab dia tak banyak cakap. Terpaksa jumpa Dr Suhaila.

10.5 mmol/L gula doktor marahlah tinggi katanya patutnya sekitar 7 atau 8 mmol/L.

Kira okeylah tu... aku kan peminat setia air isotonik... Doktor hanya kasi dua bulan ubat... patutnya tiga bulan ubat padan muka aku.

Baik rupanya Dr Suhaila ini. Dia kasi ubat untuk hilangkan lesu & lenguh-lenguh. Kira bagai vitamin & berpesan jangan minun air isotonik lagi.

Sekitar RM912.48 kos ubat untuk dua bulan. Boleh tahan mahalnya.

4:20 petang baru sampai Jenaris. Kira sehari suntuk aku di luar rumah hari ini. Memang penat badan ini. Cuma sempat makan nasi gulai asam pedas di D Ateh; tak berapa jadi hari ini. Ikan kembungnya kurang segar (fresh).