Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 22 Disember 2014

Positif Hadapi Menopaus

SOALAN :

Doktor, umur saya sekarang sudah mencapai 45 tahun. Alhamdulillah, selepas menjalani pemeriksaan, tahap kesihatan saya masih berada di tahap yang baik. Untuk pengetahuan Dr., saya kini juga bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan penyakit terutamanya menopaus. Cuma saya ingin bertanya dengan, apakah risiko penyakit-penyakit yang akan dihadapi wanita lewat usia 40-an dan bagaimana pencegahannya.

Terima kasih, 

Suzana, 
Selangor.

JAWAPAN :

Penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an. Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Masalah menopaus, biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 30 tahun untuk menempuh hidup ini. Selain gejala menopaus, wanita terbabit juga mengalami masalah lain. Antaranya osteoporosis (tulang rapuh), berat badan meningkat, kulit kering, berkedut dan gatal-gatal, rambut mudah gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan, sukar mengawal pundi kencing, misalnya selalu terkencing ketika batuk, masalah perubatan seperti diabetes mellitus (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), hiperkolesterol dan risiko kanser termasuk kanser payu dara, kolorektal (usus), rahim dan juga kilang telur (ovari).

Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Simptom yang akan merubah wanita 40-an yang mengalami proses penuaan antaranya cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa hangat memerah (hot flushes), paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan perasaan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada. Golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Tidak semua wanita akan menghadapinya, tetapi kemungkinan itu ada. Namun bagi wanita, ini bukan penamat kehidupan kerana masih ada rawatan untuk mengatasi masalah ini. Yang penting, masing-masing mengambil inisiatif menjalani ujian saringan seperti ujian darah bagi mengetahui paras glukosa dan juga kolesterol, ujian mamogram, pap smear, ujian imbasan ultrabunyi pada bahagian pelvis dan juga ujian densitometri tulang. Ujian saringan ini penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun. Misalnya, kanser tidak mengira umur dan pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk pencegahan awal.

SuplemenDalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru mereka disaran mengurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Selaras gaya hidup sihat, setiap orang perlu melakukan senaman. Antara kelebihan senaman mengurangkan tekanan dan risiko obesiti. Ramai wanita tidak tahu masalah kitaran haid dipengaruhi oleh masalah obesiti. Oleh itu, pengawalan berat badan amat perlu. Selain itu, senaman dapat mengimbangkan dan menguatkan otot. Namun, senaman yang dilakukan perlu mengikut kemampuan peringkat umur. Bagi mereka yang tidak larat, tidak perlu berlari. Hanya banyakkan berjalan seperti waktu pagi sekurang-kurangnya hingga berpeluh.

Berfikiran positifDengan ilmu pengetahuan dan berfikiran positif, wanita dapat menghadapi fasa menopaus dengan keceriaan dan lebih berkualiti. Oleh itu saya sarankan untuk puan membaca buku yang berjudul Menopaus: Menghadapinya Tanpa Kepiluan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka pada 2010. Buku itu mengandungi maklumat yang diperlukan oleh wanita bagi menyiapkan diri masing-masing bagi menangani kehidupan semasa dan selepas menopaus. Ia memperincikan semua fakta yang perlu diketahui serta maklum balas daripada pengamal perubatan berkenaan isu yang dianggap peribadi ini. Di samping itu, terdapat keterangan tentang gejala yang dialami oleh wanita yang menghampiri fasa menopaus, serta bagaimana rawatan yang boleh diambil bagi melegakan golongan wanita yang memerlukan bantuan ini. Sesungguhnya menopaus bukan titik noktah untuk sebuah kehidupan. Raikannya dengan senyum kegembiraan. Hadirnya menopaus melambangkan kelangsungan hidup yang hakiki untuk setiap wanita.

Ahad, 21 Disember 2014

Seks Tengah Malam, Suami puas, Isteri Terseksa

Serangan seks di tengah malam menjanjikan kenikmatan tersendiri bagi kaum lelaki. ia bakal menghilangkan rasa penat dan memulihkan kembali stamina mereka. tapi apakah isteri merasakan perkara yang sama?

Selalunya reaksi yang berbeza diterima oleh wanita. Permintaan seks di tengah malam dianggap sebagai gangguan selain langsung tidak punya mood untuk melakukannya. Perkara ini juga diakui oleh pakar seksologi, menurut mereka sensasi seks yang asyik pada tengah malam ini hanya dirasai oleh golongan suami.

Bagi sebahagian isteri tindakan suami ini dianggap pula sebagai beban kerana mampu menurunkan kadar kenikmatan bercinta. Menjelang tidur yakni jam 11.30 malam atau 12 tengah malam, bukan seks yang ada difikiran wanita, tapi bagaimana dia perlu bangun keesokan hari dan menyiapkan keperluan anak dan suami, bukan seks. Walau pun ada yang melayani suami, ia selalunya hanya sekadar kewajipan dan mereka tidak akan mengalami kenikmatan.

Sikap egois
Lelaki yang merasakan seks tengah malam lebih nikmat daripada waktu biasa sebenarnya menunjukkan sikap egois mereka. Sebabnya, hubungan yang dilakukan ketika ini belum tentu memberikan kepuasan kepada kedua belah pihak.

Namun sekiranya ingin menjadikan seks sentiasa dinikmati bersama maka suami harus mampu membangun komunikasi yang efektif. Ertinya, mereka tidak segan bertanya kepada isteri, waktu untuk seks yang disukainya. Perlu diketahui, tidak semua isteri menyenangi pilihan waktu seks suami. Sekiranya isteri senang mengadakan seks di pagi hari, maka lakukannya di pagi hari kerana pada masa tersebut isteri mungkin akan mudah mencapai orgasma.

Boleh menimbulkan konflik
Dalam pada itu kata pakar, wanita yang merasakan seks di tengah malam sebagai beban selalunya tergolong dalam isteri berkerjaya . Mereka ini sudah mempunyai rutin hidup yang tetap. Masuk tidur jam 11 malam dan bangun jam lima pagi untuk menyediakan sarapan, menyiapkan anak ke sekolah sebelum berangkat pergi bekerja jam 7 pagi.

Seandainya hubungan seks dilakukan jam 12 malam, maka waktu istirahat dan kualiti tidur mereka akan terjejas, secara automatik stamina juga menurun. Perkara ini boleh memberi kesan negatif kepada psikologi isteri.

Bagi isteri moden, mereka akan menolak hubungan seks seperti ini, kerana merasakan mereka tidak akan mendapat kenikmatan dan rutin hidup menjadi tidak teratur. Jika terpaksa dilakukan, permintaan seks di tengah malam oleh suami ini boleh saja menimbulkan konflik sekaligus menjejaskan keharmonian rumah tangga. Sebab itu amat disarankan, para isteri yang tidak menyenanginya meluahkan rasa hati agar suami dapat memahami.

Bagaimana pun biasanya, fenomena midnight attack terjadi pada pasangan suami isteri yang baru berkahwin, jarang sekali berlaku pada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Sebabnya wanita yang lebih berusia biasanya cenderung memilih waktu untuk hubungan seks, selain berani menolak. Sedangkan wanita muda takut menolak, bimbang dimarahi suami atau takut mereka akan berlaku curang.

Isteri perlu persediaan
Sebenarnya hubungan seks dengan pasangan bukan semudah membalik telapak tangan. Berhubungan seks memerlukan persiapan bukan terus menerjah. Bagi kaum wanita ghairah seks mereka tidak muncul semudah lelaki.

Justeru perkara ini harus difahami oleh suami. Oleh itu bagi memastikan isteri bersedia, tiada salahnya anda memberitahunya terlebih dahulu agenda seks yang diinginkan.

Selalunya apabila diberitahu, isteri akan mulai berfikir cara untuk memuaskan suami dan dia sendiri akan melakukan persiapan. Di situlah berahi isteri mulai naik. Tatkala suami pulang, isteri sudah dalam keadaan sedia untuk berhubungan seks dan selalunya mereka akan cepat mengalami kepuasan.

- Alahai jam berapa pula baru sesuai jika dah berkeluarga anak dah besar takkan selepas Isyak semua nonton TV lagi masa tu nak masuk bilik rumah banglow tiga tingkat mungkin sesuai... Maghrib lagilah tak kena... siang lagi tak sesuai... subuh ke yang sesuai... cer kasi cadangan jika buka tengah malam. Apatah lagi orag Islam kan disunatkan malam jumaat... malam Jumaat maksudnya selepas Maghrib.




Mak Nyah Disisih Suami Mat Saleh

Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.

Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.

Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.

“Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia,” kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar.

Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.

“Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun,” kata Fatine.

Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka.

Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.

Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah.

Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.

Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.

Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009.

Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain.

Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.

Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.

“Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula berkerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma £640 (RM3,160) sebulan,” kata Young sebelum ini.

Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.

“Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata perkara buruk terhadap saya,” kata Fatine.

Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.

Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki Fatine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.

Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.

“Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya,” ujar Young.

“Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula,” tambahnya. – Agensi

Berapa Kerap Suami Isteri Sepatutnya Bersetubuh




Beberapa hari lalu, +The Wall Street Journal muncul dengan persoalan yang lazim, tetapi bukan merupakan isu kritis untuk pasangan suami isteri, iaitu tentang kekerapan bersetubuh.  Elizabeth Bernstein,  kolumnis akhbar itu membangkitkan, apa yang terjadi jika si suami mahu, tetapi isteri enggan dengan mengemukakan pengalaman pasangan Chris Mower dan Afton yang sebelum setengah tahun berkahwin, Mower, si suami semakin berasa bimbang kerana mereka tidak cukup mengadakan hubungan seks.  Keadaan ini semakin teruk minggu demi minggu.

Apabila Mower cuba membincangkan masalah tersebut dengan isterinya, jelas Elizabeth, dia menukar subjek.  Si suami cuba berbisik, tetapi si isteri tidak mempedulikannya.  Mower yang menjejak kehidupan mereka dalam buku nota, memberitahu bahawa dia cuba memulakan hubungan seks, tetapi merosot.  Mereka merancang untuk bersetubuh, tetapi tidak disempurnakan. "Untuk saya untuk berasa elok tentang diri saya," jelas Mower, "saya memerlukan isteri saya untuk bersetubuh dengan saya.  Kalau tidak, saya fikir dia tidak mencintai saya."

Walau bagaimanapun, hujah Elizabeth, pasangan suami isteri adalah luar biasa dari segi kesediaan mereka untuk bercakap secara terus terang tentang sumber lazim rasa tidak gembira tentang perkahwinan, iaitu perbezaan jangkaan tentang seks.  Mereka muncul dengan penyelesaian yang mereka percaya dapat menyelamatkan perkahwinan mereka dan ingin pasangan lain tahu.

Elizabeth yang juga memetik pandangan pakar yang semakin percaya bahawa hubungan seks merupakan pengalaman emosi untuk lelaki berbanding dengan untuk wanita.  Lelaki cenderung melahirkan perasaan dengan tindakan, bukannya dengan kata-kata. Tidak sepreti kebanyakan wanita, mereka mungkin tidak bersembang hati ke hati dengan setiap orang daripada kawan rapat mereka kepada pemandu bas, dan mereka selalu mengehadkan dakapan dan kasih sayang  fizikal kepada keluarga terdekat mereka.

Namun, Emma Gray yang menulis dalam blog +The Huffington Post meragui bahawa keinginan bersetubuh itu hanya muncul pada pihak suami.  Bagi Emma, The Wall Street Journal ingin anda mengetahui bahawa lelaki yang berkahwin memerlukan seks, tetapi keinginan mereka tidak kesampaian, kemungkinannya kerana isteri mereka keberatan. Wanita yang berkahwin juga, hujah beliau ingin mengadakan hubungan seks.

Rabu, 10 Disember 2014

Terima Kasih Staf TNB


Sebermula pada suatu ketika kami bercuti panjang. Bila balik ke rumah pasang elektrik. Lampu jadi macam kelab malam. Gedik-gedik tak mahu nak hidup. Terang gelap & bunyi ketik-ketik di kebanyakan plug.

2. Aku matikan suiz utama. Padan semua suis. Lampu plug tv peti ais semuanya aku tutup. Buka lampu. Dari berkelip-kelip lama-lama stabil. Kipasokey semua semua okey. Maka taklah aku jadi nak buat aduan.

3. Selang beberapa hari aku tertembung pembaca meter tanyakan masalah yang sama apakah pelanggan lain pernah komplen. Katanya biasa sebab ada ketika karan tak cukup stabil masuk ke rumah.

3a. Ada beberapa kali masalah yang sama. Sampai pernah satu hari tu jiran baruku si Ajal panggil aku dari luar. Dia dengar suis utama luar rumah bunyi ketik-ketik. Aku kata dia biasa berlaku nanti akan hilang sendiri.

5. Tapi semalam dah kira berbeda. Dah luar biasa. Lampu berkelip-kelip langsung tak lagi menyala terang. Aku cuba berkali-kali padam & tutup suis utama dalam rumah. Alahai hanya lampu LED untuk tidur aku saja yang nyala. Kipas angin pun tak mahu bergerak. Mila membebel bila aku suruh dia & Azim telefon TNB bahagian aduan. Dia kan lama jadi setiausaha sulit. Pandai berkomunikasi dengan manusia sejagat. Aku ni jika staf tu banyak soal jawab cepat barannya. Selalu kes mereka kata alatan atau pendawaian dalam rumah yang ada masalah. Aku yakin agihan dari luar rumah dari ibu sawat yang punca angkara.

6. Lama aku bergelap tunggu bantuan dengan berlampukan lilin. Sekitar jam 11:30 malam baru dua staf dari TNB datang. Firasat aku betul memang suis utama dari luar sebelah meter TNB yang sudah bermasalah. Fiusnya dah terbakar sebab itu tiada agihan karan ke dalam rumah. Payah nak meramal apa punca masalah tenaga elektrik ini. Nak usik memang tak berani. Tak sampai 15 minit dah usai masalah. Tukar fius utama kini semuanya dah sempurna. Terima kasih staf TNB datang ke rumah larut malam.

Jumaat, 7 November 2014

ELEKTRIK

BILA TIADA ELEKTRIK.

 
Dinihari tadi sekitar jam 1:00 pagi tetiba tiada kuasa elektrik. Kipas tak berputar. Penghawa dingin memang lama tak turun salji. Rosak tidak mampu dibaiki. Rumah teres yang sekadar bergelar teratak di pinggir kota ini tetiba diselubungi kepanasan. Aku mengadap peti ais lama yang banyak kentulan ais beku. Haba sejuknya menerjah tubuhku yang tak boleh tidur.

Teratak ini bukan di tepi bendang. Jika tepi bendang sudah pasti desah dari pepohon padi akan dapat menyejukkan teratakku. Teratak ini bukan di lereng jeram. Tanpa penghawa dingin pun deburan air terjun juga sejuk lambaian dedaun akan pasti menyelimuti kesejukan tak perlukan alatan elektrik menyejuk diri.
Emm sekitar jam 3:00 pagi masih tiada punca elektrik. Gelisah bukan main. Cuba lelap di kamar panjang. Tak mampu berbahangnya. Cuba lelap di anjung teratak tak juga dapat bermimpi indah. Hutan batu tak dapat menjanjikan kedamaian bila tiada elektrik. Suara radio terhenti. TV terpadam. Kipas angin kaku. Tiada bisikan riang-riang atau syair sayu cengkerik di kota ini. Hanya sesekali kedengaran salakan anjing yang amat ngeri. Lemas.

Alahai yang aku terfikirkan, ini baru sekadar gangguan sementara elektrik bagaimana nanti jika diri ini terkurung sepi di liang lahat nanti. Apakah ianya lebih gelap lebih panas & lebih azab nanti. Tatkala itu apakah ada harapan mahuku ketik suiz iman yang dapat menerangi alam barzakhku nanti.

Abang Idan
Jenaris Kajang.


 

Khamis, 6 November 2014

Ziarah ke Jabal Thur,Padang Arafah,Jabal Rahmah dan Jaranah.

Hari Yang di Lalui bila berada di Mekah, dan bila berada di Masjidil Haram, hati penuh kesayuan, penuh kesyukuran kepada mu ya allah …bibir tidak putus2 mengucapkan Subhaanallaah,Alhamdulillah dan allahuakbar serta أستغفر الله‎ 
setiap hari berulang alik dari hotel ke masjid, hatiku berbunga2 , dan hati juga sering berdoa , semoga hari2 yg dilalui akan dpt aku ulanginya kembali satu hari nanti..dalam perjalanan ke MasjidilHaram dari Hotel atau semasa perjalanan pulang dari Masjidil Haram ke Hotel..tak terasa penat, atau panas pun..sebab hati selalu berbunga2 + happy dapat sampai ke sini menjadi tetamu allah..mata asik melilau2 melihat pemandangan kawasan sekitar.

 Ini jalan aku ke Masjidil Haram setiap hari
alhamdulillah,syukur ,jarak hotel ngn masjid agak dekat
Kadang dlm perjalanan ke Masjid untuk solat zohor,cuaca adalah panas melampau

Sampai sepet2 mata menahan kepanasan..kdg aku terlupa bawa spek itam,.lagi kalau time nak buat umrah..lagi ler tak bawa spek hitam.

 tgklah,time ni nak g solat zohor,panas melampau
sampai kty tak leh buka mata.

 kebanyakan masa di Mekah, sama je rutin harianku..bangun seawal 2am ke masjid untuk solat subuh,balik lepas solat ,sarapan, naik bilik ,mencuci pakaian,

Jam 11am ke masjid utk solat zohor, dan iktikaf di masjid sampai Asar ,
kalau buat umrah, kitaorang makan dulu sebelum ke Masjid ,takut tak larat nak buat umrah, lagi sebab risau keadaan mak dan maklong.
Dan semasa di sana masa seakan terasa lambat, sampai kadang aku rasa mcm tak percaya lah baru hari isnin ke..baru hari selasa ke..rasa mcm masa itu terhenti , allah nak aku nikmati masa yg ada di sini sepuas-puasnya.

Alhamdulillah semua solat fardu dpt aku tunaikan di masjid. Syukuran..

Alhamdulillah sangat, disebab hotel aku dekat jer ngn Masjid, jadiknya tidak timbul kesulitan bagi ku untuk ke masjid, tidak terasa jauh , walupun kadang aku sorg2 je jalan kaki ke masjid sambil menikmati pemandangan Masjidil Haram. Itulah rutin harian aku, kalau aku beritikaf di Masjidil Haram, baliknya pasti aku akan beli aiskerim ngn jus buahnya.Harga untuk Eskerem Mixed = 3Sar ,dan Jus Buah = 5Sar.




Rasanya lebih kurang Tutti Frutti..tapi dengan harga yg murah, Cuma tade lah letak toping bagai atas aiskerim tu..tapi makan begitu sahaja ,dah sedap dan kenyang
sampai aku rasa aku kurang mkn nasi kt sana, sebab kekenyangan makan eskerem.
Sampai kekadang ,kalau aku balik ke Hotel berseorangan di dalam lif ,ada jemaah lain masuk, pasti menegur, makan eskerem ? sedap ke..sbb kebanyakan takut nak makan, takut deman + batuk . Hari2 makan aiskerim ,minum jus buah,padahal pihak TA ada je menyediakan makanan sehari 3 kali,Boleh tahan lauk pauknya ,sedap-sedap belaka..Sebenarnya Soal Makan di Mekah, tidak ada masalah pun , banyak je kiosk jual makanan selain pihak hotel pun turut menyediakan makan .


Pada hari Selasa 19 March 2013, kami ada ziarah luar

Hari itu kami ke Jabal Thur,Jabal Rahmah, Padang Arafah dan Ke Jaranah seterusnya miqat utk umrah pada sesiapa yg nak buat umrah.

Memula kami di bawa ke Jabal Thur, tapi kami hanya berhenti untuk mengabadikan sekeping 2 foto je di sini.

Sejarah mengenai Jabal Thur ,sumber dari>> Sini
Jabal Tsur, letaknya sekitar 6 kilometer di sebelah selatan Masjidil Haram, di sana terdapat Gua Tsur, tingginya sekitar 1,25 meter dengan panjang maupun lebarnya kurang lebih 3,5 meter x 3,5 meter. Gua tersebut memiliki dua pintu, yaitu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Di pintu sebelah baratlah  yang digunakan Nabi untuk masuk yang tingginya sekitar 1 meter, sedangkan pintu sebelah timur walaupun lebih luas, sengaja dibuat untuk memudahkan orang keluar masuk gua. Untuk mendaki sampai ke puncak Jabal Tsur ini diperlukan waktu sekitar satu setengah jam.

Sejarahnya, sebelum Nabi Muhammad Saw dan Abu Bakar r.a berangkat untuk hijrah ke Madianah, pada malam hari itu Beliau tidur di rumah pamannya  (Abu Thalib) dengan di temani saudara sepupunya Ali bin Abi Thalib. Rumah Abu Thalib sebenarnya telah dikepung oleh orang-orang kafir Makkah. Mereka berencana akan menangkap bahkan ingin membunuh Nabi Muhammad Saw. Tetapi atas pertolongan Allah SWT, para pengepung itu tertidur kemudian Nabi Muhammad Saw keluar dari rumah tersebut menuju suatu tempat di mana Abu Bakar r.a telah menunggunya.


Setelah bertemu dengan Abu Bakar r.a, Nabi Muhammad Saw berjalan ke arah berlawanan menuju madinah, yaitu ke Jabal Tsur yang letaknya berada di selatan Makkah (arah negara Yaman), sedangkan Madinah berada di Utara Makkah, untuk menghindari dari kejaran orang kafir. Pada malam itu Allah Swt menurunkan ayat
Yang artinya : “Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya” ( Q.S Al-anfal ayat 30 )

Ketika Nabi Muhammad SAW berdua dengan Abu Bakar ra telah berada di dalam Gua Tsur, Allah SWT memberi pertolongan dengan mengutus para malaikat yang membuat sarang laba-laba yang menutupi mulut gua tersebut dan meletakan sarang burung merpati yang sedang mengerami telurnya, sehingga orang kafir (Makkah) yang sudah tiba di mulut gua yakin bahwa tidak mungkin Nabi Muhammad SAW bersembunyi di situ. Akhirnya merekapun pulang dengan tangan hampa  dan Nabipun selamat.

Firman Allah SWT:
Artinya : Jikalau kalian tidak mau menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepadanya (yaitu) ketika orang kafir (Makkah) mengusir dia, sedangkan dia adalah satu di antara kedua di dalam gua (Tsur)”. Dia berkata pada temannya (Abu Bakar), ”janganlah engkau bersusah hati karena tuhan beserta kita.” Maka, Dia menurunkan ketenangan ke atasnya  (Muhammad) dan  membantunya dengan tentara yang kalian tidak bisa melihatnya, dia menjadikan kalimat/seruan orang-orang kafir menjadi rendah, dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Mulia serta Maha Menghukum. (Al-Qur’an Surat  Attaubah/9 Ayat 40).
Selain dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sini, tahukah semua pada suatu hari nanti akan berlaku satu peristiwa dahsyat di Bukit Thur dan peristiwa ini telah disebut di dalam Al-Quran?

Selepas berlakunya tanda kiamat yang pertama, muncul Imam Mahadi dan Nabi Isa AS akan dibawa turun dari syurga untuk memerangi Dajjal. Setelah berakhirnya peperangan tersebut muncul pula Yakjuj Makjuj tapi kali ini Nabi Isa AS tak dapat melawannya kerana Yakjuj Makjuj ini tersangatlah dahsyat. Baginda memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk diselamatkan dari kekacauan yang ditimbulkan dan pada waktu ini Allah SWT akan memerintahkan Nabi Isa AS membawa seluruh umat Islam untuk berlindung di Bukit Thur. Kemudian Allah SWT menghantar sejenis binatang seakan-akan ulat yang akan memusnahkan Yakjuj Makjuj sehingga hancur luluh kesemuanya. 
Setelah kesemuanya hancur kemudian Allah SWT akan menghantar sejenis burung sebesar unta yang akan membawa bangkai Yakjuj Makjuj ini ke tempat lain. Dan setelah itu Allah SWT akan menurunkan hujan yang lebat untuk membersihkan keseluruhan bumi sehingga berkilau seperti pasir pantai yang bersinar. Selepas peristiwa tersebut maka bumi pun kembali subur dan Nabi Isa AS akan memerintah dunia selama 40 tahun. Dalam tempoh itu baginda akan menunaikan Umrah dan Haji sebelum wafat. Setelah kewafatan baginda dan meninggalnya Imam Mahadi (beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi Isa AS), maka akan berlaku satu peristiwa di mana Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki dari keturunan Habsyi. Kemudian akan berlaku tanda-tanda kiamat yang lain sehinggalah matahari terbit dari Barat. Akhir sekali akan turunnya malaikat Israfil yang akan meniup sangkakala sebanyak 3 kali untuk mengejutkan seluruh umat manusia dan pada waktu ini dunia akan bergoncang, kemudian untuk mematikan semua benda yang bernyawa dan akhir sekali membangunkan semula seluruh umat manusia bagi menghadapi hari pembalasan. 

Masa di Jabal Rahmah, mutawif member penerangan sejarah mengenai Jabal Rahmah.

Bukit berbatu di Padang arafah, yang terletak sekitar 25 km sebelah tenggara kota Mekkah. Dipuncak bukit tersebut terdapat ‘tugu putih’ yang dibangun untuk mengenang peristiwa yang sangat mengharukan pertemuan antara Nabi Adam AS dan Siti Hawa yang dipisahkan oleh Allah SWT selama 200 tahun, ditempat ini pula Rasulullah menyampaikan wahyu yang terakhir turun yaitu Surat Al Maidah Ayat 3




Mutawif banyak kali pesan kat group kitaorang seramai 23 orang ni, jangan terlalu sangat meminta-minta ,Atau berdoa kat Jabal Rahmah,sampaikan ada yg solat kat atas tu,ada yang siap tulis nama kat atas tu, menangis –meraung dekat atas Jabal Rahmah,sampai solat pun mengadap batu putih,dah tak ngadap arah kiblat.

Apapun kita berdoa pada allah yang satu,kita minta padanya dan solat mengadap kiblat.

Boleh berdoa, tapi jangan sampai jadi khurafat dan tahyul.


Aku fikir banyak gak betul apa yg mutawif cakap, jadi bila sampai di Jabal Rahmah, malas aku nak naik ke atas tuh,Lagipun kitaorang pun tak berhenti lama,


Kalau tahun-tahun lepas ada unta yang dihiasi bunga-bunga di bawah Jabal Rahmah..

Tapi untuk tahun ini ,aku ada baca kat mana dah tak ingat, memang takde dah unta-unta nie.

Tapi diganti dengan beberapa ekor lembu.


Lepas ke Jabal Rahmah, bus membawa kami round-round sekitar Padang Arafah

Padang Arafah yang jaraknya kira-kira 18km dari kota Mekah,pada jemaah yang mengerjakan Haji mereka dikehendaki berkumpul di sini sekurang-kurangnya sebelum atau di awal waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga terbitnya fajar 10 Zulhijjah. Wukuf diwajibkan ke atas jemaah Haji kerana ia adalah detik kemuncak dan merupakan syarat utama sah Haji.


 padang arafah

Tapi kami tidak berhenti pun di Padang Arafah, hanya melihat sekitarnya dari tingkap bas yang membawa kami ronda-ronda di Padang Arafah, bas juga melalui penempatan jemaah haji di Mina, di sini aku dapat melihat banyak khemah yg siap didirikan..aku rasa jumlahnya mungkin mencapai beribu-ribu khemah.Tapi masa kami dibawa melawat,keadaan disini lengang,tapi tidak semasa musim haji, mungkin berjuta2 umat manusia ada di sini.





Dari Padang Arafah kami Ke Jaranah untuk bermiqat dan niat umrah.


pic credit to google..x sempat nak snap gambar

Masjid Ja'ranah terdapat pada sebuah kampung yang jaraknya kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, Makkah al- Mukarramah. Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah merupakan miqat paling tinggi derajatnya dibanding miqat yang lain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. Masjid ini merupakan salah satu tempat miqat untuk berniat mengerjakan ibadah umrah. Setelah mengambil miqat di tempat ini, diharuskan memakai pakaian ihram dan berniat ihram.
 Tapi macam biasa orang yang sangat ramai, lebih-lebih lagi bahagian perempuan, memang akan sentiasa sibuk, jadik kita diminta banyak-banyakkan bersabar dan membiasakan diri dengan suasana begini semasa di sana,semua orang pun berlumba-lumba untuk membuat amal ibadat. أستغفر الله


Sebab itu kalau boleh, kita ambil wudhu awal-awal dari hotel, tapi kalau dah nak terbatal wudhu macamana pulakkan ..terpaksa jugalah ambil wudhu lagi, jadi didiklah hati supaya bersabar dan sentiasa berzikir, supaya kita tidak menjadi baran atau mengeluarkan perkataan yg tidak diingini bila menghadapi keadaan yang bersesak-sesak.

Bila masuk dalam masjid, segeralah cari tempat untuk kita bersolat.

Tapi kami tidak boleh berlama-lama disebabkan nak kejar masa ,takut terlepas waktu zohor..lagipun kalau dah nak dekat solat zohor,bas dah tak boleh masuk area hotel, karang kami kena menapak jauh, kesian pula pada warga emas. Jadi aku takde lah soping sangat masa kat Jaranah, walupun mcm menarik semua barang-barang dagangan yg dijual di sekitar Jaranah, tapi aku hanya membeli kasut tawaf.

Aku juga melihat banyak juga penjual yg menjual kain ihram, jadi kalau sesiapa yg tiada pakaian ihram bagi lelaki, boleh lah beli di sini ,dan boleh lah buat umrah.

selepas naik bus, baru aku berniat untuk umrah.Dalam perjalanan balik ke Hotel kami Singgah di Jabal Nur di mana di situ terdapat Gua Hira.

Gua Hira berada di Jabal Nur. Jabal artinya gunung, Nur artinya cahaya. Jabal Nur letaknya sekitar 6 kilometer ke arah utara Masjidil Haram. Pada bagian puncaknya terdapat sebuah gua yang di bernama Hira. Sejarah penting yang pada Gua Hira adalah turunnya ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an untuk pertama kali. Saat turun ayat tersebut dikenal dengan hari Nuzulul Qur’an, yaitu tanggal 17 Ramadhan. Adapun ayat yang pertama turun adalah ayat 1 sampai dengan ayat 5 surat Al’alaq, 


 puncak Jabal Nur,pic credit to google
Satu lagi kisah mengenai Jabal Nur dan Gua Hira
 Gua Hira' adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.serta isterinya Siti Khadijah yg pada masa itu sedang mengandungsering menghantarkan makan untuk suaminya.

Tapi rombongan kami tidak berpeluang untuk mendaki Jabal Nur atau masuk ke Gua Hira, Ada jer rombongan dari TA lain yang melakukan, tapi kalau di beri peluang satu hari nanti, kesihatan yg baik, aku ingin juga mencuba.
 

Dari Jabal Nur, kami terus pulang ke Hotel untuk solat Zohor berjemaah ,dan membuat Umrah.