Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2013

Manfaat dan Khasiat Ketapang


Pohon ketapang atau Terminalia catappa.
Pohon ketapang kerap ditanam sebagai pohon peneduh di taman ataupun pinggir jalan. Pohon ketapang mempunyai bentuk cabang dan tajuk yang khas. Cabangnya mendatar dan tajuknya bertingkat-tingkat mirip struktur pagoda.


Selain disebut ketapang, pohon ini memiliki berbagai nama daerah seperti hatapang (Batak), katafa (Nias), katapieng (Minangkabau), lahapang (Simeulue), ketapas (Timor), atapang (Bugis), talisei, tarisei, salrise (Sulawesi Utara), tiliso, tiliho, ngusu (Maluku Utara), sarisa, sirisa, sirisal, sarisalo (Maluku), lisa (Rote), dan kalis, kris (Papua).

Nama tumbuhan ini dalam bahasa Inggris adalah tropical almond, India-almond, Umbrella tree, Sea almond, dan Beach almond. ketapang dalam bahasa latin (ilmiah) adalah Terminalia catappa L. yang bersinonim dengan Terminalia moluccana Lamk., Terminalia procera Roxb., dan Terminalia latifolia Blanco,.

Diskripsi dan Ciri-ciri.
Pohon ketapang (Terminalia catappa) bertajuk rindang dengan cabang-cabang yang tumbuh mendatar dan bertingkat-tingkat; pohon yang muda sering nampak seperti pagoda. Tingginya dapat mencapai 35 meter.
Daun ketapang lebar berbentuk bulat telur dengan pangkal daun runcing dan ujung daun lebih tumpul. Pertulangan daun sejajar dengan tepi daun berombak. Daunnya meluruh (meranggas) dua kali dalam setahun
bunga ketapang berukuran kecil dan terkumpul dalam bulir dekat ujung ranting berwarna kuning kehijauan dengan panjang sekitar 8–25 cm. Buahnya batu berbentuk bulat telur agak gepeng dan bersegi. Saat muda buah ketapang berwarna hijau kekuningan dan berubah menjadi ungu kemerahan saat matang.
Ketapang (Terminalia catappa) berasal dari Asia Tenggara, dan tersebar hampir di seluruh daerah di Asia Tenggara termasuk di Indonesia. Tumbuhan ini juga biasa ditanam di Australia, India, Madagaskar hingga Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Habitat yang disukai oleh pohon ketapang adalah daerah dataran rendah hingga ketinggian 500 meter dpl. Pohon ini menggugurkan daunnya hingga dua kali dalam setahun sehingga tanaman ini mampu bertahan menghadapi bulan-bulan yang kering

Manfaat Ketapang.
Ketapang telah menjadi pohon multiguna sejak dahulu. Pepagan (kulit luar) dan daunnya berguna untuk menyamak kulit, pewarna alami, dan sebagai tinta. Kayunya mempunyai kualitas cukup baik meskipun rentan rayap.

Biji ketapang bisa dimakan dan mengandung minyak (mirip minyak almond) sehingga sering dipakai sebagai pengganti minyak almond yang berkhasiat meredakan radang rongga perut. Jika dimasak bersama daunnya, dalam menyembuhkan lepra, kudis dan penyakit kulit yang lain. Daging buahnya dapat dimakan, tetapi berserat dan tidak enak walaupun harum. Daunnya digunakan untuk rematik pada sendi. Tanin dari pepagan dan daunnya digunakan sebagai astringen pada disentri dan sariawan. Juga sebagai diuretik, kardiotonik dan dipakai sebagai obat luar pada erupsi kulit.

Selasa, 21 Mei 2013

Tips 2: 7 cara berbincang dengan suami

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/tips-2-7-cara-berbincang-dengan-suami.html
Tips 2: 7 cara berbincang dengan suami| Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tips 1: 5 cara berbincang dengan suami. Manakala pada kali ini saya akan berkongsi 7 lagi cara sebagai tambahan untuk isteri dan bakal-bakal isteri ketika melayari kehidupan suami isteri.
Sesungguhnya kehidupan sebagai suami isteri banyak cabaran dan dugaannya. Ada masa bahagia, ada masa juga berduka, ada masa juga berada dalam situasi tegang. Untuk mengatasi pelbagai masalah dalam rumahtangga memerlukan kematangan dan pengetahuan juga.
Isteri memerlukan pendekatan yang bijak ketika berdepan dengan suami ketika berbincang. Apatah lagi berdepan dengan suami yang panas baran, tentu sukar untuk mengajaknya berbincang. Cuba 7 tips dibawah tentang cara berbincang dengan suami.
  1. Elak berbincang di hadapan anak - Mengelak berbincang di hadapan anak-anak terutamanya kes-kes sensitif dan boleh mengganggu emosi anak-anak anda. Kadangkala jika melibatkan perkara yang sensitif bagi suami, tentunya amat sukar baginya menurut kehendak anda.
  2. Jangan bincang perkara sensitif - Anda telah mengenali suami anda sejak anda bercinta dan sehingga sekarang. Pastinya anda mengetahui banyak perkara yang kurang disenangi oleh suami. Elakkan perkara-perkara sebegini diawal perbincangan bagi mengelakkan anda memotong minatnya berbincang dengan anda.
  3. Minta pendapat dan bukan soalan - Mulakan dengan meminta pendapatnya lebih baik jika dibandingkan perbincangan berbentuk soalan-soalan. Jika anda ingin bertanya soalan-soalan "cepu emas", pastikan anda tahu bila waktu yang sesuai. Jangan sertakan emosi anda pada pertanyaan anda kerana wanita sangat beremosi dalam menyampaikan rasa tidak puas hatinya.
  4. Jadi pendebat yang beretika - Pendebat yang beretika bermaksud ketika suami sedang berkata jangan menyampuk percakapannya kerana ianya menjadikan anda bukan pendengar yang setia kepadanya. Tunjukkan rasa hormat kepada suami anda. 
  5. Pujian itu indah - Paling mudah, mulakan perbincangan anda dengan sedikit pujian kepadanya. Contoh? "Abang saya rasa bahagia sangat dengan abang, tapi boleh tak saya nak cakap sikit?". Kan sedap suami mendengarnya. Jangan pula pujian terlalu melambung kerana suami akan fikir ianya sebagai satu sindiran.
  6. Jangan membebel baru bertanya - Yang ini selalu sangat berlaku. Dah puas membebel baru nak tanya pendapatnya. Cara ini tidak berapa berkesan bagi sesi perbincangan suami isteri. Walaupun anda memang seorang yang kuat membebel, belajarlah mengubahnya kerana suami akan lebih hormat dan sayang pada anda.
  7. Berbincang secara berdepan- Pendapat "Berbincang secara berdepan" diberikan oleh seorang rakan blogger iaitu Faizol Dee diruangan komen."Bincang ngn suami klu bley brdepan.. jgn guna sms.. nnti mula la start nk brgaduh.. haha". Saya memang setuju dengan pendapat beliau. Telefon, sms tiada intonasi kan? 
Anda mungkin tidak bersetuju dengan apa yang saya kongsikan atau anda mungkin anda cara yang lebih baik daripada apa yang saya telah warkahkan. Anda boleh berkongsi di ruang ulasan untuk berkongsi dengan pembaca blog ini.
Bagi isteri dan bakal isteri, sesungguhnya jika anda seorang yang dapat menggembirakan suami, anda adalah seorang bidadari dunia dan akhirat. InsyaAllah seorang isteri yang bersabar dan berusaha membahagiakan rumahtangganya, pasti ada balasan baik yang telah dijanjikan Allah SWT.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pati Delima

Jenama Gulsan antara produk terdapat di pasaran terbuka
jangan beli di pasaran jualan MLM amat mahal sedangkan patinya sama, satu lagi jenama yang
terdapat di pasar raya besar ialah Yamada, lebih murah dari jenama Gulsan.

Antara khasiat delima yg dikenalpasti dan teruji ialah:-

[01] Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja-kerja mengepam darah utk keperluan sel-sel badan.

[02] Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit.

[03] Melancarkan peredaran darah.

[04] Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus ).

[05] Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.

[06] Menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan.

[07] Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.

[08] Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout.

[09] Mengelak rasa mual (semasa hamil), melega masalah pening kepala.

[10] Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).

[11] Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas.

[12] Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri).

[13] Merapatkan rahim, menyuburkan rahim = kembali dara. Di samping memelihara kesimbangan cairan pd vagina (mencegah kekeringan vagina).

[14] Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.

[15] Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.

[16] Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.

[17] Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua ~ jangan lupa hadiahkan pati delima ini utk bonda kesayangan anda (dapat mengurangkan risiko penyakit jantung).

[18] Anda hamil? Ambil lah pati delima ini utk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin..

[19] Awet muda.. amal dari sekarang.. tenguk lah dlm 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..

[20] Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

[21] Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.

[22] Lain-lain khasiat delima ialah mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas badan dan demam, membunuh cacing dlm usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Buah delima, antara ciptaan Allah yg banyak memberi manfaat utk kesejahteraan hidup manusia.. Alhamdulillah...

iDAN:

Saya sedang mengamalkan makan pati delima ini; nampaknya kesannya amat baik untuk kesihatan. Jika anda ingin mencuba jangan beli melalui jualan MLM atau melalui internet; ianya terdapat banyak di pasar terbuka. Saya dapat harga yang patut & jika mahu maklumat sila e-mel saya atau telefon saya. Jangan lupa makan goji bagi menambah kesan herba buat diri anda.

KHASIAT BUAH DELIMA

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul.

Delima adalah antara pokok yang terdapat di syurga. Kenapa tidak mencubanya; jika rajin ke Carre Four cuba cari jenama Yamada; ianya lebih murah & diperah dengan seratnya sekali; mmg lagi sedap jika anda mencubanya. Kasi tahu aku jika jumpa jenama Yamada ini, aku hanya pernah jumpa di Carre Four Ampang. Hingga kini aku masih tercari-cari jenama ini.

Ahad, 28 Disember 2008

Kopi O kosong, halia tahan mabuk (Petua)



Oleh Nuri Angkasa

MASIH lagi kita bincangkan cerita mabuk laut. Banyak lagi yang bertanya tentang yang berterusan, walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.

Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dan goyang bot walaupun sedikit. Ini sukar Pak Nuri hendak menjawabnya, kerana jika sudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun ke laut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar. Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanam azam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.

Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkah terbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nuri muatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terus bergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi atau kedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidak sedarkan diri.

Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyap bersama dengan tidur anda. Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancing ke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air laut tenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombang saja yang bermain, justeru nasihat Pak Nuri anda kena banyak minum air mineral berselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang di kunyah.

Petua yang Pak Nuri dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air halia pekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelum naik bot.

Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan tali apollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalah lebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.

Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.

Joran

Khamis, 4 April 2002

Petua HusnulKhatimah(Delima Merkah)


Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian:-
1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
bilikair.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
sehingga ke atas kepala

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

Sakit kepala
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit
kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

Membersihkan perut
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

Hilangkan bau badan
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

Tegang kulit
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

Jerawat
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering
dan bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

Selamat mencuba.....

husnulkhatimah

Petua HusnulKhatimah(Delima Merkah)


Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian:-
1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
bilikair.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
sehingga ke atas kepala

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

Sakit kepala
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit
kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

Membersihkan perut
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

Hilangkan bau badan
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

Tegang kulit
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

Jerawat
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering
dan bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

Selamat mencuba.....

husnulkhatimah