"Macam mana nak nak taruh umpan ni abg iDAN " Kapten Faizal tetiba muncul sebelahku, nampak dia memang amat berminat belajar tips memancing sebenar.
"Saya tak berapa mahirlah Faizal, sifunya semuanya dah tidur lena, kita belasah sahaja begini... " aku menunjukkan bagaimana nak ikat perambut yang agak panjang kepada tanduk.
"Malam-malam kita kena guna tanduk & perambutnya kena panjang agar ikan nampak dari jauh. Umpan kita boleh taruh sotong yang dihiris panjang; ini pesan dari Tekong Belia."
"kalau kita potong empat segi kecil, bagaimana ikan nak nampak malam-malam!" masih tergiang-giang di telingaku akan pesan Tekung Belia.
Apa yang aku baca di laman sesawang antara lain ini petuanya.
Punca tali utama berpintal dengan perambut kerana umpan dilabuhkan ke dasar terlalu pantas sehingga ia berputar.
Akibatnya, tangsi kerinting dan akhirnya terbelit dengan tali utama. Anda perlu ingat, bentuk umpan ketika jatuh akan berpusing dan perambut turut berpusing.
Cara terbaik mengimbangi pergerakan tali dan perambut supaya tidak bertembung dilabuhkan ialah menggunakan tanduk.
Jatuhkan umpan dengan perlahan melalui kawalan kepantasan tali ketika keluar dari kekili. Jangan terlalu gopoh hendak melabuhkan umpan ke dasar!
Selain itu, jangan melontar umpan dengan melawan arus air. Sebaliknya, turunkan umpan mengikut arus.
Sementara itu, tujuan utama menggunakan perambut panjang ketika memancing di laut ialah untuk menarik minat ikan terhadap umpan.
Perambut panjang membenarkan umpan bergerak secara semula jadi dibuai arus. Tetapi perambut tidak boleh keterlaluan panjang kerana mungkin boleh berbelit pula dengan tali rakan bersebelahan. Perambut panjang hanya sesuai ketika air berarus. Jika tiada arus, gunakan perambut pendek. Selain itu, perambut akan bertindak sebagai menyerap kejutan daya tegangan secara tiba-tiba (monoshock leader) kerana tangsi pada dasarnya mempunyai tahap anjalan yang baik.
Ini kerana ramai pemancing memilih menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Tali sulam tiada daya anjalan dan tidak kenyal. Justeru, ia alah pada henjutan secara tiba-tiba.
Memancing ketika air besar berkesan ketika waktu perubahan arus. Ketika itu,ikan amat galak dan bergerak mengikut arus. Ketika arus deras, ikan biasanya berselindung di sebalik objek atau kekal pada satu tempat. Penggunaan gewang, jig dan popper cukup efektif ketika air besar berbanding air mati.
Jika ingin memancing dasar, anda perlu membawa ladung yang berat bagi menampung kelajuan arus. Jika tidak, umpan akan naik ke atas permukaan ditolak arus deras.
Sedang aku asyik menunjukkan cara memancing dasar pada Kapten Faizal tetiba joranku bergegar, bagaikan ada ikan yang besar meragutnya. Kebetulan Tekong Belia di sebelahku terjaga dari dari mimpinya; dia beriyer-iyer menarik pancingku.

"Sangkut di batu karang ni.." telahannya "Rasanya macam ada ikan!" aku menunggu dengan sabar & berharap agar tidak tali pancingku putus.
"Huh ikan Yu, nak tak ikan ini?"
"Boleh juga nak tunjuk kat anak-anak" aku lihat mata Si Ikan Yu amat Sayu.
Ikan Yu ini amat sedap jika pandai memasaknya; kulitnya kena dibuang sebab ada terasa seakan pasir. Pernah aku, Pak wahid, Yassin & Haji Badar memancing di Teluk Batik dapat ikan Yu ini. Pak Wahid hingga kini mengidam daging ikan Yu. Sedap sangat katanya. Di hotel sering sirip ikan Yu ini dijadikan sup yang enak.
Sepanjang malam aku tidur-tidur ayam sahaja, banyak ikan karang aku naikkan; bila asyik sangkut sahaja guna tanduk aku menggunakan batu kana menghanyutkan umpan mengikut arus; memang menarik banyak ikan yang cantik-cantik sisiknya dapat kunaikkan. Sisik ikan laut memang cantik ketika baru naik ke bot; bilamana nyawanya melayang sisiknya jua bertukar rona.
Jauh dalam sudut hatiku; aku terlalu ingin menurun segala ilmu memancing yang aku ada kepada Kapten Faizal, tapi aku bukannya Sifu seperti Fairuz & Reza.
Entah bila aku terlelap dengan pancing yang terikat di dinding bot tau-tau aku telah berada di perkampungan si ikan Yu; heboh sekampung katanya aku telah meminang anak dara mereka yang tercantik. Sering menjadi pingitan nak muda si ikan Yu yang lain. Kekasih si ikan Yu ini katanya terlalu sedih & melemparkan rantai mutiara yang dihadiahkan oleh Puteri si ikan Yu Sayu; & terpaksa reda melepas Sang Puteri si Yu Sayu ke darat; mereka kata itu nama berjihat; menyerahkan jasad & nyawa mereka kepada manusia. Namun kembar Sang Puteri si ikan Yu telah pun menyarungkan ke insangnya rantai mutiara kekasih yang buang akaknya. Petanda dia sudi menyambut cinta kekasih Sang Puteri si Yu Sayu. Telah begitu lama hidup mereka berjuang di dasar lautan untuk menuju harapan menjadi milik manusia.
Hari telah cerah. Aku sembahyang subuh dengan indahnya mimpi bersama senyuman Si Ikan Yu yang bermata Sayu. Mata ikan Yu masih celik & senyum selalu kepadaku. Aku teringat aku bertandang di kampungnya malam tadi.
Bot kami meredah ombak tenang menuju pulang. Sepanjang perjalanan pulang sekadar singgah sekejap di unjam melabuh Apollo pun cuba menjinakkan ikan tenggiri; tangkapan kami tak sebanyak mana berbanding Tekong Belia, awak-awak & anaknya. Kami terkilan juga bilamana Tekung Belia agak banyak juga membawa ikan pulang. Bahagian yang dia tangkap diasingnya dari kotak ikan kami. Fairuz bersungut juga tapi aku tenangkan dia. Biasanya jika kita menyewa bot Tekung atau Awak-Awak jarang mengambil hasil tangkapan; tapi aku terfikir hidup nelayan memang susah mungkin hari itu dia keputusan lauk atau barangan dapurnya. Sewa botnya pun taklah semahal mana!. Biarlah lagi pun mereka jua saudara kita seagama.
Aku tetap merindui desah ombak di Penyabong & berharap akan ke sana lagi satu hari nanti.
Titik.